Beberapa lokasi di Sepanyol sungguh mengagumkan dengan pemandangan yang memukau seperti Granada Alhambra dan Sierra Nevada yang dilitupi salji. Ini adalah destinasi wajib yang mesti di datangi oleh pencinta Semenanjung Iberia sekurang-kurangnya sekali. Tidak boleh diragukan lagi, alasan mengapa pelancong gemar datang ke sini setiap tahun adalah kerana mereka teruja melakukan pengembaraan ke bandar bersejarah yang indah di atas pergunungan Andalusia.
Artikel ini memberikan anda panduan untuk menjadi sebahagian dari mereka juga. Ia merangkumi selok-belok mengatur pelayaran sejauh 350 kilometer dari ibu kota ke selatan, dengan segala informasi penting tentang pengangkutan yang boleh anda pilih seperti kereta api, pesawat, kereta, dan banyak lagi. Jom, kita teruskan…
Pengangkutan | Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi | 3 jam | RM140 | Tempah Online |
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki bas | 4.5 jam | RM85 | Tempah Online |
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki kapal terbang | 1 jam | RM160 | Tempah Online |
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki kereta | 4 jam | RM680 | Tempah Online |
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Masa – 3 jam 17 minit+
Harga – RM140+
Tahap Keselesaan – 5/5
Sekiranya anda mahu menaiki Alta Velocidad Espanola (dikenali sebagai AVE) dari Madrid, anda perlu melangkah keluar dari puncak Sierra Andalusia yang bergerigi sebelum sempat membersihkan churros coklat di pagi hari. Perjalanan yang melintasi beratus-ratus kilometer ini, membawa anda ke kubu-kubu Moor yang bersejarah dan jalan-jalan berbatu dalam masa 3 jam 17 minit melalui beberapa cara. Terdapat tiga cara untuk anda bertolak dari Madri Atocha secara langsung, ia bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga yang terakhir pada jam 7.35 malam pada setiap hari.
Anda boleh melakukan pengembaraan yang terbaik dengan Renfe (syarikat kereta api Sepanyol) sepanjang perjalanan. Mereka menyedeiakan kereta api moden yang mempunyai reka bentuk hadapan yang luas seperti sebuah peluru yang merangkumi kelas VIP Preferente (pertama), dan Turista (kedua). Anda juga mudah untuk mendapatkan makanan kerana mereka menyediakan makanan panas dan wain merah yang sungguh terkenal di wilayah Rioja. Selain itu, kereta api ini juga mempunyai kawalan iklim dan tingkat yang luas, jadi anda akan dihangatkan pada musim sejuk dan disejukkan pada musim panas sambil menikmati pemandangan mengikut pilihan anda.
Tiga kereta api AVE berkelajuan tinggi menghubugkan Madrid ke Granada, dengan hanya memakan masa selama tiga jam untuk sampai ke Alhambra.
Idea yang terbaik adalah dengan membuat tempahan seawal mungkin. Renfe selalunya sering menawarkan tawaran hebat untuk setiap tiket yang dibeli terlebih dahulu, yang mana kos perjalanan ke Granada akan menurun hingga RM140 seorang. Namun jika anda terlambat membuat tempahan, anda perlu membayar lebih dari harga asal untuk kerusi yang sama di kelas Turista. Jom ke 12Go.co, anda boleh bandingkan sendiri semua jadual dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh landasan kereta api Sepanyol.
Laluan yang kereta api anda lalu cukup membangkitkan keindahan yang menakjubkan jika anda duduk di sebelah tingkap sambil menyaksikannya. Anda akan melalui bahagian tengah pergunungan Andalusia, sambil melihat kampung-kampung berwarna putih di bukit. Kebanyakkan perkhidmatan yang ada juga akan membuat pitstop di Kota Cordoba yang besar lagi kuno. Namun sebelum itu, anda perlu turun dari ketinggian ketika meninggalkan dataran tinggi tengah Sepanyol dan melewati tanah-tanah Casltalla-La Mancha setelah keluar dari ibu kota.
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki bas
Masa – 4.5 hingga 5.5 jam
Harga – RM85+
Tahap Keselesaan – 4/5
Pilihan lain, anda boleh juga menaiki bas tanpa henti dari Madrid ke Granada dengan mengambil masa sekitar 4.5 – 5.5 jam. Syarikat bas nasional ALSA adalah pengendali kepada perkhidmatan ini. Mereka menjalankan banyak perkhidmatan antara kedua-dua bandar, baik pada waktu siang atau malam. (Mereka juga mempunyai banyak laluan tidak terus yang memerlukan sekurang-kurangnya satu pertukaran kenderaan.) Jika anda memilih laluan perjalanan tanpa henti, anda perlu mencari jalan menuju Madrid Estacion Sur – Stesen Selatan – di ibu kota untuk menaiki kenderaan. Itu adalah cara yang sangat mudah untuk ke metro di Méndez Álvaro.
Pilih tempat duduk kelas Premium ALSA untuk mendapatkan pengalaman merasai perjalanan paling mewah di atas jalan raya di antara Madrid dan Granada.
Berlepas dari ibu kota, bas akan bergerak menghampiri bahagian selatan, melalui Getafe dan kemudian melintasi dataran La Mancha. Kira-kira dua pertiga perjalanan, anda akan menyeberangi sempadan ke Andalusia, di mana pemandangannya lebih ke arah kawasan pegunungan, dengan hutan pohon zaitun dan pueblos blancos di lereng bukit. Ya- sudah tentu dengan pemandangan yang indah seperti itu anda akan lebih cenderung untuk melakukan pengembaraan di waktu siang.
Bas selalunya dikenali sebagai pengangkutan moden, servis yang baik, dan selesa. Kebiasaannya, ia mempunyai penghawa dingin dan tempat duduk baring. Tambahan pula, laluan Madrid-Granada mempunyai kelebihan dari kelas Premium yang dikendalikan oleh ALSA. Mereka mempunyai kemudahan seperti portal hiburan layar sentuh untuk perjalanan jarak jauh, WiFi, tempat suis pengecasan di tempat duduk. Ini adalah pilihan yang sangat tepat jika anda ingin melakukan perjalanan dengan penuh gaya.
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki kapal terbang
Masa – 1 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM160+
Tahap Keselesaan – 4/5
Langkah anda tidak terhad untuk pergi dari plaza Madrid yang sibuk ke Taman Arabesque dan Istana Granada yang indah. Hal ini kerana, terdapat lebih dari 30 jaringan laluan setiap minggu dengan penerbangan, yang mana semuanya ditawarkan oleh syarikat penerbangan nasional Sepanyol, Iberia. Ia mengambil masa hanya 65 minit untuk terbang ke selatan menuju landasan Granada, di mana ini telah meletakkan pengangkutan pesawat sebagai yang terpantas berbanding yang lain. Sungguh pun begitu, sudah tentu jumlah masa perjalanan mungkin lebih banyak daripada itu, kerana ia merangkumi perjalanan ke lapangan terbang dan pemeriksaan keselamatan untuk setiap penumpang.
Sekitar empat penerbangan langsung menghubungkan Madrid dengan Granada setiap hari.
Bercakap tentang lapangan kapal terbang… anda akan bermula dari Lapangan Terbang Besar Madrid-Barajas Adolfo Suárez(MAD). Lapangan terbang ini adalah yang terbesar di ibu negara, yang mana anda boleh menaiki Bas 200 dari pusat bandar atau Línea Exprés dari stesen kereta api Atocha (30-40 minit). Tiba di destinasi, anda akan kembali ke lapangan terbang Federico García Lorca Granada yang agak kecil. Ia berada di sebelah barat bandar utama, dihubungkan dengan bas awam yang mengambil masa 45 minit dan berharga 4 EUR (RM20).
Sebahagian besar penerbangan antara Madrid dan Granada adalah sekitar RM170. Harga tambang murah seperti ini mungkin tersedia untuk anda sekurang-kurangnya 60 hari sebelum anda berlepas, oleh itu sebaiknya anda ke 12Go.co dengan segera sebaik sahaja sudah tahu bila untuk melakukan perjalanan. Faktor di waktu puncak dan tiket yang dibeli pada saat-saat akhir, selalunya mendesak anda untuk membayar lebih dari RM420 untuk tempat duduk! Anda juga perlu menambahkan beberapa bayaran tambahan untuk beg yang diperiksa sekiranya anda membawa barang.
Dari Madrid ke Granada dengan menaiki kereta
Masa – 4 jam 10 minit
Harga – RM680+
Tahap Keselesaan – 4/5
Untungnya, perkhidmatan kereta sewa di Sepanyol adalah yang paling berpatutan di Eropah. Anda boleh ke RentalCars.com, di situ anda boleh dapatkan pakej sewaan tiga hari merangkumi pakej laluan di ibu kota sehingga ke Granada dengan jumlah bayaran keseluruhan sekitar RM680-850. Perjalanan ini mengambil masa tiga hari untuk anda nikmati semua tarikan hebat yang ada di kedua-dua bandar tersebut. Mungkin anda mahu sedikit masa untuk meneroka jalan berbatu dan menara Toledo yang mempesonakan? Mungkin anda ingin mendaki Sierra Nevada? Atau, adakah anda akan berpatah semula ke Córdoba untuk ke istana abad pertengahan dan jambatan era Rom?
Intinya, dengan hanya RM250 memberikan anda kebebasan untuk menerokai jalan Sepanyol, yang berkualiti tinggi tidak terlalu sibuk dan indah menyusuri bahagian selatan ke Andalusia dari Madrid. Yang pastinya, anda perlu rajin memberikan perhatian khusus di mana tempat pengumpulan kereta selalunya berada semasa di bandar-bandar, dan di mana destinasi perhentian yang akan anda berhenti. Selalu kedua-duanya ini berada di lapangan terbang, tetapi anda mungkin lebih suka dan mudah jika ia berada di pusat bandar.
Dari Madrid ke Granada mengambil jarak sejauh 350 kilometer dari pusat bandar Sepanyol ke pinggir selatannya. Anda mungkin dapat mencium bau garam yang mengalir di Costa del Sol sebaik sahaja tiba, tetapi bersabar dahulu, kerana istana-istana yang hebat dan Taman-Taman Moor meminta untuk dijelajahi terlebih dahulu!
FAQ Dari Madrid ke Granada
Bas adalah cara yang paling murah jika anda mahu menjimatkan beberapa euros untuk menikmati tapas di restoran Granada yang sangat popular. Dengan syarat anda membuat tempahan lebih awal di 12Go.co, anda boleh mendapatkan harga berpatutan RM85 seorang
Kereta api berkelajuan tinggi tersenarai di tangga pertama sebagai kenderaaan yang terpantas berbanding semua pengangkutan yang ada untuk ke Granada dari Madrid jika diukur dari segi masa. Dalam masa yang sama, jika anda menggunakan kereta api EVE ia mengambil masa lebih dari tiga jam mengalahkan pengangkutan udara untuk terus menuju dari satu pusat bandar ke pusat bandar yang lain, dan bukannya dari landasan ke landasan.
Pada pendapat kami dan ribuan pelancongan yang pernah menjejakkan kaki di sini pada setiap tahun, kami pasti akan memilih kereta api berkelajuan tinggi. Cepat dan berpatutan (pastikan anda tempah di 12Go.co sebelum percutian anda bermula), mereka juga menawarkan perjalanan yang selesa melalui beberapa bahagian luar negara Sepanyol yang sangat cantik. Ambil Rioja dari troli makan dan bersantailah, kawan!
Harga untuk kereta api AVE berkelajuan tinggi yang menggunakan laluan antara Madrid dan Granada menawarkan harga tiket yang berbeza-beza sama juga seperti harga tiket pesawat. Ringkasnya, semakin dekat masa anda untuk berangkat, semakin mahal harganya. Buatlah pesanan di 12Go.co sekurang-kurangnya 30 hari sebelum bertolak dan mungkin ada boleh mendapat tawaran yang lumayan RM140 seorang.
Kereta api berkelajuan tinggi menawarkan perjalanan sejauh 350 kilometer dari Madrid ke Granada dengan mengambil masa 3.2 jam. Apa yang menakjubkan, ia boleh mengalahkan masa yang diambil jika anda berhadapan dengan semua gangguan di lapangan terbang! Tergoda? Pastikan anda menempah tiket untuk kereta api Sepanyol berkelajuan tinggi terlebih dahulu di 12Go.co untuk mendapatkan tawaran terbaik.
Sudah tentu ada. Syarikat kereta api Sepanyol, Renfe kini menjalankan operasi kereta api AVE tiga kali sehari dari Madrid ke Granada. Mereka dapat menempuh perjalanan 300 kph, menyelesaikan perjalanan hanya dalam waktu lebih dari tiga jam!
Ini bukan sekadar mementingkan soal persaingan untuk kedua-dua pengankutan. Tetapi ia lebih tepat untuk membuat perbandingan yang saksama dan mengambil kira semua kesan baik atau buruk pengangkutan tersebut merangkumi pemeriksaan beg, keselamatan di lapangan terbang, dan pertukaran kenderaan. Secara keseluruhannya, kereta api berkelajuan tinggi mengambil masa (hanya 3 jam 17 minit dari Madrid ke Granada, dari pusat ke pusat), pastinya lebih selesa dan menarik, apatah lagi dengan kurangnya pencemaran karbon di sepanjang perjalanan.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: