Paris ke Nice merupakan perjalanan dari metropolis yang sibuk ke riviera yang bergaya. Salah satunya mempunyai Menara Eiffel dan kafe romantis di Montmartre. Satu lagi pula adalah tentang berjemur di Cote d’Azur di antara batu kelikir pantai dan bukit-bukau pain. Tidak hairanlah ramai pengembara melakukan perjalanan ini setiap tahun.
Ia bukanlah perjalanan yang pendek dengan 675 km di antara kedua-dua destinasi itu. Namun, kemajuan Perancis membolehkan anda menamatkan perjalanan itu dalam masa satu pagi sahaja dengan menaiki kapal terbang, keretapi atau kenderaan anda sendiri. Jom tengok kesemua pilihan yang ada…
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Paris ke Nice menaiki penerbangan | 1.5 jam | RM170 | Tempah Online |
Paris ke Nice menaiki keretapi | 6 jam | RM100 | Tempah Online |
Paris ke Nice menaiki bas | 15 jam | RM160 | Tempah Online |
Paris ke Nice menaiki kereta | 8.5 jam | RM500 | – |
Paris ke Nice menaiki penerbangan
Tempoh Masa – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM170
Keselesaan – 4/5
Kedua-dua Paris dan Nice mungkin berada di atas peta Perancis tetapi terdapat 675 km di antara mereka. Ini membuatkan penerbangan pilihan yang bagus bagi perjalanan ini. Ia akan membawa anda melalui udara ke arah selatan dari ibu kota itu menerusi bahagian barat negara itu. Pada hari yang cerah, pastikan anda mencari ladang-ladang anggur di Burgundy dan puncak-puncak Rhone-Alps yang bersalji di bawah anda.
Terdapat sebanyak 30 penerbangan dalam sehari dari Paris ke Nice yang mengurangkan tempoh perjalanan menjadi beberapa jam sahaja semasa dalam perjalanan dari bandar ke pantai.
Kebanyakan penerbangan itu dikendali oleh dua syarikat. Terdapat easyJet yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah dengan harga yang bermula serendah RM170. Terdapat juga Air France yang berlambangkan bendera Perancis dengan penerbangan premium dengan harga yang lebih mahal sedikit (apa-apa harga di bawah RM340 bersama mereka adalah bagus). Kami sentiasa syorkan anda menempah perjalanan anda menuju ke pantai selatan yang disinari matahari itu lebih awal kerana penerbangan akan menjadi lebih mahal apabila mendekati tarikh penerbangan. Bersedia juga untuk menampah sekitar RM84 atau lebih untuk simpanan bagasi jika anda membawa sekali peralatan snorkelling dan kasut di atas kapal.
Kebanyakan penerbangan ke Nice dari Paris akan berlepas dari Lapangan Terbang Orly (ORY) walaupun terdapat beberapa yang berlepas dari Paris-Charles de Gaulle (CDG). Kedua-duanya mudah untuk dicapai dari kawasan-kawasan berdekatan dengan Menara Eiffel dan Champs Elysée dengan yang pertama itu menggunakan Orlybus yang khas dengan harga sekitar RM42 seorang manakala CDG bersambung dengan stesen Gare du Nord melalui keretapi RER yang berharga sekitar RM46. Perjalanan-perjalanan itu menambahkan di antara 35 dan 50 minit kepada keseluruhan perjalanan anda.
Titik ketibaan ialah Lapangan Terbang Nice. Ia terletak di atas tanjung di hujung barat daya Promenade des Anglais yang ikonik. Terminal itu bersambung dengan bandar lama Nice yang cantik melalui bas 98 dan 99 yang melakukan persinggahan berdekatan dengan hotel-hotel yang memandang kepada laut di sepanjang promenade itu. Tiket akan berharga 1.50 € seorang (RM7). Selain itu, anda boleh sewa kereta melalui RentalCars.com dan ikuti jalan raya A8 untuk mencapai keseluruhan Cote d’Azur dan Riviera Perancis dalam masa beberapa jam sahaja.
Paris ke Nice menaiki keretapi
Tempoh Masa – 5 jam 45 minit
Harga – RM100
Keselesaan – 5/5
Keretapi sudah tentu merupakan cara utama untuk bergerak dari Paris ke Nice. Ia boleh bersaing dengan harga penerbangan dengan harga serendah RM100 (jika anda pergi ke 12Go.co dan tempat jauh lebih awal). Ia mengalahkan penerbangan daripada segi keselesaan keretapi (lebih banyak tentang keretapi SNCF itu di bawah). Ia juga mudah sahaja tanpa memerlukan sebarang pertukaran, semakan keselamatan atau pendaftaran bagasi. Satu perkara yang ia tidak boleh kalahkan penerbangan ialah tempoh perjalanannya yangmengambil sekitar enam jam dari stesen ke stesen.
Perjalanan bermula dari Gare de Lyon di Paris awal pagi (yang pertama adalah pada jam 7:13 pagi) dan berakhir sekitar jam 5 petang dengan jumlah perjalanan sebanyak tujuh kali sehari. Kebanyakannya adalah menggunakan keretapi laju TGV. Ia dupleks dengan dua tingkat dan tempat duduk yang amat selesa. Kelas Pertama akan berharga lebih mahal tetapi mempunyai ruang kaki yang banyak. Kedua-dua kelas mempunyai akses kepada makanan di atas gerabak, soket elektrik di kerusi dan WiFi. (Terdapat juga dua keretapi harian Ouigo. Ia mementingkan harga murah, jadi ia mungkin lebih murah tetapi sudah pasti tidaklah begitu selesa.)
Keretapi merupakan cara yang indah untuk bergerak melalui tengah Perancis dari Paris ke Nice terutamanya apabila hari yang bercuaca indah.
Pemandangannya? Kami hanya katakan bahawa terdapat pemandangan setaraf Festival Filem Cannes untuk dilihat. Is bermula dengan kawasan luar bandar Burgundy dan bayangan gunung Jura sebelum sampai ke Lyon. Kemudian, mereka yang duduk di bahagian kiri gerabak mungkin boleh melihat puncak Alps Perancis di bahagian barat. Keretapi bergerak merentasi Rhone di bandar kuno Avignon. Terdapat juga pemandangan tercantik terakhir apabila anda tiba di pantai. Pemandangan di sebelah kanan gerabak selepas Marseille ialah Laut Mediterranean yang kebiruan dengan marina yang dipenuhi dengan kapal layar atau istana Chateau d’lf (di mana Count of Monte Cristo dipenjarakan).
Paris ke Nice menaiki bas
Tempoh Masa – 15-18 jam
Harga – RM160+
Keselesaan – 2/5
Dengan tempoh perjalanan selama 18 jam semasa dalam perjalanan dari Paris ke Nice, bas merupakan pilihan yang kurang terkenal berbanding dengan keretapi dan kapal terbang. Ya, anda boleh ke Cote d’Azur tetapi anda perlu bersabar dengan perjalanan lama di atas jalan raya dengan satu pertukaran semasa dalam perjalanan (kebiasaannya di Gare Perrache di Lyon). Dengan itu, pada hari yang harga penerbangan melambung tinggi dan tiket keretapi telah habis dijual (ia akan terjadi!), bas ialah pilihan simpanan yang anda mungkin sukakan.
Bas mungkin lebih baik dijadikan pilihan simpanan jika penerbangan dan keretapi laju menuju ke Nice telah habis ditempah.
Kami syorkan anda memilih syarikat-syarikat terkenal seperti Flixbus dan BlaBlaBus. Mereka mempunyai perjalanan yang paling komprehensif bermakna kurang masa menunggu di Lyon untuk menyambung perjalanan anda. Mereka juga mempunyai bas yang model dilengkapi dengan tandas di atas bas dan WiFi. Kedua-duanya boleh ditempah lebih awal menggunakan 12Go.co, bagus jika anda bergerak semasa musim panas.
Perjalanan itu mengikut jalan A6 ke barat daya mengikuti Rhone. Kemudian, anda akan ke selatan menuju ke pantai dan akhir sekali berhenti di Lapangan Terbang Lyon di mana servis itu tamat. Anda boleh gunakan bas 98 dan 99 dari sana untuk ke bandar lama dan Promenade des Anglais dengan harga beberapa euro sahaja.
Paris ke Nice menaiki kereta
Tempoh Masa – Sekitar 8.5 jam
Harga – RM500
Keselesaan – 4/5
Perjalanan ke Nice dari Paris boleh menjadi alasan yang anda cari untuk meneroka kawasan luar bandar Perancis, Lembah Rhone yang menakjubkan dan beberapa bandar bersejarah paling menarik di Eropah. Itulah yang ada bagi para pengembara yang memilih untuk pandu sendiri. Terdapat ruangan untuk anda jadikannya perjalanan beberapa hari dari bandar ke pantai selain pemanduan terus selama 8.5 jam tanpa sebarang persinggahan.
Sudah tentu ia bermakna anda akan membayar lebih banyak untuk kereta itu. Namun, kadar sewaan harian tidaklah begitu mahal di Perancis. Kebanyakan harga adalah untuk perjalanan satu hala dari A ke B dan bukannya perjalanan ulang-alik. Namun, anda mungkin melihat harga di sekitar RM500 bagi 72 jam penuh. Itu sepatutnya cukup untuk sedikit masa berehat di Lyon di mana anda akan menikmati kopi di kedai-kedai di daerah Vieux Lyon. Anda akan berpeluang untuk berjalan di Taman Wilayah Semula Jadi Alpilles yang mempunyai bukit-bukau berbau thyme. Atau pun, anda boleh melencong ke pantai di sebelah timur Marseille di mana terdapat pasir-pasir dan lautan jernih dari Porquerolles hingga ke St. Tropez.
Sediakah topi matahari dan mula idamkan pantai-pantai Cote d’Azur kerana anda akan berada dalam perjalanan dari jalan-jalan Paris ke salah satu kawasan tercantik di Eropah!
FAQ Paris ke Nice
Apabila anda tempah awal menggunakan 12Go.co, keretapi merupakan cara termurah untuk tukarkan Paris dengan Nice. Namun, kami perlu tekankan bahawa harga akan melonjak naik apabila mendekati tarikh perjalanan dan anda perlu membayar banyak untuk tempat duduk yang sama. Pastikan anda melihat keretapi bajet Ouigo yang boleh berharga kurang daripada RM85 satu hala!
Penerbangan dari Lapangan Terbang Paris Orly atau CDG merupakan cara terpantas. Terdapat sekitar 30 penerbangan setiap hari yang mengambil sekitar 1.5 jam di udara (4-5 jam secara keseluruhan). Anad boleh cari dan tempah tempat anda dengan kesemua syarikat penerbangan melalui 12Go.co.
Kami sukakan perjalanan keretapi dari Paris ke Nice. Ia menggunakan keretapi dua tingkat TGV yang boleh mencecah kelajuan 300 kph! Selai itu, pemandangannya menakjubkan dengan ladang-ladang di Burgundy, kaki bukit Alps Perancis dan teluk-teluk Cote d’Azur berpokok pain dalam masa enam jam sahaja!
Disebabkan adanya keretapi laju TGV bagi perjalanan itu dengan jumlah persinggahan yang sedikit, anda boleh melakukan perjalanan jarak jauh dari Paris ke Nice itu dalam masa kurang dari enam jam dengan menaiki keretapi. Ia hampir sebanding dengan penerbangan apabila anda kira sekali perjalanan ke terminal walaupun harga keretapi adalah jauh lebih murah apabila ditempah awal menggunakan 12Go.co.
Ya. Terdapat beberapa setiap hari. Anda boleh melihatnya meninggalkan Gare de Lyon seawal 7 pagi dan ke atas. Kebanyakannya ialah keretapi TGV dengan beberapa keretapi tambang murah Ouigo. Kesemuanya menuju ke Nice dari Paris dalam satu perjalanan tanpa sebarang pertukaran diperlukan dan mengambil sekitar 5 jam 45 minit secara keseluruhan.
Kesemua keretapi terus dari Paris ke Nice menggunakan keretapi laju. Keretapi Ouigo juga merupakan keretapi TGV yang telah diubah dan boleh mencapai kelajuan 300 kph! Tempoh perjalanan adalah di sekitar 5-6.5 jam, jadi ia adalah amat cepat.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: