Cas kamera anda, sediakan tongkat jalan, dan cucikan but mendaki anda kerana Interlaken merupakan tempat yang paling menarik di Switzerland. Berada di isthmus yang sempit di antara Tasik Brienz yang berwarna opal dan Tasik Thun yang kebiruan, ia merupakan pintu gerbang ke Bernese Oberland yang mempunyai jalan trekking di sekitar glasier dan puncak-puncak Eiger dan Dreispitz.
Ia hanya mengambil kurang dari 120 km di atas jalan-jalan Swiss menuju ke hujung Alps ini dari Zurich. Perjalanan ini boleh dilakukan dengan menaiki kereta atau keretapi dengan pemandangan yang indah terhadap padang-padang, lembah-lembah dan bandar bukit yang aneh semasa dalam perjalanan. Sudah bersedia? Bagus…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Zurich ke Interlaken menaiki keretapi | 2 jam | RM100 | Tempah Online |
Zurich ke Interlaken menaiki bas | 2 jam | RM230 | Tempah Online |
Zurich ke Interlaken menaiki kereta | 1.5 jam | RM400 | Tempah Online |
Zurich ke Interlaken mengikuti lawatan | 8 jam | RM420 | Tempah Online |
Zurich ke Interlaken menaiki keretapi
Tempoh Masa – 1h50+
Harga – RM100+
Keselesaan – 5/5
Terdapat dua cara untuk anda bergerak dari Zurich ke Interlaken di atas landasan keretapi Swiss. Pertamanya, keretapi yang terpantas akan membawa anda melalui ibu kota negara itu di Bern. Di sana, anda akan bertukar menaiki keretapi lain ke selatan menuju ke Thun dan seterusnya ke Interlaken. Seterusnya ialah keretapi yang mengambil sejam lebih lama melalui Lucerne dan menjadikan jumlah tempoh perjalanan itu selama 2 jam 50 minit. Kedua-dua perjalanan ini dilakukan menggunakan keretapi InterRegio atau InterCity yang mempunyai Kelas Kedua dan Kelas Pertama yang luas dengan tempat duduk bermeja dan tingkap yang besar (bagus untuk perjalanan ini!).
Kebanyakan pengembara akan memilih untuk melalui Bern walaupun ia mungkin berharga lebih mahal di sekitar RM145 seorang. Ia disebabkan perjalanan tersebut lebih pantas dan berlepas lebih kerap dari Zurich HB. Bahagian pertama perjalanan itu adalah di atas keretapi IC yang menuju ke Brig dan mengambil masa sekitar sejam. Selepas pertukaran, ia merupakan perjalanan selama 55 minit menuju ke Interlaken Ost. Jika anda tertanya-tanya mengapa anda ingin dapatkan perjalanan yang lebih lama melalui Lucerne itu, ia adalah kerana pemandangannya yang indah…
Pilih di antara perjalanan pantas melalui Bern atau perjalanan yang indah melalui Lucern dan tengah-tengah Alps Swiss.
Walaupun perjalanan yang lebih pantas itu masih menawarkan pemandangan yang indah di luar tingkap terutamanya semasa anda ke arah selatan memasuki lembah Aare di selatan Bern, kebanyakan perjalanan itu hanyalah di tanah-tanah rata di utara Switzerland. Bergerak melalui Lucerne membawa anda lebih terus menuju ke Oberland. Ini bermakna anda akan melalui gunung-ganang dengan lebih cepat dan dapat melihat Alps Uri yang tajam, tasik Sarnersee yang berkilauan dan puncak-puncak Alps Urner yang ditutupi salji, bandar Brienz yang indah dan banyak lagi.
Ia sememangnya amat penting untuk anda tempah tempat di atas keretapi Swiss itu seawal mungkin setelah anda mendapat tarikh perjalanan. Mengapa? Kerana perjalanan keretapi ini adalah di antara yang termahal di Eropah tetapi anda boleh kurangkan kos sedikit dengan mendapatkan harga Supersaver melalui 12Go.co. Ia kebiasaannya boleh dibeli sekitar 60 atau 30 hari sebelum hari perjalanan dan boleh kurangkan sebanyak 70% daripada harga tiket biasa. Keseluruhan perjalanan ini boleh didapati dengan harga sekitar RM100 seorang
Zurich ke Interlaken menaiki bas
Tempoh Masa – 2 jam 10 minit
Harga – RM230 seorang
Keselesaan – 3/5
Tiada sebarang perjalanan bas awam yang boleh membawa anda ke Alps di tengah Switzerland dari Zurich. Namun, terdapat syarikat bas persendirian yang menawarkan sekurang-kurangnya tiga perjalanan ke Interlaken setiap hari. Ia bergerak dari Lapangan Terbang Zurich selama sekitar dua jam dari awal hingga akhir dan perlu ditempah lebih awal. Malah, bas hanya akan bergerak jika terdapat sekurang-kurangnya 15 tempahan bagi setiap perjalanan. Cari sahaja syarikat FLY-BUS/Oberland Reisen apabila anda mencari di 12Go.co.
Ini merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang mendarat di Lapangan Terbang Zurich dan tidak mahu menunggu lebih lama untuk bergerak ke arah gunung-ganang itu. Tiga perjalanan yang telah dijadualkan itu dipadan dengan baik mengikut ketibaan penerbangan sepanjang hari. Terdapat pelepasan pada 8:05 pagi, 12:35 tengahari dan 4:35 petang. Kesemua bas ini menuju ke bandar peluncuran Grindelwald yang terkenal dan terletak di bahagian yang lebih tinggi di Bernese Oberland. Anda hanya perlu turun setelah anda melalui Interlaken.
Zurich ke Interlaken menaiki kereta
Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – Sekitar RM395+ bagi sewaan sehari
Keselesaan – 4/5
Para pengembara yang tidak suka terikat dengan satu jadual perjalanan di atas bas atau keretapi sahaja mungkin ingin menyewa kenderaan tersendiri bagi perjalanan dari Zurich ke Interlaken. Syukurlah, penyedia seperti RentalCars.com boleh menawarkan pakej untuk menyewa kenderaan dari kedua-dua tengah bandar Zurich dan lapangan terbang untuk membantu anda memasuki lebuhraya dengan senang tidak kira jika anda bangun dari tidur di hotel atau turun dari pesawat. Tambahan pula, jalan-jalan Swiss kebiasaannya berkualiti tinggi dan jalan A4, A14 dan A8 yang membawa anda ke Interlaken sedap untuk dipandu di atasnya terutamanya semasa cuaca yang panas.
Ya, ia dikenali sebagai salah satu jalan yang terindah di seluruh Alps itu. Ia membawa anda melalui Lucerne yang memukaukan dengan jambatan-jambatan beratapnya dan chalet-chalet di bawah Gunung Pilatus di tepi padang-padang hijau dan hutan-hutan Sarnen dan sepanjang Tasik Brienz yang cantik. Terdapat banyak peluang untuk anda lakukan persinggahan dan keinginan untuk mendaki, berbasikal dan berenang. Kesemua ini bermakna bahawa ia mungkin merupakan idea yang bagus untuk jadikannya suatu pengembaraan dan tambah beberapa malam dalam perjalanan itu.
Zurich ke Interlaken mengikuti lawatan
Tempoh Masa – Sepanjang hari
Harga – RM420+
Keselesaan – 4/5
Tidak sukar, mempunyai banyak masa untuk berehat dan menikmati pemandangan, pengambilan di hotel anda di tengah Zurich – terdapat banyak kelebihan bagi lawatan terancang menuju ke Interlaken. Sudah tentu ia hanya jika anda sanggup mengeluarkan lebih kurang RM415 bagi harganya! Kebiasaannya lawatan itu bermula dengan perjalanan bas atau van mini menuju ke Canton of Zug dan seterusnya ke Lucerne. Kesemua itu mengambil sekitar 1.5 jam tidak termasuk persinggahan untuk mengambil gambar yang mungkin anda lakukan di tasik-tasik yang indah semasa dalam perjalanan.
Perjalanan ke Interlaken hanya permulaannya sahaja kerana jadual lawatan kebiasaannya termasuk masa membeli belah di butik-butik di tengah bandar dan perjalanan ke kawasan Jungfrau di bahagian selatan. Beberapa pakej mungkin membawa anda menaiki keretapi gunung menuju ke Grindelwald untuk dapatkan kereta kabel yang berada di atas Eiger. Lawatan yang lain mungkin membawa anda ke Lauterbrunnen untuk melihat hujan-hujan berkabus dan beberapa puncak Alps yang ikonik.
Perjalanan ke Interlaken dari Zurich mudah sahaja disebabkan perjalanan kerap yang ditawarkan oleh Swiss Federal Railways. Namun, anda juga boleh menaiki bas atau pandu sendiri melalui gunung-ganang dan perairan alpine yang kebiruan untuk ke bandar yang terletak di tepi tasik itu.
FAQ Zurich ke Interlaken
Disebabkan tiada bas awam bagi perjalanan ini, pilihan terbaik untuk anda jimatkan wang dari Zurich ke Interlaken adalah dengan menempah perjalanan keretapi seawal mungkin. Anda boleh lakukannya di 12Go.co seawal 60 hari untuk berpeluang mendapatkan tempat Supersaver yang ditawarkan oleh Swiss Federal Railways dengan harga RM100 sahaja seorang bagi perjalanan itu.
Tiada cara yang lebih pantas untuk tukarkan bistro yang menarik dan gereja Grossmunster di Zurich dengan keindahan alpine di Interlaken selain memandu sendiri. Para pengembara yang telah menempah melalui RentalCars.com boleh bergerak terus melalui jalan-jalan Swiss yang dijaga rapi menuju ke destinasi mereka dalam masa 1.5 jam sahaja. Anda akan mendaki Morgenberghorn sebelum anda sempat katakan fondue…
Pilihan yang seimbang mungkin ialah keretapi. Ia berlepas beberapa kali setiap jam dan boleh membawa anda ke Interlaken dalam masa kurang dari dua jam. Ya, terdapat pertukaran di Bern tetapi keretapi Swiss adalah selesa dan moden dan boleh menjadi suatu tawaran yang bagus jika anda tempah jauh lebih awal melalui 12Go.co.
Jumlah yang anda perlu bayar untuk dapatkan keretapi dari Zurich ke Interlaken bergantung kepada waktu anda menempah. Jika anda tempah awal dan gunakan 12Go.co sekurang-kurangnya 30 hari sebelum hari perjalanan, anda mungkin boleh dapatkan harga Supersaver yang murah. Ia boleh menjadi semurah RM100 seorang. Jika anda terpaksa membayar harga penuh, anda akan melihat harga tersebut melonjak naik menjadi sekitar 150 CHF (RM635)!
Pilih perjalanan anda terlebih dahulu. Perjalanan yang terpantas adalah dengan menaiki keretapi IC dari Zurich HB ke Bern dan seterusnya menuju ke Interlaken. Perjalanan yang lebih perlahan tetapi lebih anda bergerak melalui Lucerne. Kedua-duanya mempunyai pertukaran dan berharga lebih kurang sahaja. Kami syorkan anda pergi ke 12Go.co untuk melihat kesemua pilihan yang anda dan waktu-waktu pelepasan yang berbeza.
Tempoh terpantas untuk lakukan perjalanan dari Zurich ke Interlaken adalah selama 1 jam 50 minit. Itu adalah dengan menaiki keretapi IC melalui Bern. Perjalanan lain yang akan membawa anda melalui lembah-lembah alpine di sekitar Lucerne dan Canton of Zug mengambil sekitar 2 jam 50 minit. Anda boleh banding dan tempah kedua-duanya hari ini dengan menggunakan alat carian di 12Go.co.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: