Cara untuk ke Amsterdam dari Eindhoven

Cara untuk ke Amsterdam dari Eindhoven

Anda akan merentasi barat Belanda semasa dalam perjalanan menuju ke Amsterdam dari Eindhoven. Perjalanan ini adalah lebih dari 105 kilometer ke arah utara, dari tuan rumah pasukan bola terkenal PSV dan syarikat elektronik Philips ke ibu kota bertaraf UNESCO di negara itu.

Ia merupakan perjalanan yang dibuat oleh ramai pengunjung terutamanya dengan adanya penerbangan tambang murah memasuki Lapangan Terbang Eindhoven dari serata Eropah. Ia boleh menjadi suatu pengembaraan kerana ia termasuk pemanduan di tengah-tengah taman tulip, tanah lembap dan bandar bersejarah Gelderland & Utrecht di sepanjang perjalanan. Selamat bercuti…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Eindhoven ke Amsterdam menaiki bas lapangan terbang1.75 jamRM100Tempah Online
Eindhoven ke Amsterdam menaiki bas biasa1.5 jamRM46Tempah Online
Eindhoven ke Amsterdam menaiki keretapi1.3 jamRM100Tempah Online
Eindhoven ke Amsterdam menaiki teksi1.5 jamRM540Tempah Online
Eindhoven ke Amsterdam menaiki kereta1.5 jamRM370–

Eindhoven ke Amsterdam menaiki bas lapangan terbang

Eindhoven ke Amsterdam menaiki bas lapangan terbang
Dapatkan AirExpressBus dari Lapangan Terbang Eindhoven © Ivo Antonie de Rooij, W.Kulczycki / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 45 minit
Harga – RM100
Keselesaan – 4/5

Jika anda seperti orang lain yang ingin ke Amsterdam dari Eindhoven kerana anda ingin memasuki Lapangan Terbang Eindhoven dalam penerbangan tambang murah dari serata Eropah, bas lapangan terbang merupakan pilihan yang baik bagi anda. Ia bergerak dengan pantas dan mudah dari terminal menuju ke ibu kota Belanda setiap hari.

Terdapat hanya satu persinggahan dalam perjalanan ini di bandar pendidikan Utrecht dengan jumlah masa perjalanan selama 1.75 jam dari awal hingga akhir. Ini bermakna anda akan turun daripada bas di tepi pantai di jalan Prins Hendrikkade di luar stesen keretapi Amsterdam Centraal pada pagi yang sama anda mendarat di lapangan terbang yang jauh di selatan.

Terminal bas di Amsterdam Centraal
Terminal bas di Amsterdam Centraal

AirExpressBus merupakan pilihan yang mudah untuk terus ke ibu kota Amsterdam dari terminal Lapangan Terbang Eindhoven.

AirExpressBus melakukan perjalanan ini. Mereka menyesuaikan jadual pelepasan mereka dengan waktu ketibaan penerbangan-penerbangan popular bagi perjalanan ini. Ini bermakna terdapat bilangan pelepasan yang kurang pada hari Selasa dan Rabu tetapi lebih banyak pada hujung minggu. Bas terawal bergerak keluar dari Lapangan Terbang Eindhoven pada 9:30 pagi dengan yang terakhir pada 4 petang.

Disebabkan terdapat hanya satu syarikat yang melakukan perjalanan ini, tempat duduk boleh ditempah habis dengan laju. Jadi, kami syorkan anda tempah lebih awal bagi perjalanan ini jika anda bercuti pada musim sibuk semasa musim panas atau sekitar Christmas. Anda boleh jangka untuk membayar sekitar RM100 satu hala menuju ke Amsterdam atau RM200 bagi perjalanan pergi balik. Pastikan anda juga tandakan pada peta “Platform D” di bawah tempat letak kereta nombor satu kerana itu adalah di mana bas akan bergerak keluar dari luar terminal lapangan terbang.

Eindhoven ke Amsterdam menaiki bas biasa

Eindhoven ke Amsterdam menaiki bas biasa
Flixbus mempunyai bas menuju ke seluruh Eropah © Jarretera / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 25 minit
Harga – RM46+
Keselesaan – 3/5

Dapatkan tiket awal dengan syarikat-syarikat seperti Flixbus dan anda akan mengembara di atas pengangkutan paling murah dalam senarai ini. Dengan hanya perjalanan 1.5 jam dari awal hingga akhir, ia merupakan bas moden yang besar dilengkapi dengan tandas, soket elektrik di kerusi dan WiFi. Kesemua itu datang dengan harga serendah RM46 apabilah ditempah lebih awal melalui 12Go.co. Boleh tahan, bukan?

Pengambilan dilakukan di JF Kennedylaan di sebelah utara pusat bandar Eindhoven manakala anda akan turun sama ada di selatan Amsterdam Bjilmer ata di Sloterdijk yang terletak di barat laut Amsterdam Centraal. Perjalanan itu sendiri mengikut jalan raya A2 ke utara menuju ke Belanda dan melalui tengah-tengah Belanda. Beberapa bas juga bergerak secara terus tanpa sebarang persinggahan dalam perjalanan.

Eindhoven ke Amsterdam menaiki keretapi

Eindhoven ke Amsterdam menaiki keretapi
Stesen Eindhovan Centraal © BYonkruud / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 20 minit
Harga – RM100+
Keselesaan – 4/5

Permulaan perjalanan untuk mendapatkan keretapi untuk ke Amsterdam dari Eindhoven adalah dengan bergerak ke stesen Eindhoven Centraal yang luas. Itu mudah sahaja dari tengah bandar kerana mengambil hanya 10 minit masa berjalan melalui kafe-kafe terbuka dan bar-bar dari dataran pasar ke arah utara. Dari lapangan terbang, anda perlu menaiki sama ada bas 401 atau 145. Kebiasaannya terdapat bas yang bergerak setiap 10 minit dan perjalanan itu mengambil masa 20 minit secara keseluruhan.

Apabila anda tiba di stesen, anda perlu mengambil keretapi dalam bandar yang menuju ke Amsterdam Centraal. Ia bertolak beberapa kali setiap jam bermula seawal 6:32 pagi dan berakhir selewat tengah malam. Tiket biasa bermula kurang daripada RM100 satu hala tetapi anad boleh lihat harga itu meningkat jika anda tidak pra-tempah dan terus membelinya pada hari perjalanan. Oleh itu, kami syorkan anda guna 12Go.co sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan.

Keretapi merupakan cara yang selesa untuk ke Amsterdam dari Eindhoven kerana anda boleh menikmati kawasan luar bandar Holland di antara kedua-dua bandar tersebut.

Perjalanan itu sendiri mungkin termasuk pertukaran keretapi di Utrecht walaupun kebanyakannya akan terus ke Amsterdam. Ia boleh menjadi perjalanan yang agak tenang dengan rentasan melalui kawasan pedalaman Gelderland yang tenang dan tanah lembap Utara Brabant. Seterusnya, anda akan melalui hutan-hutan Utrecht yang berbunga sebelum sampai ke pinggir bandar ibu kota itu.

Eindhoven to Amsterdam by Intercity train
Keretapi dalam bandar dua tingkat © S-F / Shutterstock.com

Kebiasaannya anda akan menaik kereta dalam bandar Belanda dua tingkat yang mempunyai lebih kurang 7-9 gerabak. Terdapat penghawa dingin yang bagus dan banyak tempat duduk dalam kedua-dua kelas dengan tingkap yang besar untuk menikmati pemandangan berlalu pergi. Jika anda mendapat cuaca bagus, kami syorkan anda duduk di tingkat atas demi pemandangan yang lebih indah.

Eindhoven ke Amsterdam menaiki teksi

Eindhoven ke Amsterdam menaiki teksi
Teksi Belanda di Amsterdam © DutchMen / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – RM540+
Keselesaan – 5/5

Sebab utama para pengunjung memilih teksi persendirian untuk ke Amsterdam dari Eindhoven adalah kerana mereka akan tiba di lapangan terbang bandar tersebut dan ingin terus ke kedai kopi dan terusan. Ia merupakan pilihan yang mudah kerana anda mempunyai pemandu tersendiri siap dan sedia menunggu anda sebaik sahaja anda mendapatkan bagasi daripada penerbangan anda. (Tiada sebab untuk anda tidak boleh meminta pemandu mengambil anda di hotel atau tempat penginapan apabila bergerak keluar dari bandar Eindhoven.)

Tempahan teksi lebih awal boleh memudahkan keseluruhan perjalanan kerana anda akan bergerak ke Amsterdam dari Lapangan Terbang Eindhoven dalam masa 90 minit sahaja.

Kelebihan teksi yang lain ialah keselesaan perjalanan tersebut. Ia merupakan cara yang lebih tenang berbanding dengan bas yang penuh terutamanya semasa musim panas di Belanda. Ia juga melakukan perjalanan ke tengah Amsterdam dalam tempoh yang lebih pendek iaitu sekitar 90 minit jika tiada kesesakan lalu lintas!

Kelemahannya pula ialah harga. Kebiasaannya ia berharga lima kali ganda lebih mahal daripada bas dan keretapi dengan harga yang jauh lebih mahal pada bulan-bulan sibuk seperti Julai dan Ogos. Namun, ingat bahawa harga teksi adalah bagi keseluruhan kenderaan tersebut, jadi anda boleh berjimat dengan cara membahagikan kos di antara ahli-ahli perjalanan anda.

Eindhoven ke Amsterdam menaiki kereta

Eindhoven ke Amsterdam menaiki kereta
Jambatan di atas sungai Lek di Lebuhraya A2 di antara Eindhoven dan Amsterdam © Aerovista Luchtfotografie / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – RM370+
Keselesaan – 5/5

Satu pilihan yang lebih gah dari teksi persendirian adalah memandu sendiri! Hubungi sahaja RentalCars.com yang boleh bantu anda pra-tempah sewaan kereta di Eindhoven bagi perjalanan menuju ke Amsterdam. Harga adalah lebih kurang dengan teksi do sekitar RM400-RM500 secara keseluruhan. Ini termasuk kedua-dua kadar harian dan caj perjalanan satu hala kerana anda akan bergerak jauh dari hujung selatan Belanda ke hujung utara.

Bercakap tentang perjalanan dari selatan ke utara… di situlah terdapatnya keseronokan pengembaraan ini. Tanpa sebarang jadual atau jalan yang tetap, anda boleh berhenti di mana-mana sahaja yang anda mahukan. Mungkin anda ingin singgah di Utrecht yang menarik dan kreatif untuk dapatkan secawan kopi di tepi terusan? Atau anda boleh melencong di tepi Sungai Lek yang lebar? Atau anda ingin lihat lebaran pasir di Loonse en Drunense dari bandar Tilburg? Sudah tentu boleh kerana kesemuanya bergantung kepada anda.


Ramai pengembara lakukan perjalan ke Amsterdam dari Eindhoven sekarang dengan adanya lebih banyak penerbangan tambang murah yang mendarat di Lapangan Terbang Eindhoven. Disebabkan itulah terdapat banyak cara untuk bergerak dari A ke B tidak kisah anda inginkan pengangkutan murah dengan menaiki bas atau pandu sendiri.


FAQ Eindhoven ke Amsterdam

Apakah cara termurah untuk ke Amsterdam dari Eindhoven?

Syarikat bas seperti Flixbus menawarkan harga terbaik bagi perjalanan Eindhoven-Amsterdam. Mereka mempunyai tiket serendah RM46. Tempah sahaja menggunakan 12Go.co untuk dapat tawaran terbaik dan ingat bahawa anda perlu bayar lebih untuk dapatkan bas tempatan atau teksi menuju ke tempat pengambilan jika anda mendarat di Lapangan Terbang Eindhoven.

Apakah cara terpantas untuk ke Amsterdam dari Eindhoven?

Jika anda ingin sampai ke Amsterdam dari Lapangan Terbang Eindhoven dengan cepat, kami sarankan anda menempah teksi atau menyewa kereta. Keseluruhan perjalanan dari Eindhoven ke Amsterdam boleh dilakukan dalam 90 minit jika tiada kesesakan lalu lintas semasa memasuki ibu kota tersebut. Dari bandar Eindhoven itu sendiri, keretapi mungkin menjadi lebih cepat dengan perjalanan selama 1 jam 20 minit sahaja.

Berapakah harga keretapi dari Eindhoven ke Amsterdam?

Tiket keretapi dari Eindhoven ke Amsterdam bermula dari RM100 seorang. Itu merupakan tiket tempahan awal yang anda boleh jumpa di 12Go.co jauh lebih awal sebelum anda mendarat di Belanda. Bagi pembelian pada hari perjalanan, anda boleh jangka untuk membayar dua kali ganda dari itu atau lebih jika anda inginkan Kelas Pertama.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Eindhoven ke Amsterdam?

Keretapi dijadualkan untuk mengambil 1 jam 20 minit sahaja menuju ke Amsterdam Centraal dari Eindhoven. Ini sudah tentu akan menjadi lebih lama bagi perjalanan yang mempunyai persinggahan atau pertukaran di Utrecht. Anda boleh semak kesemua waktu perjalanan dan tempah tiket paling murah lebih awal melalui 12Go.co.

Berapakah harga bas dari Eindhoven ke Amsterdam?

Terdapat bas di sekitar RM100 yang boleh membawa anda terus ke Amsterdam dari Lapangan Terbang Eindhoven. Namun, ia bukanlah pilihan yang paling murah kerana terdapat syarikat seperti Flixbus yang melakukan perjalanan ke ibu kota Belanda itu dengan harga serendah RM46 dan bertolak dari JF Kennedylaan yang lebih dekat dengan tengah bandar.

Berapakah harga teksi dari Lapangan Terbang Eindhoven ke Amsterdam?

Anda boleh bergerak dengan bergaya menuju ke kafe dan kedai-kedai lempeng di Amsterdam menaiki teksi. Jika anda tempah lebih awal, harga hanyalah di sekitar RM540. Ini kelihatan banyak tetapi itu ialah harga bagi keseluruhan teksi, jadi harga bagi seorang boleh menjadi lebih rendah jika anda bergerak secara berkumpulan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: