Bagaimana untuk ke Lyon dari Paris

Bagaimana untuk ke Lyon dari Paris

Perancis, Paris dan Lyon adalah destinasi wajib yang mesti anda kunjungi. Mulakan pergembaraan anda dari Perancis dan berakhir di Lyon, anda akan berjalan-jalan untuk melihat Menara Eiffel yang sangat ikonik, dan Montmartre yang sangat romantik untuk ke ibu kota bersejarah di wilayah Auvergne-Rhône-Alpes. Di sana, pengembaraan diteruskan dengan perjalanan anda menyusuri ceruk dan lorong-lorong yang gelap di Vieux Lyon di samping melihat runtuhan Rom di puncak bukit di atas bandar.

Memandangkan kedua-duanya adalah bandar metropolis utama yang melintasi 120 batu kawasan desa Perancis, ia tidaklah terlalu sukar untuk anda melakukan pengembaraan. Artikel ini memberikan anda panduan dan segala maklumat yang berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah pengangkutan anda bermula dari kereta api hinggalah ke pesawat.

PengangkutanMasaHargaTiket
Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi2 jamRM72Tempah Online
Dari Paris ke Lyon dengan kereta api biasa5 jamRM320Tempah Online
Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kapal terbang1 jamRM230Tempah Online
Dari Paris ke Lyon dengan menaiki bas5.5 jamRM63Tempah Online
Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta5 jamRM1100Tempah Online

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Kereta api dua tingkat TGV Duplex adalah pilihan paling selesa dengan dua pilihan tempat duduk iaitu tempat duduk Kelas Pertama dan Kelas Kedua © ClS / Shutterstock.com

Masa – 2 jam
Harga – Dari RM72
Tahap Keselesaan – 5/5

Perancis mempunyai salah satu rangkaian kereta api terpantas dan paling cekap di seluruh Eropah. Ia termasuk menyediakan pengangkutan untuk anda ke Lyon dari Paris. Anda boleh sampai dari Stesen Colossal Gare du Lyon tenggara ibu kota hingga ke Lyon Part-Dieu hanya dalam masa dua jam. TGV zippy mencapai kelajuan 190 mph di landasan yang lurus. Malah, anda juga bukan menikmati perkhidmatan ini sekali sehari, tetapi sebaliknya ia beroperasi sekurang-kurangnya setiap jam mulai jam 5.45 pagi dan seterusnya!

Anda mempunyai dua pilihan dari segi laluan. Dalam kereta api SNCF French Railways yang biasa, anda boleh memilih sama ada dupleks atau satu tingkat, dengan dilengkapi tempat duduk Kelas Pertama dan Kelas Kedua, ruang kaki yang lusa, tandas yang selesa, dan gerobak makan yang menyajikan wain, bir dan makanan panas. Bukan itu sahaja, syarikat SNCF, iaitu Ouigo juga selalu menawarkan harga yang lebih murah, tetapi tidak mengurangkan kelebihan yang akan ada perolehi jika menggunakan perkhidmatan ini. Ia mempunyai hanya satu kelas pilihan dengan banyak tempat duduk di setiap gerabak, tetapi tiada gerobak makan.

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Kereta api Ouigo sama lajunya denganTGV: tetapi seperti syarikat perkhidmatan kereta api kos rendah yang lain, ia menyediakan banyak tempat duduk di setiap gerabak © ClS / Shutterstock.com

Kereta api bajet yang baru ini membolehkan anda melakukan perjalanan dari Paris ke Lyon dalam masa dua jam

Perjalanan ini merangkumi kawasan desa di Perancis yang menyenangkan. Meninggalkan pinggiran ibu kota yang luas, anda akan segera memasuki kawasan pertanian Yonne yang indah dan kemudian ke Sungai Saone untuk melihat Pergunungan Jura yang tinggi menjulang ke langit. Sesetengah kereta api akan terus menuju ke Lyon tanpa henti; ada yang akan masuk ke stesen perantara seperti Le Creusot atau Gare de Mâcon-Loché, tetapi hanya untuk beberapa minit sebelum meneruskannya.

Harga untuk semua kereta api berkelajuan tinggi adalah mengikut model syarikat yang menawarkannya. Ini bermaksud permintaan pasti akan meningkat apabila semakin hampir dengan tarikh perjalanan. Salah satu cara untuk mengekalkan kos rendah adalah dengan mengfokuskan carian anda pada kereta api Ouigo bajet, yang boleh bermula dengan harga hanya RM72 seorang! Sekiranya anda lebih suka perkhidmatan premium yang ditawarkan oleh SNCF -TGV, adalah lebih bijak gunakan 12Go.co untuk membuat tempahan seawal yang anda boleh. Tiket awal selalunya lebih murah satu pertiga kali ganda daripada yang dibeli pada hari yang sama!

Dari Paris ke Lyon dengan kereta api biasa

Dari Paris ke Lyon dengan kereta api biasa

Masa – Lebih 5 jam
Harga – RM320
Tahap Keselesaan – 3/5

Sekiranya anda masih teringin untuk menaiki kereta api ke sana tetapi mendapati bahawa perkhidmatan TGV berkelajuan tinggi terlalu mahal, ada satu pilihan lain yang boleh anda pilih iaitu dengan menaiki Kereta api TER. Ini adalah perkhidmtan serantau standard yang ditawarkan oleh Perancis.

Ia tidaklah selaju kereta api berkelajuan tinggi bahkan ia juga menggunakan jalur kereta api yang tidak sama. Namun, perkhidmatan kereta api ini masih mendapat tempat di hati pelancong, walaupun nantinya waktu perjalanan dari Paris ke Lyon akan menelan masa melebihi lima jam. Apa yang menariknya? Harga tiket tidak berubah. Anda boleh menempahnya pada hari perjalanan dan harganya tetap RM320 sama seperti dua bulan sebelumnya.

Ada tiga jenis laluan yang boleh digunakan dari ibu kota Perancis setiap hari. Biasanya, kereta api tidak akan bertolak dari laluan Gare du Lyon yang sibuk, sebaliknya menggunakan laluan Gare de Bercy yang terletak agak jauh sedikit dari Sungai Seine. Kereta api TER tidak begitu cepat seperti TGV, tetapi juga tidaklah terlalu perlahan. Anda boleh merasai kemudahan susunan tempat duduk dua-dua yang selesa dengan ruang meja dan partisi kaca di seluruh kawasan. Ada juga banyak ruang bagasi dan ruang kaki yang luas untuk menambahkan keselesaan anda.

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kapal terbang

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kapal terbang
Air France menggunakan kapal terbang model Airbus A320 untuk ke Lyon dari Paris © GB-Photographie / Shutterstock.com

Masa – 1 jam
Harga – RM230+
Tahap Keselesaan – 4/5

Paris dan Lyon adalaha dua bandar terbesar di Perancis dan kedua-duanya juga telah menjadi lokasi paling penting sebagai hub penerbangan. Jadi tidak hairan jika anda mendapati pengangkutan udara di sini mudah untuk didapatkan. Syarikat penerbangan yang mengendalikan perkhidmatan ini adalah Air France, yang mengambil masa perjalanan dari landasan ke landasan yang lain hanya dalam 60 minit. Namun sudah tentu jumlah masa perjalanan keseluruhannya akan jauh lebih lama daripada itu (biasanya antara empat dan lima jam) jika anda memutuskan untuk menaiki pengangkutan udara, kerana anda harus melalui pemeriksaan keselamatan dan melakukan perjalanan sebelum dan semasa di lapangan terbangan.

Penerbangan ke Lyon membawa anda melalui kawasan pedalaman Perancis timur ke Lapangan Terbang Lyon-Saint Exupéry moden.

Biasanya terdapat sekitar lapan masa perlepasan setiap hari dari Paris ke Lyon. Sesetengah akan bertolak dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle (CDG), Manakala yang lain bertolak dari Lapangan Terbang Orly (ORY) di sebelah selatan ibu negara. Laluan ke kedua-dua lapangan terbang ini mudah dikunjungi, yang mana jika anda menggunakan perkhidmatan metro secara terus ia boleh menjimatkan masa perjalanan untuk sampai hanya dalam 30 minit. Namun begitu, tiadak ada kereta api terus ke ORY, tetapi pemindahan akan mengubah masa perjalanan ke destinasi tersebut. Bagi Lyon pula, anda boleh menaiki kereta api ekpress 15 minit secara terus untuk masuk ke bandar (sebenarnya tidak ada jalan lain).

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kapal terbang
Air France Hop menerbangkan kapal terbang Bombardier antara Lapangan Terbang Orly (ORY) dan Lapangan Terbang Lyon-Saint Exupéry © Lukas Wunderlich / Shutterstock.com

Harga untuk sesiapa yang mahu menggunakan penerbangan sangat rendah. Apabila anda menempah tiket sekitar 60-90 hari sebelum berlepas menggunakan 12Go.co, ada kemungkinan tiket hanya RM200-250 seorang. Namun, jika anda beli tiket di saat-saat akhir ketika mahu berlepas, anda akan mendapatkan harga tiket biasa dari Air France. Sekiranya anda membawa beg barang yang besar atau peralatan ski untuk persediaan perjalanan anda ke Pergunungan Alpen, sudah tentu bayaran akan bertambah, atau anda juga boleh pertimbangkan untuk bertukar kepada harga tambang Standard Ekonomi (berharga sekitar RM63).

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki bas

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki bas
BlaBlaBus menawarkan perkhidmatan bas yang selesa dengan harga yang menarik © NeydtStock / Shutterstock.com

Masa – 5.5 hingga 6.5 jam
Harga – RM63+
Tahap Keselesaan – 3/5

Anda perlu melalui perjalanan selama lima atau enam jam jika anda memilih untuk menaiki bas dari Paris ke Lyon. Itulah alasannya mengapa ia jarang sekali menjadi kegemaran pelancong yang ingin menyusuri Menara Eiffel untuk ke bandar di pinggir Alps.

Namun di sisi lain, bas merupakan pengangkutan yang paling murah. Dengan harga tambang asas yang serendah RM63 seorang, anda boleh memperuntukkan wang lebihan itu untuk menikmati champagne di lereng bukit. (Pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu menggunakan 12Go.co untuk mendapatkan tiket dengan harga yang berpatutan sesuai dengan bajet dompet anda.)

Sekiranya anda terlalu prihatin dengan bajet dan kos, anda mungkin berfikir untuk menggunakan pengangkutan bas bagi perjalanan jarak jauh dari Paris ke Lyon.

Dua syarikat pengendali bas yang benar-benar menonjol dalam kalangan pelancong adalah Flixbus dan BlaBlaBus. Flixbus merupakan syarikat bas utama dengan rangkaian merangkumi seluruh Eropah manakala BlaBlaBus adalah bas yang selesa dengan jaringan laluan yang bagus khususnya melalui wilayah alpine di Perancis. Flixbus mempunyai masa pengoperasian yang paling aktif (sekitar 16 kalli sehari) sementara BlaBlaBus juga tidak kurang hebatnya dengan menawarkan perkhidmatan (sekitar lapan kali sehari). Kedua-duanya mempunyai harga yang lebih kurang sama.

Destinasi pertama yang paling biasa untuk perjalanan bas jarak jauh ke Lyon adalah stesen di Bercy Seine. Untuk ke sana, anda hanya perlu menaiki metro Paris ke Cour Saint-Émilion atau Bercy. Sebagai alternatif, ada juga lokasi-lokasi lain yang boleh menjadi destinasi pertama anda sebelum memulakan perjalanan seperti Paris Pont de Levallois di sebelah utara-barat ibu kota dan daerah pinggiran bandar Massy di pinggir selatan, namun bas yang beroperasi di situ tidak banyak seperti di Bercy Seine.

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta

Winelands of Burgundy

Masa – 5.25 jam
Harga – RM1100 untuk tiga hari sewa
Tahap Keselesaan – 4/5

Perjalanan yang cukup panjang melalui bahagian tengah Perancis timur dari Paris ke Lyon. Kami tidak mengatakan ini untuk menghalang anda dari menggunakan kereta- ini adalah jalan yang indah. Kami berpandangan bahawa perjalanan melalui jalan raya biasanya lebih lama daripada menaiki kereta api TGV, yang mana ia mengambil masa lebih dari lima jam. Namun begitu, jalan raya adalah satu-satunya cara jika anda ingin menjelajahi setiap kawasan di antara bandar-bandar ini. Ia sudah pastinya akan membawa anda dalam pengembaraan berminggu-minggu, dari winelands Burgundy hingga pusat Dijon abad pertengahan yang cukup mempesonakan kemudian ke Pergunungan Jura liar.

Dari Paris ke Lyon dengan menaiki kereta
Lebuh raya A6 di Lyon © S. Pech / Shutterstock.com

Ada beberapa laluan yang tidak begitu baik untuk digunakan dalam pemanduan. Paris sendiri terkenal dengan jalan raya yang sibuk. Anda harus keluar dari ibu kota dalam satu jam, melintasi tenggara ke lebuh raya A6 melalui Taman Wilayah Semulajadi Gâtinais Français di tengah ladang dan bukit-bukau.

Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, RentalCars.com boleh membantu anda dengan menawarkan khidmat sewa kereta selama tiga hari yang berharga sekitar RM1100 atau lebih dengan syarikat-syarikat terkenal seperti Sixt, Hertz dan Europcar


Datang ke Loire Valley untuk rasa wain Beaujolais yang sangat mewah. Menjelajahi Menara Eiffel ke Place Bellecour yang cantik. Mengembara di kawasan perairan Perancis di pinggir Alpen. Itulah perjalanan anda dari Paris ke Lyon!


FAQ Dari Paris ke Lyon

Apakah cara yang paling murah untuk ke Lyon dari Paris?

Bas adalah pengangkutan bajet jika anda ingin menjimatkan kos untuk pengembaraan anda ke Lyon. Tempah tiket lebih awal menggunakan 12Go.co, dari syarikat pengendali bas utama yang popular seperti Flixbus, dan anda mungkin dapat memiliki tiket dengan harga RM63 seorang!

Apakah cara yang paling pantas untuk ke Lyon dari Paris?

Kereta api tidak boleh di tandingi oleh mana-mana pengangkutan lain. Kereta api SNGF TGV berkelajuan tinggi, dapat mencapai kecepatan luar biasa dengan 190 batu per jam dari Paris ke Lyon. Kereta api sangat popular, oleh kerana itulah tempahan sangatlah diperlukan. Anda boleh membuat tempahan lebih awal menggunakan 12Go.co.

Apakah cara yang terbaik untuk ke Lyon dari Paris?

Sudah semestinya dengan kereta api berkelajuan tinggi. Bersiar-siar melalui kawasan desa dan kebun-kebun anggur Burgundy dengan kecepatan 186 batu sejam? Menakjubkan! Mereka akan membawa anda ke Lyon hanya dalam masa dua jam. Buat pesanan lebih awal menggunakan 12Go.co, kerana harga untuk TGV boleh naik nanti jika anda melewatkannya!

Berapakah tiket kereta api dari Paris ke Lyon?

Kos tambang kereta api bergantung pada masa anda menempah dan jenis kereta api apa yang anda naiki. Anda boleh mendapatkan tiket kereta api TGV berkelajuan tinggi, dengan harga serendah RM72 seorang. Namun begitu ia terhad kepada perkhidmatan Ouigo yang murah. Bayar lebih – sekitar tanda RM210 – dan anda boleh mendapat tempat di kereta api SNCF perkhidmatan penuh. Semua harga akan meningkat apabila menghampiri tarikh anda bertolak, jadi buatlah tempahan awal melalui 12Go.co.

Berapa lamakah perjalanan jika menaiki kereta api dari Paris ke Lyon?

Dengan kereta api laju, hanya dua jam sahaja masa yang diperlukan (kurang lebih masa untuk perhentian perantaraan di pelbagai stesen TGV). Dengan kereta api TER Perancis perjalanan anda lebih perlahan, sekitar lima jam tempoh masa yang diperlukan. Lebih baik anda periksa di 12Go.co untuk membandingkan dan membezakan semua tawaran dan jadual.

Bagaimana saya boleh pergi ke Lyon dari Paris dengan menaiki kereta api?

Itu sangat mudah. Langkah pertama tempah tiket di 12Go.co untuk mendapatkan tawaran terbaik. Kemudian, pergi ke Gare du Lyon dan naik TGV menuju ke arah barat daya. Ada juga pilihan kereta api wilayah yang boleh anda naiki, tetapi kereta api berkelajuan tinggi sudah tentunya lebih baik.

Berapakah harga tiket bas dari Paris ke Lyon?

Harga sekitar RM65-130 adalah perkara biasa untuk bas. Namun anda perlu faham, ia mengambil masa sekitar enam jam di jalan raya. Anda boleh membandingkan dan menempah tiket dengan syarikat pengendali bas paling popular secara atas talian menggunakan 12Go.co.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: