Cara untuk ke Rom dari Florence

Cara untuk ke Rom dari Florence

Bersedia untuk menikmati pelbagai hasil seni dan budaya apabila anda bergerak dari ibu kota Tuscan yang terkenal ke Rom. Ini bukanlah perjalanan menuju ke bahagian penting di Itali semata-mata tetapi ia merupakan perjalanan dari tempat tarikan zaman Renaissance ke metropolis kuno di Eropah. Anda akan gantikan patung David yang berotot hasil ukiran Michelangelo dengan kubah St Peter yang tinggi. Anda akan gantikan hasil-hasil karya di Galeri Uffizi dengan tinggalan Colosseum dan Roman Forum yang menakjubkan. Oh, terdapat juga pelbagai pizza dan pasta yang anda boleh nikmati di sepanjang perjalanan itu. Panduan ingin menunjukkan kesemua pilihan bagi perjalanan 225 kilometer anda itu termasuk keretapi laju dan penerbangan jarak dekat. Selamat membaca…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Florence ke Rom menaiki keretapi laju1.5 jamRM86Tempah Online
Florence ke Rom menaiki keretapi biasa5 jamRM82Tempah Online
Florence ke Rom menaiki bas3 jamRM37Tempah Online
Florence ke Rom menaiki kapal terbang1 jamRM330Tempah Online
Florence ke Rom menaiki kereta3 jamRM160Tempah Online

Florence ke Rom menaiki keretapi laju

Florence ke Rom menaiki keretapi laju
Keretapi laju daripada Trenitalia adalah selesa dan murah © Simona Bottone / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – Bermula dari RM86
Keselesaan – 5/5

Ia merupakan salah satu perjalanan keretapi yang paling laju di seluruh benua tersebut yang melakukan perjalanan di atas landasan utama di antara Florence dan Rom. Ia boleh bergerak sepantas 300 kph semasa dalam perjalanan. Ini bermakna anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada Ponte Vecchio dan memasuki Stesen Termini yang gah dalam masa 1.5 jam sahaja. Betul, jika anda kelip anda mungkin akan terlepas melihat puncak Apennines, ladang-ladang anggur Chianti dan bandar bukit di Umbria yang boleh dilihat semasa dalam perjalanan itu!

Perjalanan ini dilakukan oleh kedua-dua Trenitalia dan Italo. Mereka menggunakan keretapi Frecciargento, Frecciarossa dan EVO yang serba canggih dengan gerabak berbentuk peluru. Di dalamnya, terdapat bahagian tempat duduk yang moden berhawa dingin dan mempunyai pelan terbuka. Dalam Kelas Pertama, terdapat kemudahan tambahan termasuk ruangan kaki yang lebih luas dan minuman alu-aluan (yang mungkin atau mungkin tidak merupakan Italian Prosecco!). Kesemuanya termasuk gerabak makan yang menyajikan roti ciabatta, pasta, bir, wain, kopi – anda sebut sahaja.

Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia
Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia © Giovanni G / Shutterstock.com

Terdapat sesuatu yang menakjubkan apabila melalui ladang-ladang anggur dan gunung-ganang di tengah Itali di atas keretapi laju!

Florence terletak betul-betul di landasan utama Itali. Ia merupakan landasan utama utara-selatan menuju ke dan dari bandar-bandar besar seperti Milan dan Venice bermakna terdapat keretapi melalui jalan menuju ke Rom setiap masa. Malah, kadangkala terdapat keretapi laju yang bergerak meninggalkan platform di Santa Maria Novella dua kali dalam masa sejam yang bermula awal pagi dan berakhir lewat petang.

Harga dinamik pada jaringan keretapi laju Itali bermakna bahawa mereka yang tempah awal akan mendapat tawaran terbaik. Malah, terdapat perbezaan yang ketara di antara tambang ekonomi super (yang ditempah jauh lebih awal) dan tambang asas (yang ditempah pada hari perjalanan). Oleh itu, kami syorkan anda pergi terus ke portal seperti 12Go.co jika anda merancang untuk melakukan perjalanan itu dalam masa 4 bulan yang akan datang yang merupakan paling awal anda boleh membuat tempahan.

Florence ke Rom menaiki keretapi biasa

Florence ke Rom menaiki keretapi biasa
Keretapi Regional diletakkan di stesen keretapi Rome Ostiense © TK Kurikawa / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Sehingga 5 jam
Harga – RM82+
Keselesaan – 3/5

Kemunculan keretapi Frecciargento dan EVO yang laju seperti roket tidak melenyapkan penggunaan keretapi tradisional Itali iaitu Regionale. Anda masih boleh menaiki salah satu keretapi tersebut yang bergerak dari Florence menuju ke Rom di atas landasan lama. Hanya suatu peringatan: Ia boleh mengambil masa yang agak lama. Jadual mungkin memberitahu sehingga empat jam tetapi dengan 16 persinggahan di kampung-kampung dan bandar-bandar lama, masa perjalanan boleh bertambah dengan mudah. Tambahan pula, harga asas adalah sekitar harga yang sama dengan keretapi laju jika ditempah awal!

Nikmati perjalanan keretapi zaman dahulu di Itali dengan menaiki keretapi biasa di antara Florence dan Rom.

Dengan itu, perkara-perkara ini perlu anda ingat jika anda tidak mampu mendapatkan tiket murah bagi keretapi laju atau jika anda ingin berjumpa dan mengenali penduduk-penduduk tempatan Itali semasa anda mengembara. Malah, itulah keseronokan dalam perjalanan ini dengan pergerakan melalui bukit-bukau Tuscan dan ladang-ladang anggur yang terpencil, menara-menara era pertengahan di rabung Arezzo dan melihat burung-burung berterbangan di langit Umbrian yang tidak berawan sebelum anda tiba di Rom.

Keretapi Regionale telah diberi penambahbaikan baru-baru ini. Terdapat ruangan tertutup dan tempat duduk yang berpelan terbuka. Ia juga mempunyai tandas dan penghawa dingin walaupun ia tidak boleh begitu dipercayai. Ia mungkin boleh menjadi agak sukar untuk menempahnya lebih awal secara atas talian, jadi anda mungkin perlu merancang untuk pergi ke stesen.

Florence ke Rom menaiki bas

Florence ke Rom menaiki bas
Flixbus mempunyai perjalanan bas ke serata Eropah © Jarretera / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam 50 minit
Harga – Dari RM37
Keselesaan – 4/5

Anda akan mengambil sekitar tiga jam menaiki bas di antara Florence dan Rome. Namun, bersedialah untuk melihat tempoh perjalanan itu bertambah apabila anda semakin menghampiri ibu kota tersebut. Trafik keluar dan masuk di tengah-tengahnya boleh menjadi agak teruk semasa waktu puncak terutamanya di luar jalan E80 yang mengelilingi bandar tersebut. Walaupun begitu, harga bagi bas kebiasaannya lebih murah daripada keretapi, jadi anda boleh menjimatkan beberapa ringgit bagi pizza Romana dan pasta pecorino dengan memilih bas.

Dari segi syarikat, ramai orang memilih Flixbus pada waktu ini. Ia terkenal bagi tambangnya yang murah dengan bas moden yang dilengkapi dengan wifi dan soket elektrik di tempat duduk. Ia dilakukan dengan kerap di sekitar satu pelepasan setiap 15 minit pada waktu pagi semasa musim panas tetapi ia berkurangan sehingga satu setiap jam pada waktu petang. Perkara yang agak menjengkelkan, anda perlu ke stesen di Villa Costanza yang terletak jauh di hujung Landasan Tram 1 di Florence.

Florence ke Rom menaiki kapal terbang

Florence ke Rom menaiki kapal terbang
Salah satu pesawat Airbus milik Alitalia mendarat di Rom © InsectWorld / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 50 minit
Harga – RM330+
Keselesaan – 4/5

Syarikat penerbangan utama Itali yang bercorakkan benderanya, Alitalia, menawarkan sebanyak empat penerbangan tanpa henti dari Florence ke Rom semasa musim panas. Penerbangan itu hanya mengambil 50 minit sahaja tetapi pendaftaran masuk dan perjalanan menuju ke lapangan terbang boleh menjadikannya tiga atau empat jam. Ya, itu lebih lama daripada perjalanan keretapi laju dan disebabkan itulah ia merupakan pilihan yang sesuai hanya bagi mereka yang terbang masuk ke Lapangan Terbang Florence dan inginkan cara yang mudah menuju ke ibu kota tersebut.

Anda akan tiba di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci (FCO) yang besar. Ia terletak di hujung barat Rom dan lebih dekat dengan laut berbanding St. Peter. Namun, ia bersambung dengan Stesen Termini melalui keretapi biasa yang mengambil sekitar 30 minit dan berharga RM40-RM80 bergantung kepada kelas gerabak anda. Seperti biasa, tempahan awal merupakan kunci kepada tawaran-tawaran bagi penerbangan jadi pastikan anda mendapatkan tempat anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh penerbangan.

Florence ke Rom menaiki kereta

Florence ke Rom menaiki kereta

Tempoh Masa – 3 jam (secara terus)
Harga – RM160+
Keselesaan – 5/5

Beberapa kawasan terkenal di Itali berada dalam perjalanan di antara Florence dan Rom. Ini menjadikan perjalanan menaiki kereta lebih menarik. Anda akan mendapat kebebasan untuk merancang perjalanan anda. Anda boleh berhenti untuk makan tengahari dan meneroka melalui bandar-bandar yang memukaukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, anda boleh juga menerusi Autostrada A1 (E35) dari satu bandar ke bandar bandar yang lain dan tamatkan perjalanan itu dalam masa tiga jam sahaja.

Menaiki kereta merupakan suatu cara yang pasti akan menjadikan perjalanan dari Florence ke Rom itu suatu pengembaraan yang tidak boleh dilupakan.

Suatu berita baik ialah sewaan kereta di Itali boleh menjadi amat murah. Bagi sewaan sehari, anda mungkin membayar serendah RM160 bagi kereta kecil berpintu tiga. Tambahan pula, terdapat banyak syarikat yang akan mengetepikan caj satu hala yang kebiasaannya anda perlu bayar apabila memandu dari bandar ke bandar. Ia merupakan berita yang amat baik bagi mereka yang ingin dapatkan pengembaraan memandu yang penuh dengan pizza dari Florence ke Rom. RentalCars.com merupakan laman yang baik untuk membanding dan membezakan tawaran-tawaran dari kedua-dua syarikat-syarikat terbaik dan tempatan dengan nama-nama besar seperti Hertz, Dollar dan Thrifty.

Dari segi jalan pula, ia tidak melampau jika kami katakan terdapat terlampau banyak tempat yang anda mungkin ingin letakkan di dalam jadual perjalanan anda. Mereka yang berminat untuk melihat Tuscany yang klasik, istana-istana lama dan kolam air panas mungkin ingin melencong melalui Val d’Orcia yang menawan. Mereka yang lain mungkin lebih gemarkan perjalanan di sebelah timur menuju ke Bukit Sabina di mana Tasik Trasimeno mempunyai jalan memasuki kampung-kampung Lazian yang tersorok. Tidak lupa juga jalan-jalan luar bandar di tempat-tempat persinggahan yang indah seperti Bagnoregio dan Orvieto yang anda boleh lalui.


Ia sepatutnya mudah sahaja untuk tinggalkan Sungai Arno yang romantis dan kedai barang kemas yang berwarna pastel di Ponte Vecchio menuju ke Rom yang merupakan bandar yang sentiasa hidup dan penuh dengan tempat-tempat kuno yang menakjubkan termasuklah muzium-muzium terbaik di dunia. Terdapat kapal terbang, keretapi, bas dan kereta sewa yang bersedia dan menunggu anda melakukan perjalanan ini!


FAQ Florence ke Rome

Apakah cara termurah untuk ke Rom dari Florence?

Bas hampir sentiasa akan menjadi pilihan termurah bagi para pengembara untuk tukarkan Florence dengan Rom. Ia boleh berharga kurang dari RM40 yang merupakan harga yang baik apabila dibandingkan dengan keretapi termurah yang berharga dua kali ganda daripada itu. Anda mungkin perlu menggunakan sedikit wang tambahan untuk perjalanan menaiki tram menuju ke stesen di Villa Costanza. Ia terletak di luar Florence yang merupakan tempat pelepasan kebanyakan bas Flixbus.

Apakah cara terpantas untuk ke Rom dari Florence?

Keretapi boleh mengalahkan kapal terbang bagi perjalanan pantas dari Florence ke Rom. Ya, tempoh penerbangan hanya 50 minit tetapi anda akan bergerak selama tiga jam apabila dikira sekali perjalanan menuju ke lapangan terbang dan lain-lain. Manakala, keretapi laju Itali yang berkelajuan 300kph membolehkan anda keluar dari Stesen Santa Maria Novella dan tiba di Stesen Termini dalam masa 1.5 jam atau kurang. Tempah secara atas talian untuk dapatkan tawaran terbaik melalui 12Go.co.

Berapakah harga tiket keretapi dari Florence ke Rom?

Terdapat perbezaan yang ketara di antara tiket yang ditempah awal dan dibeli pada hari perjalanan apabila anda menempah tiket keretapi Itali. Bagi perjalanan dari Florence ke Rom, mereka yang menempah tiket ekonomi lebih awal sebelum mereka tiba di Itali mungkin membayar kurang dari RM80. Mereka yang membiarkannya hingga ke saat akhir mungkin melihat kepada RM200 atau lebih! Anda nampak mengapa ia adalah amat penting untuk mendapatkan tempat anda secara atas talian melalui 12Go.co?

Berapa lamakah perjalanan menaiki keretapi dari Florence ke Rom?

Keretapi Frecciargento, Frecciarossa dan EVO yang amat laju menamatkan perjalanan dari Florence ke Rom dalam sekelip mata. Betul, anda akan merasa seperti anda sedang terbang apabila keretapi menjadi sepantas 300 kph! Kebiasaannya perjalanan itu mengambil sekitar 1.5 jam tetapi ia boleh menjadi lebih cepat bergantung kepada jumlah persinggahan yang anda buat semasa dalam perjalanan.

Adakah terdapat keretapi laju dari Florence ke Rom?

Ya. Malah, kebanyakan perjalanan keretapi dari Florence ke Rom adalah dengan menaiki keretapi laju. Ia berlepas sekurang-kurangnya setiap jam dan kadangkala dua kali sejam. Perjalanan itu mengambil sekitar 1.5 jam sahaja satu hala. Cuba dapatkan tiket anda seawal mungkin jika anda ingin menaikinya menuju ke Colosseum kerana harga akan meningkat dengan banyak dalam masa beberapa minggu sebelum tarikh perjalanan. Alat carian atas talian di 12Go.co boleh bantu anda.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Florence ke Rom?

Bas kebiasaannya boleh membawa anda dari ladang-ladang anggur di utara Tuscany menuju ke tapak-tapak bersejarah di Rom dalam masa sekitar tiga jam tetapi beberapa mungkin akan mengambil lebih lama. Anda juga perlu menjangkakan sedikit kelewatan jika anda ingin bergerak semasa waktu puncak apabila akan perlu melalui kesesakan lalu lintas menuju ke stesen di ibu kota tersebut.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: