Terdapat fjord Skandinavia, air-air Baltic berais dan hutan Nordik sepanjang 530 km di antara dua bandar gah Copenhagen dan Stockholm. Namun, jangan biarkannya menghalang anda untuk merancang perjalanan yang membolehkan anda melihat kedua-duanya.
Panduan ini melihat kepada kesemua pilihan pengangkutan yang boleh membawa anda dari satu bandar ke bandar yang lain. Ia menunjukkan kepada anda cara terpantas, termurah dan paling selesa, jadi anda boleh mula impikan percutian yang dipenuhi dengan sejarah Viking, pastri Danish dan bebola daging Sweden termasuklah kafe dan bar Scandi. Jom kita mualaknâŠ
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Copenhagen ke Stockholm menaiki keretapi laju | 5.5 jam | RM280 | Tempah Online |
Copenhagen ke Stockholm menaiki kapal terbang | 1 jam | RM310 | Tempah Online |
Copenhagen ke Stockholm menaiki bas | 9 jam | RM130 | Tempah Online |
Copenhagen ke Stockholm menaiki keretapi laju
Tempoh Masa â 5.5 hingga 6 jam
Harga â Kebiasaannya sekitar RM280
Keselesaan â 5/5
Sweden berusaha untuk memperkenalkan jaringan keretapi laju di antara ibu kota Denmark dan Stockholm sejak tahun 1990-an lagi. Syukurlah bagi mereka yang gemarkan keretapi, ia masih dijalankan dengan baik. Mereka menggunakan X2000 yang moden dan cantik bermakna anda akan bergerak sepantas 200 kph di beberapa bahagian dalam perjalanan itu. Kesemua keretapi itu adalah selesa dilengkapi dengan tempat duduk 2-2 yang empuk dalam Kelas Kedua dan 2-1 dalam Kelas Pertama bersama gerabak bistro layan diri dan penghawa dingin. Terdapat juga keretapi ĂresundstĂ„g ET bagi perjalanan ini yang lebih perlahan sedikit tetapi masih moden dan dilengkapi dengan baik.
Arah perjalanan yang diambil oleh keretapi di antara Copenhagen dan Stockholm menjanjikan pemandangan yang hebat. Ia bermula dengan rentasan selat melalui Jambatan Oresund (di antara yang terbesar di Eropah). Selepas itu, anda akan menikmati pemandangan pantai Sweden dengan sungai-sungai yang lebar, hutan-hutan dan bandar-bandar Scandinavia berlalu pergi di luar tingkap. Ia kelihatan indah pada bila-bila masa sahaja dalam setahun tepi lebih menakjubkan semasa musim sejuk kerana ditutupi salji.
Perjalanan keretapi laju dari Copenhagen ke Stockholm seronok dan lancar dengan pilihan untuk bergerak terus dari bandar ke bandar.
Ia mengambil sekitar 5.25 dan 6 jam untuk menghabiskan kebanyakan perjalanan keretapi laju menuju ke Stockholm di atas X2000 atau ĂresundstĂ„g. Kebanyakan perjalanan itu termasuk sekurang-kurangnya satu pertukaran semasa dalam perjalanan tetapi anda boleh juga bergerak terus jika anda sanggup untuk tiba di stesen Stockholm Södra di Södermalm (di selatan bandar). Titik permulaan anda sentiasa merupakan Stesen Copenhagen Central yang besar (juga dikenali sebagai Copenhagen H) yang terletak di tengah bandar berdekatan dengan Tivoli yang terkenal.
Seperti kebanyakan pengendali keretapi Eropah, SJ Swedish Railways dan Danish Railways menggunakan modal harga dinamik. Ia bermakna anda akan membayar lebih jika anda tempah lebih lewat dengan terdapatnya tawaran-tawaran terbaik jauh lebih awal dari tarikh perjalanan. Harga tiket kebiasaannya boleh dilihat sekitar 90 hari sebelum hari pelepasan, jadi pastikan anda pergi ke 12Go.co dan tempah tempat anda beberapa bulan lebih awal jika anda betul-betul inginkan harga yang rendah.
Copenhagen ke Stockholm menaiki kapal terbang
Tempoh Masa â 1 jam 10 minit (penerbangan sahaja)
Harga â Bermula sekitar RM320
Keselesaan â 4/5
Mudah sahaja untuk mencari penerbangan terus di antara kedua-dua ibu kota Scandinavia yang hebat ini. Terdapat sebanyak 22 pelepasan setiap hari semasa musim panas. Kebanyakannya dilakukan oleh syarikat penerbangan tempatan seperti Norwegian dan SAS (syarikat penerbangan berlambang gabungan bendera Denmark-Sweden-Norwegia). Mereka mengambil masa di antara 1 jam 10 minit dan 1 jam 15 minit di udara menjadikan penerbangan sebagai cara terpantas bagi perjalanan dari bandar ke bandar itu walaupun setelah anda kira sekali tempoh perjalanan menuju ke dan dari lapangan terbangâŠ
Penerbangan merupakan cara terpantas untuk tukarkan pastri Denmark dengan jam lingonberry Sweden dengan mengambil masa 60 minit sahaja di udara.
Bercakap tentang lapangan terbang, perjalanan itu bermula dari lapangan terbang terbesar di Scandinavia iaitu Lapangan Terbang Copenhagen (CPH). Perjalanan metro dan keretapi yang pantas ke sana dengan harga sekitar 36 DKK (RM25) bermakna anda boleh keluar dari pusat bandar Copenhagen dan memasuki terminal sepantas 15-20 minit sahaja. Anda akan mendarat di Lapangan Terbang Stockholm Arlanda yang besar. Senang sahaja untuk sampai ke tengah ibu kota Sweden itu dari balai ketibaan. Naik sahaja keretapi laju yang menunggu untuk membawa para penumpang ke Stockholm (selama 20 minit) atau bas Flybussarna (selama 35 minit).
Tempahan penerbangan pendek dari Copenhagen ke Stockholm sama sahaja dengan tempahan bagi penerbangan-penerbangan yang lain. Secara umumnya, lebih awal anda mampu dapatkan tiket, lebih kurang jumlah yang anda bayar. Kebiasaannya harga melonjak naik sekitar dua bulan sebelum tarik penerbangan, jadi kami syorkan anda mencari di servis seperti 12Go.co sebaik sahaja anda mengetahui bila anda ingin mengembara. Selain itu, bersedialah untuk keluarkan wang tambahan bagi simpanan bagasi jika anda menyimpan bagasi di bawah.
Copenhagen ke Stockholm menaiki bas
Tempoh Masa â 8.5 â 9.5 jam
Harga â RM130+
Keselesaan â 3/5
Penyedia bas bandar-ke-bandar terbesar di Eropah kini menawarkan perjalanan bas secara terus di antara Copenhagen dan Stockholm. Anda perlu mencari di 12Go.co untuk perjalanan tanpa henti yang dilakukan oleh Flixbus. Ia mengambil masa di antara lapan dan 10 jam dengan satu penerbangan pada waktu pagi dan dua penerbangan yang dilakukan semalaman dan membawa anda memasuki Stockholm seawal 6 atau 7 pagi. Anda boleh menjadi tempat persinggahan Flixbus di Ingerslevsgade yang berdekatan dengan stesen keretapi Copenhagen. Ketibaan adalah di terminal Cityterminalen di Norrmalm.
Ia bukanlah sesuatu yang asing untuk bas menjadi pengangkutan termurah di antara ibu-ibu kota Denmark dan Sweden itu. Tempah awal sebelum tawaran-tawaran murah itu habis dan anda mungkin akan membayar serendah RM135 bagi keseluruhan perjalanan itu. Itulah kelebihannya. Keburukannya ialah bas tidaklah selesa seperti keretapi walaupun ia mempunyai penghawa dingin dan kerusi berbaring.
Tidak boleh diragukan lagi bahawa Copenhagen dan Stockholm merupakan metropolis yang wajib dikunjungi di Eropah. Di salah satunya, anda akan menjumpai rekaan Scandi yang cantik dan rollercoaster Tivoli. Di ibu kota yang satu lagi pula, anda boleh bersiar-siar di jalan-jalan berbatu kelikir di kawasan Gamla Stan dan lihat kisah kumpulan penyanyi ABBA. Menarik, bukan?
FAQ Copenhagen ke Stockholm
Bas. Malah, perjalanan menaiki bas boleh berharga sebahagian sahaja daripada harga penerbangan atau keretapi. Ia masih lebih baik jika anda tempah seawal mungkin. Pergi ke 12Go.co sekitar 60 â 90 hari sebelum perjalanan itu dan anda mungkin boleh dapatkan tempat dengan harga sekitar RM135 satu hala.
Penerbangan masih merupakan pilihan terpantas untuk melalui jarak 500km+ yang terletak di antara Copenhagen dan Stockholm. Penerbangan itu sendiri mengambil masa selama 1 jam 10 minit atau 1 jam 15 minit dan perjalanan menuju ke lapangan terbang sebentar, tepat dan mudah sahaja. Anda melihat jumlah tempoh perjalanan di sekitar 3.5-4.5 jam dari tengah bandar ke tengah bandar.
Ia merupakan persaingan yang sengit di antara pengerbangan dan keretapi bagi kebanyakan pengembara tetapi ia bergantung kepada apa yang anda inginkan. Ingin cepat? Penerbangan sudah tentu merupakan pilihan terbaik kerana tempoh perjalanan hanyalah sekitar sejam sahaja di udara. Ingin melihat kawasan luar bandar dan pantai Sweden semasa anda bergerak dari bandar ke bandar? Keretapi menawarkannya dengan pengembaraan selama lima jam di tepi pantai menuju ke Stockholm.
Ada tetapi bukanlah menuju ke Stesen Stockholm Central. Perjalanan terus itu dilakukan oleh SJ menggunakan keretapi laju yang membawa anda ke stesen Stockholm Södra. Ia terletak di daerah Södermalm tetapi masih bersambung baik dengan kuarter lain di ibu kota. Jika itulah cara yang anda inginkan, kami syorkan anda tempah perjalanan keretapi itu seawal mungkin menggunakan 12Go.co untuk dapatkan harga murah.
Perjalanan keretapi secara terus atau dengan pertukaran di antara Copenhagen dan Stockholm mengambil sekitar 5.5-6 jam. Pilihan terpantas adalah dengan menaiki keretapi SJ X2000. Pastikan anda mencarinya apabila anda tempah melalui 12Go.co.
Tiket diskaun boleh menjadikan harga keretapi dari Copenhagen ke Stockholm serendah RM165 seorang. Ia merupakan tawaran yang amat baik yang hanya terdapat jika anda gunakan servis seperti 12Go.co untuk tempah jauh lebih awal dari tarikh perjalanan. Harga biasa berada sekitar RM280.
Jika anda ingin tiba di Stockholm secepat mungkin, sudah tentu penerbangan ialah pilihan terbaik bagi anda. Tempoh perjalanan dari bandar ke bandar itu hanyalah selama 3.5-4.5 jam apabila melalui udara menjadikannya perjalanan yang terpantas. Namun, jika anda ingin kurangkan emisi karbon, ingin bergerak dengan selesa dan lihat pemandangan luar bandar semasa dalam perjalanan, lebih baik anda pertimbangkan untuk menaiki keretapi.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: