Gantikan stroopwafel dengan frites dan mayo. Tukarkan Dam Square dengan Grand Place. Tinggalkan Van Gogh demi Manneken Pis. Itulah perjalanan dari Amsterdam ke Brussels. Ia meliputi jarak sejauh 205 kilometer apabila di atas jalan melalui taman-taman bunga dan kincir angin yang bersepah di tanah rata Netherlands sebelum memasuki Belgium. Ia juga merupakan perjalanan yang paling banyak dilakukan di Eropah Utara, dikenali baik oleh semua orang daripada pengembara ulang alik dan pelancong.
Panduan ini menunjukkan kesemua pilihan pengangkutan yang anda boleh pilih di atas jalan dari Amsterdam ke tengah EU. Ia mempunyai petua tentang keretapi, bas, kapal terbang dan kereta dilengkapi dengan maklumat tentang harga, tempoh perjalanan dan lebih-lebih lagi.
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Amsterdam ke Brussels menaiki keretapi laju | 2 jam | RM410 | Tempah Online |
Amsterdam ke Brussels menaiki keretapi biasa | 3 jam | RM160 | Tempah Online |
Amsterdam ke Brussels menaiki bas | 3 jam | RM45 | Tempah Online |
Amsterdam ke Brussels menaiki kapal terbang | 45 minit | RM490 | Tempah Online |
Amsterdam ke Brussels menaiki kereta | 2.5 jam | RM82 | β |
Amsterdam ke Brussels menaiki keretapi laju
Tempoh Masa β Kurang dari 2 jam
Harga β RM410
Keselesaan β 5/5
Terdapat keretapi yang paling laju dan bagus di Eropah menyambungkan dua ibu kota iaitu Amsterdam dan Brussels. Mereka yang biasa menaiki keretapi akan terkejut dengan kelajuan keretapi Thalys ketika ia melakukan perjalanan 200 kilometer itu. Ya, anda boleh turun ke platform di Brussels Midi dalam masa kurang dari dua jam setelah melalui Kerajaan Tanah-Tanah Rendah dengan kelajuan sepantas 300 km/h!
Bukan kepantasan perjalanan itu sahaja yang menarik. Anda juga akan menikmati pelbagai kemewahan di atas keretapi. Kesemua gerabak dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk bermeja yang luas dan WiFi. Terdapat tiga kelas untuk dipilih iaitu Kedua, Selesa dan Premium. Mereka yang membayar harga paling mahal akan mendapat servis bir dan wain di meja termasuk ruang kaki yang cukup untuk anda pakaikan kasuk Belanda semasa dalam perjalanan jika anda mahu.
Keretapi laju Thalys dari Amsterdam ke Brussels adalah lebih mahal tetapi ia sudah tentu laju dan selesa!
Di samping kelajuan keretapi laju Thalys itu ialah kestabilannya. Dengan kelajuan sepantas 300 kph di atas landasan keretapi yang moden, ia memberi para penumpang nikmati pemandangan sungai-sungai, taman-taman bunga dan tanah rendah Eropah di luar tingkap. Semua itu tanpa merasai gerabak tersebut bergoyang-goyang.
Betul, anda akan membayar lebih bagi kesemua kelebihan di atas. Tiket kebiasaannya berharga RM450 satu hala bagi keretapi laju di antara Amsterdam dan Brussels. Lebih anda dapatkan tiket lebih awal supaya anda pasti mendapat tempat menggunakan servis seperti 12Go.co.
Amsterdam ke Brussels menaiki keretapi biasa
Tempoh Masa β Kurang dari 3 jam
Harga β RM160-210
Keselesaan β 4/5
Keretapi yang mempunyai harga separuh daripada harga keretapi laju ialah keretapi InterCity yang melakukan perjalanan di antara Amsterdam dan Brussels sebanyak 10 kali sehari. Ia berlepas seawal 7:25 pagi dengan pilihan untuk berlepas hampir setiap jam selepas itu. Stesen permulaannya adalah sama dengan Thalys iaitu di Amsterdam Centraal. Akan tetapi, anda akan tiba di Brussels Central dan bukannya Brussels Midi. Ini merupakan berita baik jika anda ingin meneroka dan telah dapatkan hotel berdekatan dengan Grand Place.
Keretapi biasa adalah lebih perlahan berbanding pesaingnya yang laju tetapi anda akan tiba di Brussels Central yang lebih dengan tengah bandar.
Keretapi InterCity telah mendapat tambahan kelajuan pada 2018 apabila ia telah ditambah baik bagi landasan yang lebih laju. Penambahbaikan itu telah mengurangkan keseluruhan tempoh perjalanan kepada kurang dari tiga jam. Perkara utama yang melambatkannya ialah persinggahan di bandar-bandar Belanda dan Belgium yang lain. Namun, anda boleh tukarkannya menjadi suatu kelebihan kerana anda boleh membeli tiket yang membenarkan anda turun dan naik sesuka hati. Ada sesiapa inginkan secawan kopi di Antwerp?
Para penumpang yang ingin menaiki keretapi ini boleh memilih di antara Kelas Pertama yang lebih lebar dengan tempat duduk yang lebih luas dan Kelas Kedua dengan tempat duduk dua hala. Kedua-duanya cukup selesa dan mempunyai tingkap yang luas untuk anda lihat kincir angin Belanda semasa dalam perjalanan. Tempahan awal boleh mudahkan urusan anda di stesen dengan tiket boleh dibeli berbulan lebih awal melalui servis seperti 12Go.
Amsterdam ke Brussels menaiki bas
Tempoh Masa β 3 hingga 5 jam
Harga β 45-60
Keselesaan β 3/5
Bas merupakan pilihan kerap yang dipercayai bagi menukarkan bandar terusan dengan tempat asal wafel coklat. Terdapat banyak pelepasan setiap hari dari awal pagi hingga ke lewat petang dan anda boleh pilih daripada pelbagai syarikat pengendali. Jangkakan untuk mengambil sekitar tiga jam di atas jalan tetapi beberapa pelepasan mengambil sehingga lima jam termasuk beberapa persinggahan semasa dalam perjalanan.
Bas bergerak setiap masa di antara Amsterdam dan Brussels dan ia pasti menjimatkan banyak wang bagi wafel dan coklat Belgium.
Syarikat bas terkenal termasuklah BlaBlaBus dan Flixbus. Bas mereka adalah selesa dan moden dilengkapi dengan WiFI, soket elektrik dan kerusi berbaring. Mereka akan membawa sama ada ke Gare de Bruxelles-Nord atau Brussels-South (juga dikenali sebagai Brussels Midi) di mana kedua-duanya hanya sejauh perjalanan teksi atau bas dari tengah Brussels yang bersejarah dan Grand Place yang terkenal.
Kami syorkan anda mencari bas jauh seawal mungkin. Kebiasaannya tiket mula dijual di antara empat hingga enam minggu sebelum tarikh perjalanan tetapi harga akan naik apabila mendekati tarikh perjalanan. Gunakan alat carian di 12Go.co untuk dapatkan tawaran terbaik dan bandingkan tambang dengan tarikh yang lain. Jangkakan harga di sekitar RM50 bagi tiket biasa yang menjadikannya pengangkutan termurah di antara Amsterdam dan Brussels.
Amsterdam ke Brussels menaiki kapal terbang
Tempoh Masa β 45 minit (penerbangan sahaja)
Harga β RM490+
Keselesaan β 4/5
Dengan hanya 200km di antara Amsterdam dan Brussels, anda mungkin berasa bahawa anda tidak perlukan penerbangan. KLM Royal Dutch tidak fikir sebegitu. Mereka melakukan satu penerbangan harian dari Lapangan Terbang Schiphol ke Lapangan Terbang Brussels. Ia berharga sekitar RM490-RM580 dan kebiasaannya berlepas pada pertengahan pagi.
Perjalanan itu mengambil hanya 45 minit di udara. Akan tetapi, ia bukanlah perjalanan terpantas dari bandar ke bandar. Anda akan lihat tempoh perjalanan menjadi sekitar tiga jam apabila ditambah dengan masa menuju ke terminal di atas keretapi dari Amsterdam Centraal, sekurang-kurangnya sejam untuk mendaftar masuk dan penerbangan dari BRU ke pusat bandar Brussels.
Dengan itu, penerbangan merupakan perjalanan yang selesa. Ia juga merupakan pilihan yang dipercayai dan bagus jika keretapi laju Thalys telah ditempah habis. Ia juga bagus jika anda ingin bergerak terus ke Lapangan Terbang Brussels bagi perjalanan sambungan ke serata Eropah dan tempat lain di dunia.
Amsterdam ke Brussels menaiki kereta
Tempoh Masa β 2.5 jam
Harga β Di antara RM80 dan RM800
Keselesaan β 5/5
Masa untuk pengembaraan! Pilih kenderaan anda dan anda akan bergerak melalui Kerajaan Tanah-Tanah Rendah dari Amsterdam ke Brussels dalam kelajuan yang anda ingin. Boleh sahaja tamatkan perjalanan itu dalam masa empat jam tetapi terdapat banyak tempat persinggahan yang memanggil anda di sepanjang perjalanan itu. Terdapat Taman Negara Biesbosch, kawasan jazz di Antwerp dan kawasan luar bandar Kalmthout Heath untuk diterokai. Apa kata anda ambil masa sehari untuk menikmatinya?
Terdapat beberapa pilihan kereta bagi anda. Beberapa pengembara mempunyai kereta tersendiri. Mereka yang lain perlu menyewa. Pergi ke RentalCars.com untuk bandingkan harga terbaik untuknya. Kebiasaannya anda melihat harga di sekitar RM900 bagi sewaan sehari dengan caj tambahan untuk merentasi sempadan dan meninggalkan kereta di tempat lain. Jika anda ingin berjimat, anda boleh pertimbangkan perjalanan kongsi dengan servis seperti BlaBlaCar. Ia mungkin berharga serendah RM100 tetapi anda akan mengembara dengan orang lain, jadi anda mungkin tidak dapat singgah untuk melihat air terjun Belanda.
Perjalanan di antara Amsterdam dan Brussels boleh dilakukan dalam masa kurang dari dua jam melalui taman tulip di atas keretapi Thalys. Atau, anda boleh mengambil masa anda untuk meneroka bandar-bandar menakjubkan seperti Rotterdam dan Antwerp semasa dalam perjalanan. Pilihan terletak di dalam tangan andaβ¦
FAQ Amsterdam ke Brussels
Bas menawarkan harga terbaik bagi perjalanan di antara Amsterdam dan Brussels. Harga bagi satu tempat duduk dalam servis bas terkenal seperti BlaBlaBus berada di sekitar RM45. Ia merupakan tawaran baik jika dibandingkan dengan RM410 bagi keretapi Thalys. Untuk dapatkan harga terendah, lihat 12Go.co sekurang-kurangnya empat minggu sebelum anda bergerak.
Keretapi laju Thalys melakukan perjalanan di antara Amsterdam dan Brussels dalam masa kurang dua jam. Ia mempunyai speedometer yang mencecah bacaan 300 kph semasa dalam perjalanan itu. Ia menjadikannya pilihan terpantas untuk bergerak di antara dua ibu kota itu kerana penerbangan mengambil sekitar tiga jam jika dikira sekali pendaftaran masuk dan perjalanan ke terminal. Ingat, keretapi laju adalah terkenal jadi pra-tempah tiket anda lebih awal menggunakan 12Go.co.
Harga tiket keretapi untuk membawa anda dari Amsterdam ke Belgium berbeza-beza. Ini disebabkan harga biasa bagi keretapi laju InterCity di sekitar RM410. Manakala, keretapi InterCity mempunyai tempahan serendah RM170. Anda boleh banding dan tempah kedua-duanya menggunakan servis atas talian seperti 12Go.co.
Pilih gerabak Thalys yang laju itu dan anda melihat perjalanan pantas yang ambil masa kurang dari dua jam dari Amsterdam Central ke Brussels Midi. Dapatkan keretapi InterCity dan ia mengambil masa tiga jam dari awal hingga akhir walaupun anda bergerak keluar dari Brussels Central di mana anda boleh berjalan ke tempat tarikan pelancongan utama di sekitar Grand Place.
Ya. Cari keretapi Thalys yang bergerak di antara Amsterdam dan Brussels. Ia bergerak setiap sejam atau dua dan akan menamatkan perjalanan itu dalam 113 minit. Semasa musim sibuk di sekitar musim panas, Christmas atau Tahun Baru lebih baik anda dapatkan tempahan awal menggunakan 12Go.co kerana ia boleh habis ditempah dengan cepat.
Bas kebiasaannya mengambil sekitar tiga jam untuk ke Brussels dari Amsterdam. Syarikat-syarikat terkenal seperti Flixbus dan BlaBlaBus menawarkan perjalanan yang tidak mempunyai pertukaran atau persinggahan yang terlampau banyak di antara ibu-ibu kota itu. Ia lebih baik jika ditempah secara atas talian dan lebih awal, jadi lihat 12Go.co bagi pilihan tiket.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: