Hanya 55 kilometer dan Sungai Danube yang memisahkah Vienna dan Bratislava. Ia bermakna anda boleh menikmati pemandangan istana-istana Neoklasik di Habsburgs dan strudel Vienna pada sebelah pagi dan berjalan di Pekan Lama di bandar terbesar Slovakia di antara kedai-kedai makan murah pada sebelah petang.
Panduan ini menunjukkan kesemua cara untuk anda lakukan perjalanan pantas dari bandar ke bandar ini. Ia mempunyai maklumat tentang keretapi biasa, bas murah dan banyak lagi. Selamat mengembara…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Vienna ke Bratislava menaiki keretapi | 1 jam | RM54 | Tempah Online |
Vienna ke Bratislava menaiki bas | 1 jam | RM29 | Tempah Online |
Vienna ke Bratislava menaiki kapal | 1.5 jam | RM130 | Tempah Online |
Vienna ke Bratislava menaiki teksi | 45 minit | RM390 | Tempah Online |
Vienna ke Bratislava mengikuti lawatan | – | RM330 | Tempah Online |
Vienna ke Bratislava menaiki keretapi
Tempoh Masa – 1 jam 6 minit
Harga – RM54+
Keselesaan – 4/5
Keretapi merupakan pilihan utama bagi mereka berulang alik dan para pengembara melakukan perjalanan dari Vienna ke Bratislava secara murah dan cepat. Ia bergerak setiap jam dari 5:16 pagi ke atas dengan kerap. Stesen permulaannya ialah di Wien Hauptbahnhof manakala ia akan tiba di Bratislava hlavná stanica di mana kedua-dua stesen ini dekat sahaja dengan pusat bandar menggunakan metro atau bas. Kesemua perjalanan ini dikendali secara kerjasama oleh OBB (Landasan Keretapi Persekutuan Austria) dan ZSR (Landasan Keretapi Republik Slovak).
Disebabkan ia merupakan perjalanan yang sebentar, jangan jangkakan keretapi yang lama dan mewah. Malah, kebanyakan perjalanan keretapi adalah sebentar, bergerabak empat dengan tempat duduk Kelas Kedua sahaja. Namun, ia masih menenangkan dengan tempat duduk saling menghadap, tingkap besar dan rak bagasi. Ingat bahawa hanya separuh keretapi itu sahaja yang berhawa dingin dan separuh lagi bergantung kepada tingkapnya. Semasa musim panas di Eropah Tengah, sudah tentu lebih baik anda dapatkan kawasan berhawa dingin itu.
Keretapi bergerak setiap jam di antara Vienna dan Bratislava dengan perjalanan yang selesa dan mudah dari bandar ke bandar.
Pemandangan di sepanjang perjalanan itu membuatkan mata anda tenang. Antara yang terbaik termasuklah rentasan di Danube dalam perjalanan keluar dari Vienna dan siluet kaki bukit Little Carpathian di sebelah utara apabila anda mendekati Bratislava. Bagi kebanyakan perjalanan itu, anda akan bergerak melalui ladang-ladang yang rata di mana teradapat kincir-kincir angin dan hutan-hutan.
Apabila anda ingin membeli tiket, kami syorkan anda tempat lebih awal menggunakan 12Go.co. Ia tidak akan mempengaruhi harganya kerana keretapi antara bandar itu akan sentiasa berharga RM54 tidak kira bila anda membelinya tetapi anda tidak perlu beratur di Hauptbahnhof di Vienna yang boleh menjadi sesak semasa musim panas dan waktu puncak.
Vienna ke Bratislava menaiki bas
Tempoh Masa – 1 jam
Harga – RM29
Keselesaan – 3/5
Bas mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan keretapi untuk ke Bratislava dari Vienna. Namun, perjalanan selama 60 minit itu bergantung kepada trafik keluar masuk di kedua-dua bandar tersebut yang patut anda pertimbangkan jika anda bergerak semasa waktu puncak pada sebelah pagi atau lewat petang. Namun, harganya akan menarik perhatian anda. Tiket bersama syarikat terkenal seperti RegioJet dan Flixbus dijual dengan harga sekitar RM30 apabila ditempah awal melalui 12Go.co yang merupakan separuh daripada harga keretapi.
Bas bertolak meninggalkan Vienna dari beberapa tempat. Kebanyakannya akan bergerak dari terminal bas antarabangsa di Erdberg. Bas yang lain bergerak dari platform di luar Wien Hauptbahnhof. Terdapat juga pelepasan terus dari Lapangan Terbang Vienna yang menjadikannya perjalanan yang cepat dan mudah menuju ke Slovakia bagi mereka yang mendarat daripada penerbangan. Perjalanan itu kemungkinan mengikuti lebuhraya A4 dan A6 ke timur sebelum merentasi sempadan dan kemudian merentasi Danube menggunakan jambatan UFO yang terkenal di Bratislava.
Vienna ke Bratislava menaiki kapal
Tempoh Masa – 1 jam 15 minit
Harga – RM130 (hari minggu), RM155 (hujung minggu)
Keselesaan – 4/5
Terdapat hidrofoil Twin City yang masih berlayar di Danube di antara Vienna dan Bratislava. Ia dikira satu cara yang baharu kerana ia tidaklah sepantas keretapi dan berharga lebih mahal sedikit. Dengan itu, ia memberikan anda peluang untuk menikmati pemandangan gunung-ganang Slovakia, hutan-hutan Taman Negara Danube-Auen dan berehat di atas dek apabila anda sedang bergerak dari bandar ke bandar. Pastikan anda juga mencari Istana Devin yang terletak di tebing apabila anda mendekati sempadan Slovakia-Austria.
Kapal merupakan pilihan alternatif yang menyeronokkan untuk bergerak di antara ibu kota Austria dan Slovak dengan makanan atas kapal yang enak.
Semasa musim sibuk (April hingga hujung September), kapal itu meninggalkan Vienna sebanyak tiga kali sehari. Semasa musim luruh dan musim sejuk, jumlah perjalanan dikurangkan menjadi dua atau satu pelayaran setiap hari. Kami syorkan anda melihat jadual perjalanan lebih awal melalui 12Go.co bagi memastikan anda boleh mengembara pada bila-bila masa yang anda inginkan. Dari segi harga, anda melihat kepada sekitar RM130 seorang satu hala atau dua kali ganda bagi perjalanan ulang alik.
Kapal itu ialah kapal sungai bersaiz sederhana dan berbadan leper. Terdapat dua kelas tempat duduk yang tidaklah begitu berbeza dari segi kualiti walaupun pilihan premium menjaminkan pemandangan yang paling cantik. Tambahan pula, anda boleh jangka untuk menikmati makanan di atas kapal termasuklah kek manis Austria, kopi dan papan charcuterie.
Vienna ke Bratislava menaiki teksi
Tempoh Masa – 45 ke 55 minit
Harga – RM390+
Keselesaan – 5/5
Jika anda mempunyai wang lebih, teksi boleh menjadi pilihan untuk lakukan perjalanan di antara dua ibu kota itu dengan bergaya. Ini disebabkan kedua-duanya adalah dekat sahaja sejauh 77 kilometer memisahkan mereka, jadi ia tidaklah begitu mahal dengan harga asas bermula sekitar RM390. Ia mungkin kelihatan banyak tetapi ia bagi keseluruhan teksi, jadi anda boleh jadikannya tawaran yang baik jika dibahagi dengan ahli kumpulan anda.
Kelebihan teksi yang lain adalah ia juga termasuk perjalanan ke lobi hotel anda di Bratislava dan servis pengambilan dari mana-mana sahaja yang anda pilih di Vienna. Ia boleh jadi di lapangan terbang, sesuai bagi mereka yang terbang memasuki Austria tetapi ingin terus ke kedai-kedai makan Slovakia dan tempat bersejarah di sebelah timur bandar itu.
Vienna ke Bratislava mengikuti lawatan
Tempoh Masa – Sepanjang hari
Harga – RM330 seorang
Keselesaan – 4/5
Jika anda ingin ke Bratislava, lawat tempat-tempat pelancongan dan kembali ke Vienna anda mungkin sukakan lawatan sehari. Terdapat pelbagai syarikat yang menawarkannya dari ibu kota Austria itu. Ia termasuk pengambilan di hotel anda atau tempat yang telah ditentukan, pengangkutan di antara bandar-bandar itu dan lawatan berpandu di Pekan Lama yang terkenal di Slovakia. Aktiviti lain dan pemandangan yang mungkin menjadi sebahagian daripada lawatan itu termasuklah Istana Grassalkovich yang besar dan istana putih yang mengawasi bandar itu. Kebanyakan pengangkutan bagi lawatan itu ialah van mini bersama para pengembara yang lain tetapi anda boleh cari pakej yang termasuk perjalanan kapal di Danube.
Tinggalkan pretzel anda demi dumpling Slavic. Tukarkan pemandangan Hofburg dengan bersiar-siar di ibu kota Slovakia yang bersejarah. Itulah yang menunggu para pengembara yang bergerak dari Vienna ke Bratislava tidak kira jika mereka menaiki bas, kapal, keretapi atau mengikuti lawatan.
FAQ Vienna ke Bratislava
Sudah tentulah bas. Dengan harga serendah RM30, ia sukar untuk tidak berasa tertarik dengan perjalanan bandar ke bandar yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat seperti Flixbus dan RegioJet. Untuk mendapatkan tawaran terbaik, anda perlu tempah lebih awal menggunakan servis seperti 12Go.co.
Tiada cara yang lebih pantas daripada perjalanan teksi persendirian dari tengah Vienna yang kelihatan Baroque ke Pekan Lama Bratislava yang mengagumkan. Ia boleh lakukan perjalanan itu dalam masa 45 minit sahaja dengan trafik yang lenggang walaupun kebiasaannya ia menjadi sekitar jam. Ia akan menurunkan anda di mana-mana sahaja yang anda pilih di Slovakia.
Mungkin keretapi. Ia digunakan oleh ramai penduduk Austria dan Slovakia sepanjang tahun dengan adanya pelepasan yagn kerap setiap jam sepanjang hari. Ia juga agak murah dengan harga di 12Go.co berada di sekitar RM54 seorang bagi keseluruhan perjalanan itu.
Ya, banyak sekali. Ia berlepas setiap jam bermula seawal 5 pagi. Dari sana, ia merupakan perjalanan pantas ke timur selama 1 jam 15 minit menuju ke Bratislava dengan pemandangan ke arah kincir-kincir angin dan ladang-ladang yang anda boleh nikmati.
Harga biasa bagi keretapi di antara Vienna dan Bratislava ialah sebanyak RM54 seorang. Tiada perbezaan bagi harga tiket yang dibeli lebih awal dan tiket yang dibeli pada hari kejadia tetapi kami syorkan anda cari dan beli lebih awal di 12Go.co sebelum anda bergerak ke Austria untuk mengelakkan anda perlu beratur di stesen.
Hanya sekitar sejam secara keseluruhan selagi mana tiada kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan. Perjalana ini mengikuti lebuhraya A4 dan A6 ke arah timur. Apabila anda mendekati penghujung perjalanan itu, anda akan merentasi sempadan Slovak-Austria dan kemudian Sungai Danube semasa dalam perjalanan menuju ke stesen utama di daerah Nivy dalam Bratislava.
Ia hanya mengambil sekitar sejam untuk tukarkan Vienna dengan Bratislava tetapi perjalanan itu membuka peluang baharu untuk melancong, mengembara dan merasai makanan-makanan baharu. Aturkannya dan anda boleh menambah beberapa hari di Pekan Lama yang terkenal di tengah ibu kota Slovakia di mana pub bir terletak di sebelah kedai makan Slovakia. Ataupun, anda boleh mengambil peluang ini untuk melakukan pengembaraan ke Little Carpathians di mana laluan mendaki menyusuri hutan-hutan pain.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: