Copenhagen ialah ibu kota lama Denmark, di mana lorong-lorong berbatunya dipenuhi salji atau bunga-bunga mekar melewati kafe bohemia dan menara abad pertengahan. Amsterdam ialah bandar utama Netherlands, yang dipenuhi terusan dan tongkang-tongkang serta mempunyai koleksi lukisan-lukisan pelukis lagenda yang memukau di Rijksmuseum.
Kedua-duanya harus berada dalam “bucket list” pelancong yang menyukai Eropah Utara, itulah sebabnya mengapa kami menyusun panduan ini untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain satu persatu. Ia memperincikan maklumat kapal terbang dan kereta api serta mod pengangkutan lain yang boleh anda gunakan untuk menempuh jarak sejauh 380 batu di seberang Laut Utara dari bandar ke bandar, dengan maklumat mengenai kos yang akan dikenakan dan berapa lama masa yang akan diambil.
Pengangkutan | Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Copenhagen ke Amsterdam menaiki kapal terbang | 1.5 jam | RM93 | Tempah Online |
Copenhagen ke Amsterdam menaiki kereta api | 12 jam | RM230 | Tempah Online |
Copenhagen ke Amsterdam menaiki bas | 14 jam | RM190 | Tempah Online |
Copenhagen ke Amsterdam menaiki kapal terbang
Masa – 1 jam 35 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM93+
Tahap keselesaan – 4/5
Melalui laluan berliku North Sea dan seluruh semenanjung Jutland di sepanjang perjalanan bagi pelancong yang bergerak dari Denmark ke Amsterdam membuatkan penerbangan menjadi pilihan yang sangat sesuai. Ia sememangnya cekap: Anda akan terbang dari satu bandar dan mendarat di bandar yang lain setelah berada lebih 1.5 jam di udara. Ini bermaksud, secara keseluruhan perjalanan tersebut mengambil masa sekitar tiga atau empat jam, termasuk selepas anda menambah masa tambahan untuk sampai ke terminal, memeriksa beg, menjalani keselamatan, dan lain-lain.
Terdapat pelbagai pilihan operator yang menawarkan sambungan di laluan tersebut. Mereka yang mempunyai bajet sendiri mungkin lebih suka easyJet dan Norway. Kedua-duanya terkenal dengan tawaran bajet dan perkhidmatan tambahan yang berpatutan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kapal induk terkenal seperti KLM Royal Dutch di dalam senarai pilihan. Ia adalah pilihan yang bagus sekiranya anda memerlukan pelbagai pilihan waktu penerbangan – ia menawarkan sekitar tujuh atau lapan perkhidmatan dari ibu negeri ke ibu negeri yang lain setiap hari pada musim panas.
Kapal terbang adalah jalan pintas cepat ke Laut Utara yang dapat membawa anda ke Denmark setelah berada selama 1.5 jam di udara.
Untuk berlepas dari Copenhagen menaiki kapal terbang, anda terlebih dahulu perlu berpindah ke lapangan terbang di Kastrup. Untuk melakukannya, kami mengesyorkan menggunakan laluan kereta api cepat yang dapat membawa anda terus dari pusat bandar Copenhagen ke terminal. Ia hanya memakan masa selama 15 minit dan berharga 36 DKK (RM22). Setelah sampai di Netherlands, anda boleh menaiki laluan kereta api terus ke Stesen Central di tengah-tengah Amsterdam. Terdapat juga bas double decker dan juga kereta api berkelajuan tinggi, yang hanya mengambil masa 15 minit dan lalu lebih 170 kali sehari.
Adalah sangat penting membuat tempahan penerbangan dari Copenhagen ke Amsterdam lebih awal dari perjalanan anda. Model penetapan harga dinamik digunakan oleh kebanyakan syarikat penerbangan, yang bermaksud kos tiket akan naik dan turun, tetapi selalunya akan lebih mahal pada masa terdekat sebelum keberangkatan. Peraturan umumnya, lebih baik membelinya secara dalam talian melalui perkhidmatan seperti 12Go.co sekurang-kurangnya 60-90 hari sebelum berlepas.
Copenhagen ke Amsterdam menaiki kereta api
Masa – 12 jam+
Harga – Dari serendah RM230
Tahap keselesaan – 4/5
Walaupun ada kereta api dari ibu kota Denmark ke Amsterdam, tidak ada kereta api yang bergerak terus. Penumpang yang melintasi bahagian Eropah Utara ini perlu menaiki perkhidmatan tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Ini menghasilkan masa perjalanan yang panjang, yang biasanya melebihi 12 jam. Di sisi lain, ini adalah cara yang menyeronokkan dan mesra alam, dengan pemandangan desa Jerman yang indah, hentian pilihan berhampiran LEGOLAND® Billund Resort dan bandar Odense, dan gerbang masuk ke desa Funen (anda perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya sehari untuk melihatnya dengan puas).
Kami ingin mencadangkan supaya menggunakan salah satu daripada dua pilihan perjalanan dari Københavns Hovedbanegård (stesen utama di Copenhagen) yang membolehkan anda untuk melakukan perjalanan ini dengan dua peralihan. Ia bergerak pada jam 11.26 pagi atau jam 7.26 pagi dan melalui Hamburg dan Osnabrück, kedua-duanya melintasi sempadan di Jerman. Pilihan perjalanan yang lebih awal membolehkan anda sampai ke Amsterdam sejurus selepas pukul 7 malam. Pilihan yang berikutnya akan membawa anda sampai pada jam 11 malam.
Kereta api boleh dijadikan pilihan yang selesa untuk bergerak dari Amsterdam ke Denmark, jika anda mempunyai lebihan masa 12 jam untuk di dihabiskan sepanjang perjalanan!
Apa yang baiknya ialah sepanjang hari akan di habiskan di dalam kereta api DB InterCity atau kereta api IC Denmark yang moden dan bersih. Kedua-dua ini adalah antara lokomotif serantau terbaik di Eropah. Kemudahan WiFi, sistem kawalan iklim yang cekap, dan soket kuasa di tempat duduk adalah beberapa ciri yang anda boleh pertimbangkan. Terdapat juga gabungan pilihan tempat duduk, termasuk tempat duduk ruang terbuka dan ruang tertutup untuk privasi tambahan. Untuk seksyen perjalanan dari Denmark ke Hamburg pastikan anda membawa makanan anda sendiri (tiada katering disediakan).
Menempah awal boleh membantu mengurangkan kos pengangkutan kereta api di waktu siang antara Copenhagen dan Amsterdam. Tambang asas dan harga awal adalah sekitar 50 EUR (RM230), yang merupakan tawaran yang cukup baik untuk perjalanan lebih dari 12 jam. Untuk mendapatkan tawaran tersebut, pergi ke 12Go.co dan cari sebaik sahaja anda mengetahui tarikh anda hendak ke Netherlands – tambang yang dikurangkan habis dijual dengan cepat dan dilepaskan 90 hari sebelum hari pelepasan.
Copenhagen ke Amsterdam menaiki bas
Masa – 14 jam+
Harga – RM190+
Tahap keselesaan – 3/5
Umumnya, bas perlu dianggap sebagai pilihan sandaran di laluan ini. Kenapa? Baiklah … untuk permulaan, tambang pendahuluan mungkin hanya menjimatkan sekitar RM21 dari harga kereta api. Di samping itu, masa perjalanannya boleh menjangkau lebih dari 14 jam, dan anda perlu membuat pertukaran dari coach ke coach di sepanjang perjalan. Pertukaran adalah ketidakselesaan relatif bas jika dibandingkan dengan kapal terbang dan kereta api.
Jadikan bas sebagai pilihan sandaran yang baik untuk pergi dari Copenhagen ke Amsterdam, terutama pada musim musim panas yang sibuk.
Walaupun begitu, pada bulan-bulan backpacking musim panas yang sibuk, kadang-kadang tiada pilihan yang lebih baik daripada memilih coach jarak jauh. Boleh jadi tiket kereta api habis dan harga menaiki kapal terbang pula naik mendadak, menjadikan pilihan ini sebagai satu-satunya peluang yang ada. Berita baiknya ialah masih tidak mustahil untuk ke Amsterdam dari Copenhagen dalam tempoh sehari menaiki coach. Sebagai contoh, jika anda menggunakan salah satu perkhidmatan Flixbus yang keluar dari ibu negara Denmark pada jam 6.10 pagi, anda akan tiba di bandar terusan tepat sebelum jam 8.30 malam, dengan syarat tiada penundaan.
Sementara itu ketika kereta api dianggap sebagai mod pengangkutan yang lebih baik, dan penerbangan diangap lebih cepat, syarikat kereta api besar masih menawarkan perkhidmatan yang cukup baik. Semua kenderaan mereka mempunyai tempat duduk berbaring, penyaman udara dan tingkap besar untuk melihat pemandangan. Jadi, mungkin satu-satunya perkara yang tidak menyenangkan adalah perlunya pemindahan dari stesen Hamburg ke coach lain, dan kemudian dari stesen Amsterdam Sloterdijk ke pusat Amsterdam (itu mengambil masa sekitar 22 minit menaiki kenderaan awam).
Tidak kesah sama ada anda mengambil jalan udara dan turun ke Amsterdam atau menggunakan bas jarak jauh untuk menerokai luas utara Jerman dan Jutland, perjalanan ini pastinya menyeronokkan. Namun demikian, ianya seperti seolah-olah tukar-menukar antara perlabuhan Tivoli dan Nyhavn untuk terusan dan kedai kopi “The Dam”!
Soalan Lazim Copenhagen ke Amsterdam
Jika anda memberi tiket awal menggunakan 12Go.co, penerbangan boleh menjadi cara termurah untuk ke Amsterdam dari Copenhagen. Penyedia perkhidmatan tambang murah seperti easyJet menawarkan tiket serendah RM93. Cuba kirakan kos pengangkutan pergi dan balik kedua-duanya dan anda masih melihat tawaran yang masih mengalahkan bas dan kereta api! (Perlu diingatkan bahawa bagasi yang diperiksa biasanya dikenakan caj tambahan.)
Jika dilihat pada kelajuan, tiada mod pengangkutan lain yang dapat mengatasi penerbangan di laluan ini. Copenhagen dan Amsterdam dipisahkan oleh pinggir Laut Utara dan sebahagian besar Jerman barat. Perjalanan udara adalah cara terpantas untuk sampai ke sana, menaiki kapal terbang mengambil masa perjalanan antara 3.5 dan 4.5 jam secara keseluruhan (bandar ke bandar, bukan stesen ke stesen!). Anda boleh ke 12Go.co untuk membandingkan atau membezakan tawaran harga dan jadual di pelbagai syarikat penerbangan hari ini.
Cadangan kami ialah penerbangan. Ianya pantas – penerbangan hanya mengambil masa 1.5 jam. Ianya selalu ada – terdapat lebih 10 pelepasan berasingan setiap hari. Ianya murah – tempah di 12Go.co sekurang-kurangnya 60 hari sebelum dan jika bernasib baik, anda mampu mendapatkan harga tiket serendah RM93 seorang!
Tidak lagi. Malangnya, kereta api malam dari Copenhagen ke Amsterdam dihentikan pada tahun 2017. Namun, pekhidmatan di waktu siang masih seperti biasa. Ia menghubungkan dua ibu negara melalui bandar-bandar lain di Jerman dan mengambil masa sekitar 12 jam dari tempoh pelepasan ke ketibaan di laluan yang terdekat.
Jika anda sedang membuat carian awal, anda boleh ke 12Go.co, kos tiket kereta api di antara Copenhagen dan Amsterdam boleh didapati serendah RM230 seorang. Ianya tawaran yang betul, kerana harganya mungkin boleh menjadi lebih mahal dari itu jika dibeli pada hari-hari menjelang pelepasan.
Dalam situasi ini, mungkin ada baiknya penerbangan. Ya, pergi dengan kereta api akan membawa anda terus ke pusat bandar Amsterdam, tetapi ia mengambil masa lebih 10 jam. Menaiki kapal terbang hanya memerlukan 1.5 jam di udara, dan boleh didapati dengan harga lebih murah! Lagipun, kalau anda mahu mengelakkan pencemaran karbon, atau mahu menikmati pemandangan kawasan desa Jerman dan Denmark semasa anda melakukan perjalanan, mungkin juga boleh menggunakan laluan rel kereta api boleh antara dua bandar boleh dipertimbangkan.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: