Cara untuk ke Salzburg dari Vienna

Cara untuk ke Salzburg dari Vienna

Anda ingin tukarkan istana-istana Habsburg yang gah itu dan taman-taman bandar dengan salji di puncak Alps Austria? Perjalanan dari Vienna ke Salzburg menjanjikannya dalam masa beberapa jam sahaja. Terdapat 255 km hutan-hutan, sungai-sungai dan bukit-bukau di antara mereka tetapi dua destinasi ini bersambung melalui jalan raya, landasan keretapi dan penerbangan.

Panduan ini menunjukkan kesemua pilihan yang anda boleh pilih untuk lengkapkan perjalanan tersebut dan pergi ke konsert Mozart, tasik tanah-tanah tinggi yang bersinar, laluan pendakian, istana-istana bersejarah dan lokasi filem The Sound of Music…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Vienna ke Salzburg menaiki keretapi2.5 jamRM84Tempah Online
Vienna ke Salzburg menaiki penerbangan50 minitRM250Tempah Online
Vienna ke Salzburg menaiki teksi3 jamRM1300Tempah Online
Vienna ke Salzburg menaiki kereta3 jamRM370Tempah Online
Vienna ke Salzburg mengikuti lawatan–RM570Tempah Online

Vienna ke Salzburg menaiki keretapi

Vienna to Salzburg by train
The Railjet trains are the most popular choice for trips between Vienna and Salzburg © David Jancik / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam 22 minit
Harga – RM84
Keselesaan – 4/5

Keretapi dari Vienna ke Salzburg merentasi tengah-tengah timur Austria. Ia akan membawa anda dari istana-istana empayar lama yang gah ke kaki bukit Alps Salzburgerland dalam masa 2.5 jam sahaja yang menjadikannya cara yang pantas. Tambahan pula, terdapat sebanyak tiga pelepasan setiap jam semasa waktu siang, jadi anda tidak sepatutnya terasa tersekat dengan strudel di ibu kota Austria tanpa sebarang cara untuk meninggalkannya.

Keretapi Austria adalah selesa juga. Bagi perjalanan ini, anda boleh pilih keretapi Railjet yang dilakukan oleh syarikat keretapi nasional OBB atau syarikat keretapi swasta WESTbahn. Keretapi OBB adalah baharu dan bersih dilengkapi dengan tempat duduk dua-dua dalam Kelas Ekonomi dan kerusi kulit tipu dalam Kelas Pertama. WESTbahn merupakan keretapi dua tingkap dengan pelbagai bilik walaupun tempat untuk dapatkan makanan hanyalah dari mesin layan diri (OBB menawarkan servis dengan makanan panas dan bir Austria!). Kesemua keretapi OBB bergerak dari Vienna Hauptbahnhof yang besar. Keretapi-keretapi yang lain bergerak dari Wien Westbahnhof.

Railjet train near Salzburg in Austria
Pemandang menjadi lebih indah apabila anda mendekati Salzburg

Keretapi ke Salzburg membawa anda menerusi luar bandar Upper Austria mengelilingi Alps menuju ke selatan.

Pemandangan di luar keretapi dalam perjalanan ini mungkin tidak secantik di bahagian barat Austria tetapi ia masih cukup indah. Di sekitar Vienna, anda akan melihat hutan pain Wienerwald diikuti dengan ladang-ladang di Upper Austria dan Danube River. Ia menjadi lebih cantik apabila anda memasuki Salzburg di mana gunung-ganang mula muncul di ufuk dan anda melihat jalan menerusi Sungai Salzach memasuki Bavaria.

Tiket bagi apa-apa sahaja perjalanan keretapi di Austria adalah lebih murah apabila ditempah awal. Bagi perjalanan ini, anda melihat perbezaan yang ketara di antara tiket awal dan tiket biasa kerana ia melonjak daripada RM84 seorang kepada RM270 seorang. Jika anda tidak pasti pukul berapa anda ingin tinggalkan ibu kota itu, anda mungkin ingin memilih keretapi WESTbahn yang menjual tiketnya sekitar RM150 tetapi tidak terikat dengan waktu pelepasan yang khusus.

Vienna ke Salzburg menaiki penerbangan

Vienna ke Salzburg menaiki penerbangan
Lapangan Terbang Salzburg terletak hanya beberapa kilometer dari tengah bandar Salzburg © Tupungato / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 50 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM250+
Keselesaan – 3/5

Ia mengambil hanya 50 minit untuk bergerak dari Vienna ke Salzburg apabila anda menaiki penerbangan. Ini menjadikan penerbangan sebagai cara terpantas jika dikira dari landasan ke landasan. Terdapat tiga penerbangan tanpa henti setiap hari bermula seawal sebelum 10 pagi dengan dua penerbangan terakhir selepas 5 petang dan sebelum 10 malam. Ia dilakukan oleh Austrian Airlines yang bercorakkan bendera negara itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna menggunakan pesawat antara bandar yang kecil.

Lakes in Berchtesgaden National Park
Tasik biru kehijauan yang terkenal di Taman Negara Berchtesgaden

Penerbangan bukanlah cara termurah atau termudah untuk bergerak dari A ke B tetapi boleh menjadi pilihan yang bagus jika anda tidak ingin melalui bandar untuk melihat gunung di sekelilingnya.

Tempoh keseluruhan penerbangan mungkin lebih lama daripada keretapi jika anda menuju ke Altstadt yang memukaukan di Salzburg. Ia mengambil sekitar tiga atau empat jam disebabkan perjalanan ke terminal dan pendaftaran masuk. Akan tetapi, bukan semua pengembara ingin ke tengah bandar. Terdapat mereka yang ingin ke tasik berkilauan di Taman Negara Berchtesgaden di Jerman atau kawasan Austrian Hochkönig berdekatan Hinterthal. Bagi mereka ini, Lapangan Terbang Salzburg terletak dengan baik di barat bandar dengan tempat sewaan dan titik masuk ke lebuhraya.

Untuk dapatkan tawaran terbaik bagi penerbangan di antara Vienna dan Salzburg, sentiasa tempah melalui 12Go.co sebaik sahaja anda mengetahui tarikh dan waktu perjalanan. Ini penting kerana harga tiket boleh melonjak apabila terdapat lebih banyak permintaan menjadikannya RM410. Anda juga perlu membayar caj tambahan bagi bagasi. Ia berharga sekitar RM80 dengan Austrian Airlines tetapi peralatan sukan dan bagasi besar berharga lebih mahal.

Vienna ke Salzburg menaiki teksi

Vienna ke Salzburg menaiki teksi
Tiada yang lebih selesa (atau mahal) daripada teksi © der_makabere / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 hingga 4 jam
Harga – RM1300+
Keselesaan – 5/5

Menaiki teksi dari Vienna ke Salzburg adalah mudah sahaja. Cara perjalanan yang mewah ini bermakna anda akan diambil di mana-mana sahaja dalam ibu kota Austria itu dan pada bila-bila masa sahaja. Ia merupakan berita yang amat baik jika anda tidak ingin memasukkan beg ke dalam Hauptbahnhof untuk dapatkan keretapi atau mendarat ke Lapangan Terbang Vienna dan inginkan perjalanan di atas jalan ke arah barat secepat mungkin.

Teksi merupakan pilihan yang sesuai jika anda mempunyai duit lebihan dan ingin habiskan perjalanan itu dengan mudah.

Selain kemudahannya, teksi juga amat selesa. Aturkannya dengan betul dan tempah bersama syarikat yang dipercayai dan anda mungkin melihat van mini yang luas atau kereta yang mewah. Kesemua itu dilengkapi dengan tempat duduk empuk dan penghawa dingin yang kuat. Anda juga minta untuk berhenti bila-bila sahaja anda ingin semasa dalam perjalanan dan diturunkan di mana-mana tempat atau hotel di Salzburg setelah perjalanan itu tamat.

Keburukannya? Sudah tentu harganya. Ya, ia merupakan cara termahal untuk tukarkan kedai kopi di Vienna dengan konsert Mozart di Salzburg. Kebanyakan harga bermula di sekitar RM1340 tetapi anda mungkin membayar lebih jika bergerak pada waktu malam, awal pagi atau melalui jalan-jalan cantik selain lebuhraya.

Vienna ke Salzburg menaiki kereta

Vienna ke Salzburg menaiki kereta
Matahari terbenam di Hallstatt menjadikannya pemandangannya memukaukan

Tempoh Masa – 3 hingga 4 jam
Harga – RM370+
Keselesaan – 5/5

Betul, anda boleh tamatkan perjalanan dari Vienna ke Salzburg dalam masa tiga jam sahaja jika anda melalui lebuhraya E60 dan terus melalui St Pölten dan Linz. Namun, di manakah keseronokannya? Suatu jalan yang lebih menarik dan cantik meninggalkan ibu kota itu ke arah barat daya dan bawa anda ke kaki bukit Alps Austria timur. Anda perlu cari jalan E59 (S6) yang menerusi Leoben. Bersedialah dengan kamera kerana ia menunjukkan gunung-ganang Styria yang menakjubkan dan seterusnya kawasan Salzkammergut di mana anda tentu ingin singgah di kampung kotak coklat di Hallstatt!

Jika itu tidak cukup untuk menarik minat anda bagi mengikuti jalan raya, bagaimana pula dengan harga kereta sewa? Ia hanya sekitar RM370 bagi pemanduan sepanjang hari dalam kereta moden dengan syarikat sewaan yang besar apabila ditempah melalui RentalCars.com! Di samping itu, anda perlu semak caj tambahan bagi perjalanan satu hala tetapi pengangkutan itu sudah tentu lebih murah berbanding teksi. Hanya bawa lesen memandu dan kad kredit anda dan fikirkan tentang membeli insuran tambahan dan barangan tambahan seperti rantai tayar apabila anda melawat Austria semasa musim salji.

Vienna ke Salzburg mengikuti lawatan

Vienna ke Salzburg mengikuti lawatan

Tempoh Masa – Sepanjang hari
Harga – RM570+
Keselesaan – 4/5

Terdapat beberapa lawatan bagus yang mampu membawa anda dari kesibukan Vienna ke jalan berbatu di Salzburg dalam sehari (dan kembali). Ia bukanlah yang termurah untuk lakukan perjalanan itu (anda melihat harga sekitar RM570 bagi keseluruhan perjalanan itu), tetapi ia akan termasuk pelbagai masakan Austria, pelancongan dan alam semulajadi untuk dinikmati. Anda juga akan diambil dari lobi hotel anda!

Lawatan sehari di antara kedua-dua bandar tersebut kebiasaannya dilakukan dengan van mini berkerusi 12 yang kecil, berhawa dingin dan ruang kaki yang luas. Namun, jarang sekali ia bergerak ke barat daya menuju ke Salzburg tanpa sebarang persinggahan. Ia mungkin bermakna menikmati pagi anda di ladang anggur Wachau atau padang rumput kehijauan Styria. Kemudian pemandu pelancong akan membawa anda di sekitar Salzburg dengan jadual perjalanan yang termasuk melawat Istana Mirabell dan Rumah Mozart.


Perjalanan dari Vienna ke Salzburg perlu dilakukan oleh setiap pengembara yang berminat untuk melihat tempat dan budaya Austria. Oh, ia membawa anda dekat dengan Alps di mana terdapat istana-istana dan tasik yang berkilauan di lembah-lembah.


FAQ Vienna ke Salzburg

Apakah cara termurah untuk ke Salzburg dari Vienna?

Keretapi merupakan cara termurah bagi perjalanan ini. Tiada bas yang lebih murah untuk menandinginya, jadi tiket awalnya yang berharga sekitar RM100 adalah yang paling murah. Pastikan anda tempah lebih awal menggunakan 12Go.co jika anda bayar serendah itu kerana harga tiket keretapi OBB boleh melonjak naik apabila mendekati waktu pelepasan.

Apakah cara terpantas untuk ke Salzburg dari Vienna?

Ya, penerbangan hanya mengambil 50 minit, tetapi itu tidak termasuk tempoh perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna dan ke jalan-jalan berbatu di sebelah Salzburg. Jika dikira sekali semua itu, perjalanan keretapi mungkin menjadi cara terpantas lebih-lebih lagi jika anda dapat menempah servis keretapi laju dari Wien Hauptbahnhof selama 2 jam 22 minit itu melalui 12Go.co.

Apakah cara terbaik untuk ke Salzburg dari Vienna?

Terpulang kepada anda. Keretapi ialah pilihan yang selesa dan menyenangkan dengan perjalanan yang lancar dan pemandangan Upper Austria yang cantik. Namun, terdapat sesuatu yang istimewa bagi sewaan kereta dan melalui kawasan luar bandar. Jika anda mempunyai masa lebih, anda mungkin boleh melalui kawasan-kawasan Styria dan Salzkammergut yang mengagumkan.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Vienna ke Salzburg?

Keretapi terpantas mengambil hanya 2 jam 22 minit dari stesen ke stesen. Kami syorkan anda menempah lebih awal kerana harga tiket boleh meningkat. Gunakan 12Go.co untuk membandingkan harga-harga waktu pelepasan yang berbeza dan membeli secara atas talian.

Bolehkah anda lakukan perjalanan sehari dari Vienna ke Salzburg?

Mereka yang tidak sabar untuk menyanyikan lagu-lagu Sound of Music dan melihat bandar Hallstatt yang indah itu perlu pertimbangkan lawatan sehari dari Vienna ke Salzburg. Ia merupakan pilihan yang lebih murah berbanding dengan teksi tetapi menawarkan pelbagai budaya Austria dia kawasan-kawasan yang memisahkan dua bandar itu dan lawatan di tengah Salzburg di mana terletaknya rumah Mozart di bawah istana yang tinggi.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: