Cara untuk ke Valencia dari Madrid

Cara untuk ke Valencia dari Madrid

Perjalanan dari Madrid ke Valencia membawa anda menerusi tempat-tempat menarik di barat Sepanyol. Di antara sierra dan tanah di mana Don Quixote pernah mengembara, ia merupakan perjalanan sejauh 305 km, berhari-hari, dipenuhi dengan tarian flamenco dan keju Manchego. Atau pun, adan boleh lakukannya dalam masa kurang dari 1.5 jam seperti yang dilakukan oleh ramai pengembara dalam pengembaraan mereka mencari pasir-pasir Costa del Azahar yang disinari matahari dan bukit-bukau Valencia yang berbau oren.

Apa-apa pun perjalanan yang anda inginkan, pastikan anda membaca maklumat ini tentang kesemua cara untuk mengembara daripada perjalanan keretapi hingga ke bas murah.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Madrid ke Valencia menaiki keretapi laju1.5 jamRM100Tempah Online
Madrid ke Valencia menaiki keretapi tempatan6 jamRM130Tempah Online
Madrid ke Valencia menaiki kapal terbang1 jamRM92Tempah Online
Madrid ke Valencia menaiki bas4 jamRM84Tempah Online
Madrid ke Valencia menaiki kereta3.5 jamRM590Tempah Online

Madrid ke Valencia menaiki keretapi laju

Madrid ke Valencia menaiki keretapi laju
Keretapi laju AVE di stesen Joaquin Sorolla, Valencia © Alfonso de Tomas / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam
Harga – Sekitar RM105+
Keselesaan – 5/5

Anda akan menaiki keretapi laju AVE di antara ibu kota Sepanyol itu dan menara-menara Mudejar di Valencia berdekatan dengan pantai. Begitulah cara keretapi ini melakukan perjalanan ini dalam masa 1.5 sahaja menjadikannya pilihan pengangkutan yang terpantas. Selain kelajuannya, ia juga selesa untuk dinaiki dengan Kelas AVE Preferente bagi orang-orang bergaya dengan ruangan kaki yang luas dan berkerusi kulit dan Kelas AVE Turista yang biasa dengan soket di tempat duduk dan tingkap yang lebar.

Keretapi laju AVE merupakan cara yang bagus untuk mengembara bukan sahaja kerana kelajuannya tetapi juga pemandangannya.

Keseronokan menaiki keretapi bermula dari saat anda menaikinya di stesen Madrid Atocha. Anda akan melihat taman-taman botani, pokok-pokok kelapa dan tempat perlindungan penyu di dalam stesen itu! Dari sana, anda akan melalui daerah La Mancha di antara tanah-tanah tinggi yang dihiasi kebun-kebun zaitun dan ladang-ladang yang panas. Setelah melepasi Cuenca, pemandangan berubah menjadi lebih sunyi dengan hutan-hutan pain dan lembah-lembah yang banyak. Apabila anda mendekati Laut Mediterranean anda akan melalui sierra yang terpencil di mana terdapat bayang-bayang pueblo di ufuk. Ia sesuatu yang menarik.

Ave tourista
Tempat duduk kelas Turista (Kedua) di atas keretapi AVE Renfe © V_E / Shutterstock.com

Jika kita perlu bercakap tentang kelemahan keretapi ini, ia mungkin harganya. Tiket boleh dibeli dengan harga sekitar RM105 seorang tetapi hanya jika anda mendapatkan tempahan awal melalui servis seperti 12Go.co. Harga boleh melonjak naik apabila anda beli berdekatan dengan hari perjalanan yang menjadi tiga kali ganda daripada itu. Ingat bahawa keretapi AVE tiba di stesen Estacion Joaquin Sorolla di Valencia yang terletak lebih jauh di selatan tengah bandar yang bersejarah itu dan sekurang-kurangnya 20 minit berjalan kaki dari pasar utama.

Madrid ke Valencia menaiki keretapi tempatan

Madrid ke Valencia menaiki keretapi tempatan
Keretapi tempatan di stesen keretapi Valencia © FrimuFilms / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 6-7 jam
Harga – RM130+
Keselesaan – 3/5

Jika anda lihat kesemua harga murah bagi keretapi laju telah habis dijual tetapi anda masih ingin menikmati Sepanyol di atas keretapi, keretapi tempatan boleh menjadi penyelamat anda. Ia tidak menawarkan perjalanan yang sama laju menuju ke Valencia dari Madrid dengan tempoh perjalanan yang hampir tujuh jam lamanya! Namun, ia masih merupakan cara yang menyeronokkan untuk bergerak melalui Castile-La Mancha dan sierra menuju ke pantai. Anda perlu jangkakan persinggahan yang banyak semasa dalam perjalanan dan gerabaknya tidaklah selesa seperti AVE walaupun pemandangannya amat cantik!

Berkenaan tempahan keretapi tempatan, kami syorkan anda lakukannya awal. Jarang sekali terdapat lonjakan harga apabila anda mendekati tarikh perjalanan seperti harga keretapi laju tetapi sudah tentu lebih baik anda tempah awal untuk mengelakkan anda perlu berbaris di stesen. Anda boleh jangkakan harga bagi perjalanan yang lebih perlahan ini di sekitar RM125 seorang satu hala. (Ya, ia lebih banyak daripada harga awal AVE, jadi ini hanya patut dipertimbangkan jika sudah tiada pilihan lain).

Madrid ke Valencia menaiki kapal terbang

Madrid ke Valencia menaiki kapal terbang
Pesawat Iberia Regional berlepas dari Lapangan Terbang Madrid-Barajas Adolfo Suárez menuju ke Valencia © Soos Jozsef / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Sekitar sejam
Harga – Daripada RM92
Keselesaan – 4/5

Ya, penerbangan dari Madrid ke Valencia hanya mengambil 60 minit di udara. Namun, jangan ingat ia merupakan cara terpantas untuk bergerak dari bandar ke bandar. Dengan tempoh perjalanan tambahan untuk ke Lapangan Terbang Madrid-Barajas Adolfo Suárez dari tengah ibu kota itu, mendaftar masuk bagasi, beratur di balai pelepasan dan perjalanan menuju ke hotel anda di sebelah sana, tempoh perjalanannya sebenarnya lebih lama daripada keretapi.

Penerbangan boleh membawa melalui langit Sepanyol yang tidak berawan ke bandar Valencia dalam masa satu jam sahaja.

Namun, tidak boleh disangkal bahawa ia merupakan cara yang bagus untuk bergerak ke arah tenggara menuju ke Valencia. Ia mempunyai banyak kelebihan. Pertamanya, ia boleh menjadi suatu tawaran yang bagus. Tiket yang ditempah awal melalui 12Go.co kadangkala boleh berharga serendah RM90 seorang (hello sangria!). Tambahan pula, terdapat sekitar tujuh perjalanan setiap hari semasa bulan-bulan musim panas yang sibuk bermakna anda boleh memilih untuk bergerak pada awal pagi, tengahari atau lewat malam.

Terdapat dua pesaing utama yang melakukan penerbangan ini. Syarikat penerbangan yang paling terkenal mungkin ialah Iberia. Ia merupakan syarikat penerbangan premium (berlambangkan bendera Sepanyol) tetapi anda perlu mengeluarkan RM71 tambahan bagi simpanan bagasi anda. Pilihan lain adalah untuk menaiki penerbangan tambang murah oleh Air Europa. Ia lebih murah secara amnya tetapi tidak mempunyai jumlah penerbangan yang sama dalam sehari.

Madrid ke Valencia menaiki bas

Madrid ke Valencia menaiki bas

Tempoh Masa – 4-5 jam
Harga – RM84+
Keselesaan – 3/5

Perjalanan bas boleh menjadi suatu pengembaraan. Ia membawa anda dalam suatu perjalanan merentasi ladang di tengah Sepanyol memasuki kampung-kampung lama yang beratap terakota dan dikelilingi dengan kebun zaitun selama lima jam. Ia juga merupakan alternatif yang murah dan dipercayai kepada keretapi dengan tiket berharga di antara RM85-RM130 pada sebahagian besar dalam setahun.

Terdapat beberapa syarikat berbeza yang melakukan perjalanan ini tetapi kebanyakannya akan berlepas dari stesen Mendez Alvaro di ibu kota. Ia terletak di selatan bandar itu tetapi mudah untuk dicapai melalui keretapi dari Madrid Atocha. Beberapa servis juga bersambung dengan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Madrid-Barajas Adolfo Suárez. Apabila anda memasuki Valencia, anda akan turun di stesen utama yang terletak berdekatan tengah bahagian utara Turia Gardens.

Madrid ke Valencia menaiki kereta

Madrid ke Valencia menaiki kereta
E-901 merupakan jalan terpantas untuk ke Valencia dari Madrid © Elzloy / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3.5 jam
Harga – RM590+
Keselesaan – 4/5

Sewaan kereta boleh tukarkan perjalanan dari ibu kota Sepanyol ke pantai itu menjadi suatu pengembaraan yang sebenar. Ia mungkin bukanlah pilihan yang terbaik jika anda hanya ingin bergerak dari A ke B. Namun, jika anda ingin meneroka di tempat-tempat seperti kawasan pendalaman La Mancha yang liar, gunung-ganang terpencil di Serrania de Cuenca dan tempat-tempat mandi dan air terjun semula jadi di taman Chera-Sot, ini merupakan pilihan yang terbaik.

Anda boleh lakukan keseluruhan pemanduan itu melalui E-901 selama 3 jam 30 minit. Namun, untuk menjadikannya suatu pengembaraan, kami katakan bahawa tiga atau empat hari diperlukan. Syukurlah RentalCars.com boleh membantu anda pra-tempah tawaran murah yang berharga sekitar RM580 bagi tiga hari penuh semasa musim panas. Bersedia juga untuk membayar caj tambahan apabila anda bergerak dalam satu hala sahaja (dari Madrid ke Valencia tetapi tidak patah balik).


Terdapat 305 km di antara bar flamenco Madrid dan menara-menara Moorish di Valencia. Lihat panduan ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh merentasinya menggunakan kereta, keretapi, bas dan kapal terbang. Jumpa anda di dapur-dapur paella!


FAQ Madrid ke Valencia

Apakah cara termurah untuk ke Valencia dari Madrid?

Bas ialah cara yang anda patut pilih jika anda ingin jimatkan sedikit wang. Ia mempunyai tiket yang bermula daripada RM85. Untuk dapatkan tawaran-tawaran terbaik, kami akan tempah awal tetapi juga menyemak di 12Go.co untuk membandingkan harga-harga perjalanan bas (yang mengambil sehingga lima jam lamanya) dengan harga-harga perjalanan keretapi (yang mengambil sekitar 1.6 jam). Ada masa kedua-duanya sama sahaja.

Apakah cara terpantas untuk ke Valencia dari Madrid?

Bersedia untuk merasai salah satu keretapi laju AVE Sepanyol dari Madrid ke Valencia. Ia boleh mencecah kelajuan 300 kph bermakna ia akan membawa anda ke destinasi dalam masa kurang dari 1.6 jam.

Apakah cara terbaik untuk ke Valencia dari Madrid?

Bagi kami, sudah tentu ia ialah keretapi laju. Ia bergerak dari metropolis ke pantai itu dalam masa 1.6 jam menjadikannya perjalanan terpantas untuk ke Valencia. Ia juga amat selesa, mempunyai pemandangan luar bandar Sepanyol yang hebat dan mungkin juga boleh menjadi tawaran yang bagus apabila anda tempah jauh lebih awal melalui 12Go.co.

Berapakah harga tiket keretapi ke Valencia dari Madrid?

Ia bergantung kepada keretapi yang anda ingin naiki dan betapa awal anda menempahnya. Untuk memberikan anda sedikit gambaran, anda melihat kepada harga RM105 bagi tempat duduk termurah di atas keretapi AVE Renfe tetapi anda perlu mencarinya di 12Go.co sekurang-kurangnya 60 hari sebelum hari perjalanan. Keretapi tempatan adalah lebih perjalanan dengan harga di sekitar RM125 tetapi ia jarang menjadi amat mahal.

Berapa lamakah perjalanan keretapi ke Valencia dari Madrid?

Disebabkan adanya keretapi laju AVE yang menawarkan perjalanan dari Madrid ke Valencia, anda hanya mengambil sekitar 1.6 jam untuk perjalanan tersebut. Keretapi tempatan tidaklah sepantas itu dan mengambil sehingga tujuh jam lamanya!

Adakah terdapat keretapi laju dari Madrid ke Valencia?

Ya dan ia sudah tentu merupakan salah satu cara terbaik untuk bergerak dari bandar ke bandar. Pergi ke 12Go.co hari ini dan cari cara perjalanan bagi tarikh anda. Anda ingin mencari perjalanan 1.6 jam di atas keretapi AVE Renfe. Ia boleh mencecah kelajuan 300 kph bagi perjalanan itu, jadi sukar untuk menjumpai perjalanan yang lebih laju daripada itu menuju ke pantai Sepanyol.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: