Untuk ke Geneva dari Zurich

Bagaimana untuk ke Geneva dari Zurich

Jadi, anda ingin ke Geneva melalui Zurich? Semua orang pasti tahu alasannya mengapa. Perairan tasik yang berkilauan, garis besar Pergunungan Alpen dan Mont Blanc, pameran CERN yang menakjubkan, dan sebuah bandar lama yang menawan semuanya menanti di kota Switzerland barat. Apa yang menarik, perjalanan dari pusat perbankan Zurich adalah perjalanan yang sangat mudah untuk dirancang.

Anda memang perlu menempuh jarak lebih dari 140 batu, tetapi percaya atau tidak, anda dapat menyelesaikan keseluruhan perjalanan dalam jumlah kurang dari tiga jam. Untuk mengetahui caranya, teruskan membaca- artikel ini akan memberikan anda panduan dan maklumat mengenai laluan jalan raya, kereta api, dan juga pengngkutan udara yang dapat membantu anda membuat perjalanan dari satu bandar Switzerland ke bandar yang lain.

PengangkutanMasaHargaTiket
Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kereta api3 jamRM190Tempah Online
Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kapal terbang1 jamRM530Tempah Online
Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kereta3 jamRM890Tempah Online

Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kereta api

Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kereta api

Masa – 2 jam 44 minit+
Harga – RM190+
Tahap keselesaan – 5/5

Menaiki kereta api dari bandar ke bandar tidak terlalu mudah di Switzerland. Mujur ada sambungan IC (InterCity) biasa yang beroperasi kira-kira setiap 30 minit dari Zurich HBF dari jam 6 pagi dan seterusnya. Jadi anda tidak perlu risau kerana yakin pasti ada jaringan pengangkutan yang bersesuaian dengan jadual perjalanan anda di sepanjang jalan seluruh negara hingga ke Geneva. Berita baik: Perkhidmatan ini adalah secara terus, yang bermaksud anda tidak perlu keluar dari pertengahan stesen di sepanjang jalan. Hanya duduk dan nikmatilah perjalanan.

Bercakap mengenai perjalanan … laluan ini mempunyai jalan berliku-liku yang melintasi pinggir utara Pergunungan Alpen Swiss, untuk mengembara di atas landasan kereta api utama sejauh 170 batu ke bahagian barat daya. Anda berpeluang menghayati beberapa pemandangan yang hebat, tetapi belum terlalu dekat dengan garis paling dramtis di negara ini, kerana anda belum lagi menjelajahi Bernese Oberland atau kawasan pegunungan Alpen yang tertutup salji. Namun, kami cadangkan anda untuk duduk di sebelah kiri kereta api, ia pasti mempunyai panorama yang lebih baik.

Seating Intercity Train

Kereta api terus adalah pilihan yang mudah dan efektif untuk membuat perjalanan merentas desa ke Geneva dalam masa kurang dari tiga jam.

Kos kereta api terus dari Zurich ke Geneva boleh berubah-ubah. Namun, jika anda sudah menentukan tarikh perjalanan, anda mungkin akan mendapat beberapa potongan harga tiket Supersaver. Ia ditawarkan melalui 12Go.co sekitar 30 atau 60 hari sebelum berlepas. Anda boleh lihat harga tempat duduk di laluan ini akan turun menjadi RM190 seorang.

Untuk pencinta tegar panorama, ada satu pilihan kereta api lain yang akan menggoda anda. Ia melibatkan perjalanan perkhidmatan IC pagi dari Zurich ke Brig, kemudian menaiki Glacier Express yang terkenal di dunia ke arah barat. Anda mesti bertolak dari Zurich HBF sekitar jam 10 pagi untuk memastikan perjalanan anda berjalan lancar. Walau begitu, anda masih boleh merasai pengalaman melalui Alpen yang diliputi salji di tengah-tengah beberapa lembah dan gaung yang indah. Namun, sudah pasti jumlah kos perjalanan akan bertambah sedikit, 81 CHF (RM350) dan ia juga memakan masa lebih dari lapan jam perjalanan.

Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kapal terbang

Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kapal terbang
Kapal Terbang Antarabangs Swiss berlepas dari Lapangan Terbang Zurich © Anton Gvozdikov / Shutterstock.com

Masa – 50 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM530+
Tahap keselesaan – 4/5

Syarikat Penerbangan Antarabangsa Swiss menawarkan banyak jaringan laluan antara dua hab penerbangan paling terkenal di negara ini: Lapangan Terbang Zurich dan Lapangan Terbang Geneva. Ia berada di pesawat hopper kota kecil dengan orientasi tempat duduk dua – dua atau tiga – tiga, dan mengambil masa 50 minit untuk menyeberangi pinggir Alps dari satu landasan ke landasan yang lain. Laluan ini dapat membawa pelancong merentasi desa dengan penerbangan antarabangsa lalu berhubungkan Lapangan Terbang Switzerland. Penerbangan akan bertolak sepanjang hari, bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 10.35 malam.

Penerbangan yang dikendalikan oleh Swiss Air Lines melakukan perjalanan antara Zurich dan Geneva beberapa kali sehari

Kelemahan yang paling ketara jika anda memilih penerbangan adalah tekanan dari segi harga tambang. Jarak dekat seperti ini pun boleh menjadi mahal. Sebenarnya, tambang asas yang ditempah walaupun 90 hari lebih awal boleh mencecah harga RM530, yang mana ini tidak termasuk bagasi yang didaftarkan atau pemilihan tempat duduk (perubahan ke Economy Classic diperlukan untuk jenis barang tambahan itu, ia berharga RM170 seorang atau lebih). Walaupun begitu, anda boleh ke 12Go.co untuk menempah penerbangan ini dengan Swiss. Mana tahu tiba-tiba ada tawaran atau diskuan yang menarik.

Jumlah masa perjalanan yang diambil di atas udara adalah sekitar 3.5 atau 4.5 jam. Itu termasuk 15 minit yang diperlukan untuk sampai ke terminal di Zurich dengan kereta api langsung, dan bas 20 minit ke pusat bandar Geneva setelah anda tiba, belum lagi hal berkaitan daftar masuk, pemeriksaan keselamatan, dan menunggu di balai berlepas. Ringkasnya? Penerbangan sebenarnya tidak sepantas kereta api IC jika anda berhasrat untuk pergi dari satu pusat bandar ke pusat bandar yang lain.

Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kereta

Dari Zurich ke Geneva dengan menaiki kereta

Masa – 3 jam (jika anda memandu terus dari Zurich ke Geneva)
Harga – RM890+ (untuk sewa kereta selama tiga hari)
Tahap keselesaan – 4/5

Sebagai seorang pelancong, terdapat banyak pilihan untuk anda pilih tetapi yang paling berani adalah dengan menyewa kereta di Switzerland dan pergi ke Geneva sendiri. Pertama, jalan di sudut Eropah ini berkualiti tinggi. Permukaan yang baik, papan tanda yang sangat baik, dan pemanduan yang selamat pada umumnya menjadikannya tempat yang menyenangkan untuk memandu dalam jarak yang jauh. Tambahan lagi, terdapat banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan, malah anda bebas untuk menjelajah dan melihat apa sahaja yang anda suka di antara kedua-dua bandar tersebut sekiranya anda memilih pengangkutan ini.

Bukan kereta anda sendiri, tetapi anda membayar lebih dari RM850 untuk sewaan tiga hari dari RentalCars.com, ini tidak termasuk bayaran tambahan yang dikenakan jika anda memandu hanya dalam satu arah. Namun, itu tidaklah terlalu teruk apabila anda mempertimbangkan semua perkara yang baik yang boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan anda. Mungkin anda akan memilih Grindelwald yang dikelilingi gunung dan wilayah Jungfrau, dengan air terjun dan puncak yang diukir. Anda juga mungkin menyukai syurga Brienz Lake yang menakjubkan, atau pemandangan pra-Alp terpencil di Regional Park Gruyère Pays-d’Enhaut. Buatlah keputusan anda.


Jadi, pilihannya adalah antara memecut ke arah timur di sepanjang pinggir Pegunungan Alpen Swiss dari Zurich ke Geneva dalam masa beberapa jam, atau mengubah perjalanan itu menjadi suatu pengembaraan, dengan menambahkan perhentian di tengah Jungfrau dan menaiki Glacier Express yang akan membuatkan anda tergamam. Pasti rambang mata anda membuat pilihankan?


FAQ Dari Zurich ke Geneva

Apakah cara yang paling murah untuk ke Geneva dari Zurich?

Oleh kerana adanya jaringan pengangkutan kereta api terus di sini, jadi sangat jarang sekali ada bas awam yang ditawarkan di senarai pengangkutan Switzerland. Kemungkinan pilihan termurah yang anda miliki untuk ke Geneva dari Zurich adalah dengan menaiki kereta api. Apa-apa pun buatlah tempahan lebih awal dahulu sebelum tarikh perjalanan kerana anda masih berpeluang mendapat potongan sebanyak 70% atau lebih melalui 12Go.co!

Apakah cara yang paling pantas untuk ke Geneva dari Zurich?

Kereta api adalah mod pengangkutan yang paling banyak digunakan. Perkhidmatan IC Swiss membantu anda melintasi seluruh negara hanya dalam masa 2 jam 44 minit. Ianya lebih pantas dari anda menggunakan penerbangan, setelah mengambil kira masa tambahan untuk pindah ke terminal dan menunggu di ruang berlepas di Zurich.

Apakah cara yang terbaik untuk ke Geneva dari Zurich?

Kami peminat kereta api. Kereta api IC Swiss bukan sahaja selesa dan pantas, tetapi juga menawarkan pemandangan dari kaki bukit Alpen yang menakjubkan. Sekiranya perkara seperti itu sudah menggoda anda, anda perlu lihat juga ketakjuban di Glacier Express. Itu adalah pengalaman yang sangat istimewa tetapi ia juga menambah purata masa perjalanan dalam kereta api. Yang mana pada asalnya hanya memakan masa kurang dari tiga jam hingga boleh mencecah lebih dari lapan jam!

Berapakah tiket kereta api dari Zurich ke Geneva?

Sangat berbaloi menempah tiket kereta api dari Zurich ke Geneva di 12Go.co seawal mungkin. Hal ini kerana rangkaian kereta api Switzerland menawarkan tambang Supersaver dengan penurunan harga hingga 70%. Anda hanya menghabiskan sekitar RM190 seorang untuk pergi dari satu bandar ke bandar lain. Tetapi jika anda terlepas tawaran itu, anda terpaksa membayar lebih banyak lagi.

Berapa lamakah perjalanan jika menaiki kereta api dari Zurich ke Geneva?

Tidak lama. Hanya 2.75 jam sahaja yang diperlukan untuk melihat tebing Zurich dan perairan tasik yang bersinar di Geneva. Itu semua bergantung kepada kecepatan dan kelancaran kereta api IC beroperasi di Switzerland, yang mana anda boleh pesan dalam talian tanpa perlu melalui 12Go.co.

Adakah perjalanan dengan menaiki kereta api dari Zurich ke Geneva menyajikan pemandangan yang cantik?

Sudah semestinya. Cuba dapatkan tempat duduk di sebelah kiri. Dengan begitu, anda boleh melihat pemandangan luas di Pergunungan Alpen Swiss dari Zurich ke Geneva, dan anda juga mungkin dapat melihat garis besar Mont Blanc pada siang hari. Sekiranya anda benar-benar seorang penikmat penorama, cubalah menaiki Glacier Express yang ikonik di sini, ia akan membawa anda ke Chur dan kemudian ke Brig sebelum menuju ke Geneva sendiri.

Adakah lebih baik memilih menaiki penerbangan dari Zurich ke Geneva atau menaiki kereta api sahaja?

Kereta api biasanya akan terpilih menjadi pengangkutan yang paling baik sekali. Sebab? Ia mempunyai kecepatan yang sangat pantas berbanding yang lain walaupun nantinya anda perlu menambah masa perjalanan berulang-alik dari lapangan terbang dan pintu masuk. Lebih murah – sekurang-kurangnya ia memendekkan waktu perjalanan. Kereta api ini juga sangat selesa, menawarkan gerabak berhawa dingin dan pemandangan Alps di sepanjang perjalanan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: