Cara untuk ke Budapest dari Prague

Cara untuk ke Budapest dari Prague

Prague mempunyai Bandar Lama yang dijaga oleh salah satu istana terbesar di dunia. Budapest mempunyai kehidupan malam di bar-bar dan istana Neoklasik yang sebelum ini merupakan rumah kepada maharaja-maharaja Habsburg.

Kini para pengembara yang ingin meneroka tempat-tempat berharga di Eropah Tengah boleh menggabungkan kedua-duanya dalam satu percutian. Ini disebabkan adanya perjalan di udara, atas landasan keretapi dan atas jalan raya yang boleh membawa anda sejauh 450 km itu dari satu ibu kota ke ibu kota yang lain dalam masa beberapa jam sahaja. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Prague ke Budapest dengan menaiki keretapi6.5 jamRM95Tempah Online
Prague ke Budapest menaiki keretapi malam10.5 jamRM180Tempah Online
Prague ke Budapest menaiki keretapi1 jamRM110Tempah Online
Prague ke Budapest menaiki bas6 jamRM71Tempah Online

Prague ke Budapest dengan menaiki keretapi

Prague ke Budapest dengan menaiki keretapi
Keretapi EuroCity daripada Czech Railways tiba di stesen Budapest Keleti

Tempoh Masa – 6.5 jam
Harga – RM95+
Keselesaan – 4/5

JIka anda inginkan pengembaraan merentasi tengah Eropah Tengah, tiada cara yang lebih baik untuk ke Budapest selain daripada keretapi dari Prague. Landasan yang panjang dan berliku-liku menyambungkan kedua-dua ibu kota bersejarah ini dengan jarak lebih daripada 480 km apabila ia melalui tanah-tanah tinggi Czechia dan memasuki Danube. Terdapat tujuh perjalanan setiap hari dengan yang pertamanya meninggalkan Praha Hlavni seawal 5:44 pagi dan yang lain bergerak ke arah selatan setiap dua jam selepas itu.

Hampir kesemua perjalanan ini menggunakan keretapi Czech EuroCity yang moden. Ia mempunyai dua kelas walaupun tiada perbezaan yang ketara di antara Kelas Pertama yang mempunyai aturan kerusi 2-1 dan Kelas Kedua yang mempunyai kompartmen enam kerusi. Jika anda bertuah anda boleh dapatkan keseluruhan gerabak itu untuk anda seorang sahaja.

Tempat duduk Kelas Pertama dan Kelas Kedua dalam keretapi EuroCity
Tempat duduk Kelas Pertama dan Kelas Kedua dalam keretapi EuroCity

Carilah bukit-bukau yang tinggi dan basilika hebat yang mengawasi Danube Bend di utara Hungary kerana itulah yang paling menarik dalam perjalanan ini!

Dari segi pemandangan, hanya ada satu sahaja yang paling cantik dalam perjalanan ini iaitu Danube Bend. Ia bermula dari dengan kubah besar Katedral Esztergom (salah satu gereja yang paling penting dan menakjubkan di seluruh Hungary) dan berakhir dengan hutan-hutan sebelah selatan gunung Duna-Ipoly. Tiada pilihan untuk turun di sana tetapi anda tidak perlu turun pun kerana pemandangan dari dalam keretapi adalah di antara yang terbaik di sana. Untuk menjadikannya lebih berbaloi, kami syorkan anda mendapatkan tempat (tempahan adalah 4 EUR lebih mahal semasa menempah) di sebelah kiri gerabak. Sebahagian besar yang lain dalam perjalanan ini hanyalah rentasan padang-padang di Bohemia dan Moravia di mana hop dan gandum memenuhi padang tersebut.

Penting untuk anda tempah jauh lebih awal jika anda terikat dengan bajet. Ia kerana harga awal bagi perjalanan bersama Czech Railways dari Prague ke Budapest berharga sekitar RM95 seorang manakala pembelian pada hari perjalanan boleh berharga sehingga RM300 untuk tempat duduk yang sama! Syukurlah, anda boleh semak kesemua waktu pelepasan dan harga menggunakan 12Go.co hari ini.

Prague ke Budapest menaiki keretapi malam

Prague ke Budapest menaiki keretapi malam
Keretapi malam mengambil masa hampir dua kali ganda lebih lama berbanding dengan keretapi laju © Chasdesign / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 10.5 jam
Harga – Daripada RM180
Keselesaan – 4/5

Terdapat satu sahaja perjalanan keretapi malam dari Prague ke Budapest setiap petang. Ia bergerak keluar dari ibu kota Czechia melalui stesen Hlavni pada 9:56 malam dan tiba di ibu kota Hungary pada 8:35 malam. Ya, ini bermakna ia mengambil beberapa jam lebih lama daripada perjalanan keretapi siang tetapi itulah fungsinya kerana para penumpah boleh bangun dalam keadaan segar awal pagi untuk pengembaraan seharian meneroka Buda Castle atau Grand Boulevard tanpa perlu mengeluarkan duit untuk tidur satu malam di hotel.

Keretapi malam boleh membawa anda dari Prague ke Budapest semasa waktu gelap, jadi anda boleh tiba di metropolis Hungary siap dan bersedia untuk mengembara.

Bercakap dengan duit… harga keretapi malam bermula serendah RM180 seorang. Ingat bahawa itu ialah harga awal yang mula dijual seawal tiga bulan sebelum perjalanan itu dan kemudiannya habis dijual dengan cepat. Anda perlu tempah awal menggunakan servis seperti 12Go.co untuk kalahkan orang lain terutamanya jika anda ingin mengelilingi Eropah semasa musim panas.

Standard Suite in a Sleeper Train going to Budapest
Standar Suite hanya mempunyai dua katil tetapi ruangnya masih sempit

Sudah tentu, anda boleh memilih untuk mendapatkan tiket yang lebih mahal. Tambang termurah bagi keretapi malam adalah untuk gerabak berkatil enam yang merupakan katil yang keras dan disusun dalam tiga peringkat di dalam kompartmen yang sempit. Ia mencukupi tetapi tidaklah mewah. Tiket yang lebih mahal membolehkan anda mendapat bilik persendirian Standard Sleeper yang berkatil dua atau Deluxe Sleeper yang mempunyai bilik mandi!

Prague ke Budapest menaiki keretapi

Prague ke Budapest menaiki keretapi
Lapangan Terbang Budapest terletak sejauh 16 km di tenggara Budapest © GTS Productions / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 5 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM110+
Keselesaan – 4/5

Mungkin anda tidak sabar untuk menikmati bar-bar lama di Kuarter Yahudi di Budapest? Mungkin anda tidak mempunyai banyak masa untuk masukkan Istana Prague dan Buda Hill yang bersejarah dalam percutian anda? Anda sudah tentu ingin mempertimbangkan penerbangan jika anda kesuntukan masa. ia merupakan cara terpantas untuk perjalanan ini dengan tempoh perjalanan selama sejam sahaja di udara (sekitar tiga atau empat jam jika anda kira sekali perjalanan dari dan ke lapangan terbang).

Penerbangan merupakan cara terpantas untuk bergerak di antara Prague dan Budapest kerana ia membawa anda ke Hungary dalam masa sejam sahaja.

Terdapat sebanyak empat penerbangan setiap hari yang kebiasaannya bermula awal pagi dan kemudian dilakukan secara berperingkat dari tengahari hingga ke lewat petang. Perjalanan ini dilakukan oleh beberapa syarikat penerbangan. Penerbangan termahal kebiasaannya ialah penerbangan premium LOT yang berlambangkan bendera Poland manakala yang termurah adalah bersama syarikat penerbangan tambang murah Ireland iaitu Ryanair dan Smartwings yang dimiliki oleh Czechia. Mereka yang menempah awal menggunakan 12Go.co mungkin akan terkejut apabila mengetahui tiket berharga serendah RM110 sahaja walaupun ia pasti akan menjadi makin mahal apabila mendekati tarik penerbangan dan kemungkinan besar tidak termasuk simpanan bagasi.

Tempat ketibaan anda di Budapest ialah Lapangan Terbang Budapest yang besar. Dari sana, anda boleh memilih pelbagai pengangkutan untuk ke tengah bandar. Bas ekspres mengambil sekitar sejam untuk perjalanan itu dengan harga 2.70 EUR (RM13) satu hala. Keretapi pula mengambil masa separuh daripada itu dan juga berharga 2.70 EUR (RM13).

Prague ke Budapest menaiki bas

Prague ke Budapest menaiki bas
Salah satu bas Flixbus meninggalkan Stesen Florenc Central di Prague © Konrad Krajewski / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 6-8 jam
Harga – RM71
Keselesaan – 3/5

Bas mungkin tidak mempunyai kelebihan yang sama seperti keretapi atau tahap keselesaan yang sama tetapi ia merupakan pilihan yang pasti bagi pengembara yang ingin jimatkan kos. Ia juga merupakan pilihan yang boleh dipercayai dengan berpuluh-puluh perjalanan sepanjang hari dari Stesen Florenc Central di Prague menuju ke ibu kota Hungary itu. Kebanyakannya bergerak secara terus bermakna anda tidak perlu bertukar bas semasa dalam perjalanan dan mengambil sekitar 7-7.5 jam.

Syarikat-syarikat seperti Flixbus boleh menjadi tawaran yang bagus dengan beberapa tiket yang paling murah untuk perjalanan di antara Prague dan Budapest.

Kami syorkan anda tempah seawal mungkin dan cari nama-nama syarikat bas yang terkenal. Satu contoh yang bagus ialah Flixbus yang dinilai tinggi dan sentiasa berdaya saing dari segi harga (harga asas adalah serendah RM80 seorang) dan mempunyai sebanyak 30 perjalanan sepanjang hari dan beberapa yang bergerak semasa waktu malam.

Titik ketibaan anda di Budapest kemungkinan besar ialah Népliget atau Kelenföld. Kedua-duanya bersambung dengan jaringan metro bandar walaupun kedua-dua terletak sejauh beberapa kilometer dari pusat bandar, jadi anda perlu tambahkan sekitar 20 minit untuk ke tempat-tempat tarikan yang utama setelah anda turun daripada bas.

Tidak kira sama ada menaiki bas ke Budapest atau terbang di udara Eropah Tengah dalam kapal terbang, perjalanan ini masih merupakan perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain. Bersedia untuk menikmati goulash dan rumah mandian Art Deco di ibu kota Hungary…


FAQ Prague ke Budapest

Apakah cara termurah untuk ke Budapest dari Prague?

Bas ialah juara bagi mereka yang terikat dengan bajet. Tiket kebiasaannya berharga kurang daripada RM85 terutamanya jika anda tempah awal menggunakan 12Go.co. Namun begitu, kami masih syorkan anda lihat keretapi dan penerbangan. Kedua-duanya boleh menjadi agak murah. Contohnya, beberapa syarikat penerbangan akan membawa anda ke Budapest dengan harga serendah RM110 manakala keretapi malam boleh menjimatkan harga semalaman di hotel bermakna anda boleh jimat lebih banyak semasa mengembara.

Apakah cara terpantas untuk ke Budapest dari Prague?

Penerbangan merupakan cara terpantas untuk sampai ke goulash dan mandian spa yang panas. Tempoh penerbangan dari Prague ke Budapest hanyalah sekitar sejam. Campur sekali tempoh perjalanan ke terminal, pendaftaran masuk bagasi dan semakan keselamatan, anda melihat perjalanan itu menjadi sekitar empat jam.

Adakah terdapat keretapi laju untuk ke Budapest dari Prague?

Tidak. Namun, perjalanan keretapinya tidaklah begitu perlahan. Ia bergerak dalam kelajuan yang bagus merentasi Bohemia dan Moravia tetapi akan melakukan persinggahan beberapa kali di sepanjang Danube sebelum tiba di Budapest. Anda mungkin melihat tempoh perjalanan menjadi enam atau tujuh jam secara keseluruhan iaitu hanya beberapa jam lebih lama daripada penerbangan jika anda kira sekali perjalanan ke lapangan terbang dan lain-lain.

Berapakah harga tiket keretapi dari Prague ke Budapest?

Harga tempahan awal bagi keretapi ke Budapest dari Prague adalah di sekitar 21 EUR (RM100) seorang. Ia adalah yang termurah yang anda boleh dapat kerana harga akan meningkat apabila mendekati tarikh perjalanan. Bagi keretapi malam pula, anda boleh dapatkan tempat tidur sofa dengan harga RM175 tetapi itu juga jika ditempah awal melalui 12Go.co.

Adakah terdapat keretapi malam dari Prague ke Budapest?

Sudah tentu ada. Hanya terdapat satu perjalanan sahaja setiap malam dengan ruangan yang banyak di kedua-dua tempat tidur berkatil enam dan bilik-bilik persendirian berkatil dua. Keretapi malam mengambil sekitar 10 jam untuk tamatkan perjalanan tersebut dan akan membawa anda ke Stesen Keleti yang besar di Budapest sekitar 8:35 pagi. Ia merupakan pilihan yang terbaik jika anda tidak mahu membayar untuk semalaman di hotel dan ingin tiba di Hungary awal pagi. Semasa musim panas, kami syorkan anda tempah awal melalui 12Go.co untuk pastikan anda mendapat tempat.

Adakah lebih baik untuk terbang atau menaiki keretapi dari Prague ke Budapest?

Dengan perbezaan tempoh perjalanan sekitar tiga jam di antara keretapi dan penerbangan, ia sememangnya bergantung jika anda mempunyai masa yang banyak. Terdapat dua pemandangan yang indah dalam perjalanan dari Prague ke Budapest melalui Moravia dan seterusnya mengikuti Danube Bend. Ia sedikit merugikan jika anda terlepasnya disebabkan kesuntukan masa. Akan tetapi, penerbangan pula boleh menjadi semurah keretapi dan mengambil sejam sahaja untuk membawa anda dari landasan ke landasan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: