Cara untuk ke Barcelona dari Paris

Cara untuk ke Barcelona dari Paris

Ambil marker dan bersedia untuk pangkah dua tempat dari senarai tempat wajib pergi anda kerana Paris dan Barcelona menunggu bagi pengembaraan rentas Iberia ini. Mereka adalah di antara bandar terbaik di atas planet ini dengan tapas Flamenco, wain dan tempat-tempat terbaik daripada Menara Eiffel yang besi itu kepada menara La Sagrada Familia yang menakjubkan. Apa yang tidak boleh disukai tentangnya?

Panduan ini mempunyai kesemua maklumat yang anda perlukan untuk menamatkan perjalanan yang sejauh 820 km ke arah selatan melalui Perancis dan Pirenes menuju ke pantai Catalonia. Selamat membaca…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Paris ke Barcelona menaiki keretapi laju6.5 jamRM180Tempah Online
Paris ke Barcelona menaiki kapal terbang2 jamRM210Tempah Online
Paris ke Barcelona menaiki bas13 jamRM150Tempah Online

Paris ke Barcelona menaiki keretapi laju

Paris ke Barcelona menaiki keretapi laju
Keretapi dua tingkat TGV Duplex adalah moden dan selesa © Leonid Andronov / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 6.5 jam
Harga – RM180+
Keselesaan – 5/5

Gabungan syarikat keretapi Renfe di Sepanyol dan SNCF di Perancis bermakna perjalanan keretapi laju di antara Paris dan Barcelona kini dilakukan dengan kerap. Malah, terdapat dua perjalanan setiap hari sepanjang tahun dan empat perjalanan semasa musim panas (Mei-Ogos). Keretapi laju ini bergerak sepantas 320 kph pada beberapa bahagian perjalanan itu dan boleh menamatkan perjalanan sejauh 1012 km itu dalam masa kurang dari tujuh jam.

Jika anda perlukan sedikit lagi keyakinan bahawa ia merupakan pengangkutan yang patut dipertimbangkan untuk menuju ke bar di Las Ramblas yang sibuk, keretapi ini adalah amat selesa. Ya, anda akan menaiki keretapi TGV Duplex dua tingkat yang baharu. Ia dilengkapi dengan WiFi dan soket elektrik di tempat duduk tetapi juga menawarkan tempat duduk Kelas Kedua dan Kelas Pertama di tingkat atas bermakna anda pasti dapat melihat pemandangan luar bandar Perancis dan Sepanyol semasa anda mengembara.

Second Class on a TGV Duplex train
Kelas Kedua di atas keretapi TGV Duplex boleh menjadi setaraf dengan Kelas Pertama di atas keretapi-keretapi yang lain © RSA

Keretapi adalah cepat, dipercayai dan amat seronok dengan pemandangan luar bandar Perancis yang memukaukan.

Pemandangan bagi perjalanan ini adalah istimewa. Ia bermula dengan bukit-bukau di Champagne dan Burgundy sebelum anda memasuki Languedoc-Roussillon, mengelilingi tepi taman lavender di Provençal dan memasuki tanah lembap tenggara Perancis (cari burung flamingo!). Semasa anda mendekati sempadan, anda mungkin dapat melihat puncak-puncak Pirenes yang ditutupi dengan salji dan terdapat ladang-ladang anggur di hadapannya.

Lebih baik rancang awal dan tempah tiket anda bersama 12Go.co sementara masih ada banyak masa sebelum pengembaraan anda di Barcelona. Mengapa? Kerana harga dinamik bermakna harga perjalanan tersebut boleh meningkat dengan banyak daripada RM180 sehingga RM765 untuk tempat duduk dalam Kelas Kedua!

Paris ke Barcelona menaiki kapal terbang

Paris ke Barcelona menaiki kapal terbang
Lapangan Terbang Barcelona terletak sejauh 13 km dari pusat bandar © Fotokon / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 50 minit (penerbangan sahaja)
Harga – Bermula dari RM205
Keselesaan – 4/5

Terdapat pelbagai penerbangan yang menyambungkan landasan-landasan kapal terbang di Paris dengan landasan-landasan di Barcelona. Ia menawarkan perjalanan laju di atas Pirenes dari bandar ke bandar dalam masa dua jam. Sudah tentu anda perlu mengambil kira masa yang untuk tiba di terminal dan daftar masuk bagasi tetapi secara amnya ia merupakan cara terpantas untuk bergerak dari bayang-bayang Menara Eiffel ke bahagian dalam La Sagrada Familia yang menakjubkan.

Penerbangan boleh menjadi murah, dilakukan dengan kerap setiap hari dan membawa anda ke Barcelona dalam masa kurang dari dua jam di udara!

Pada masa kini, terdapat pelbagai syarikat penerbangan tambang murah yang melakukan penerbangan ini. Di antaranya ialah Ryanair, easyJet, Transavia dan Vueling. Kebiasaannya mereka mempunyai harga yang terendah dengan purata sekitar RM205. Selain itu, terdapat juga penerbangan premium yang didominasi oleh Air France. Harganya boleh bermula serendah RM250 jadi tiada perbezaan yang ketara di antara penerbangan-penerbangan ini walaupun kesemuanya mempunyai caj tambahan bagi simpanan bagasi. Tempahan awal merupakan kunci untuk mendapatkan tawaran terbaik, jadi kami syorkan anda mencari di 12Go.co sekarang jika anda sudah mengetahui tarikh perjalanan anda.

Lapangan Terbang Orly adalah yang kedua terbesar di Paris
Lapangan Terbang Orly adalah yang kedua terbesar di Paris © Leonid Andronov / Shutterstock.com

Perkara utama yang akan menentukan pilihan syarikat penerbangan anda adalah titik permulaannya. Ryanair menawarkan penerbangan dari Lapangan Terbang Paris Beauvais yang jauh dan merupakan pilihan yang baik jika anda sedang meneroka bandar-bandar seperti Amiens dan Rouen atau pantai-pantai Normandy. Terdapat syarikat penerbangan yang lain bermula dari Lapangan Terbang CDG yang merupakan lapangan terbang terbesar di ibu kota itu yang mudah dicapai dengan menaiki keretapi RER. Namun, kebanyakannya berlepas dari Lapangan Terbang Orly yang terletak sejauh 10 minit perjalanan bas ekspres dari tengah Paris dan berharga sekitar RM49 seorang. Titik ketibaan bagi kesemua penerbangan ini adalah di Lapangan Terbang Josep Tarradellas Barcelona-El Prat (BCN) yang besar. Keretapi Renfe bergerak dari sana ke tengah bandar setiap 30 minit.

Paris ke Barcelona menaiki bas

Paris ke Barcelona menaiki bas
BlaBlaBus merupakan syarikat bas di Paris yang dikendali oleh syarikat sewaan kereta BlaBlaCar

Tempoh Masa – 13 – 20 jam
Harga – RM150
Keselesaan – 2/5

Satu perkara yang perlu dijelaskan iaitu perjalanan bas di antara Paris dan Barcelona bukanlah sekejap sahaja. Perjalanan bas yang terpantas adalah selama 13 jam manakala yang tidak bergerak secara terus dari bandar ke bandar boleh mengambil sehingga 20 jam. Itu merupakan masa yang banyak untuk digunakan di atas jalan raya apabila anda sepatutnya boleh menikmati sangria di Med, bukan? Namun, kelebihannya ialah harga yang murah. Harga bas termurah boleh menjadi kurang daripada RM165 menjadikannya pilihan yang mesra dompet terutamanya jika anda tidak mampu mendapatkan tawaran bagi keretapi atau penerbangan.

Bas boleh menjimatkan sedikit wang untuk malam-malam di Barcelona tetapi bukanlah cara yang paling selesa untuk perjalanan ini.

Sudah tentu lebih baik untuk dapatkan tempat duduk bersama syarikat bas jarak jauh yang terkenal terlebih dahulu. Ini termasuklah Flixbus dan BlaBlaBus yang mempunyai jaringan yang besar di serata Eropah Barat dan jauh lagi. Kedua-duanya menggunakan bas moden yang kebiasaannya boleh dipercayai dilengkapi dengan tandas di atas bas dan WiFi. Ini penting jika anda ingin pertimbangkan perjalanan lebih dari separuh hari di atas kerusi dalam perjalanan sejauh 1000 km ke arah utara itu!

Stesen bas Barcelona Nord
Jika anda menaiki bas, anda akan tiba di stesen bas Barcelona Nord © Kiev.Victor / Shutterstock.com

Tempat pengambilan di Paris adalah di stesen di Bercy yang sepatutnya mampu mengurangkan sebarang kelewatan semasa keluar dari bandar (ia terletak di hujung selatan ibu kota tersebut dengan akses yang bagus ke jalan raya). Di Barcelona, anda akan turun di Barcelona Nord. Ia tempat yang amat baik bagi para pengembara yang tidak sabar untuk menikmati suasana Gothic Quarter atau kesibukan Las Ramblas yang terletak sekitar 15-20 minit berjalan kaki dari platform.

Perjalanan dari Paris ke Barcelona merupakan perjalanan yang bagus jika anda ingin menggabungkan bandar-bandar dalam senarai wajib pergi anda di Eropah Barat. Ini bermakna anda akan tukarkan bar wain dan bistro berbau keju di bawah Arc de Triomphe dengan tapas di bawah pokok-pokok di Las Ramblas. Seronok, bukan?


FAQ Paris ke Barcelona

Apakah cara termurah untuk ke Barcelona dari Paris?

Bas kerana apabila ditempah awal melalui servis seperti 12Go.co ia boleh mengalahkan keretapi dan kapal terbang dengan tiket termurah bagi perjalanan dari Paris ke Barcelona. Tempah awal dan anda melihat harga menjadi sekitar RM155 bagi keseluruhan perjalanan 1000 km itu. Ia sepatutnya menjimatkan sedikit wang dalam bajet anda untuk sangria di tepi pantai Costa Brava!

Apakah cara terpantas untuk ke Barcelona dari Paris?

Penerbangan masih merupakan cara terpantas untuk tukarkan Perancis dengan Sepanyol dan pemandangan di Paris dengan kesibukan Barcelona. Tempoh penerbangan di udara adalah sekitar 1 jam 50 minit setiap penerbangan bersamaan dengan sekitar empat atau lima jam secara keseluruhan jika dikira sekali perjalanan ke termina dan ke hotel anda di sebelah sana. Ingat bahawa tambang penerbangan tidak boleh dijangka, jadi mendapatkan harga murah melalui 12Go.co seawal mungkin adalah lebih baik.

Berapakh harga keretapi dari Paris ke Barcelona?

Jaringan keretapi Perancis mempunyai kelebihan yang besar bagi mereka yang sanggup menempah jauh lebih awal. Harga boleh menjadi serendah RM180 apabila tiket baru sahaja dikeluarkan (kebiasaannya sekitar 90 hari sebelum tarikh perjalanan). Ingat itu kerana anda boleh membayar lebih daripada RM750 jika anda menempah lewat! 12Go.co boleh membantu anda mengelakkan kenaikan tersebut dengan carian atas talian dan kemudahan menempah bagi kesemua perjalanan Paris-Barcelona.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Paris ke Barcelona?

Ia mungkin tidaklah selama yang anda sangkakan kerana keretapi yang digunakan di atas landasan di antara dua bandar hebat ini adalah di antara yang terpantas di benua tersebut. Penambahbaikan di atas landasan di selatan Perpignan boleh membawanya sepantas 320 kph bermakna keseluruhan perjalanan dari Paris ke Barcelona boleh ditamatkan dalam masa 6.5 jam sahaja. Ia tidaklah lama sangat berbanding dengan penerbangan jika anda kira sekali pendaftaran masuk, semakan keselematan dan perkara-perkara lain lagi di lapangan terbang.

Adakah terdapat keretapi malam dari Barcelona ke Paris?

Sudah tiada. Malangnya, ia telah ditamatkan pada tahun 2017. Namun, jangan bersedih kerana keretapi laju SNCF adalah seronok juga. Ia boleh mencapai kelajuan 320 kph di beberapa bahagian perjalanan tersebut dan dilengkapi dengan gerabak makanan dan pemandangan luar bandar Perancis dan Sepanyol yang indah. Pergi ke 12Go.co untuk menempahnya hari ini.

Adakah perjalanan keretapi dari Paris ke Barcelona cantik?

Begini sahajalah: Pastikan anda mengecas kamera anda! Bahgian pertama perjalanan tersebut melalui tengah Perancis dan menerusi Alps. Kemudian anda akan ke timur menuju ke pantai dan menikmati pemandangan laut Mediterrania di mana terdapat bukit-bukau pasir dan flamingo di tanah lembap itu. Bahagian terakhir adalah di tepi gunung-ganang Pirenes yang kebiasaannya mempunyai salji di puncaknya.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: