Cara untuk ke Amsterdam dari Rotterdam

Cara untuk ke Amsterdam dari Rotterdam

Terdapat suatu hubungan seperti Yin dan Yang di antara Rotterdam dan Amsterdam. Satu pesat dengan peridustrian dan berbangga dengan reka bentuk bandarnya. Satu lagi diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan kafe-kafe yang selesa dan karya-karya seni oleh Tuan-Tuan Lama.

Kami akan membawa anda melihat kedua-duanya apabila anda menamatkan perjalanan 55 kilometer dari bandar ke bandar yang mudah itu. Ia merupakan perjalanan yang dilakukan oleh ramai pengembara setiap tahun, jadi anda boleh jangkakan pelbagai pengangkutan untuk dipilih dan perjalanan yang tidak mengambil masa yang terlalu lama daripada percutian Belanda anda.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi laju38 minitRM95+Tempah Online
Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi biasa40 minitRM83Tempah Online
Rotterdam ke Amsterdam menaiki bas50 minitRM25+Tempah Online
Rotterdam ke Amsterdam menaiki kereta1 jamRM120Tempah Online
Rotterdam ke Amsterdam menaiki teksi55 minitRM740Tempah Online

Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi laju

Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi laju
Keretapi Thalys melalui Rotterdam Centraal setiap jam © Frans Blok / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 38 minutes
Harga – RM95+
Keselesaan – 5/5

Terdapat berita baik bagi mereka yang sukakan perjalanan keretapi laju kerana kedua-dua Amsterdam dan Rotterdam terletak di landasan yang digunakan oleh keretapi Thalys yang bergerak ke timur merentasi Belanda dari Paris, Brussels dan pantai Perancis. Ia membuat persinggahan di bandar kedua Belanda sebelum menuju ke ibu kota dengan pengambilan sebentar di Lapangan Terbang Schiphol. Secara keseluruhan, perjalanan itu mengambil sekitar 38 minit dari stesen ke stesen.

Keretapi laju dari Rotterdam ke Amsterdam adalah cepat dan mudah. Ia juga membuat persinggahan di Lapangan Terband Schiphol sebelum tiba di bandar tersebut.

Keretapi Thalys melalui Rotterdam Centraal setiap jam bermula seawal 8:06 pagi dan berakhir pada 10 malam. Anda tidak akan terlepasnya. Cari sahaja hidung muncung di hadapan keretapi dan badannya yang merah kelabu. Ia memang merupakan pengangkutan yang seleasa. Terdapat dua kelas: Premium di atas (jangkakan servis makanan di tempat duduk) dan Biasa bagi kebanyakan penumpang (tempat duduk 2-2, penghawa dingin dan ruang kaki yang mencukupi).

Perjalanan itu membawa anda bergerak di atasan landasan laju barat laut melalui tengah-tengah Belanda. Ia bukanlah perjalanan yang mempunyai pemandangan yang memukaukan dengan kebanyakan masa anda akan melihat bangunan perindustrian sahaja. Namun, perjalanan menaiki Thalys masih laju dan lancar. Kami katakan lebih baik anda tempah seawal mungkin jika anda ingin dapatkan keretapi laju. Harganya bermula serendah RM95 tetapi boleh berlipat melebihi dua kali ganda jika dibeli terlampau lambat. Tambahan pula, tempahan memang diwajibkan.

Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi biasa

Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi biasa
Keretapi dua tingkat InterCity di Rotterdam Centraal © Peter Gudella / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 40 minit hingga 1 jam 15 minit
Harga – RM83
Keselesaan – 4/5

Walaupun keretapi laju merupakan pilihan terpantas, ia tidaklah terlampau laju berbanding dengan keretapi InterCity dan Sprinter. Keretapi biasa ini dikendali oleh syarikat nasional Belanda (NS). Ia mengambil masa di antara 40 minit dan 1 jam 15 minit tetapi akan melakukan perjalanan itu tanpa sebarang pertukaran. Satu kelebihan ialah ia lebih kerap bergerak keluar dari Rotterdam berbanding dengan Thalys. Malah, anda mungkin menjumpai pelepasan setiap lima minit! Suatu kelebihan yang lain ialah terdapat pelepasan sepanjang malam selewat 11 malam dan seawal 1 pagi.

Keretapi biasa merupakan cara paling terkenal untuk ke Amsterdam dari Rotterdam tetapi lihat kesemua jenis yang berbeza itu untuk memilih yang paling sesuai bagi anda.

Jangan jangkakan keretapi itu kelihatan bergaya atau moden seperti keretapi laju. Namun, ia bukanlah begitu teruk. Terdapat dua jenis keretapi yang anda boleh pilih iaitu keretapi dua tingkat InterCity atau keretapi satu tingkat Sprinters. Intercity adalah yang paling laju dengan tempoh perjalanan sekitar 40 minit tanpa mengambil kira dek atasnya yang mempunyai pemandangan yang bagus ke arah negara itu. Sprinters adalah lebih perlahan kerana ia melakukan persinggahan di kampung-kampung kecil semasa dalam perjalanan itu.

Rotterdam ke Amsterdam menaiki keretapi biasa
Keretapi Sprinter di Rotterdam Centraal © Hung Chung Chih / Shutterstock.com

Sudah tentu harga bagi keretapi InterCity dan Sprinter adalah lebih murah dengan tambang asas sekitar RM80 seorang satu hala. Ia juga meningkat apabila mendekati tarikh perjalanan tetapi tidaklah sebanyak keretapi laju. Namun, tempahan awal melalui 12Go.co memastikannya murah dan mudah dan mampu menunjukkan kesemua waktu pelepasan dan jadual yang berbeza.

Rotterdam ke Amsterdam menaiki bas

Rotterdam ke Amsterdam menaiki bas
Flisbus mempunyai harga yang terbaik dan paling banyak perjalanan di antara Rotterdam dan Amsterdam © dvoevnore / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 50 minit+
Harga – RM25+
Keselesaan – 3/5

Jika anda ingin berjimat untuk dapatkan stroopwafel Belanda dan ikan hering masin, mungkin tiada pilihan yang lebih baik untuk bergerak dari Rotterdam ke Amsterdam selain daripada bas. Ia merupakan cara termurah untuk perjalanan itu dengan adanya tempahan tiket awal (kebiasaannya dijual beberapa bulan sebelum tarikh perjalanan anda) yang boleh ditempah melalui 12Go.co dengan harga serendah RM25. Harga boleh berbeza-beza dan meningkat apabila anda mendekat hari perjalanan tetapi jarang sekali anda akan membayar lebih daripada RM42.

Bas menjanjikan harga yang murah dengan pelbagai waktu pelepasan setiap hari dari tengah Rotterdam ke Sloterdijk di Amsterdam.

Syarikat yang anda perlu berikan perhatian ialah Flixbus. Mereka mempunyai harga terbaik dan bas terbanyak di antara dua bandar itu. Ia bermula dari Rotterdam CS yang terletak betul-betul di stesen keretapi utama. Kemudian, ia akan mengikuti lebuhraya A4 dengan perhentian sekali sekala di The Hague (suatu lagi bandar Belanda menarik yang patut dilawat jika anda mempunyai masa) dan Lapangan Terband Schiphol yang besar sebelum memasuki stesen Sloterdijk di Amsterdam. Di sana, anda akan mengambil keretapi Sprinter selama 15 minit menuju ke tengah ibu kota itu.

Disebabkan ia merupakan perjalanan antara bandar yang terkenal, anda boleh jangkakan lambakan waktu pelepasan bas setiap hari. Malah, terdapat sebanyak empat bas setiap jam dengan lebih banyak perjalanan dilakukan semasa musim sibuk dan musim panas (Mei hingga Ogos). Perjalanan itu mengambil masa di antara 40 minit hingga 1.5 jam di atas bas bergantung kepada persinggahan dalam jadual perjalanan anda.

Rotterdam ke Amsterdam menaiki kereta

Rotterdam ke Amsterdam menaiki kereta
Lebuhraya A4 di antara Rotterdam dan Amsterdam © Frank Cornelissen / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam
Harga – Sekitar RM125 sehari bagi sewaan kereta
Keselesaan – 4/5

Lebuhraya moden menyambungan kesemua bandar-bandar besar di Belanda, jadi boleh sahaja anda mengatur pemanduan di antara Rotterdam dan Amsterdam. Bagi para pengembara yang sukakan kebebasan, ia merupakan pilihan yang bagus bukan sahaja kerana anda boleh berhenti di mana-mana sahaja yang anda ingin (terdapat beberapa perkara menarik untuk dilihat semasa dalam perjalanan) tetapi kerana sewaan kereta adalah agak berbaloi di sekitar itu (RentalCars.com menawarkan harga sekitar RM290 bagi dua hari penuh).

Perjalanan terpantas akan membawa anda ke utara dari Rotterdam menuju ke persimpangan melalui lebuhraya A4. Ia meruapakan tempat yang bagus untuk melencong ke The Hague, bandar besar dengan bangunan-bangunan parlimen dan istana-istana Goth. Selai itu, anda boleh terus dan simpankan waktu berehat anda demi tengah Leiden yang menawan di mana terusan mengalir di hadapan rumah-rumah Flemish. Lebih baik anda hadkan pemanduan di Amsterdam hanya di pinggir bandar kerana tengah bandar itu hanya mempunyai terusan-terusan kecil dan jalan-jalan berbatu kelikir.

Rotterdam ke Amsterdam menaiki teksi

Rotterdam ke Amsterdam menaiki teksi
Teksi merupakan pilihan yang biasa digunakan oleh ahli perniagaan dan kumpulan-kumpulan besar untuk mendapat fleksibiliti dan kemudahan © Attapon Thana / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 55 minit
Harga – RM740+
Keselesaan – 5/5

Ia tidaklah begitu sukar untuk mencari pemandu dan teksi untuk bawak anda ke terusan abad ke-16 di Amsterdam. Ibu kota itu hanya sejauh 50 minit pemanduan dari Rotterdam dan ia merupakan pilihan biasa ahli-ahli perniagaan dan kumpulan yang besar. Kelebihannya yang utama ialah anda boleh diambil dari mana-mana sahaja dan diturunkan di mana-mana sahaja yang anda ingni. Anda boleh lakukannya dari hotel ke hotel atau sambungan laju dari tengah Rotterdam ke Lapangan Terbang Schiphol, mana-mana sahaja yang anda perlukan.

Keburukannya juga agak jelas iaitu harganya. Perjalanan sebegini kebiasaannya berharga di sekitar RM740 tetapi ia boleh bertambah jika anda menempah pada saat-saat akhir, ingin bergerak ketika musim panas atau Christmas atau perlu bergerak lewat malam. Namun, ia mungkin merupakan pilihan yang patut dipertimbangkan jika anda bergerak sekumpulan kerana harga tersebut adalah bagi seluruh teksi dan bukannya seorang.


Rotterdam dan Amsterdam disambung melalui perjalanan kereta, keretapi laju dan keretapi biasa. Mereka menawarkan tiket dari bandar Belanda yang direka cantik ke ibu kota bersejarah dengan terusan-terusannya. Inilah peluang anda untuk melihat dua bandar berbeza dalam satu percutian.


FAQ Rotterdam ke Amsterdam

Apakah cara termurah untuk ke Amsterdam dari Rotterdam?

Flixbus mempunyai harga yang amat murah bagi pengembara yang ingin ke Amsterdam dari Rotterdam. Jika anda belinya lebih awal untuk dapatkan tiket murah, anda akan membayar sekitar RM25 sahaja bagi keseluruhan perjalanan itu. Bagus, bukan?

Apakah cara terpantas untuk ke Amsterdam dari Rotterdam?

Keretapi laju Thalys menawarkan perjalanan dari Rotterdam ke terusan-terusan dan kedai-kedai di sekitar Stesen Centraal. Ia boleh lakukannya dalam masa 38 minit sahaja menjadikannya perjalanan terpantas dalam senarai ini. Tempah awal di 12Go.co jika anda ingin membayar harga serendah RM90 seorang.

Apakah cara terbaik untuk ke Amsterdam dari Rotterdam?

Dari segi keseimbangan, perjalanan keretapi tempatan mungkin merupakan cara yang terbaik. Ia bergerak lebih kerap berbanding keretapi laju, berharga lebih murah dan kadangkala mengambil hanya beberapa minit tambahan untuk membawa anda ke ibu kota Belanda itu. Tambahan pula, anda akan bergerak terus ke Stesen Centraal bermakna ia mengalahkan bas-bas murah yang menurunkan anda di luar Canal Ring (tidak bagus jika anda ingin terus bersiar-siar!).

Berapakah harga tiket dari Rotterdam ke Amsterdam?

Harga bagi keretapi di antara Rotterdam dan Amsterdam berbeza-beza. Yang terpantas di antara mereka ialah keretapi Thalys dan Eurostar. Mereka bermula sekitar RM90 tetapi boleh bertambah dengan banyak jika anda tidak menempah lebih awal melalui 12Go.co. Selain itu, anda boleh menggunakan keretapi InterCity atau Sprinters yang bermula dari RM75 seorang.

Berapakah harga teksi dari Rotterdam ke Amsterdam?

Ia berbeza-beza tetapi kebiasaannya perjalanan ini berharga sekitar RM740. Ia mungkin kelihatan banyak tetapi anda perlu ingat bahawa ia adalah untuk keseluruhan perjalanan dan teksi itu, jadi anda boleh berkongsi dengan kesemua ahli kumpulan anda. Tambahan pula, anda oleh memilih tempat pengambilan dan penurunan yang mungkin mampu menjimatkan bagi pengangkutan awam di kedua-dua tempat itu.

Bolehkah anda dapatkah keretapi dari lapangan terbang Amsterdam ke Rotterdam?

Ya. Kedua-dua keretapi laju Thalys dan keretapi tempatan InterCity/Sprinter bersambung dengan terminal di Lapangan Terbang Schiphol. Kami cuma ingatkan anda untuk membeli tiket secara tergesa-gesa kerana terdapat keretapi yang memerlukan pertukaran di The Hague atau Leiden. Pilihan yang lebih baik ialah keretapi terus yang anda boleh cari dan tempah melalui 12Go.co.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: