Cara untuk ke Valencia dari Barcelona

Cara untuk ke Valencia dari Barcelona

Barcelona mungkin mempunyai katedral La Sagrada Familia yang bersenibina Neogoth dan bar-bar sibuk di Las Ramblas tetapi Valencia menawarkan muzium sains yang paling terkenal di Eropah, taman bandar yang cantik dan sudah tentu nasi berempah yang terkenal iaitu paella.

Syukurlah, anda mungkin tidak perlu memilih di antara kedua-duanya bagi percutian anda di Sepanyol yang seterusnya kerana mereka boleh dilawat dalam satu perjalanan yang sama. Lihat sahaja pilihan-pilihan dalam panduan ini yang akan membantu anda membuat perjalanan sejauh 355 kilometer di antara bandar-bandar yang memikat kadangkala dalam masa sepantar 2.5 jam dari awal hingga akhir.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Barcelona ke Valencia menaiki keretapi2.5 jamRM74Book Online
Barcelona ke Valencia menaiki bas4 jamRM25Book Online
Barcelona ke Valencia menaiki penerbangan1 jamRM150Book Online
Barcelona ke Valencia menaiki kereta4 jamRM310Book Online

Barcelona ke Valencia menaiki keretapi

Barcelona ke Valencia menaiki keretapi
Keretapi EuroMed dikendali oleh syarikat Renfe © MeriPopps / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5-3.5 jam
Harga – RM74+
Keselesaan – 4/5

Terdapat beberapa keretapi yang menyambungkan kedua-dua bandar pantai Barcelona dan Valencia itu. Keretapi yang terpantas ialah EuroMed yang boleh menamatkan perjalanan itu di sepanjang pantai Sepanyol dalam masa 2.5 jam. Namun, tempoh perjalanan anda akan menjadi sekitar tiga jam sama seperti tempoh yang diambil oleh keretapi Talgo. Mana-mana sekalipun, ia sudah tentu merupakan cara terpantas untuk bergerak dari A ke B.

Walaupun lebih perlahan dan mempunyai lebih banyak persinggahan, keretapi Talgo masih merupakan pilihan orang ramai disebabkan stesen ketibaannya di Valencia. Itulah stesen Estacio del Nord (Stesen Utara) yang meletakkan anda di puncak Ciutat Vella dan kawasan-kawasan muzium yang terkenal di Turia Gardens. Keretapi EuroMed bergerak menuju ke platform di Joaquin Sorolla, sebuah stesen yang terletak di selatan bandar utama tetapi berdekatan dengan kedai kopi bohemia dan galeri-galeri di kawasan Russafa.

Barcelona ke Valencia menaiki keretapi
Keretapi Talgo juga dikendali oleh Renfe © Martyn Jandula / Shutterstock.com

Terdapat beberapa pelepasan keretapi dari Barcelona ke Valencia setiap hari dengan harga yang sentiasa direbut apabila ditempah awal.

Pemandangan di sepanjang jalan itu mungkin bukanlah yang paling cantik di Iberia tetapi ia masih indah. Pemandangan melalui Catalonia kebanyakannya ialah ladang dan padang tetapi terdapat beberapa tarikan apabila keretapi itu bergerak ke arah selatan memasuki Costa del Azahar yang disinari matahari. Di sana, anda mungkin boleh melihat pantai-pantai keemasan dan lautan biru yang menunggu di daerah Valencia.

Harga bagi keretapi Sepanyol berbeza-beza tetapi yang pasti ia lebih murah jika anda tempah lebih awal. Ini bermakna anda boleh mendapatkan harga murah sebaik sahaja ia dijual secara atas talian kebiasaannya sekitar 60 hari sebelum tarikh perjalanan. Mudah sahaja, pergi ke 12Go.co dan mula mencari.

Barcelona ke Valencia menaiki bas

Barcelona ke Valencia menaiki bas
Terdapat bas Kelas Supra yang selesa dari Barcelona ke Valencia oleh ALSA © Matyas Rehak / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Sekitar 4 jam
Harga – RM25 seorang
Keselesaan – 3/5

Ingin jimatkan sedikit wang untuk dapatkan tapas dan sangria di pantai-pantai Sepanyol? Bas merupakan pilihan yang inginkan. Ia boleh membawa anda dari Barcelona ke Valencia dengan harga RM25 seorang. Harga murah itu tersedia bagi mereka yang tempah jauh lebih awal sebelum mereka tiba di tempat flamenco dan matador menggunakan 12Go.co sebelum harga melonjak naik. Namun, mereka yang membeli tiket pada hari perjalanan pun kebiasaannya akan membayar kurang daripada harga keretapi. Anda kini boleh mencari kesemua pilihan bagi perjalanan di antara kedua-dua bandar ini secara atas talian. Bas yang paling kerap adalah yang dikendali oleh syarikat bas ALSA yang mempunyai jaringan bas di seluruh Sepanyol. Mereka mempunyai bas yang berlepas dari Barcelona Estación Nord (Stesen Utara) yang besar dan terminal lapangan terband di El Prat (jika anda ingin terus ke Valencia selepas mendarat di Catalonia). Tempat ketibaan ialah perhentian bas Valencia Estacion yang terletak sejauh 20 minit berjalan kaki dari tengah Ciutat Villa yang bersejarah itu.

Barcelona ke Valencia menaiki penerbangan

Barcelona ke Valencia menaiki penerbangan
Kapal terbang Vueling mendarat di Lapangan Terbang Josep Tarradellas Barcelona-El Prat © Iakov Filimonov / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM150+
Keselesaan – 4/5

Walaupun terdapat beberapa ratus kilometer tepi pantai Sepanyol yang memisahkan Barcelona dan Valencia, anda masih boleh lakukan perjalanan ini di udara. Ini dibolehkan dengan adanya satu penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah Vueling. Ia mengambil hanya 60 minit pada hari yang tiada kelewatan dan kebiasaannya berlepas pada 4:30 petang dan mendarat di rumah paella pada 5:30 petang tepat pada masanya untuk menikmati Rioja di plaza.

Terdapat satu penerbangan dari Barcelona ke Valencia yang boleh membawa anda dari bandar ke bandar dalam masa empat jam secara keseluruhan.

Sudah tentu, tempoh perjalanan menjadi lebih lama berbanding tempoh penerbangan dari landasan ke landasan. Anda perlu kira sekali perjalanan menuju ke Lapangan Terbang El Prat di Barcelona dan perjalanan dari Lapangan Terbang Valencia menuju ke bandar. Perjalanan yang pertama itu mempunyai bersambung dengan pusat bandar melalui bas-bas lapangan terbang dan keretapi laju Renfe yang mengambil hanya 30 minit dari Barcelona Sants. Di Valencia, anda boleh melakukan perjalanan itu ke bandar lama dari terminal menggunakan keretapi metro yang berharga sekitar 3.90 EUR (RM15) satu hala.

Harga penerbangan boleh menjadi agak murah. Itulah kelebihan syarikat penerbangan tambang murah seperti Vueling. Anda mungkin melihat kepada harga di sekitar RM145-RM225 apabila anda tempah lebih awal melalui 12Go.co. Keburukannya ialah ia tidak termasuk simpanan bagasi atau peralatan sukan, jadi jika anda membawa barang yang banyak bersedialah untuk mengeluarkan RM80 tambahan sekurang-kurangnya bagi seorang.

Barcelona ke Valencia menaiki kereta

Barcelona ke Valencia menaiki kereta
Pemandangan dari Istana Peniscola yang terletak lebih sedikit daripada pertengahan perjalanan dari Barcelona ke Valencia.

Tempoh Masa – 4 jam
Harga – RM205-RM285 bagi sewaan kereta 72 jam
Keselesaan – 5/5

Lebuhraya E15 yang menyambungkan Barcelona dengan Valencia secara terus menjadikan sewaan kereta pilihan yang bagus bagi mereka yang ingin memandu sendiri. Jalan ini membawa anda di sepanjang Costa Dorada yang menawan dan kemudian Costa del Azahar yang memberikan dua pemandangan terbaik bagi para pencinta matahari, pasir dan laut. Ya, terdapat pelbagai pantai untuk dinikmati semasa dalam perjalanan dari teluk yang mempunyai istana di Peniscola hingga ke teluk berbatu di Tarragona.

Harap ini menjadikan anda tidak menyesal menyewa kereta terutamanya apabila diambil kira sewaan kereta di Sepanyol adalah antara yang termurah di Eropah. Malah, anda boleh dapatkan kereta bagi pemanduan itu dengan harga serendah RM105 sehari tidak termasuk caj tambahan wajib bagi perjalanan satu hala dari Barcelona ke Valencia. Pergi sahaja ke RentalCars.com untuk mencari dan mendapatkan tawaran terbaik. Pengambilan dan penurunan kemungkinan besar dilakukan di lapangan terbang kedua-dua bandar tersebut tetapi anda boleh aturkan di tempat yang lebih ke tengah seperti Plaça de Catalunya.

The streets of valencia
Jalan yang cantik di Valencia yang menunjukkan senibina moden Sepanyol © FrimuFilms / Shutterstock.com

Terdapat pengembaraan Sepanyol yang sebenar di atas jalan dari Barcelona ke Valencia. Anda akan bergerak di antara sierra dan kosta Med, meninggalkan bandar yang mempunyai katedral Goth demi bandar yang penuh dengan budaya dan berbau rempah paella yang pedas. ¡Arriba!


FAQ Barcelona ke Valencia

Apakah cara termurah untuk ke Valencia dari Barcelona?

Cara paling murah untuk pergi dari bandar besar Gaudi ke muzium sains futuristik di Valencia adalah menggunakan bas. Harganya hanya RM25 seorang. Anda perlu membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan harga tambang serendah itu. Semakan dan tempahan harga adalah lebih mudah melalui laman web 12Go.co’s.

Apakah cara terpantas untuk pergi dari Barcelona ke Valencia?

Kereta api boleh membawa anda dari pusat bandar Barcelona ke pinggir kota lama di Valencia dalam masa 2.5 jam sahaja. Beberapa kereta api akan memerlukan waktu hingga 3.5 jam atau lebih, tetapi mereka masih mengalahkan penerbangan, kerana tidak perlu berpindah ke terminal, melakukan pemeriksaan beg dan yang lain-lain.

Apakah cara terbaik untuk melakukan perjalanan dari Barcelona ke Valencia?

Kereta api adalah yang terbaik, tetapi hanya jika anda berjaya membuat tempahan awal untuk mendapatkan potongan harga tambang dengan membayar sekitar RM75 seorang (12Go.co dapat membantu). Sekiranya tidak, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menaiki penerbangan yang sebenarnya boleh menjadi murah, menaiki bas untuk memastikan kos yang sangat rendah, atau menyewa kereta sendiri untuk pengembaraan pantai Sepanyol yang sebenar.

Adakah terdapat kereta api berkelajuan tinggi dari Barcelona ke Valencia?

Tiada kereta api berkelajuan tinggi, tetapi banyak kereta api biasa sahaja. Pada dasarnya, kereta api biasa tidak bergerak dengan kelajuan 300 kph, walaupun perjalanan berjaya dilakukan dalam waktu kurang dari tiga jam sahaja. Walaupun begitu, anda mungkin lebih suka menggunakan perkhidmatan yang lebih perlahan menggunakan kereta api Talgo. Waktu perjalanan adalah lebih lama tetapi membawa anda ke stesen yang lebih dekat dengan pusat Valencia.

Berapakah harga tiket kereta api dari Barcelona ke Valencia?

Harga tiket adalah berbeza-beza, tetapi anda mungkin ingin melakukan pembelian tiket lebih awal. Harga tempat duduk di kereta api boleh turun kepada hanya RM75 setiap seorang. Untuk mendapatkannya, pastikan anda mencari di laman web 12Go.co sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh perjalanan anda.

Berapa lama perjalanan bas dari Barcelona ke Valencia?

Tidak terlalu lama. Kira-kira empat jam sudah mencukupi untuk bas berlepas dari Catalonia dan menyeberangi Costa del Azahar dalam perjalanan dari bandar ke bandar. Masa yang diambil adalah hampir sama untuk terbang jika anda mengambil kira semua pemindahan ke terminal dan menunggu di ruang berlepas!

Adakah memandu dari Barcelona ke Valencia berbaloi?

Sekiranya anda dahagakan pantai berwarna emas dan laut biru jernih, maka ya … pasti berbaloi. Jalan utama di antara kedua-dua bandar ini melintasi beberapa pesisir pantai yang sangat indah, yang mempunyai istana tinggi yang bertengger di atas Med dan kafe-kafe di tepi pesisir pantai. Lebih-lebih lagi, RentalCars.com menawarkan beberapa tawaran hebat untuk menyewa kenderaan serendah RM105 sehari.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: