Setelah puas berjemur di bawah sinar mentari pantai pemenang anugerah Algarve dan merasai makanan laut segar di pantai selatan, anda mungkin mahu merancang perjalanan ke utara ibu kota Portugal yang kaya dengan pesta dan budaya. Itulah Lisbon, yang terletak sejauh 218 km, menyerlah dengan seni bina Zaman Eksplorasi dan istana Moor yang hebat.
Panduan ini dapat membantu anda merancang keseluruhan perjalanan. Ia mempunyai maklumat mengenai kereta api, kereta, dan bas, serta memberikan pandangan mengenai pilihan mana yang paling murah dan cepat. Nikmati hari anda …
Pengangkutan | Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Faro ke Lisbon dengan menaiki kereta api | 3 jam | RM51 | Tempah Online |
Faro ke Lisbon menaiki kapal terbang | 45 minit | RM340 | Tempah Online |
Faro ke Lisbon menaiki bas | 4 jam | RM51 | Tempah Online |
Faro ke Lisbon menaiki kereta | 2.5 jam | RM63 | Tempah Online |
Faro ke Lisbon dengan menaiki kereta api
Masa – 3 hingga 3.5 jam
Harga – RM51+
Tahap Keselesaan – 4/5
Majoriti pelawat yang ingin meninggalkan Algarve untuk melihat pemandangan bandar besar dan menara Lisbon akan menggunakan kereta api. Ianya bagus dan cepat, sangat selesa, dan lalu beberapa kali setiap hari. Ia juga bertolak dari pusat bandar Faro – platformnya terletak dalam jarak 12 minit berjalan kaki dari katedral, di pinggir kawasan bandar lama. Selain itu, anda akan melihat beberapa kawasan desa Portugis yang indah di sepanjang perjalanan (akan ada banyak lagi).
Sebenarnya terdapat dua jenis lokomotif yang lalu di landasan. Yang pertama adalah model Pendular yang lebih pantas, dan bergerak dengan kelajuan 125 batu sejam. Ia melengkapkan keseluruhan perjalanan dari A ke B sedikit lebih dari tiga jam. Kemudian anda ada kerata api IC, yang mengambil masa lebih kurang 3.5 jam. Di dalamnya pula, keduanya sangat serupa, dengan tempat duduk dua-dua, tempat meletak barang terbuka, dan sistem kawalan iklim.
Kereta api adalah pilihan utama bagi kebanyakan pelancong, menawarkan perjalanan ke utara yang cepat dan mudah untuk ke Lisbon dalam masa kurang dari 3.5 jam.
Perjalanan yang dilalui adalah kira-kira dari arah utara ke barat laut. Tetapi pertama sekali, anda akan melakukan perjalanan di sepanjang pantai Algarve ke resort Albufeira yang sibuk. Ianya perkara biasa bagi orang ramai berkerumun di sana kerana merupakan antara destinasi yang paling polular di rantau ini. Selepas itu, anda menuju ke darat, melalui bukit hijau dan hutan zaitun ke bandar-bandar kecil seperti São Marcos da Serra. Kemudian, anda melintasi kawasan winelands dan pergunungan rendah desa Setúbal, dan akhirnya muara Tagus dalam perjalanan ke bandar.
Perlu diingat bahawa anda boleh menukar stesen di Sete Rios, Entrecampos, atau Oriente di Lisbon. Stesen yang pertama bagus untuk mendapatkan sambungan bas ke bandar-bandar luncur di Peniche dan Ericeira. Stesen kedua bagus untuk mengakses kawasan lama yang bersejarah di bandar ini. Stesen ketiga pula adalah untuk capaian ke Lapangan Terbang Lisbon. Cuba buat tempahan terlebih dahulu menggunakan 12Go.co. Harga tiket keretapi di laluan ini boleh didapati serendah RM51 di Kelas 2, tetapi tawaran tersebut akan cepat habis.
Faro ke Lisbon menaiki kapal terbang
Masa – 45 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM340+ sehala
Tahap Keselesaan – 4/5
Faro dan Lisbon sangat dekat sehingga pilihan menggunakan penerbangan seolah-olah agak keterlaluan. Namun bergitu, ia tetap menjadi pesaing kuat bagi pelancong yang sukakan perjalanan panjang menaiki kereta api atau bas, atau orang yang ingin melalui ibu negara dan menghubungkan laluan ke Faro dari destinasi Eropah yang lain. Tidak banyak sambungan, tetapi terdapat kira-kira tiga penerbangan setiap hari, bermula dari awal pagi hingga larut malam, dengan satu penerbangan sekitar waktu tengah hari.
Penerbangan pergi dan balik dari Faro ke Lisbon adalah sangat cepat menaiki kapal terbang nasional TAP.
Semuanya dikendalikan oleh TAP kapal terbang nasional Portugal. Ini bermaksud harga yang premium sesuai dengan syarikat penerbangan yang premium, sebab itulah harga tambang asas berada di sekitar RM340 seorang untuk setiap hala. Juga diingatkan bahawa anda perlu menaikkannya sebanyak 20 EUR lagi (kira-kira RM99) atau lebih untuk menambah harga tambang Asas yang merangkumi bagasi berdaftar.
Masa penerbangan selama 45 minit per kaki kelihatan menarik, itu benar. Namun, itu bukanlah keseluruhan cerita jika anda berhasrat untuk bergerak dari pusat bandar ke pusat bandar. Perjalanan ini memerlukan pemindahan ke Lapangan Terbang Faro di satu bahagian dan kemudian kembali dari Lapangan Terbang Lisbon di bahagian lain, belum lagi pemeriksaan keselamatan dan lain-lain. Hasilnya? Kapal terbang biasanya mengambil masa empat hingga lima jam perjalanan, menjadikannya lebih perlahan daripada kereta api secara keseluruhan!
Faro ke Lisbon menaiki bas
Masa – 4-5 jam
Harga – Dari serendah RM51
Tahap Keselesaan – 3/5
Bas juga berulang-alik antara Faro dan Lisbon secara berkala, tetapi biasanya terdapat lebih banyak pilihan semasa musim panas yang sibuk. Sekiranya anda mahukan perjalanan yang sedikit lebih lama daripada menaiki kereta api – iaitu antara empat dan lima jam. Terdapat juga gabungan bas terus dan bas yang memerlukan penukaran di Albufeira, yang terletak di sebelah barat Algarve.
Bas ialah alternatif yang baik kepada keretapi, dengan pelbagai laluan setiap hari dari Faro dan Algarve hingga ke Lisbon.
Anda dapat memilih beberapa operator, yang paling popular adalah EVA Transportes dan Redes Expressos. Semuanya bertolak dari luar stesen kereta api di Faro, beberapa minit berjalan kaki menyusuri Avenida da Republica menuju ke pusat bandar. Biasanya ia akan tiba di Lisbon sama ada di Gare Oriente atau Stesen Bas Sete Rios. Operator yang pertama terletak di pinggir timur ibu kota, berhampiran dengan lapangan terbang. Manakala yang kedua terletak di utara, 15 minit menaiki teksi dari pusat bandar.
Harga untuk bas tidak sentiasa murah berbanding kereta api, apa yang perlu diingat, terutamanya jika anda merancang lebih awal dan mungkin sesuai untuk mendapatkan salah satu tambang yang lebih murah di kereta api. Walau bagaimanapun, harga tiket coach rata-rata berharga antara RM51 hingga RM85, menjadikannya pilihan penggantian yang boleh dipercayai, selesa dan relatif cepat.
Faro ke Lisbon menaiki kereta
Masa – 2.5 jam
Harga – RM63+ sehari
Tahap Keselesaan – 5/5
Banyak yang boleh dikatakan untuk pilihan pemanduan di laluan ini. Apa yang dapat dilihat, inilah kaedah terpantas untuk membawa anda dari Algarve ke ibu negara. Jalan rayanya dijaga rapi dan tidak sesak, jadi jika anda suka, anda boleh bergerak dari Faro dan dapat duduk di plaza Lisbon hanya dalam masa 2.5 kemudian. Selain itu, anda akan mendapat keselesaan perjalanan anda sendiri, dengan penyaman udara dan kebebasan untuk berhenti di mana sahaja yang anda mahu sepanjang jalan.
Kereta ialah cara yang mengujakan untuk melakukan perjalanan dari Faro ke Lisbon, apatah lagi dengan adanya pantai keemasan dan tempat beristirehat dan meluncur yang terdapat di pesisiran pandai di antara dua bandar.
Bercakap mengenai berhenti di sepanjang perjalanan…ia bukanlah sesuatu yang harus anda abaikan. Luangkan sedikit masa melakukan perjalanan seperti ini dan anda akan dapat menikmati beberapa pemandangan serta destinasi Portugal yang paling menakjubkan. Contohnya, berjalan-jalan ke Pantai Atlantik Algarve yang hanya mengambil masa memandu tambahan selama sejam, tetapi menjanjikan akses ke teluk bertaraf dunia seperti “the surfer’s haven of Praia da Amoreira” atau “the sun-kissed beach town of Sines”. Boleh juga melalui kawasan pedalaman, yang terdapat tepat berhenti rehat di “cobbled streets of Beja” atau “the gorges of the Vale do Guadiana” kedua-duanya adalah pilihan di laluan tersebut.
Untuk melakukan semua ini, anda mungkin memerlukan beberapa hari tambahan di jalan raya. Mujurlah, sewa kereta di Portugal adalah antara harga terbaik di seluruh Eropah. Ianya hanya RM63 sehari jika anda menempah lebih awal melalui penyedia yang dipercayai seperti RentalCars.com. Cuma perlu diingat, bahawa anda perlu mengatur tempat turun di dalam bandar jika anda tidak mahu ke Lapangan Terbang Lisbon di akhir perjalanan anda. Oh, dan mungkin akan ada bayaran tambahan untuk perjalanan yang hanya satu arah.
Faro adalah bandar pantai di bawah sinar matahari dengan restoran makanan laut dan kehidupan malam yang meriah. Lisbon adalah antara destinasi bandar pilihan di Portugal. kedua-duanya sangat bagus – untuk ditambah ke dalam jadual perjalanan ke seluruh negara, jadi mulailah merancang perjalanan anda hari ini!
Soalan Lazim Faro ke Lisbon
Mod pengangkutan paling murah di laluan dari Faro ke Lisbon adalah dengan menaiki coach. Harganya boleh jadi RM51 atau kurang, tetapi mungkin tinggi sedikit jika anda menempah pada hari yang sama. Itulah sebabnya kami menyarankan agar membandingkan semua tambang di 12Go.co sebelum tiba di Portugal.
Cara terpantas untuk melakukan perjalanan dari Algarve ke ibu kota Portugal ialah dengan memandu sendiri. Ia mengambil masa hanya 2.5 jam ketika trafik normal. Kereta sewa di penjuru Eropah ini juga boleh ditawar dengan harga yang murah , dengan kadar harian serendah RM63 seperti yang disebutkan di RentalCars.com, tidak termasuk kos minyak atau perjalanan sehala.
Sekiranya anda hanya mahu bergerak dari titik A ke titik B, kereta api adalah jalan yang sesuai anda. Ia cepat dan murah apabila ditempah terlebih dahulu menggunakan 12Go.co, menawarkan pemandangan kawasan desa Portugis yang indah, dan mempunyai tempat duduk yang selesa di dalamnya. Walau bagaimanapun, mereka yang mencari pengembaraan sebenar mungkin lebih suka menyewa kereta, yang membolehkan anda memandu menyusuri pantai yang indah mencari tempat luncur dan pantai yang tersembunyi di sepanjang Lautan Atlantik.
Harga tiket untuk yang menempah awal adalah sekitar RM51 setiap orang. Akan tetapi, ianya hanya terbuka untuk mereka yang mencari dan menempah lebih awal menggunakan perkhidmatan seperti 12Go.co. Selepas dari itu, kos tempat duduk yang sama mungkin bernilai dua kali ganda daripada harga yang dinyatakan. Perlu diketahui: Biasanya kereta api Portugis boleh dibeli sekurang-kurangnya 60 hari sebelum hari anda melakukan perjalanan.
Tidak lama. Anda hanya perlu 3-3.5 jam untuk menyelesaikan perjalanan, dengan menggunakan sambungan terpantas kereta api Alfa Pendular yang bergerak di laluan. Untuk menjimatkan lebih banyak masa, anda boleh membuat tempahan awal menggunakan 12Go.co untuk mengelak berbaris di stesen dan mendapatkan tawaran terbaik.
Kereta api – serius! Anda tidak perlu membuang masa untuk daftar masuk dan penurunan beg. Tidak ada pemindahan ke lapangan terbang. Ia mengurangkan pencemaran karbon di udara. Terakhir sekali, harga kereta api biasanya lebih murah berbanding pengangkutan udara.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: