Cara untuk ke Munich dari Berlin

Cara untuk ke Munich dari Berlin

Tinggalkan pakaian bandar, pergi lakukan yodel dan pakai lederhosen kerana panduan ini adalah untuk membantu anda bergerak dari kejiranan di Berlin ke tempat-tempat bir Bavarian di Munich. Ia akan membuatkan anda mahu menikmati Alps Jerman bersalji dan weisswurst dengan memberikan pelbagai kesemua pilihan bagi anda melalui 500 kilometer dari ibu kota negara tersebut ke bandarnya yang jauh di selatan.

Panduan ini mempunyai maklumat tentang keretapi menuju ke tengah negara itu termasuk cara-cara pemanduan dan sambungan penerbangan dari bandar ke bandar. Jumpa anda di Englischer Garten!

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Berlin ke Munich menaiki penerbangan1 jamRM190Tempah Online
Berlin ke Munich menaiki keretapi4 jamRM130Tempah Online
Berlin ke Munich menaiki bas7 jamRM70Tempah Online
Berlin ke Munich menaiki kereta6 jamRM290

Berlin ke Munich menaiki penerbangan

Berlin ke Munich menaiki penerbangan
Lufthansa mempunyai penerbangan ke Munich setiap hari © Tamme Wichmann / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 10 minit
Harga – RM190+
Keselesaan – 4/5

Anda tidak akan terlepas mendapatkan penerbangan tanpa henti dari Berlin ke Munich. Mudah sahaja untuk melihat 15 penerbangan setiap hari. Ia akan terbang terus ke arah barat daya setelah berlepas keluar dari landasan Lapangan Terbang Berlin Brandenburg yang besar di atas gunung-ganang Saxony dan Thuringia yang penuh dengan istana pada ketinggian 9 km. Kesemua itu mengambil hanya 1 jam 10 minit atau 1 jam 20 minit menjadikan penerbangan cara terpantas bagi perjalanan ini.

Terdapat dua syarikat penerbangan yang anda boleh pilih. Penerbangan tambang murah bersama easyJet akan jimatkan beberapa ringgit untuk anda nikmati bir di Oktoberfest. Mereka menawarkan penerbangan yang mudah dari Berlin Brandenburg dengan tiket bermula sekitar RM190. Syarikat penerbangan Luthansa yang dinilai tinggi dan berlambangkan bendera Jerman merupakan pengendali kebanyakan penerbangan-penerbangan lain. Kebiasaannya mereka berharga lebih mahal sedikit di sekitar RM240 satu hala tetapi mempunyai makanan di dalam penerbangan. Kedua-dua syarikat ini mempunyai caj tambahan bagi simpanan bagasi tetapi kadangkala anda boleh kurangkannya dengan memilih pakej Ekonomi Klasik Luthansa.

Munich International Airport (MUC)
Ia merupakan pemanduan selama 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Munich ke tengah-tengah Munich © Savvapanf Photo / Shutterstock.com

Dapatkan penerbangan untuk memastikan kesemuanya mudah dan selesa. Nikmati tempoh penerbangan yang hanya lebih sedikit dari satu jam di antara Berlin dan Munich.

Anda akan terbang masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Munich (MUC) yang luas. Ia hanya terletak sejauh 30 km di barat laut tengah bandar dan merupakan yang paling besar di Jerman. Dapatkan keretapi S1 atau S8 dari terminal lapangan terbang jika anda ingin menuju ke kawasan tarikan pelancongan di sekitar Altstadt. Ia berharga sekitar RM55 dan mengambil selama 50 minit secara keseluruhan.

Mudah sahaja untuk cari dan tempah tiket penerbangan di antara Berlin dan Munich. Pergi sahaja ke 12Go.co dan masukkan tarikh perjalanan anda. Selepas itu, anda akan mampu mendapatkan tawaran termurah dan waktu pelepasan yang terbaik. Tambahan pula, anda boleh dapatkan tempat duduk jauh lebih awal sebelum mengembara apabila harga tiket kebiasaannya hanya sebahagian sahaja dari harga penuh tiket.

Berlin ke Munich menaiki keretapi

Berlin ke Munich menaiki keretapi
Salah satu keretapi Intercity Express (ICE) menuju ke Munich © Y. Pieper / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4 jam
Harga – RM130
Keselesaan – 5/5

Terdapat pelbagai sebab mengapa keretapi merupakan salah satu pilihan pengangkutan yang terkenal bagi perjalanan di antara Berlin dan Munich. Salah satu sebab yang utama ialah ia sepantas penerbangan jika dikira dari tengah bandar ke tengah bandar kerana penerbangan mengambil sekitar empat jam termasuk dengan tempoh mendaftar masuk bagasi, pemeriksaan keselamatan dan penerbangan itu sendiri.

Keretapi merupakan pilihan yang menarik bagi mana-mana perjalanan Berlin-Munich terutamanya disebabkan pemandangan luar bandar yang cantik melalui Saxony dan utara Bavaria.

Kedua, banyak yang boleh diceritakan tentang bagaimana perjalanan menaiki keretapi itu sendiri merupakan suatu pengembaraan. Anda akan menerusi kawasan luar bandar berbukit di Saxony, memasuki kawasan berhutan di Thuringia dan melalui bandar Nuremberg yang bersejarah. Anda juga boleh pilih untuk menjadikannya lawatan di tengah Jerman dengan pelbagai tempat persinggahan. Anda boleh menerokai bandar-bandar bir seperti Bamburg atau tengah bandar Erfurt yang indah semasa dalam perjalanan. Akan tetapi, ia masih menyeronokkan jika anda hanya berada dalam kenderaan di sepanjang perjalanan tersebut. Perjalanan keretapi ini adalah di atas keretapi ICE yang selesa di mana kesemuanya mempunyai tempat duduk yang luas bersama soket elektrik dan gerabak makanan yang menyajikan masakan Jerman.

Seating in a Intercity Express train
Tempat duduk biasa dalam keretapi Intercity Express

Ia ditambah dengan harga yang menarik. Tempat dalam keretapi itu menuju ke Munich di arah barat daya boleh berharga semurah RM125. Anda perlu menempah secara atas talian dan lebih awal melalui portal seperti 12Go.co untuk dapatkan tawaran-tawaran seperti itu. Anda patut boleh membelinya di sekitar 60-90 hari sebelum tarikh perjalanan. Tambahan pula, keretapi tidak mempunyai caj tambahan bagi bagasi, jadi anda bolehlah kemaskan lederhosen dan ski sekali.

Berlin ke Munich menaiki bas

Berlin ke Munich menaiki bas
BlaBlaBus kebiasaannya mempunyai tiket bas termurah untuk ke Munich dari Berlin

Tempoh Masa – 7 jam
Harga – RM70
Keselesaan – 4/5

Bas mempunyai tawaran bajet dan kemudahan yang seimbang. Ya, ia merupakan tawaran yang hebat dengan tiket berharga serendah RM70 bagi keseluruhan perjalanan tersebut. Ia berlepas secara kerap sekitar setiap 30 minit atau sejam. Tambahan pula, anda boleh memilih di antara pelbagai titik permulaan sama ada anda ingin bergerak dari Stesen Berlin Central, Zentraler Omnibusbahnhof di hujung barat ibu kota atau Lapangan Terbang Berlin Schönefeld.

Anda terikat dengan bajet? Tempahlah bas kerana ia merupakan cara termurah untuk ke Munich dari Berlin.

Jadi, apa keburukannya? Tempoh perjalanan adalah sesuatu yang anda perlu ingat. Anda melihat kepada perjalanan selama tujuh jam dari awal hingga akhir dan mungkin lebih lama jika terdapat kesesakan lalu lintas apabilan meninggalkan Berlin dan memasuki Munich (kebiasaannya ada!). Selain itu, anda tidak akan mendapat tahap keselesaan yang sama seperti di atas keretapi ICE yang mewah itu. Bas kebiasaannya mempunyai ruang kaki yang sempit dan boleh menjadi agak sibuk walaupun terdapat tempat duduk berbaring dan penghawa dingin yang bagus.

Seats in a BlaBlaBus bus
Tempat duduk dalam bas milik BlaBlaBus amat selesa bagi harganya

Perkara utama yang anda perlu pilih ialah syarikat yang anda ingin gunakan. Anda boleh mencari syarikat-syarikat tersebut menggunakan 12Go.co. Pastikan anda lihat ia berlepas dari mana dan berapa lama masa yang diambil. Itu merupakan perkara yang membezakan di antara syarikat-syarikat bas yang utama. Nama-nama terkenal yang anda boleh cari termasuk Pinkbus, BlaBlaBus dan Flixbus.

Berlin ke Munich menaiki kereta

Berlin ke Munich menaiki kereta
Ia merupakan perjalanan sejauh 585 kilometer dari Berlin ke Munich di atas lebuhraya Bundesautobahn 9 (A9)

Tempoh Masa – 6 jam
Harga – RM290+
Keselesaan – 5/5

Ia bukanlah cara yang paling murah jika anda menyewa kereta untuk bergerak dari Berlin ke Munich dengan cepat. Pemanduan melalui autobahn akan mengambil sekitar enam jam secara keseluruhan, jadi keretapi dan penerbangan sudah semestinya merupakan pilihan yang lebih pantas. Akan tetapi, terdapat suatu kelebihan yang pasti apabila anda memandu sendiri: Pengembaraan.

Pemandangan-pemandangan indah semasa dalam perjalanan dari Berlin ke Munich termasuklah hutan-hutan Saxony dan bandar bir bersejarah di Bavaria.

Ya, kesemua timur tengah Jerman boleh diterokai jika anda memilih cara ini. Menikmati keseluruhan perjalanan ini bermakna anda akan mengambil sekurang-kurangnya beberapa hari. Ini disebabkan tiada pengembara yang perlu tinggalkan sesi mencuba bir di kedai makan di Bamberg, atau persinggahan di Nuremberg di mana atap-atap merah meluas di bawah istana empayar lama.

Atap-atap merah di Nuremberg
Atap-atap merah di Nuremberg

Perkara yang membuatkan kesemua itu lebih menarik ialah kereta sewa tidaklah begitu mahal di Jerman. Lihat sahaja di RentalCars.com di mana harga bagi kereta empat tempat duduk adalah di sekitar RM250. Sudah tentu anda perlu membayar caj tambahan bagi pemanduan satu hala sahaja. Anda juga perlu memastikan bahawa pilih tempat pengambilan dan penurunan di kedua-dua Berlin dan Munich kerana jika tidak, anda perlu ke lapangan terbang untuk dapatkan kenderaan anda.


Setelah anda dapatkan swafoto di Gerbang Brandenburg dan berpesta semalaman di kelab elektro di Mitte, bergeraklah ke arah barat daya menuju ke Munich. Ia merupakan ibu kota Bavaria yang amat menakjubkan, terkenal dengan gereja-gereja yang memukaukan dan pesta bir.


FAQ Berlin ke Munich

Apakah cara termurah untuk ke Munich dari Berlin?

Bas hampir sentiasa merupakan pilihan yang paling murah bagi para pengembara yang ingin merentasi Jerman dari Berlin ke Munich. Itu mungkin menjadi sebab mengapa ia menjadi pilihan para pengembara setelah sekian lama semasa musim panas. Bagi mengelakkan kesesakan dan mendapatkan harga murah, anda boleh tempat bas jauh lebih awal melalui 12Go.co.

Apakah cara terpantas untuk ke Munich dari Berlin?

Walaupun penerbangan hanya mengambil 1.5 jam dari landasan ke landasan, ia mungkin bukanlah cara terpantas untuk ke Munich dari Berlin. Jika anda ingin sampai ke tempat-tempat tarikan yang utama dan bar bir di kawasan Altstadt di bahagian selatan, maka keretapi mungkin menjadi lebih cepat. Dengan penambahbaikan yang menjadikan keretapi lebih laju, ia kini boleh melakukan perjalanan tersebut dalam masa kurang dari empat jam.

Berapakah harga tiket untuk ke Munich dari Berlin?

Tiket bagi keretapi ICE yang selesa dan bergerak di antara Berlin dan Munich bermula serendah RM125. Bagi mendapatkan harga awal yang lebih rendah itu, lebih baik anda lihat di 12Go.co dan tempah seawal mungkin. Jika tidak, anda akan melihat harga melambung tinggi lebih dari dua kali ganda.

Adakah terdapat keretapi semalaman dari Berlin ke Munich?

Sudah tiada. Ia dilakukan pada suatu masa dahulu tetapi telah dihentikan disebabkan penambahbaikan pada landasan utama yang bergerak ke selatan dari Berlin. Ia telah bantu mengurangkan tempoh perjalanan hingga menjadi kurang dari empat jam. Namun, terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk servis tersebut dilakukan semula. Anda perlu sentiasa menyemaknya.

Adakah lebih baik untuk terbang atau menaiki keretapi menuju ke Munich dari Berlin?

Pada pendapat kami, mudah sahaja. Naiklah keretapi! Mengapa? Kerana pemandangan yang anda akan sahaja sudah mencukupi. Terdapat hutan-hutan pain yang bergerak lalu di Saxony dan ladang-ladang di Thuringia. Selain itu, terdapat keretapi ICE yang selesa dan mempunyai hidangan makanan di atas keretapi. Oh, harga dan tempoh perjalanan di antara kedua-duanya adalah lebih kurang sama. Keretapi mengambil sekitar empat jam dan berharga serendah RM120 tetapi penerbangan mengambil sekitar tiga atau empat jam secara keseluruhan dan berharga sekitar RM190 atau lebih.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: