Cara untuk ke Manchester dari London

Cara untuk ke Manchester dari London

Dikenali sebagai ibu kota “tidak rasmi” di utara United Kingdom, Manchester terletak sejauh 330 kilometer dari ibu kota British dengan melalui jalan yang merentasi tempat-tempat penting di United Kingdom. Ini bermakna anda bergerak dari bandar metropolis tersebut yang mempunyai Big ben dan menara The Shard yang tinggi menuju ke bandar perindustrian zaman Victoria yang ditukar menjadi hab kehidupan malam.

Anda boleh lakukan perjalanan ini menaiki keretapi, kereta dan kapal terbang dengan pelbagai waktu pelepasan dari London yang anda boleh pilih dari awal pagi hingga lewat malam. Jom kita lihat kesemua pengangkutan yang ada termasuk kelebihan dan kelemahan mereka…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
London ke Manchester menaiki keretapi2 jamRM120Tempah Online
London ke Manchester menaiki kapal terbang1 jamRM230Tempah Online
London ke Manchester menaiki bas4 jamRM29Tempah Online
London ke Manchester menaiki kereta4 jamRM520–

London ke Manchester menaiki keretapi

London ke Manchester menaiki keretapi
Avanti West Coast merupakan syarikat yang mempunyai keretapi dari London menuju ke Manchester © Alex Daniels / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2 jam
Harga – RM120
Keselesaan – 5/5

Landasan keretapi yang bergerak di antara London dan Manchester merupakan salah satu yang paling sibuk dalam UK. Ia dilakukan dengan kerap disebabkan ahli perniagaan yang berulang-alik setiap hari dan para pengembara yang ingin tinggalkan Westminster untuk ke Northern Quarter. Kelebihannya? Anda boleh jangkakan lebih daripada 80 waktu pelepasan setiap hari. Ia bermula seawal 5:15 pagi dan dilakukan dengan kerap hingga sekitar tengah malam. Waktu puncak adalah sekitar pertengahan waktu pagi dan pertengahan waktu petang di mana harga tiket akan meningkat dan agak sukar untuk dapatkan tempat duduk yang kosong.

Keretapi yang menuju ke Manchester berlepas dari bandar metropolis itu dari stesen London Euston. Ia merupakan terminal utama bagi Landasan Pantai Barat, terletak hanya sejauh beberapa blok sahaja dari Stesen St. Pancras dan bersambung dengan landasan bawah tanah London Underground melalui Northern Line dan Victoria Line. Setelah anda menaiki keretapi, ia akan melepasi daerah-daerah Home Counties dan seterusnya daerah-daerah Midlands di mana terletaknya kawasan luar bandar England dan hutan-hutan yang luas. Dalam masa dua jam sahaja anda akan menjejakkan kaki di stesen Manchester Piccadilly.

2nd Class Seating Pendolino Train
Tempat duduk Kelas Kedua dalam salah satu keretapi Avanti West Coast

Laju dan kerap, perjalanan keretapi di antara London dan Manchester boleh menjadi agak menawan dan menyeronokkan dengan atmosfera zaman Victoria yang lama.

Keretapi yang melakukan perjalanan ini dikendali oleh Avanti West Coast. Mereka menawarkan tempat duduk dalam dua kelas berbeza iaitu Kelas Pertama dan Kelas Kedua. Terdapat perbezaan harga yang agak ketara di antara kedua-duanya tetapi antara kelebihan yang anda dapat dengan mengeluarkan duit tambahan adalah sambungan WiFi yang laju, soket elektrik di tempat duduk dan minuman kopi & teh yang percuma semasa dalam perjalanan.

Secara umumnya, tiket keretapi London ke Manchester boleh dibeli melalui 12Go.co sekitar tiga bulan sebelum tarikh perjalanan. Ia merupakan tambang termurah bermula dari RM120. Kami syorkan anda beli secepat mungkin kerana tidak lama sebelum tempat-tempat duduk yang murah tersebut terjual habis dan harga tiket melambung tinggi hingga RM805 atau lebih!

London ke Manchester menaiki kapal terbang

London ke Manchester menaiki kapal terbang
Pesawat British Airways mendarat di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester © Jremes84 / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam
Harga – RM200-400
Keselesaan – 4/5

British Airways masih melakukan beberapa penerbangan terus di antara London dan Manchester. Ada yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow yang luas di sebelah barat daya London tetapi terdapat juga pilihan untuk berlepas dari landasan Lapangan Terbang London City yang terletak di bahagian tengah. Anda boleh lihat sekitar lima pelepas setiap hari dengan yang paling awal di sekitar 6:45 pagi.

Walaupun keretapi boleh menjadi pilihan yang lebih pantas untuk bergerak dari bandar ke bandar, kapal terbang masih merupakan pilihan laju yang patut digunakan. Jumlah tempoh perjalanan adalah sekitar tiga jam termasuk urusan daftar masuk bagasi dan penerbangan itu sendiri. Yang penting, anda akan terus menuju ke Lapangan Terbang Manchester. Sesuai jika anda ingin bergerak ke arah utara untuk mendapatkan penerbangan sambungan atau anda ingin meneroka kawasan-kawasan simpanan seperti Taman Negara Peak District atau persisiran North Wales yang lasak.

Penerbangan merupakan pilihan yang amat baik bagi pengembara yang ingin meneroka kawasan-kawasan utara yang lebih luas, dari Peak District hingga ke Yorkshire Dales.

Jangan sangkakan bahawa anda boleh masuk sahaja ke dalam terminal dan dapatkan tiket yang murah. Kebanyakan harga pada hari kejadian adalah amat tinggi berbanding tiket yang ditempah lebih awal. Malas, kami syorkan anda lihat di 12Go sekurang-kurangnya 90 hari sebelum berlepas apabila harga bagi perjalanan ini berada di sekitar RM200-RM300. Anda perlu ingat bahawa ia tidak termasuk elaun bagasi bagi British Airways jadi anda perlu membayar lebih jika terdapat bagasi yang didaftar masuk.

London ke Manchester menaiki bas

London ke Manchester menaiki bas
Perjalanan menaiki bas mengambil masa dua kali ganda lebih lama tetapi ia jauh lebih murah © J_R Images / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 4 – 5 jam
Harga – RM29+
Keselesaan – 3/5

Jika anda rela untuk mengorbankan ruangan kaki keretapi yang lebih luas dan kepantasan kapal terbang demi menjimatkan sedikit pound untuk bir di pub-pub Northern Quarter, kemungkingan bas merupakan pilihan yang paling sesuai. Bas berlepas dari Stesen Victoria beberapa kali sepanjang hari. Kebiasaannya ia akan mengambil sekitar 4.5 jam untuk ke “ibu kota Utara” itu dengan persinggahan di Lapangan Terbang Manchester dan Stockport semasa dalam perjalanan.

Syarikat-syarikat besar yang anda perlu lihat termasuk National Express dan Megabus. Kedua-duanya mempunyai bas moden berhawa dingin dengan susun atur kerusi 2 – 2 dan tandas dalam bas. Namun, National Express dikira sebagai pilihan yang lebih premium dengan Megabus kebiasaannya lebih murah dan lama. Bercakap tentang harga, pastikan anda tempah lebih awal. Harga boleh meningkat dengan banyak menghampiri tarikh perjalanan. 12Go.co merupakan tempat terbaik untuk lihat dan bandingkan harga tiket di antara syarikat-syarikat bas besar yang berlepas dari London pada waktu yang berbeza.

London ke Manchester menaiki kereta

London ke Manchester menaiki kereta

Tempoh Masa – 4 jam
Harga – RM520, termasuk minyak
Keselesaan – 4/5

Baiklah, jadi perjalanan dari London ke Manchester mungkin mempunyai banyak tarikan di sepanjang perjalanan untuk anda habiskannya dalam masa empat jam sahaja. Dengan itu, anda boleh kurangkan persinggahan dan terus bergerak laju (sudah tentu dalam linkungan had laju!) di atas lebuhraya M40 dan M1. Atau, jika anda mempunyai masa lebih, anda boleh bersedia untuk berkelah di Bukit Chiltern yang indah, berjalan melalui tengah Oxford yang kelihatan seperti abad pertengahan dan bersiar-siar di lembah berhutan Cannock Chase semasa dalam perjalanan.

Malah, dengan kelajuan keretapi dan kekerapan penerbangan yang ada, perjalanan menaiki kereta dari London ke Manchester kebiasaannya dibuat demi pengembaraan itu sendiri. Tertarik? Anda boleh lihat harga kereta sewa di RentalCars.com, tetapi anda boleh jangka untuk membayar sekitar RM520 sehari termasuk harga perjalanan satu hala dari lapangan terbang di London ke Lapangan Terbang Manchester.


Anda boleh ambil keretapi, naik kapal terbang atau pandu sendiri dari London ke Manchester. Perjalanan ini menjanjikan pengembaraan melalui tengah-tengah United Kingdom dan hutan-hutan serta lembah-lembahnya. Dan destinasinya? Bandar yang penuh dengan bar dan mempunyai sejarah perindustrian yang mengagumkan.


FAQ London ke Manchester

Apakah cara termurah untuk ke Manchester dari London?

Bas merupakan cara perjalanan yang paling menjimatkan. Ia berharga hanya lebih sedikit daripada sepeket kerepek kentang dan segelas bir di bar-bar terkenal England. Ini bermakna anda akan membayar sekitar RM30-RM75. Untuk dapatkan tawaran terbaik, anda boleh pergi ke 12Go.co jauh lebih awal dan lihat syarikat-syarikat bas tambang murah seperti Megabus.

Apakah cara terpantas untuk ke Manchester dari London?

Anda boleh dimaafkan jika anda fikir bahawa penerbangan sejam adalah cara terpantas untuk ke Manchester dari London, tetapi jika ditambah sekali masa perjalanan menuju ke lapangan terbang dan menuju ke pusat bandar Manchester dari terminal, anda akan melihat jumlah perjalanan menjadi sekitar tiga atau empat jam. Ini menjadikan keretapi yang kebiasaannya hanya mengambil sekitar dua jam sebagai pilihan terpantas.

Berapakah harga keretapi dari London ke Manchester?

Ia bergantung kepada seawal mana anda membuat tempahan bagi perjalanan anda. Mereka yang menempah lebih awal akan mendapat tawaran terbaik. Pergi ke 12Go.co sekitar 12 minggu lebih awal dari tarikh perjalanan anda di Euston dan anda akan menjumpai tambang di sekitar RM120. Jika anda beli lebih lambat, anda mungkin akan membayar sekitar RM820 atau lebih!

Apakah cara untuk ke Manchester dari London menaiki keretapi?

Mudah sahaja. Pergi ke 12Go.co dan masukkan tarikh perjalanan anda. Kemudian, anda hanya perlu pilih waktu pelepasan yang sesuai dan tempah. Tiada sebarang persinggahan dan pertukaran dengan adanya sebanyak 88 servis yang menyambungkan kedua-dua bandar tersebut setiap hari. Anda juga boleh manfaatkan tiket digital yang boleh disimpan dalam telefon pintar anda.

Adakah lebih baik untuk terbang dari London ke Manchester atau menaiki keretapi?

Perbezaan utama di antara menaiki kalal terbang dan keretapi dari London ke Manchester adalah destinasinya. Kapal terbang akan bawa anda ke landasan di Lapangan Terbang Manchester, sesuai bagi pemanduan menuju ke pemandangan indah di Peak District. Manakala, keretapi akan pergi terus ke dalam pusat bandar di mana terletaknya pub, kelab-kelab muzik dan stadium-stadium bola sepak. Keretapi juga merupakan pilihan yang lebih mesra alam dan boleh jadi lebih murah apabila ditempah lebih awal di 12Go.co.

Berapakah harga penerbangan dari London ke Manchester?

Ia amat bergantung kepada kehebatan anda mencari tawaran terbaik. Tiket termurah kebiasaannya dijual sekitar RM250. Itu merupakan tawaran yang biasa sekitar 60-90 hari sebelum tarikh penerbangan, jadi anda perlu bersedia untuk membelinya di 12Go.co. Anda juga perlu ingat bahawa anda perlu membayar lebih bagi bagasi jika menaiki British Airways, jadi tawaran murah itu mungkin tidak dikira jika anda akan membawa bagasi tambahan.

Berapakah harga tiket bas dari London ke Manchester?

Ia mungkin kelihatan seperti suatu mimpi bagi pengembara yang kesempitan bajet, tetapi tiket bas dari London ke Manchester bermula di sekitar RM29. Sudah tentu keburukannya ialah anda akan mengambil empat atau lima jam bagi perjalanan tersebut dan tahap keselesaan yang kurang. Untuk dapatkan harga terendah, kami syorkan anda pergi ke 12Go.co sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan anda.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: