Apabila anda sudah habis menikmati gondola yang romantis di Grand Canal, berswafoto di kubah berdaun emas Basilika Saint Mark dan merasai frutti di mare yang enak, apa kata anda pergi ke Florence pula? Ia merupakan destinasi seterusnya yang jelas bagi pencinta seni dan budaya mengembara di Itali.
Hanya sejauh 195 km di barat daya, ia mempunyai koleksi seni yang tidak ternilai di Galeri Uffizi, kedai barang kemas berwarna pastel di Ponte Vecchio dan salah satu duomos yang paling menakjubkan di negara itu. Syukurlah, perjalanan itu mudah sahaja dengan adanya keretapi laju, bas murah dan jalan raya yang bagus menghubungkan kedua-dua bandar yang wajib dilawati itu…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Venice ke Florence menaiki keretapi laju | 2 jam | RM92 | Tempah Online |
Venice ke Florence menaiki keretapi biasa | 3.5 jam | RM100 | Tempah Online |
Venice ke Florence menaiki bas | 4 jam | RM42 | Tempah Online |
Venice ke Florence menaiki kereta | 3 jam | RM210 | Tempah Online |
Venice ke Florence menaiki keretapi laju
Tempoh Masa – Sekitar 2 jam
Harga – RM92
Keselesaan – 5/5
Tanya sahaja mana-mana penduduk tempatan Itali dan mereka akan memberitahu anda bahawa terapat hanya satu cara untuk bergerak dalam keadaan yang bergaya dari Venice ke Florence iaitu dengan menaiki keretapi laju. Ia bergerak di antara kedua-dua bandar tersebut sebanyak 15 kali sehari dengan bergerak dari stesen ke stesen secara terus selama 1 jam 50 minit. Ia juga merupakan perjalanan yang lancar juga kerana anda akan menaiki sama ada keretapi EVO dan Le Frecce yang moden dan boleh mencecah kelajuan 300 kph dengan dalaman berhawa dingin dan mempunyai kelas-kelas berbeza sesuai untuk pelbagai bajet.
Selesakan diri dan nikmati perjalanan melalui Emilia-Romagna dan Tuscany yang menawan semasa dalam perjalanan dari Venice ke Florence dengan menaiki keretapi laju.
Perjalanan itu sendiri bermula sama ada di Stesen Santa Lucia di Venice (sesuai jika anda ingin keluar dari tempat bersejarah yang berdekatan dengan Grand Canal itu) atau di stesen Mestre di tanah besar Itali. Kemudian, anda akan bergerak terus melalui tengah Emilia-Romagna yang kelihatan lama di mana ladang-ladang gandum dan ladang-ladang ternakan terbentang luas. Namun, bahagian yang paling cantik dalam perjalanan tersebut sudah tentu ialah lintasan Apennines memasuki Tuscany yang membawa anda di antara lembah-lembah yang tersorok di gunung-ganang dan melalui terowong-terowong panjang di antara ladang-ladang anggur. Titik ketibaan adalah di stesen Firenze Santa Maria Novella yang terletak sejauh 10 minit berjalan kaki dari tapak bersejarah Piazza della Repubblica di bandar lama Florence.
Terdapat dua syarikat yang anda boleh pilih bagi perjalanan keretapi laju. Terdapat Trenitalia yang dikendali oleh syarikat kerajaan. Mereka mempunyai kebanyakan perjalanan dan menggunakan keretapi Frecciarossa yang mempunyai makanan yang enak di atas keretapi. Kedua, terdapat Italo yang mempunyai keretapi EVO yang sama laju tetapi berharga murah sedikit secara keseluruhan. Bercakap tentang harga… anda perlu tempah awal! Kerana harga murah berada di sekitar RM92 tetapi boleh melambung beberapa kali ganda jika anda beli pada hari perjalanan. Syukurlah, mudah sahaja untuk mendapatkan tiket sebelum anda tiba di Itali. Pergi sahaja ke 12Go.co dan mula mencari.
Venice ke Florence menaiki keretapi biasa
Tempoh Masa – 3.5 hingga 5.5 jam
Harga – Sekitar RM100
Keselesaan – 3/5
Terdapat juga keretapi tempatan klasik yang boleh membawa anda dari Laut Adriatik ke kubah-kubah gereja yang besar di Florence. Ia tidaklah laju seperti keretapi EVO dan Le Frecce tetapi ia boleh menamatkan perjalanan tersebut dalam masa di antara 3.5 dan 5.5 jam dan sudah tentu berharga kurang daripada tiket termurah bagi keretapi laju. Ini menjadikannya pilihan terbaik jika anda tidak dapat menempah tiket murah lebih awal melalui 12Go.co.
Keretapi tempatan ialah pilihan yang lebih perlahan untuk bergerak dalam Itali tetapi anda ia membolehkan anda melihat bandar-bandar yang memikat apabila anda bergerak dari Venice ke Florence.
Kelebihan lain bagi keretapi tempatan adalah ia akan menunjukkan lebih banyak pemandangan Itali kepada anda. Ia akan melalui beberapa bandar semasa dalam perjalanan termasuklah di antara dua dan empat persinggahan. Tambahan pula, disebabkan keretapi tempatan tidak ditempah dengan satu tiket tetapi beberapa tiket, anda boleh ambil beberapa jam untuk keluar dari stesen dan nikmati espresso di bandar-bandar tersebut. Kami syorkan anda singgah untuk bersiar-siar di jalan berbatu bata merah Bologna dan berhenti di tengah Prato yang indah.
Perkara baik tentang harga keretapi biasa ialah ia tidak berubah. Anda akan sentiasa membayar harga yang sama, kebiasaannya dari RM100 hingga RM135 tidak kira jika anda beli pada hari tersebut atau tiga bulan lebih awal daripada perjalanan anda. Dari segi keselesaan, keretapi itu bagus tetapi bukanlah yang terbaik. Ia mempunyai meja dan aturan 2-2 dengan penghawa dingin dan tingkap yang luas.
Venice ke Florence menaiki bas
Tempoh Masa – 4 – 5.5 jam
Harga – RM42+
Keselesaan – 3/5
Jika anda ingin mengembara di Itali, tiada cara yang lebih baik untuk bergerak dari bandar ke bandar selain daripada menaik bas. Harga-harga awal yang dibeli menggunakan alat carian 12Go.co boleh berharga serendah RM40 bagi perjalanan ini. Ia juga tidaklah mengambil masa yang teramat lama, hanya 3.75 jam untuk membawa anda dari A ke B dan kebiasaannya tanpa sebarang pertukaran di antaranya. Bagus, bukan?
Bas adalah amat baik untuk menjimatkan sedikit wang bagi gelato anda di Florence dengan harga tiket serendah RM40 bagi beberapa kes.
Bas yang menuju ke Florence kebiasaannya bermula dari stesen Tronchetto yang besar di sebelah barat bandar lama Venice. Ia akan melakukan persinggahan di Viale Stazione di Mestre sebelum memasuki lebuhraya ke aras barat daya manakala yang lain bermula dari Lapagan Terbang Marco Polo. Destinasinya ialah Piazzale Montelungo. Ia terletak di tengah-tengah di tepi Stesen Santa Maria Novella dalam jarak berjalan kaki dengan Florence Duomo dan pinggir sungai Arno.
Bas mungkin tidak mempunyai tahap keselesaan yang sama seperti keretapi Frecce tetapi ia tidaklah teruk. Anda akan mendapat tempat duduk berbaring dan penghawa dingin termasuklah tandas dalam keretapi dan WiFi. Apabila anda ingin tempah, carilah syarikat-syarikat yang dipercayai seperti Flixbus yang kebiasaannya menggunakan bas moden dan harga murah.
Venice ke Florence menaiki kereta
Tempoh Masa – Sekitar 3 jam
Harga – RM205 sehari (bagi sewaan kereta)
Keselesaan – 4/5
Terdapat banyak yang perlu diperkatakan tentang bergerak perlahan di atas jalan dari Venice ke Florence. Anda akan menyeberangi bahagian tengah barat laut Itali semasa pemanduan tersebut bermakna terdapat banyak tempat untuk anda lihat semasa dalam perjalanan. Dengan mengikuti jalan terpantas, ia akan membawa anda melalui bandar Bologna yang menawan, ibu kota kulinari negara tersebut dan rumah kepada senibina UNESCO. Selain itu, anda boleh juga mengelilingi pantai Adriatik untuk melihat tanah-tanah lembap yang kehijauan di Po River delta dan pergi ke pantai di sekitar Ravenna. Atau pun, terdapat juga jalan lain melalui Verona yang menawan dan tapak Tasik Garda.
Sewaan kereta merupakan pilihan bagi para pengembara yang ingin pengembaraan Itali yang sebenar termasuk dengan persinggahan, pemandangan dan mungkin juga tepi laut.
Sudah tentu anda perlu berikan masa tambahan untuk itu walaupun perjalanan tersebut boleh dihabiskan dalam masa kurang dari tiga jam jika anda pandu tanpa sebarang gangguan. Anda hanya perlu mengikuti A13 ke selatan dan kemudian bertukar ke E35 untuk pemanduan yang indah melalui gunung-ganang Apennine untuk lakukannya dengan cepat. Jalan-jalan di Itali kebiasaannya berkualiti tinggi terutamanya jalan-jalan tol yang digunakan di antara Venice dan Florence.
Para penyewa boleh mendapatkan sewaan kereta daripada RentalCars.com di mana tawaran-tawaran daripada syarikat-syarikat terkenal seperti Sixt dan Locauto adalah sebanyak RM205 sehari (walaupun kebiasaannya terdapat caj tambahan bagi perjalanan satu hala). Berikan perhatian lebih kepada tempat yang anda ingin ambil dan pulangkan kereta itu. Tempat yang paling biasa digunakan ialah di lapangan terbang di kedua-dua bandar tetapi anda boleh juga aturkannya dari Stesen Keretapi Mestre dan Piazzale Roma.
Gantikan terusan-terusan yang melingkar dan Prosecco dengan pokok-pokok cemara dan wain Tuscany dengan bergerak dari Venice ke Florence. Ia merupakan perjalanan yang boleh dilakukan dengan beberapa cara tetapi sentiasa menjanjikan pemandangan terbaik di Itali.
FAQ Venice ke Florence
Bas mungkin merupakan pilihan paling murah bagi perjalanan dari bandar yang penuh dengan terusan ke tempat ukiran David oleh Michelangelo. Perjalanan itu bukanlah yang terpantas kerana ia mengambil sekitar empat jam dari awal hingga akhir tetapi ia memastikan anda akan sampai ke Florence dengan beberapa wang tambahan. Ini disebabkan harga bermula serendah RM40 seorang apabila ditempah awal melalui 12Go.co.
Keretapi merupakan pilihan terpantas dengan tempoh perjalanan sekitar dua jam. Malah, perjalanan yang terpantas bagi pilihan ini (yang menggunakan keretapi laju Frecciarossa) mengambil hanya 1 jam 53 minit secara keseluruhan bermakna anda boleh tinggalkan Venice dan menjejakkan kaki di tengah Florence yang bersejarah sebelum kafe sempat dibuka bagi espresso pagi anda.
Keretapi laju adalah pilihan yang paling digemari bagi mereka yang ke Florence dari Venice. Ia boleh menghabiskan perjalanan itu lebih cepat berbanding pengangkutan yang lain. Ia tidaklah begitu mahal jika ditempah lebih awal bagi percutian anda melalui 12Go.co. Ia selesa untuk dinaiki. Apa lagi sebab untuk tidak menggemarinya?
Jumlah yang anda bayar bagi perjalanan keretapi dari Venice ke Florence bergantung kepada masa anda tempah. Jika anda tempah awal sekitar 60-90 hari sebelum perjalanan anda, anda mungkin boleh mendapatkan harga serendah RM92 bagi keretapi laju Italo atau Trenitalia. Jika anda tempah lewat, harga boleh menjadi jauh lebih mahal daripada itu. Bagi keretapi tempatan, harganya adalah sentiasa RM100 walaupun ia mengambil sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama.
Ya. Ia merupakan cara yang paling terkenal untuk bergerak di antara dua bandar bersejarah ini. Ia meninggalkan Stesen Santa Lucia sebanyak 17 kali sehari dengan pelepasan sekurang-kurangnya setiap 1.5 jam. Dua syarikat melakukan perjalanan ini iaitu Italo dan Trenitalia. Kedua-duanya memerlukan tempahan dan mempunyai harga yang meningkat apabila anda mendekati hari perjalanan, jadi lebih baik anda pra-tempah tempat anda menggunakan 12Go.co.
Ia sudah tentu merupakan perjalanan yang tenang bersama beberapa pemandangan cantik. Perjalanan itu membawa anda melalui tempat-tempat penting di Emilia-Romagna. Ia dikira sebagai tempat penghasilan bijirin di Itali disebabkan ladang-ladang yang terhampar luas sejauh mata memandang. Di akhir perjalanan tersebut, anda akan melalui beberapa terowong apabila anda merentasi gunung-ganang Apennine di tulang belakang negara tersebut.
Ia tidaklah begitu jauh. Dari segi jarak, anda melihat hanya 255 km di atas jalan raya Itali yang bagus. Dari segi masa, Ia hanya mengambil sekitar empat atau lima jam termasuk persinggahan di bandar-bandar seperti Bologna semasa dalam perjalanan bersama syarikat bas yang terkenal.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: