Cara untuk ke Rom dari Milan

Cara untuk ke Rom dari Milan

Milan dan Rom merupakan dua metropolis terbesar di Itali. Salah satunya terkenal dengan fesyen dan kewangan dan satu lagi pula terkenal dengan pusat bandarnya yang kuno dan koleksi muzium yang banyak. Kedua-duanya patut berada dalam mana-mana senarai tempat yang wajib dilawati semasa percutian Eropah. Namun begitu, terdapat hampir 595 km yang memisahkan mereka dengan Gunung Apennine, lembah Tuscan dan padang Po di sepanjang jalan.

Ikuti panduan ini yang boleh menolong anda melepasi kesukaran mendapatkan penerbangan, keretapi atau kereta untuk bergerak meninggalkan bayang-bayang Alps ke Colosseum.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Milan ke Rom menaiki keretapi3 jamRM190Tempah Online
Milan ke Rom menaiki penerbangan1 jamRM190Tempah Online
Milan ke Rom menaiki bas6 jamRM84Tempah Online
Milan ke Rom menaiki kereta6 jamRM170Tempah Online

Milan ke Rom menaiki keretapi

Milan ke Rom menaiki keretapi
Perjalanan ke Rom menaiki keretapi laju Trenitalia merupakan cara yang paling selesa © Zigres / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 jam 10 minit
Harga – RM190+
Keselesaan – 5/5

Anda bergerak laju ke selatan seperti sebiji peluru dengan mengikuti landasan keretapi laju yang merentasi tengah Itali. Ia adalah di antara yang terpantas di seluruh benua itu dengan keretapi-keretapi seperti Frecciarossa yang boleh memecut sepantas 300 kph di sebahagian perjalanan tersebut. Kesemua itu menjadikannya pengangkutan yang membolehkan anda bergerak dari Milan ke Rom selama 3 jam 10 minit!

Perjalanan ini mengikuti tulang belakang negara tersebut. Anda akan bermula dengan bergerak merentasi padang-padang Po River dari Milan apabila Alps mula menghilang. Kemudian, anda akan menjumpai Apennine di mana kubah Florence Duomo yang cantik mengawasi ladang-ladang anggur Tuscany. Kemudian, akan ke selatan lagi sekali selepas bandar bukit Orvieto yang bersejarah dan pemandangan Lazio. Rome Termini ialah destinasi terakhir iaitu stesen ibu kota itu yang terbesar di tengah bandar itu.

Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia
Kelas Biasa merupakan tempat duduk paling murah di atas keretapi Frecciarossa Trenitalia © Giovanni G / Shutterstock.com

Keretapi laju membolehkan anda menangkap gambar Colosseum dalam masa tiga jam selepas meninggalkan ibu kota Lombardy yang penuh dengan hasil seni.

Servis di atas keretapi Trenitalia dan Italo adalah yang terbaik. Mereka merupakan yang paling selesa dalam pilihan-pilihan yang ada di Italo. Para penumpang boleh memilih di antara tempat duduk Kelas Pertama dan Kelas Kedua (Smart dan Prima bagi keretapi Italo). Kedua-duanya adalah luas dan moden dengan meja boleh lipat dan tingkap yang lebar. Anda juga mempunyai akses ke gerabak makanan di atas keretapi Trenitalia di mana pasta Itali disajikan dengan bir, wain tempatan dan kopi istimewa.

Dari segi harga, anda akan membayar sehingga RM185 bagi perjalanan itu. Ia merupakan harga bagi keretapi Italo dan berdekatan dengan harga awal Trenitalia yang mula dijual sekitar dua atau tiga bulan lebih awal daripada perjalanan tersebut. Ia juga merupakan idea yang baik untuk cari dan belinya menggunakan 12Go.co sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan kerana harga boleh meningkat dengan banyak jika anda menempah lewat. Oh, jangan risau kerana terdapat sekurang-kurangnya satu perjalanan setiap jam dari Milano Centrale.

Milan ke Rom menaiki penerbangan

Milan ke Rom menaiki penerbangan
Alitalia mempunyai penerbangan terbanyak dari Milan ke Rom © MikeDotta / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 10 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM190+
Keselesaan – 4/5

Dengan Rom sebagai ibu kota Itali dan Milan sebagai bandar kedua terbesar di negara itu, sudah tentu terdapat penerbangan yang menyambungkan kedua-dua bandar tersebut. Malah, Mila mempunyai tiga lapangan terbang antarabangsa. Rom pula hanya bersambung melalui hab dua syarikat penerbangan yang besar. Kelebihannya? Sepatutnya tidak sukar untuk anda terbang di udara ke arah selatan untuk melihat Colosseum…

Alitalia merupakan penyedia utama bagi perjalanan ini. Itulah syarikat yang berlambangkan bendera Itali dan mereka menawarkan sebanyak 20 penerbangan dari bandar ke bandar setiap hari! Penerbanan bermula seawal 6:30 pagi dengan yang terakhir meninggalkan Milan sekitar 7:20 malam. Ia bukanlah penerbangan yang lama kerana perjalanan itu mengambil sekitar 1 jam 10 minit dari pelepasan hingga mendarat di Rom. Anda hanya perlu kira sekali masa tambahan untuk sampai ke lapangan terbang, mendaftar masuk bagasi dan pergi ke tempat yang anda tuju setelah anda sampai di sana.

San Babila to Linate Airport

Penerbangan ke Rom mengambil sekitar sejam dengan kapal terbang bermula dari tiga lapangan terbang utama Milan.

Bercakap tentang lapangan terbang… para pengembara boleh memilih di antara tiga lapangan terbang terbesar di Milan. Kebanyakan penerbangan akan berlepas dari Lapangan Terbang Milan Linate yang terletak di bahagian timur bandar. Naik sahaja bas 73 atau X73 dari San Babila untuk ke sana. Penerbangan lain berlepas dari Lapangan Terbang MXP yang besar dan terletak sekitar 45 minit perjalanan bas dari pusat bandar Milan. Terdapat juga penerbangan dari Bergamo. Namun, itu ialah bandar lain yang terletak sekitar sejam ke arah barat laut. Ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan perjalanan ke Rom jika anda telah meneroka Alps Itali yang indah dan tasik-tasik.

Dari segi harga pula, tiket penerbangan di antara Milan dan Rom berbeza-beza. Perjalanan ini menjadi sibuk dengan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berulang alik di antara ibu kota kewangan dan ibu kota itu, jadi terdapat lebih banyak perjalanan pada awal pagi. Namun begitu, anda boleh pra-tempah tiket menggunakan 12Go untuk mencari harga terbaik yang boleh menjadi serendah RM190 satu hala tidak termasuk simpanan bagasi.

Milan ke Rom menaiki bas

Milan ke Rom menaiki bas
BlaBlaBus dan Flixbus adalah dua syarikat bas paling terkenal bagi perjalanan dari Milan ke Rom

Tempoh Masa – 6 -9 jam
Harga – RM84+
Keselesaan – 3/5

Bas mungkin tidak sepantas keretapi atau kapal terbang dalam perjalanan dari Milan ke Rom tetapi ia kebiasaannya lebih murah daripada kedua-dua itu. Ya, para penumpang yang inginkan bas untuk ke Eternal City boleh jangka untuk membayar sekitar RM85 untuk tiket mereka dan mungkin lebih rendah daripada itu jika mereka menempah awal melalui 12Go.co. Kompromi bagi penjimatan wang untuk dapatkan gelato dan pizza itu ialah tempoh perjalanan yang lebih lama kerana bas mengambil sekurang-kurangnya 5 jam 45 minit dan beberapa mungkin mengambil sehingga sembilan jam secara keseluruhan!

Tinggalkan lebih banyak wang daripada bajet untuk lawatan ke Roman Forum dengan menaiki bas dari Milan ke Rom.

Secara amnya, bas adalah selesa dan bersih. Ia mempunyai tandas di atas bas, kerusi berbaring dan penghawa dingin yang bagus (suatu kewajiban semasa musim panas Itali!). Ia mengikuti jalan Autostrada A1 (juga dikenali sebagai European Route E35) melalui tulang belakang negara itu dan beberapa tempat yang paling cantik di sana. Tunggu sahaja untuk pemandangan yang memukaukan semasa anda merentasi Apennines untuk sampai ke Florence atau ladang-ladang anggur di Arezzo dan gunung-ganang di luar tingkap!

Seats in a BlaBlaBus bus
Tempat duduk dalam bas milik BlaBlaBus amat selesa bagi harganya

Kebanyakan pengembara akan mencari tempat di atas salah satu bas yang dijalankan oleh syarikat-syarikat terkenal seperti BlaBlaBus atau Flixbus. Mereka mempunyai bas-bas baharu dan perjalanan yang terbanyak. Ia juga boleh ditempah lebih awal yang membantu untuk memastikan kos sentiasa rendah terutamanya semasa musim percutian sewaktu musim panas.

Milan ke Rom menaiki kereta

Milan ke Rom menaiki kereta
Anda akan mengambil masa yang lama di atas A1/E35 jika anda bergerak dari Milan ke Rom dengan menaiki kereta

Tempoh Masa – 6 jam
Harga – RM170+
Keselesaan – 5/5

Terdapat berita baik bagi para pengembara yang sukakan kebebasan di atas jalan raya iaitu sewaan kereta di Itali adalah di antara yang termurah di seluruh Eropah. Anda boleh menyewa dari Milan atau di salah satu lapangan terbang Milan dengan harga sekitar RM165 sehari. Anda juga mungkin melihat caj tambahan bagi pemanduan satu hala diketepikan, jadi anda boleh elakkan kos tambahan itu untuk bergerak di antara Lombardy dan Rom.

Mempunyai kereta tersendiri bermakna anda akan tukarkan perjalanan dari Milan ke Rom kepada suatu pengembaraan Itali dari utara ke selatan yang istimewa.

Harga hanyalah salah satu sebab untuk memilih cara ini. Terdapat juga keseronokan pengembaraan Itali yang sebenar. Dengan jarah sejauh 565 km untuk direntasi melalui tengah-tengah negara itu, terdapat terlampau banyak tempat-tempat menarik semasa dalam perjalanan anda. Mungkin anda ingin merasai tortellini di syurga makanan Bologna? Mungkin anda lebih sukakan karya-karya Renaissance yang hebat di Florence? Atau mungkin anda inginkan kolam air panas dan ladang-ladang anggur Tuscany? Kesemua itu dan lebih lagi terdapat dalam perjalanan tersebut!

Kami syorkan anda mendapatkan sewaan kereta jauh lebih awal sebelum anda tiba di Itali jika anda ingin memandu terutamanya semasa musim panas apabila terdapat permintaan yang tinggi untuk kenderaan dari syarikat-syarikat pelancongan yang menuju ke vila-vila di Emilia-Romagna, Marche dan Tuscany. Lihat RentalCars.com untuk beberapa tawaran terbaik dari syarikat-syarikat global yang terkenal seperti Hertz, Thrifty dan Dollar.


Mila mungkin akan cuba untuk pastikan anda lepak seketika dengan galeri-galeri fesyen dan katedral Goth yang besar tetapi Rom sedang menunggu anda. Ya, tempat sahaja pengangkutan di atas dan anda akan menikmati pasta pecorino di Piazza del Popolo dalam sekelip mata sahaja!


FAQ Milan ke Rome

Apakah cara termurah untuk ke Rom dari Milan?

Bas mungkin mengambil enam jam secara keseluruhan (dan itulah yang terpantas) tetapi ia juga merupakan cara yang termurah untuk perjalanan ini. Pergi sahaja ke 12Go.co dan cari tawaran-tawaran daripada syarikat-syarikat seperti Flixbus yang boleh membawa anda dari Milan ke Rom dengan harga serendah RM85 kadangkala.

Apakah cara terpantas untuk ke Rom dari Milan?

Ia merupakan persaingan yang sengit di antara penerbangan dan keretapi. Alitali menawarkan perjalanan dari Lapangan Terbang Milan Linate ke Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo da Vinci di Fiumicino dan mengambil hanya 1 jam 10 minit di udara. Namun, tempoh perjalanan menjadi sekitar tiga jam atau lebih jika anda kirakan sekali pendaftaran masuk dan perjalanan ke terminal. Oleh itu, keretapi laju juga setanding dengannya. Naik sahaja di Milano Centrale dan anda akan tiba di Rome Termini selepas 3 jam 10 minit kemudian. Agak bagus. Kesemua itu boleh dibanding dan ditempah secara atas talian menggunakan 12Go.co.

Apakah cara untuk ke Rom dari Milan?

Ingat bahawa kedua-dua ini ialah bandar Itali yang terbesar dan tersibuk, jadi terdapat banyak cara untuk ke B dari A. Kesemuanya termasuklah penerbangan, keretapi laju, sewaan kereta dan bas. Kami ingatkan bahawa yang penting ialah anda menempah lebih awal tidak kira apa-apa yang anda pilih kerana ia di antara perjalanan yang paling terkenal di seluruh Eropah!

Berapa lamakah perjalanan Rom dari Milan?

Ambil sahaja keretapi laju dan anda akan tiba di tempat-tempat ikonik Rom dalam masa sekitar tiga jam. Bagus, bukan? Ia disebabkan adanya keretapi laju Italo dan Frecciarossa yang boleh mencecah kelajuan 300 km/j di beberapa bahagian perjalanan tersebut!

Berapakah harga tiket keretapi untuk ke Rom dari Milan?

Harga yang dipaparkan rangkaian keretapi laju Itali adalah dinamik dan tertakluk kepada perubahan. Ini bermakna ada naik turun harga walaupun secara asasnya, ia lebih murah jika anda tempah awal. Jadi, lawat laman 12Go dan cari tiket perjalanan anda secepat mungkin. Harga tempahan awal boleh mencecah semurah RM170 satu hala

Adakah terdapat keretapi laju untuk ke Rome dari Milan?

Terdapat banyak keretapi laju dari Milan ke Rom. Malah, terdapat perjalanan hampir setiap jam di sepanjang hari. Ia dilakukan oleh dua syarikat berbeza iaitu Trenitalia dan Italo. Kedua-duanya moden, mempunyai gerabak yang menawan dan menghabiskan perjalanan tersebut dalam masa tiga atau empat jam sahaja.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Milan ke Rom?

Ia bergantung kepada bas yang anda pilih. Sebenarnya ia amat penting untuk anda semak kerana terdapat bas yang akan mengambil sehingga tujuh, lapan atau sembilan jam lamanya! Namun begitu, anda boleh dapatkan tiket bas yang hanya mengambil sekitar 6 jam untuk membawa anda ke ibu kota Itali itu. Kesemua jadual dan harga tiket bas boleh dibandingkan melalui 12Go.co.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: