Cara untuk ke Budapest dari Vienna

Cara untuk ke Budapest dari Vienna

Vienna dan Budapest bukan sahaja dihubungkan melalui landasan keretapi, sungai dan trek basikal. Kedua-dua ini merupakan dua ibu kota Empayar Austro-Hungarian yang merupakan salah satu kuasa besar di tengah Eropah dan memerintah dari 1867 hingga 1918. Hari ini, anda masih boleh lihat tinggalan mahkota Habsburg di kedua-duanya dari istana-istana Belvedere yang bersenibina Barok hingga ke Istana Buda yang tinggi. Kelebihannya? Mudah sahaja untuk bergerak di antara kedua-dua tempat ini.

Hanya terdapat 215 kilometer di antara mereka yang boleh dilalui dengan penerbangan, keretapi, bas dan kapal…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Vienna ke Budapest menaiki keretapi3 jamRM83Tempah Online
Vienna ke Budapest menaiki bas3 jamRM41Tempah Online
Vienna ke Budapest menaiki kapal48 jam+RM4100–
Vienna ke Budapest menaiki kapal terbang1 jamRM250Tempah Online
Vienna ke Budapest menaiki teksi2.5 jamRM1200Tempah Online
Vienna ke Budapest menaiki basikal8 hariRM830–

Vienna ke Budapest menaiki keretapi

Vienna ke Budapest menaiki keretapi
Keretapi OBB Railjet di stesen keretapi Wien Hauptbhanhof di Vienna Β© David Jancik / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam 40 minit
Harga – RM83
Keselesaan – 4/5

Terdapat sebanyak 12 keretapi dari Vienna ke Budapest setiap hari bermula sebelum 7 pagi dan berakhir selepas 7 malam. Ia merupakan berita baik bagi pemegang Eurail dan Interrail yang boleh bergerak dari satu ibu kota ke ibu kota yang lain tanpa mengeluarkan wang. Bagi kita yang perlu membeli tiket, ia boleh ditempah lebih awal melalui 12Go.co di sekitar RM83 atau RM180 jika dibeli di stesen.

Para pengembara dan ahli perniagaan menaiki keretapi dari Vienna ke Budapest disebabkan jadualnya yang kerap dan boleh dipercayai.

Perjalanan bertukar di antara keretapi OBB Railjets milik Austria dan EuroCity milik Hungary. OBB Railjets adalah yang paling bergaya dengan gerabak berhawa dingin yang mempunyai WiFi, soket di tempat duduk dan tempat letak kepala termasuklah hidangan bir Austria dan makanan di bar. EuroCity pula kelihatan sedikit klasik dilengkapi dengan pelapis retro zaman 90-an dan tempat duduk enam orang. Beberapa keretapi Romania juga melakukan perjalanan ini tetapi mereka lebih kepada gerabak malam bagi para pengembara jarak jauh.

EuroCity Train on the way to Budapest
Keretapi EuroCity milik Hungary dalam perjalanan menuju ke Budapest Β© MartinMojzis / Shutterstock.com

Perjalanan ini mengambil masa kurang sedikit dari 2 jam 40 minit. Ia bermula dari Wein Hauptbahnhof yang moden dan berakhir di stesen Budapest Keleti yang besar (cuba lihat pemain-pemain catur dan silingnya yang tinggi). Di sepanjang jalan, anda akan mengelilingi bahagian selatan Danube melalui kawasan luar bandar dan bukit-bukit rendah yang dipenuhi dengan kincir angin. Ia mungkin bukanlah pemandangan yang paling indah tetapi ia menunjukkan luar bandar di barat Hungary.

Vienna ke Budapest menaiki bas

Vienna ke Budapest menaiki bas
Flixbus menunggu para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna Β© Kagan Kaya / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5 – 3 jam
Harga – RM41+
Keselesaan – 3/5

Bas boleh mengambil tempoh masa yang sama dengan keretapi untuk ke bandar terbesar di Hungary dari bandar terbesar Austria. Perjalanan itu agak berbelit kerana ia akan singgah di Bratislava semasa dalam perjalanan. Ia bagus untuk melawat satu lagi ibu kota Eropah tetapi tidak bagus jika anda ingin sampai dengan cepat. Namun, penyedia bas yang terkenal di Eropah seperti Flixbus kini menawarkan pelbagai perjalanan bas dari bandar ke bandar. Harga mereka pun agak menarik serendah RM41 apabila ditempah awal melalui 12Go.co.

Bas merupakan pilihan yang murah bagi perjalanan ini dengan waktu pelepasan yang kerap dari beberapa stesen di Vienna.

Syukurlah, Flixbus mempunyai bas yang moden, bersih dan selesa. Mereka akan membawa anda ke Hungary tanpa sakit belakang dan pemandangan yang cantik menggunakan kerusi berbaring dengan ruangan kaki yang luas dan tingkap yang lebar. Anda akan berasa kagum dengan bahagian akhir perjalanan tersebut apabila anda melalui ladang-ladang dan bukit-bukit di sekitar Budapest kerana itulah pemandangan paling cantik di sepanjang lebuhraya E60.

Terdapat pelbagai pilihan bagi stesen permulaan dan akhir. Anda boleh mulakan perjalanan di hab pertukaran bas antarabangsa Vienna Ergberg. Anda boleh naik di Stesen Vienna Central (bagus bagi pengembara yang bersambung dari keretapi merentasi Austria). Anda juga boleh dapatkan pengambilan di Lapangan Terbang Vienna (berguna jika anda baru turun dari penerbangan dan tidak sabar untuk menikmati goulash).

Vienna ke Budapest menaiki kapal

Vienna ke Budapest menaiki kapal

Tempoh Masa – 2 hingga 15 hari
Harga – Bermula dari RM4500 seorang
Keselesaan – 5/5

Salah satu perjalanan sungai paling lama dan terkenal di Eropah ialah Danube, Budapest. Secara keseluruhan sungai itu berukuran lebih dari 2800 kilometer tetapi perjalanan dari ibu kota Austria ke ibu kota Hungary itu hanyalah sebahagiannya sahaja. Malah, disebabkan kedua-dua bandar itu agak dekat hanya sejauh 215 km, anda boleh melakukan perjalanan di antara kedua-duanya sepenuhnya di atas air.

Kapal menyusuri Danube merupakan cara yang mewah dan menarik untuk ke satu bandar dari satu bandar.

Walau bagaimanapun, sudah tiada lagi perjalanan menaiki hidrofoil pada masa kini. Terdapat beberapa kapal dari era Komunis yang digunakan bagi perjalanan ini tetap dihentikan pada 2017 disebabkan ia tidak moden dan tidak ramai pengunjung yang mahu menaikinya. Hari ini, satu-satunya cara untuk berlayar ke arah timur adalah dengan menempah lawatan bot di Danube…

Terdapat banyak lawatan yang dilakukan. Ada yang dibuat khas bagi pasangan yang ingin menikmati hidangan di atas kapal. Ada pakej lawatan yang melakukan persinggahan di istana-istana Baroque di Bratislava (ibu kota Slovakia) semasa dalam perjalanan. Ada yang dilakukan selama dua hari manakala yang lain boleh mengambil hingga 10 hari. Anda perlu pastikan perjalanan anda termasuk perjalanan dari barat ke timur kerana itulah arah pergerakan dari Vienna ke Budapest. Anda juga tidak boleh mengharapkan harga yang murah kerana tiket boleh berharga sehingga RM10,000+ seorang bagi pelayaran yang lama!

Vienna ke Budapest menaiki kapal terbang

Vienna ke Budapest menaiki kapal terbang
Pesawat Austrian Airlines adri Vienna mendarat di Lapangan Terbang Budapest Β© GTS Productions / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 45 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM250+
Keselesaan – 4/5

Mereka mungkin terpisah sejauh 200 km tetapi Vienna dan Budapest masih bersambung melalui jalan udara. Penerbangan itu dilakukan oleh Austrian Airlines empat kali sehari dengan waktu pelepasan sepanjang 10 pagi hingga 9:25 malam. Di udara, perjalanan itu mengambil masa 45 minit tetapi keseluruhan perjalanan tersebut kebiasaannya mengambil tiga hingga empat jam jika dikira sekali perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Vienna dengan menaiki keretapi, perjalanan ke tengah bandar Budapest dan waktu menunggu sebelum menaiki pesawat.

Harga tiket boleh menjadi agak mahal dengan tambang biasa berada di sekitar RM500 (jumlah yang besar bagi perjalanan yang pendek!). Namun, terdapat mereka yang mampu mendapatkan harga yang lebih baik di sekitar RM250 semasa membuat tempahan awal atau ketika jualan promosi sedang berlangsung. Pastikan anda cuba mencarinya di 12Go.co seawal yang mungkin sebelum tarikh perjalanan anda.

Vienna ke Budapest menaiki teksi

Vienna ke Budapest menaiki teksi
Teksi di Vienna dihiasi dengan pelbagai warna Β© Gorlov-KV / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5 jam
Harga – RM1200
Keselesaan – 5/5

Jika wang bukanlah suatu masalah dan anda ingin tinggalkan kedai pretzel Austria dengan goulash di Hungary secepat mungkin, teksi mungkin menjadi pilihan yang sesuai bagi anda. Ya, harga perjalanan tersebut boleh menjadi sekitar RM1200 tetapi itu ialah harga bagi keseluruhan kenderaan tersebut. Tambahan pula, anda hanya akan bergerak selama 2.5 jam atau kurang. Anda juga dapat menjimatkan masa sebelum dan selepas perjalanan tersebut kerana pemandu akan mengambil anda di mana-mana sahaja yang anda pilih di Vienna dan turunkan anda di mana-mana sahaja dalam Budapest.

Vienna ke Budapest menaiki basikal

Vienna ke Budapest menaiki basikal

Tempoh Masa – sekitar 8 hari
Harga – RM930+ untuk berbelanja
Keselesaan – 2/5

Bagi penggemar kenderaan bertayar dua, laluan basikal di antara Vienna dan Budapest mungkin menjadi agak sukar untuk diabaikan. Ia mengikut laluan Danube terus dari bandar ke bandar. Ini bermakna terdapat beberapa pemandangan indah di bukit-bukit Hungary dalam Taman Negara Duna-Ipoly termasuk lawatan sebentar di Danube Bend. Kebanyakan pengunjung mengambil tujuh atau lapan hari bagi pengembaraan tersebut dengan persinggahan di basilika besar Esztergom dan bandar Szentendre yang tidak boleh dilepaskan.


Dihubungkan melalui sejarah, maharaja, laluan sungai dan jalan raya, mudah sahaja untuk bergerak di antara Vienna dan Budapest. Anda boleh membuat perjalanan tersebut menjadi beberapa hari menaiki basikal di Danube atau habiskan keseluruhannya dalam masa beberapa jam sahaja. Kesemua itu terpulang kepada anda.


FAQ Vienna ke Budapest

Apakah cara termurah untuk ke Budapest dari Vienna?

Bas masih merupakan juara dari aspek bajet bagi pengembara yang ingin ke Budapest dari ibu kota Austria. Terdapat tiket semurah RM41. Bagi mendapatkan harga rendah tersebut, penting untuk anda mencari tawaran dari syarikat-syarikat seperti Flixbus melalui 12Go.co.

Apakah cara terpantas untuk ke Budapest dari Vienna?

Tiada cara yang lebih pantas untuk bergerak dari Vienna ke Budapest selain daripada teksi. Mempunyai pemandu sendiri mungkin menjadikan harganya sekitar RM1385 tetapi akan memendekkan perjalanan menjadi 2.5 jam sahaja. Itu lebih cepat daripada keretapi walaupun hanya sekadar 10 minit. Akan tetapi, ia juga lebih cepat daripada penerbangan jika dikira sekali perjalanan tambahan berada di dalam lapangan terbang dan menunggu di terminal.

Apakah cara terbaik untuk ke Budapest dari Vienna?

Kami katakan jawapannya ialah keretapi. Dipercayai, laju dan agak murah (RM83) apabila ditempah lebih awal di 12Go.co. Anda akan menaiki OBB yang selesa atau keretapi Hungary yang akan membawa anda ke dunia goulash dan mandian spa (ya, Budapest mempunyai kedua-duanya!) selepas 2 jam 40 minit sahaja!

Berapakah harga keretapi dari Vienna ke Budapest?

Harga keretapi bergantung kepada betapa cekap anda mendapatkan tawaran awal. Cari lebih awal dari 60 hari sebelum perjalanan anda dan mungkin anda dapat menempah tiket serendah RM83 seorang. Jika anda biarkan atau tempah selepas kesemua tempat duduk murah habis ditempah, anda akan membayar sebanyak RM170!

Berapa jauhkah Budapest dari Vienna jika menaiki keretapi?

Jarak di antara Vienna dan Budapest adalah sebanyak 214 kilometer merentasi sempadan Austria-Hungary dan terus melalui kawasan luar bandar yang cantik sebelum tiba di Stesen Keleti. Dengan keretapi yang terpantas, itu adalah perjalanan yang kurang dari 2 jam 40 minit.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Vienna ke Budapest?

Ia adalah sekitar 2.75 jam bagi beberapa jalan dan ini bersamaan dengan keretapi yang perlahan. Namun, terdapat bas yang boleh mengambil sebanyak tiga jam. Kesemua ini bergantung kepada tempat anda berlepas dan syarikat keretapi yang anda pilih. Anda boleh bandingkan kesemua jadual dan tiket menggunakan 12Go.co.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: