Cara untuk ke Venice dari Milan

Cara untuk ke Venice dari Milan

Ia merupakan suatu pengembaraan melalui tengah-tengah Lembah Po dan merentasi barat laut Itali apabila anda bergerak dari metropolis fesyen Milan ke terusan-terus romantis di Venice. Dalam suatu garis lurus, anda akan merentasi jarak sejauh 244 km tetapi jarak di atas jalan raya dan landasan keretapi mungkin lebih dari itu.

Panduan ini mempunyai semua maklumat yang anda perlukan untuk menggantikan Milano Duomo dengan Istana Doge yang mewah. Terdapat maklumat tentang keretapi laju, bas murah dan pilihan-pilihan terkenal yang lain. Jumpa anda di atas gondola…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Mila ke Venice menaiki keretapi laju2.5 jamRM110Tempah Online
Milan ke Venice menaiki keretapi serantau3.5 jamRM95Tempah Online
Milan ke Venice menaiki bas3.5 jamRM37Tempah Online
Milan ke Venice menaiki kereta3 jamRM830–
Milan ke Venice mengikuti lawatan terancang–RM600Tempah Online

Mila ke Venice menaiki keretapi laju

Mila ke Venice menaiki keretapi laju
Keretapi Trenitalia Frecciarossa dan NTV Italo menunggu di Stesen Keretapi Milan Central © GoneWithTheWind / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5 jam
Harga – RM110+
Comfort – 5/5

Semenjak keretapi laju mula melakukan perjalanan terus dari Milan menuju ke Venice di Adriatic Coast, pengangkutan-pengangkutan yang lain sukar untuk menandinginya. Ya, ini merupakan cara paling terkenal untuk pergi ke ibu kota Venetor. Ia pantas dengan tempoh perjalanan sekitar 2.5 jam sahaja. Ia murah selagi mana anda tempah jauh lebih awal di 12Go.co bagi tiket murah tersebut. Ia selesa dengan keretapi tersebut sebagai salah satu yang terbaik dalam perjalanan ini.

Terdapat dua penyedia utama bagi perjalanan ini. Yang paling kerap ialah Trenitalia milik kerajaan Itali yang mempunyai perjalanan keluar beberapa kali semasa waktu sibuk. Mereka menawarkan tempat di atas Frecciarossa yang boleh mencapai kelajuan 300 kph dan mempunyai tempat makan atas keretapi dan empat kelas yang berbeza. Kelas tertinggi ialah Kelas Eksekutif Bisness dengan tempat duduk persendirian dan sambungan WiFi. Pesaingnya pula ialah keretapi Italo yang mempunyai tahap keselesaan yang sama tetapi tidak dilakukan sekerap Trenitalia.

Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia
Tempat duduk Kelas Kedua (Standard) dalam salah satu keretapi Frecciarossa milik Trenitalia © Giovanni G / Shutterstock.com

Keretapi merupakan pilihan yang terkenal untuk ke Venice dari Milan dengan harga awal yang murah dan perjalanan yang cepat.

Keretapi menuju ke arah timur bermula dari stesen Milan Centrale yang besar dan cantik berdekatan dengan Porta Nuova (ambil metro Milan menuju ke Repubblica untuk ke sana). Kemudian, anda bergerak ke arah timur laut menuju ke bandar bersejarah Brescia di hujung Alps Itali (pemandangan terbaik adalah dari belah kiri gerabak), melalui Tasik Garda dan bandar romantis Verona sebelum tiba di Santa Lucia yang terkenal di Venice. Anda akan berada di hujung Grand Canal itu sendiri.

Satu petua yang patut diulang: Tempah lebih awal! Harga tiket keretapi Italo dan Frecciarossa boleh naik dua atau tiga kali ganda jika anda tidak mampu mendapatkan tiket awal. Malah, kami syorkan anda mencari dan menempah melalui 12Go.co sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan.

Milan ke Venice menaiki keretapi serantau

Milan ke Venice menaiki keretapi serantau
Menaiki keretapi serantau akan menjadi sejam lebih lambat berbanding dengan keretapi laju © Giorgio Ferrato / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3.5-6 jam
Harga – RM95
Comfort – 4/5

Ia mungkin tidak bergerak ke arah timur menuju ke Venice sepantas 300 kph tetapi keretapi serantau di utara Itali masih menawarkan perjalanan yang bagus dari bandar ke bandar. Semenjak keretapi laju digunakan pada tahun 90-an, keretapi serantau hanya digunakan sebagai pengganti. Ini disebabkan ia mempunyai banyak persinggahan, lebih perlahan dan hanya mempunyai tahap keselesaan yang biasa. Namun, masih terdapat beberapa kelebihan…

Jika kesemua tiket keretapi laju yang murah habis ditempah, anda boleh bergantung kepada keretapi serantau untuk membawa anda dari Milan ke Venice.

Pertama, tiketnya sentiasa mempunyai harga yang sama, jadi anda tidak perlu berebut dengan orang ramai untuk dapatkan tiket awal. Anda boleh terus pergi ke 12Go.co pada hari perjalanan dan dapatkan tempat dengan harga sekitar RM105. Tambahan pula, perjalanan itu merupakan pengalaman yang sebenar. Anda akan bergerak melalui laluan Adriatic yang lebih terpencil dengan persinggahan di Tasik Garda atau palazzo di Mantua di antara yang lain.

Anda boleh jangkakan keseluruhan perjalanan anda mengambil sekitar tiga hingga enam jam dengan sekurang-kurangnya satu pertukaran di sepanjang perjalanan. Kesemua ini bergantung kepada sambungan yang anda ambil dan bagaimana keretapi dikendalikan pada hari itu. Anda juga tidak perlu risau tentang tahap keselesaannya kerana ia masih moden dan berhawa dingin dengan tempat duduk dan tingkap yang luas untuk anda menikmati pemandangan.

Milan ke Venice menaiki bas

Milan ke Venice menaiki bas
BlaBlaBus mengendali bas yang sesuai dengan harganya jika anda mempunyai masa yang lebih

Tempoh Masa – 3.5 jam+
Harga – RM37+
Comfort – 3/5

Jimatkan beberapa sen demi prosecco di Piazza San Marco dengan cara memilih cara yang murah dan bergerak dari Milan ke Venice dengan menaiki bas. Syarikat-syarikat terkenal seperti BlaBlaBus mempunyai perjalanan di antara kedua-dua bandar tersebut setiap hari. Perjalanan ini akan membawa anda mengikuti A35 dan E70 yang merupakan lebuhraya yang efisien ke arah timur dari satu bandar ke bandar yang lain. Hasilnya? Perjalanan boleh ditamatkan dalam masa kurang dari empat jam selepas satu persinggahan di Verona semasa dalam perjalanan.

Jaringan bas di seluruh utara Itali adalah bagus dengan beberapa mempunyai harga paling murah di antara Milan dan Venice.

Hargalah yang menjadikan bas pilihan yang menarik. Mereka yang menempah awal akan mendapat habuan yang baik kerana harga adalah serendah RM40 atau kurang! Semakin anda menghampiri hari perjalanan, ia akan meningkat tetapi hanya sekadar harga yang sama dengan keretapi yang paling murah. Pergi ke 12Go.co untuk cari dan dapatkan tawaran terbaik seawal yang mungkin.

Seats in a BlaBlaBus bus
Tempat duduk dalam bas milik BlaBlaBus amat selesa bagi harganya

Satu lagi perkara yang anda perlu ingat ialah ini merupakan bas jarak jauh yang tidak bertolak dari pusat bandar Milan atau tiba di tengah Venice. Anda perlu pergi ke Lampugnano di hujung timur laut bandar tersebut untuk di ambil (ia berada di landasan merah Milan Metro). Bagi destinasi pula, anda akan keluar di Viale Stazione di Mestre yang merupakan bandar baru di Venice. Dari sana anda perlu menaiki kereta selama 10 minit untuk membawa anda merentasi lagun untuk ke terusan-terusan dan tempat tarikan yang terkenal.

Milan ke Venice menaiki kereta

Milan ke Venice menaiki kereta

Tempoh Masa – 3 jam
Harga – sekitar RM930
Comfort – 4/5

Jika anda tidak sabar untuk memulakan pengembaraan Itali anda, tiada pilihan yang lebih sesuai selain sewaan kereta. Sewaan dari penyedia terkenal seperti RentalsCar.com boleh berharga serendah RM930 bagi sewaan tiga hari penuh walaupun mungkin terdapat caj tambahan bagi perjalanan satu hala dari Milan ke Venice. Namun, anda tidak boleh meletakkan nilai bagi tempat-tempat berharga yang menanti mereka yang mengikut lebuhraya di dalam kereta mereka sendiri…

Lake Iseo in Italy
Tasik Iseo merupakan tempat tersorok yang berbaloi untuk dilawat

Pemanduan sendiri dari Milan ke Venice boleh menghasilkan pengembaraan yang menyeronokkan di Alps Itali, tasik-tasik dan bandar-bandar lain di serantau tersebut.

Utara Milan merupakan tempat ajaib bagi tasik-tasik Itali. Como mungkin berada di arah yang salah, tetapi Tasik Iseo yang tersorok dan Tasik Garda yang ikonik (tempat mendaki, berbasikal dan memanjat batu) sudah tentu akan berada dalam jadual perjalanan. Begitu juga tengah Verona dari era pertengahan, lengkap dengan balkoni Shakespeare dan tepi sungai yang indah.

Tanpa sebarang persinggahan, anda boleh tamatkan perjalanan A ke B ini dalam masa kurang dari tiga jam walaupun terdapat masa yang cukup untuk mengembara! Pastikan anda mengatur penurunan di tempat yang sesuai di Venice. Anda akan menuju ke sebuah bandar di mana jalan-jalannya digantikan dengan terusan. Pemanduan bukan cara untuk berjalan di sana.

Milan ke Venice mengikuti lawatan terancang

St Mark’s Basilica
Senibina yang mengagumkan dalam Basilika St. Mark

Tempoh Masa – sepanjang hari
Harga – RM600+
Comfort – 4/5

Satu lagi cara yang pasti membawa anda dari Milan ke Venice adalah dengan membiarkan kesemua urusan pelancongan kepada profesional dan tempah sahaja tempat anda bersama lawatan terancang. Lawatan ini bermula dari RM600 tetapi ia termasuk kesemua pengangkutan dan aktiviti. Ini bermakna anda akan mengikuti lawatan berpandu dengan penceritaan sejarah di samping persinggahan di tempat-tempat utama seperti Jambatan Rialto dan Basilika St. Mark. Kebanyakan lawatan akan menawarkan pengambilan di mana-mana sahaja yang anda pilih dalam Milan tetapi terdapat beberapa yang memerlukan anda berkumpul dia suatu titik pertemuan pada awal pagi. Mereka kebiasaannya akan menggunakan bas besar atau van mini untuk melakukan perjalanan tiga jam tersebut menuju ke Venice sebelum bertukar menaiki kapal untuk membawa anda merentasi Lagun Venice.


Venice dan Milan merupakan bandar-bandar besar di utara Itali. Milan mempunyai kathedral Goth yang menakjubkan dan karya-karya seni da Vinci. Venice pula mempunyai terusan dan palazzo di Adratic. Panduan ini boleh membantu anda melawat kedua-duanya dalam satu percutian yang sama!


FAQ Milan ke Venice

Apakah cara termurah untuk ke Venice dari Milan?

Pengangkutan bas perlu diberi perhatian kerana ia menawarkan tiket dengan harga serendah RM41 untuk keseluruhan perjalanan dari Milan ke Venice. Tiket bas boleh dibeli dan dibanding di laman sesawang 12Go.co untuk mendapatkan harga yang murah.

Apakah cara terpantas untuk ke Venice dari Milan?

Perjalanan di antara kedua-dua bandar ini hanya memakan masa 2.5 jam dengan menggunakan keretapi laju walaupun jarak antara dua bandar adalah lebih dari 240km. Tempat berangkat adalah di Milano Centrale dan keretapi akan tiba di stesen Santa Lucia yang bersejarah di atas lagun Venice.

Apakah cara paling ideal untuk ke Venice dari Milan?

Sebilangan besar pelancong akan menaiki keretapi laju. Perkhidmatan ini ialah cepat dan selesa, malah harganya adalah di bawah RM120 apabila anda menggunakan 12Go.co untuk membuat tempahan tiket lebih awal. Anda juga dapat melihat kaki bukit Alps Itali ketika dalam perjalanan – pastikan anda memilih tempat duduk di sebelah kiri keretapi!

Berapakah harga keretapi dari Milan ke Venice?

Harga tiket keretapi bergantung kepada tarikh anda membuat tempahan tiket. Sekiranya anda menempah tiket terlebih awal, tiket keretapi laju hanya berharga RM110 dan sekiranya anda lambat menempah tiket, anda perlu membayar lebih mahal. Sementara itu, keretapi serantau yang lebih perlahan untuk ke Venice dari Milan memakan masa lebih dari 3.5 jam dan tidak mempunyai harga yang dinamik. Tiket dijual secara konsisten dan selalunya berharga RM95.

Adakah terdapat keretapi laju dari Milan ke Venice?

Ya, ada. keretapi laju adalah cara paling popular untuk bergerak dari bandar ke bandar. Ia dikendalikan oleh dua syarikat – Trenitalia dan Italo – dan mengambil masa 2.5 jam. Anda boleh membandingkan dan menempah tiket terlebih dahulu secara atas talian menggunakan laman 12Go.co.

Bolehkah anda melancong sehari sahaja dari Milan ke Venice?

Terdapat beberapa syarikat pelancongan yang menawarkan lawatan ke Venice dan biasanya dilakukan dengan menaiki bas atau van mini sebelum beralih ke kapal untuk membawa anda ke Lagun Venice sebagai tarikan utama. Terdapat lawatan secara berjalan kaki, perhentian untuk mengambil foto dan juga perjalanan gondola yang termasuk dalam pakej. Lawatan secara sehari sahaja adalah fokus kepada lawatan melihat sekeliling dan memahami sejarah kawasan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: