Anda akan meneroka two ibu kota yang paling mengagumkan di Eropah dengan melakukan perjalanan 275 kilometer dari Berlin ke Prague. Salah satunya dipenuhi dengan kehidupan dan tugu-tugu besar dari Gerbang Brandenburg yang bersenibina Neoklasik ke seni pemasangan yang hipster di Kreuzberg. Satu lagi mempunyai bir Bohemia dan menara-menara gah di Istana Prague. Akan tetapi, sebelum anda mula mengembara, anda perlu merancang perjalanan anda terlebih dahulu. Ia lebih senang daripada yang anda jangkakan dengan adanya panduan ini. Ia telah lakukan penyelidikan tentang tempahan keretapi dan bas di antara kedua-dua metropolis itu supaya anda tidak perlu lakukannya…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Berlin ke Prague menaiki keretapi | 4 jam | RM86 | Tempah Online |
Berlin ke Prague menaiki bas | 4.5 jam | RM62 | Tempah Online |
Berlin ke Prague menaiki kereta | 4 jam | RM160 | Tempah Online |
Berlin ke Prague menaiki keretapi
Tempoh Masa – 4.3 jam
Harga – Daripada RM86
Keselesaan – 5/5
Bagi kebanyakan orang, keretapi merupakan cara yang paling selesa untuk bergerak di antara Berlin dan Prague. Ia bergerak secara terus dari ibu kota ke ibu kota, jadi anda tidak perlu mengheret beg dari satu platform ke platform yang lain semasa dalam perjalanan. Tambahan pula, keretapi yang digunakan kebiasaannya ialah jenis EuroCity yang moden dan luas. Ini bermakna anda akan mendapat ruangan kaki yang luas, penghawa dingin dan gerabak makanan di mana anda boleh menikmati masakan Jerman atau kuah Czech semasa pemandangan berlalu pergi di luar tingkap.
Tambahan pula, waktu pelepasannya adalah memudahkan. Terdapat dua jadual berbeza semasa musim sejuk dan musim panas apabila perjalanan ini menjadi terkenal dalam kalangan pengembara yang bergerak di sekitar benua itu. Sehingga awal Mei, anda akan melihat sekitar enam waktu pelepasan setiap hari. Kemudian, terdapat sekurang-kurangnya tujuh waktu pelepasan kerana keretapi Railjet dari Czech Railways ditambah dalam perjalanan itu. Paling awal anda boleh keluar dari Prague adalah di antara 6 pagi dan 7 pagi manakala keretapi terakhir semasa musim panas berlepas sekitar 5:15 petang.
Keretapi mendapat perjalanan yang penuh dengan pemandangan di Jerman dengan adanya gunung-ganang Czech yang bertemu di Sungai Elbe.
Pastikan kamera anda telah dicaj bagi perjalanan itu! Pertama, anda akan melalui hutan-hutan Taman Alam Semulajadi Dahme-Heideseen di selatan Berlin. Kemudia anda akan berhenti di Stesen Dresden Central yang besar dengan jejambat perindustriannya yang luas dan mukaan abad ke-19. Di sekitar sempadan Jerman-Czech adalah di mana pemandangan menjadi amat cantik. Landasan keretapi mengelilingi Sungai Elbe di mana air bak cermin mencerminkan bukit-bukau Saxony yang hijau sebelum gunung-ganang karst mengambil alih semasa menuju ke Prague.
Disebabkan keretapi di antara Berlin dan Prague terkenal terutamanya semasa musim panas dalam setahun, lebih anda dapatkan tiket seawal mungin 12Go.co boleh membantu anda untuknya. Ia membolehkan anda membandingkan harga perjalanan bagi mana-mana tarikh dengan pilihan waktu pelepasan keluar dari ibu kota Jerman sepanjang hari.
Berlin ke Prague menaiki bas
Tempoh Masa – 4.5 jam
Harga – RM60-110
Keselesaan – 3/5
Dapatkan bratwurst dan buatkan diri anda selesa kerana terdapat banyak perjalanan bas di antara Berlin dan Prague. Ya, ia merupakan salah satu pengangkutan utama bagi perjalanan di antara dua ibu kota ini dengan berpuluh-puluh waktu pelepasan setiap hari. Tambahan pula, ia merupakan cara yang termurah dengan tiket yang berharga sekitar RM60 jika anda tempah awal. Ia sepatutnya jimatkan duit anda demi sesi mencuba bir Bohemia itu, bukan?
Soalan terbesar ialah syarikat yang mana satu anda ingin pilih untuk perjalanan bas di antara Berlin dan Prague?
Flixbus yang mempunyai bas-bas berwarna hijau merupakan salah satu syarikat utama. Mereka mempunyai jaringan di seluruh Eropah dan reputasi yang bagus bagi harga tiket mereka. Mereka juga mempunyai sebanyak 20 perjalanan dari Berlin ke Prague setiap hari semasa musim panas yang bergerak dari awal pagi hingga tengah malam. Bas mereka berhawa dingin dilengkapi dengan soket elektrik di tempat duduk dan WiFi. Oh, anda boleh pilih di antara beberapa stesen permulaan dari Stesen Bas Berlin Central hingga ke Alexanderplatz. Penurunan adalah di Prague UAN Florenc atau stesen keretapi utama Prague.
Bas RegioJet mungkin merupakan pilihan utama kedua bagi para penumpang yang ingin ke Prague dari Berlin. Ia bergerak keluar dari Terminal Bas Berlin ZOB di sebelah barat bandar sebanyak 10 kali sehari. Ia melakukan persinggahan di Stesen Bas Berlin Sudkreuz sebelum menuju ke Prague. Kebiasaannya ia mempunyai harga yang amat murah terutamanya bagi mereka yang tempah awal melalui 12Go.co. Tempoh perjalanan adalah di sekitar 4.5-5 jam manakala tempat ketibaan adalah di stesen UAN Florenc di Prague.
Berlin ke Prague menaiki kereta
Tempoh Masa – 4 jam
Harga – Sekitar RM160 termasuk petrol dan tol
Keselesaan – 5/5
Tukarkan perjalanan dari Berlin ke Prague itu kepada suatu pengembaraan dengan memandu di atas jalan tar. Malangnya, sewaan kereta bagi perjalanan ini mungkin menjadi sedikit sukar. Terdapat beberapa sekatan yang agak kuat bersama syarikat sewaan kereta di Jerman di mana kereta mereka tidak boleh dibawa masuk ke Republik Czech. Pilihan alternatif termasuklah membawa kereta anda sendiri atau melihat servis perkongsian kereta seperti BlaBlaCar.
Sewaan kereta boleh menjadi sedikit sukar untuk didapatkan tetapi jika anda mempunyai kereta tersendiri, perjalanan dari Berlin ke Prague boleh menjadi pengembaraan Eropah yang sebenar.
Kelebihannya ialah anda boleh berhenti dan teroka bila-bila masa sahaja yang anda inginkan di sepanjang perjalanan itu. Bagi para pengembara yang sukakan alam sekitar, ia mungkin menarik minat anda. Di sebelah tenggara Berlin terdapat Taman Alam Semulajadi Dahme-Heideseen yang merupakan tempat tasik-tasik peluncuran dan ladang alpaka. Berdekatan dengan sempadan Czech ialah Kawasan Landskap Terlindung LabskĂ© PĂskovce. Terdapat gunung-ganang dan gaung-gaung yang ganas di sini dan ia dikenali secara tidak rasmi sebagai Saxon Switzerland!
Tanpa sebarang persinggahan, pemanduan dari ibu kota ke ibu kota itu kebiasaannya mengambil sekitar 4 jam tepat. Tempoh perjalanan itu akan melonjak naik semasa waktu puncak, jadi cuba untuk keluar dari Berlin selain daripada waktu sibuk. Oh, jangan lupa untuk membeli vignet yang betul untuk pemanduan di Czechia. Ia meliputi tol-tol di lebuhraya utama memasuki Prague, wajib bagi kesemua kenderaan dan berharga sekitar RM55 bagi 10 sehari.
Berlin dan Prague mungkin teramat dekat untuk dilakukan penerbangan di antara kedua-duanya tetapi jangan risau kerana terdapat pelbagai cara lain untuk lakukan perjalanan itu. Mereka termasuklah keretapi rentas negara dan bas jarak jauh yang kesemuanya mengambil sekitar lima jam untuk bergerak dari A ke B. Selamat mengembara!
FAQ Berlin ke Prague
Bas merupakan mod pengangkutan yang terkenal bagi pelancong yang memerlukan penukaran dari Berlin ke Prague. Tiket untuk syarikat popular seperti Flixbus dan RegioJet adalah serendah RM60. Anda perlu melancong semasa waktu di luar puncak (AKA, bukan pada musim panas) dan menempah tiket terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan seperti 12Go.co.
Memandu adalah laluan terpantas untuk bergerak dari ibu kota ke ibu kota – perjalanan kereta boleh dilakukan dalam masa kurang dari empat jam jika anda tidak terganggu dengan pemandangan gunung yang menakjubkan di Saxony! Sayangnya, agak sukar untuk mencari syarikat sewa kereta yang membolehkan anda melintasi sempadan Jerman-Czech. Justeru, pilihan terpantas seterusnya adalah dengan menaiki kereta api yang akan mengambil masa sekitar 4.3 jam dari stesen ke stesen.
Perjalan adalah kurang dari 4.5 jam apabila tidak ada kelewatan yang melibatkan hentian sementara di Dresden untuk menukar gerabak kepada gerabak Czech sebelum melintasi sempadan antarabangsa. Terdapat pemandangan gunung yang cukup indah dan puncak Saxon untuk menjadikan perjalanan anda menarik sepanjang masa.
Mereka yang menempah tiket lebih awal mungkin dapat memperoleh tiket kereta api antara Berlin dan Prague dengan harga hanya RM84 untuk tiket kelas kedua. Walaupun begitu, jumlahnya adalah terhad, jadi lakukan carian di 12Go.co 180 hari sebelum tarikh pelancongan anda untuk mendapat harga terbaik. Tiket berharga sekitar RM300 setiap orang untuk tempat duduk standard, dan lebih dari RM495 untuk tiket kelas pertama.
Memang pasti. Bahagian pertama perjalanan hanyalah permulaan untuk apa yang mendatang. Selama beberapa jam, anda akan menyusuri hutan dan bukit-bukit Jerman. Terdapat rumah-rumah ladang yang cantik dan bandar-bandar kecil yang menghiasi pemandangan. Kemudian ke Dresden yang memukau, di mana stesen adalah khas untuk bergambar. Kawasan yang disebut Saxon Switzerland mendominasi sepanjang perbatasan Czech, dengan gunung ganang dan sungai yang diukir. Wow!
Tidak ada perkhidmatan kereta api pantas di laluan ini. Kereta api terpantas antara Berlin dan Prague adalah perkhidmatan berkelajuan standard yang dikendalikan bersama oleh DB dan Czech Railways. Keseluruhan perjalanan hanya mengambil masa selama empat jam secara keseluruhan. Pastikan anda memeriksa jadual kereta api dengan terperinci dalam talian di laman 12Go.co dan RailEurope.
Masa yang diperlukan untuk bas untuk tiba di Prague dari Berlin adalah antara 4.5 jam ke lima jam. Semestinya, jumlah jam perjalanan ini boleh berubah berdasarkan keadaan lalu lintas, yang menjadi sibuk pada petang Jumaat dan pada waktu sibuk (pagi dan tengah hari). Anda turut perlu mengambil kira masa yang diperlukan untuk sampai ke stesen. Untuk bas yang akan keluar dari Berlin, jaraknya mungkin 30 minit, dengan tempat berlepas dari ZOB di pinggir barat kota.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: