Anda mencari destinasi untuk berehat dari keriuhan dan kesibukan The Dam? Teringin mahu melancong ke salah satu bandar abad pertengahan yang paling terkenal di Eropah? Teruja untuk merasai pengalaman tersesat di tengah-tengah puncak gereja dan jalan-jalan berbatu? Destinasi yang paling sesuai untuk anda kunjungi ini terletak di seberang sempadan Belgium: Bruges.
Bandar Warisan Dunia UNESCO ini merupakan impian setiap jurugambar, dan penggemar sejarah, yang mana di sini terdapat sebuah menara dengan seni bina seakan-akan Filem Game of Thrones dan rumah-rumah Flemish. Ia juga hanya sejauh 170 kilometer dari Amsterdam, sekurang-kurangnya jika melalui jalan lurus. Panduan ini merangkumi semua maklumat pilihan yang anda ada untuk berkunjung dari ibu negara Belanda, dengan menaiki kereta api, bas, dan banyak lagi pengangkutan lain. Selamat membaca!
Dari Amsterdam ke Bruges dengan menaiki kereta api
Masa β 2.75 jam
Harga β Dari RM140
Tahap keselesaan β 4/5
Dengan kecekapan landasan kereta api di Belgium dan Belanda, terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan untuk ke Bruges dari Amsterdam dengan menaiki kereta api. Disebabkan itu, mereka bergabung untuk menawarkan pengangkutan dari pusat Central yang sibuk di ibu negara Belanda setiap 60 minit atau lebih. Dari segi masa perjalanan pula, ia mengambil masa sekitar 2.75 β 4 jam, bergantung pada rangkaian laluan mana yang anda pilih, dan berapa banyak yang anda sanggup bayar untuk tiket tersebut.
Jika anda mahu segera sampai dari arah barat ke terusan Bruges, anda boleh memilih alternatif paling cepat di laluan Thalys ke Antwerp. Kemudian, dapatkan pautan InterCity Belgia ke Ghent, dan kereta api IC lain yang berasingan ke destinasi anda. Disebabkan tambahan pada laluan perjalanan ini, masa yang diambil dari mula bertolak hingga tiba ke destinasi adalah sekitar 2 jam 40 minit, tetapi anda telah membuat sekurang-kurangnya dua pertukaran dalam bentuk perjalanan. Pilihan yang lebih mudah ialah menghubungkan Thalys ke Brussels, di mana ia hanya memerlukan pertukaran tunggal sahaja untuk mendapatkan perkhidmatan IC ke Bruges. Alternatif lain, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan IC serantau yang lebih lambat β tetapi lebih murah untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju, namun sudah tentu ia akan memakan masa perjalanan yang lebih panjang melebihi empat jam.
Terdapat beberapa laluan yang berbeza untuk anda pergi dari Amsterdam ke Bruges dengan menaiki kereta api, menggunakan sama ada perkhidmatan InterCity atau kereta api Thalys berkelajuan tinggi.
Anda juga boleh melayari 12Go.co untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat mengenai semua jaringan pengangkutang yang menggabungkan Amsterdam ke Bruges. Manfaatnya bagi anda, anda boleh membuat pertimbangan harga, dan membolehkan anda mendapatkan harga tambang yang murah secara dalam talian, lebih menguntungkan-apabila tiket hanya menjadi sebahagian kecil daripada kos penuh yang ditanggung. Hal ini sangat berguna kepada kereta api berkelajuan tinggi Thalys yang sebenarnya memerlukan tempahan.
Bercakap tentang kereta api Thalys, ia adalah pilihan yang paling mewah di antara berjenis-jenis pengangkutan yang ada. Anda boleh merasai perjalanan yang sebenar dengan kelajuan 300 kph. Kereta api ini mempunyai ruang dalaman yang luas, dan sangat selesa, yang mana menjadi fokus kepada sesiapa yang mahu ke Bruges dengan penuh gaya. Namun begitu, ini tidak bermakna kereta api IC yang jauh lebih berpatutan harganya mempunyai tahap kemampuan yang buruk. Kereta api IC juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik di bahagian dalamnya dengan kawalan iklim kedua-dua tempat duduk dan mempunyai banyak ruang kaki β sesuai untuk perjalanan jarak jauh.
Dari Amsterdam ke Bruges dengan menaiki kapal terbang dan teksi/kereta api
Masa β 4 hingga 5 jam
Harga β Dari RM400
Tahap keselesaan β 3/5
Sebenarnya, tidak ada penerbangan dari Amsterdam ke Bruges. Walaupun begitu, jarak Lapangan Terbang Besar Brussels (hanya 112 kilomter menyelusuri lebuh raya E40 ke arah barat daya)bermaksud anda mungkin sudah melintasi sempadan Belanda-Belgia ketika dalam perjalanan ke bandar abad pertengahan yang penuh bersejarah itu. KLM beroperasi dengan membenarkan empat orang individu berlepas setiap hari dari Schipol ke Brussels, bermula seawal jam 6.45 pagi. Ia mengambil masa hanya 45 β 50 minit di udara, yang mana anda boleh tiba pada waktu yang tepat untuk berkunjung ke dataran pasar berbatu untuk bersarapan.
Penerbangan dari Amsterdam ke Brussels sudah tentu boleh menjadi pilihan pertama untuk sampai ke Bruges, tetapi anda boleh bersiap sedia dengan beberapa perubahan dan kadar kos yang lebih tinggi.
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian mengenai perjalanan ke Brussels untuk sampai ke Bruges. Pertama adalah berkenaan dengan kurangnya jaringan pengangkutan. Anda perlu menaiki kereta api ke Lapangan Terbang Schiphol (perjalanan hampir setiap 15 minit dari Amsterdam Central). Kemudian anda perlu mendaftar masuk dan melalui pemeriksaan keselamatan. Anda juga memerlukan beberapa jenis pengangkutan untuk membawa anda sendiri ke Bruges. Untungnya, masih ada kereta api IC yang boleh membawa anda pergi ke sana secara terus dari Lapangan Terbang BRU, mengambil masa 1.5 jam, dengan harga lebih dari 20 EUR (RM400). Selain itu, teksi peribadi juga menjadi pilihan tetapi harganya agak mahal sekurang-kurangnya RM590 sehala.
Kesannya, jumlah masa perjalanan yang akan anda ambil bertambah sehingga lebih dari empat jam. Bukan itu sahaja, malah anda harus menukar dari kereta api ke kapal terbang dan kembali lagi untuk menyeberangi ke Bruges dari Amsterdam. Apa yang pasti harganya tidak mungkin akan sama dengan lorong kereta api. Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM300 untuk penerbangan sendiri! Dan hasilnya? Pilihan ini mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya anda terbang terus ke Lapangan Terbang Schiphol dari tempat lain ke Bruges tanpa memutar-mutar melalui pusat bandar Amsterdam.
Dari Amsterdam ke Bruges dengan menaiki bas
Masa β 4 hingga 6 jam
Harga β RM76
Tahap keselesaan β 3/5
Syarikat bas terkenal di Eropah, Flixbus menawarkan servis terbaik yang menggunakan laluan terus dari Amsterdam ke Bruges sepanjang hari. Dengan menaiki bas, anda tidak perlu berhadapan dengan masalah perlu bertukar pengangkutan lain. Sebaliknya, ia boleh dikatakan agak pantas juga, dengan mengambil masa perjalanan sekitar empat hingga enam jam secara keseluruhannya, bergantung pada perhentian apa yang dirancang untuk laluan tersebut. Paling awal anda boleh meninggalkan The Dam biasanya sekitar jam 8.45 pagi, sementara bas terakhir pada hari tersebut sekitar jam 7.30 malam.
Bas terus dari Amsterdam ke Bruges menawarkan keseimbangan yang terbaik dari segi masa perjalanan yang diambil dan harga tiket.
Flixbus mempunyai tempat duduk yang premium dengan kualiti, dilengkapi dengan kemudahan tingkap, dan pengawa dingin yang berfungsi dengan sangat baik. Ia juga mempunyai sistem e-tiket dalam talian yang cekap, ini bermaksud anda boleh membuat tempahan awal terlebih dahulu dengan sangat mudah melalui 12Go.co. Suatu perkara biasa, jika laluan dari Amsterdam ke Bruges akan berhenti di bandar-bandar di sepanjang jalan. Ia pasti akan bertambah menarik jika bas singgah ke Brussels dan Ghent sebelum anda sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Sebilangan besar jaringan laluan yang ditawarkan oleh Flixbus bermula di persimpangan besar Amsterdam Sloterdijk. Anda boleh lihat di pinggir barat laut terdapat ibu kota bersejarah β tiba dengan kereta api kira-kira enam minit dari Amsterdam Central dengan harga 2.40 EUR (RM11) seorang. Titik di mana anda sudah sampai ke Bruges terletak di seberang stesen kereta api. Kira-kira 25 minit berjalan kaki, atau jika mahu lebih cepat anda boleh menaiki bas tempatan, ke pinggir kawasan UNESCO di bandar (di mana kebanyakan pelancong gemar berkunjung).
Dari Amsterdam ke Bruges dengan menggunakan khidmat ejen pelancongan
Masa β Sepanjang hari
Harga β Bermula dari RM380 seorang
Tahap keselesaan β 4/5
Walaupun berada di lokasi yang sama tetapi negara yang berbeza, Bruges masih menjadi pilihan dalam senarai destinasi pelancongan dalam sehari dari Amsterdam. Namun, anda jangan fikir ia akan menjadi hari yang singkat. Perjalanan dari bandar ke bandar (biasanya dengan bas berpenghawa dingin atau van mini) adalah sekitar tiga jam atau lebih. Ini bermakna anda berada di atas jalan kira-kira 11-12 jam, yang merangkumi lawatan ke pusat bersejarah Bruges dengan berjalan kaki, dan dalam masa yang sama anda dapat menikmati masa bersendirian dengan panorama indah dan gereja. Ini belum termasuk lagi perjalanan pulang anda ke Amsterdam apabila tamat pengembaraan ini.
Anda boleh menukar bar bir dan aktiviti pelayaran di Amsterdam dengan Bruges yang kaya dengan sejarah dan memikat hati pengunjung. Dengan menaiki kapal terbang, kereta api, atau bas, anda boleh pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dalam masa tiga hingga lima jam sahaja. Kunyah frites Belgia di dataran Markt yang terkenal sambil mengucapkan βSelamat Tinggal Holland!β
FAQ Dari Amsterdam ke Bruges
Bus selalunya menawarkan harga yang jauh lebih murah dalam kebanyakkan pengangkutan yang ada di antara Amsterdam dan Bruges. Ia boleh menelan kos amat sedikit dengan hanya sekitar RM76 sahaja untuk keseluruhan perjalanan tanpa perlu menukar bas yang lain. Untuk mendapatkan tawaran yang lebih menarik, kami cadangkan anda tempah dengan awal di 12Go.co, sebelum semua diskaun tiket habis.
Kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan (Thalys ke Anterp dengan Kereta Api ICT ke Ghent dan kemudian ke Bruges) mengambil masa 2.75 jam secara keseluruhannya. Ini membuatkan pengangkutan tersebut paling pantas sekali untuk sampai dari destinasi A ke destinasi B dengan menggunakan laluan yang ditetapkan tadi. Ingat, jangan lupa untuk periksa berkali-kali jadual dan harga tiket kereta api anda di 12Go.co, dan tempah laluan paling pantas ini dengan segera.
Untuk memudahkan percutian anda, pengangkutan bas adalah pilihan yang bijak. Anda tidak perlu untuk menukar kenderaan lain jika menggunakan Flixbusβs biasa yang menghubungkan laluan ekspress secara langsung, dan perjalanan yang anda perlu ambil hanya sesingkat empat jam sahaja. Sudah tentu, perkhidmatan kereta api biasanya lebih selesa, terutamanya jika anda berjaya mendapatkan tempahan di salah satu laluan Thalys swish ke Antwerp atau Brussels sebagai sebahagian daripada laluan perjalanan anda. Namun, semuanya berbalik semula kepada pilihan anda.
Tiada. Sedihnya, tiada kereta api yang beroperasi secara langsung di antara Amsterdam dan Bruges. Apa yang terbaik anda boleh harapkan adalah perjalanan dengan satu laluan yang biasanya ada di Brussels. Walau bagaimanapun, perkhidmatan yang lebih pantas beroperasi melalui Antwerp dan Ghent, mengambil masa anda kurang dari tiga jam, dari stesten ke satu stesen yang lain.
Sudah tentu boleh. Jadual perjalanan mereka memang agak padat β 12 jam sehari itu perkara yang biasa! Tetapi itulah yang diperlukan untuk membawa anda ke bandar UNESCO dari ibu negara Belanda, menikmati semua pemandangan, melakukkan lawatan dengan berjalan kaki, dan benar-benar merasai pengalaman dan keunikan yang ada di destinasi itu.
Harga yang paling murah boleh anda dapatkan dengan menaiki kereta api adalah RM140 seorang. Untuk mendapatkan tawaran ini, anda perlu menempah awal di 12Go.co untuk mendapatkan tiket diskaun. Ini adalah cara yang sangat efektif dan bijak untuk menggunakan kereta api InterCity yang lebih berpatutan, daripada menggunakan kereta api berkelajuan tinggi Thalys.
Sudah tentunya dengan menaiki kereta api. Anda memang boleh memilih alternatif penerbangan semasa percutian ini, tetapi anda hanya dapat sampai ke Lapangan Terbang Brussels. Yang mana ia berkedudukan sejauh 100km+ dari Bruges, ini bermaksud anda perlu merancang untuk menaiki beberapa pengangkutan lain yang berkemungkinan besar memerlukan lebih banyak masa (atau lebih). Hal ini, seolah-olah anda memilih menaiki kereta api pada awaalnya.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: