Cara untuk ke Porto dari Lisbon

Cara untuk ke Porto dari Lisbon

Perjalanan dari Lisbon ke Porto ialah perjalanan dari ibu kota Portugal yang sibuk ke bandar keduanya yang penuh dengan budaya. Kedua-dua tempat ini sepatutnya berada dalam jadual perjalanan setiap orang yang ingin menikmati keseronokan negara di hujung Eropah ini.

Pertama sekali anda akan melihat istana Moorish di atas bukit Lisbon dan kehidupan malam di Bairro Alto. Kemudian anda akan sampai ke Porto di mana pantai-pantai memberi ruang kepada bandar lama UNESCO dan bilik bawah tanah di pelabuhan di bahagian Sungai Douro. Jarak di antara kedua-duanya adalah sejauh 270km tetapi anda boleh lakukannya dalam tiga jam sahaja. Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat kesemua cara untuk perjalanan ini, harga mereka dan kesenangan…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Lisbon ke Porto menaiki keretapi3 jamRM50Tempah Online
Lisbon ke Porto menaiki bas3.5 jamRM41Tempah Online
Lisbon ke Porto menaiki kapal terbang1 jamRM190Tempah Online
Lisbon ke Porto menaiki kereta3 jamRM500–
Lisbon ke Porto mengikuti lawatan peribadi24 jamRM330–

Lisbon ke Porto menaiki keretapi

Lisbon ke Porto menaiki keretapi
Keretapi Alfa Pendular melakukan perjalanan tersebut dalam masa kurang dari 3 jam Β© Takashi Images / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5 hingga 3 jam
Harga – RM50+
Keselesaan – 5/5

Keretapi merupakan cara yang paling terkenal untuk tukarkan ibu kota Portugal dengan bandar kedua di utara itu. Salah satu sebab adalah kekerapan perjalanan tersebut yang dilakukan sebanyak 32 kali sehari. Ini bermakna terdapat satu perjalanan setiap 45 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa untuk meninggalkan Lisbon sebelum dapat menikmati pastel de nata yang manis dan espresso pada waktu pagi.

Selain itu, anda boleh jangka untuk menamatkan keseluruhan perjalanan 270 kilometer itu paling lama dalam masa tiga jam. Ini disebabkan anda mempunyai gabungan pilihan keretapi laju dan biasa (yang masih agak laju). Keretapi terpantas adalah keretapi Alfa Pendular yang hanya mengambil 2 jam 44 minit sahaja bagi perjalanan ini. Keretapi Intercity punya mengambil masa lebih lama sedikit dan singgah di lebih banyak tempat tetapi menawarkan susunan tempat duduk dua-dua dan berhawa dingin.

Tempat duduk Kelas Pertama dalam keretapi laju Alfa Pendular
Tempat duduk Kelas Pertama dalam keretapi laju Alfa Pendular

Terdapat dua keretapi dari Lisbon ke Proto, satu yang laju dan satu yang perlahan, tetapi kedua-duanya menamatkan perjalanan ini dalam tiga jam atau kurang.

Yang menarik perhatian orang ramai ialah harganya. Tempah awal melalui 12Go.co dan anda mungkin menjumpai tiket serendah RM55 satu hala. Pada hari tersebut, anda akan melihat tiket yang lebih mahal sekitar RM150 atau RM200 bagi Kelas Pertama. Ia boleh dibandingkan dengan penerbangan tetapi dengan perjalanan yang lebih selesa dan pantas (jika dikira masa dari lobi hotel ke lobi hotel).

Para pengembara yang menaiki keretapi dari Lisbon ke Porto akan mendapat pemandangan yang memukaukan. Anda mungkin dapat melihat ibu kota Coimbra yang disusuri dengan jambatan-jambatan dan istana-istana yang berwarna putih. Anda akan bergerak menerusi Aveiro di mana terdapat terusan yang berliku-liku, bot punt tradisional dan gereja berjubin. Terdapat juga perjalanan yang dekat dengan Laut Atlantik dengan bukit-bukit pasir dan hutan pain yang banyak.

Lisbon ke Porto menaiki bas

Lisbon ke Porto menaiki bas
Bas daripada Rede Expressos adalah selesa dan murah

Tempoh Masa – 3.5 – 4.5 jam
Harga – RM41
Keselesaan – 3/5

Perjalanan bas dari Lisbon ke Porto merupakan yang paling kerap digunakan dalam negara tersebut. Terdapat pelbagai waktu pelepasan yang ditawarkan dan anda boleh keluar dari ibu kota pada bila-bila sahaja sama ada waktu siang atau lebih lewat atau awal daripada itu. Tambahan pula, keseluruhan perjalanan itu tidak akan mengambil lebih dari 4.5 jam walaupun jika menaiki bas yang paling perlahan, jadi anda tidak perlu membazirkan sehari dalam percutian Portugal anda.

Syarikat bas yang paling terkenal ialah Red Expressos milik negara itu sendiri. Mereka mempunyai perjalanan yang paling kerap di antara kedua-dua bandar tersebut dengan bas yang bersih, selesa dan berhawa dingin. Anda akan melihatnya keluar dari stesen besar di Sete Rios. Ia terletak di timur laut kawasan pelancongan utama Lisbon dan berdekatan dengan zoo. Untuk ke sana, anda boleh menaiki keretapi yang menuju ke Sintra dari Lisbon Rossio atau anda boleh juga dapatkan teksi yang berharga sekitar RM35-RM50.

Jambatan Arrabida di Sungai Douro
Jambatan Arrabida di Sungai Douro

Bas merupakan pengganti murah kepada keretapi dengan tawaran pemandangan indah dari Lisbon ke Porto dan harga serendah RM45.

Perjalanan bas itu akan mengikut lebuhraya A17 melalui tulang belakang Portugal. Ia merupakan jalan yang cantik bermula di antara bukit-bukau di Lisboa Region sebelum memasuki kawasan Silver Coast melalui bandar-bandar peluncuran seperti Figueira da Foz dan ladang-ladang jagung. Akhir sekali, anda akan merentasi Sungai Douro menggunakan jambatan yang menghubungkan kedua-dua belah Porto dalam perjalanan anda menuju ke stesen di Campo 24 de Agosto.

Selain pemandangan yang cantik, salah satu sebab utama bas dipilih oleh ramai pengunjung adalah disebabkan harga. Ia sudah semestinya merupakan cara paling murah untuk sampai ke bilik simpanan wain di Porto dan kawasan UNESCO Ribeira. Ya, anda boleh jangka untuk membayar RM45 sahaja apabila menempah lebih awal melalui 12Go.co.

Lisbon ke Porto menaiki kapal terbang

Lisbon ke Porto menaiki kapal terbang
TAP Portugal ialah satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang di antara Lisbon dan Porto Β© Emilio Pastor de Miguel / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 55 minit (penerbangan sahaja)
Harga – RM190-830
Keselesaan – 4/5

Jika anda tidak mahukan perjalanan yang lama, apa kata anda pertimbangkan penerbangan dari Lisbon ke Porto? Ia merupakan pilihan bagus yang selesa dan dipercayai walaupun kelemahannya termasuk pengeluaran CO2 yang lebih tinggi dan harga yang lebih mahal daripada gabungan keretapi dan bas! Anda juga perlu menambah sedikit masa untuk ke terminal di Lisbon dan menuju ke bandar Porto.

Satu-satunya syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan ini ialah TAP Portugal. Mereka mempunyai sebanyak 10 penerbangan setiap hari dengan jumlah yang lebih banyak ditawarkan pada bulan-bulan musim panas yang sibuk. Yang terawal meninggalkan ibu kota tersebut pada jam 6 pagi dan yang terakhir selepas jam 11 malam dan tidak akan tiba di destinasi sebelum tengah malam.

Francisco Sa Carneiro Airport
Lapangan TerbangFrancisco Sa Carneiro terletak sejauh 11 km dari tengah-tengah Porto Β© TMP / Shutterstock.com

Pastikan anda mencari tiket lebih awal bagi penerbangan di antara Lisbon dan Porto kerana harga boleh melonjak naik apabila mendekati tarikh penerbangan.

Perjalanan ini ditawarkan sebagai sambungan bagi penerbangan keluar masuk antarabangsa TAP dari Porto. Ia boleh menjadikannya pilihan yang agak mahal dengan harga tiket melonjak naik sehingga RM905. Dengan itu, mereka yang menempah lebih awal menggunakan 12Go.co boleh mencari tawaran-tawaran menarik disekitar RM200. Terdapat caj tambahan sebanyak RM50 bagi simpanan bagasi.

Lapangan Terbang Lisbon mudah untuk dicapai dari pusat bandar. Kebanyakan pemandu teksi boleh lakukan perjalanan itu dengan harga sekitar RM50-RM75. Selain itu, anda boleh menggunakan RM10 sahaja dan dapatkan keretapi metro menuju ke pusat bandar ibu kota tersebut dari terminal. Lapangan Terbang Porto merupakan destinasi yang bagus jika anda ingin meneroka bandar-bandar peluncuran seperti Azurara dan Matosinhos. Anda boleh gunakan bas 601, 602 atau 604 untuk ke tengah bandar dengan harga RM10 dan tempoh perjalanan sekitar 30-40 minit.

Lisbon ke Porto menaiki kereta

Lisbon ke Porto menaiki kereta

Tempoh Masa – 3 jam
Harga – RM500
Keselesaan – 5/5

Anda perlu mengeluarkan duit lebih untuk menyewa kereta jika anda ingin mengambilnya di Lisbon dan meninggalkannya di Porto. Akan tetapi, ia boleh jadi agak berbaloi disebabkan pengembaraan yang anda dapat. Dengan memandu sendiri di antara kedua-dua bandar ini, anda boleh jadikan perjalanan itu sebagai suatu pengembaraan merentas negara.

Terdapat banyak yang anda boleh lihat di sepanjang perjalanan tersebut daripada istana-istana Sintra yang misteri kepada jalan-jalan berbatu dan palazzo besar di Coimbra. Itu tidak termasuk pelbagai bandar peluncuran yang tersorok di Silver Coast. (Pengembara yang mempunyai papan luncur boleh berehat dan nikmati ombak laut tanpa diganggu oleh orang yang ramai!)

RentalCars.com merupakan tempat terbaik untuk mencari sewaan kereta di Portugal. Ia menyenaraikan penyedia-penyedia kereta sewa tempatan dan multinasional dengan polisi tangki penuh ke tangki penuh dan pengambilan di Lapangan Terbang Lisbon. Ketika musim panas, anda boleh melihat harga yang lebih mahal terutamanya jika anda menempah lewat.

Lisbon ke Porto mengikuti lawatan peribadi

Lisbon ke Porto mengikuti lawatan peribadi

Tempoh Masa – sepanjang hari
Harga – RM330+
Keselesaan – 4/5

Anda boleh muatkan banyak aktiviti dalam perjalanan sehari dari Lisbon ke Porto. Mungkin disebabkan inilah ramai pengunjung mengikuti lawatan peribadi untuk jadikan perjalanan ini penuh dengan pemandangan yang cantik. Dengan mengikuti lawatan, anda akan di ambil dari lobi hotel anda di Lisbon sebelum menuju ke utara. Apa-apa yang berada dalam jadual perjalanan bergantung kepada lawatan yang anda pilih tetapi kebiasaannya anda akan melawat tempat-tempat seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sintra atau ladang anggur di Lembah Douro.


Lisbon dan Porto mempunyai gereja berjubin dan bar-bar wain yang serupa tetapi mereka juga mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Kami katakan bahawa perjalanan dalam Portugal wajib merasai kedua-dua bandar ini, jadi pastikan anda melihat kesemua cara bagi memuatkan kedua-duanya dalam percutian anda.


FAQ Lisbon ke Porto

Apakah cara termurah untuk ke Porto dari Lisbon?

Menaiki bas ialah cara paling murah untuk ke Porto. Tempahan tiket bas lebih awal boleh dilakukan melalui laman sesawang 12Go.co untuk mendapatkan harga tiket sekitar RM45 sahaja. Terdapat beberapa syarikat bas untuk dipilih, tetapi yang paling kerap digunakan ialah Rede Expressos.

Apakah cara terpantas untuk ke Porto dari Lisbon?

Penggunaan keretapi merupakan laluan terpantas untuk ke Porto memandangkan pengangkutan keretapi dapat membawa anda dari bandar ke bandar hanya dalam tiga jam sahaja. Sekiranya anda memilih laluan udara dengan menggunakan kapal terbang, anda perlu menambah dua jam masa menunggu di terminal Lisbon termasuk perjalanan yang jauh untuk ke terminal. Namun demikian, penggunaan kapal terbang adalah pengangkutan paling pantas bagi para pelancong yang ingin menjelajah kawasan luncur dan pantai-pantai di utara Porto.

Apakah cara terbaik untuk ke Porto dari Lisbon?

Sebarang jenis pengangkutan ke Porto adalah bergantung kepada anda. Keretapi ialah pilihan yang paling popular, ditambah dengan pemandangan yang cantik dan tahap keselesaan yang tinggi. Pengangkutan bas adalah murah dan membolehkan anda untuk menyertai sesi mencuba wain Portugis dengan menggunakan lebihan duit daripada tiket bas. Penerbangan adalah sedikit mahal tetapi merupakan cara terbaik untuk ke kawasan bandar dan pantai di utara Porto. Anda disarankan untuk melayari laman sesawang 12Go.co dan membandingkan semua pilihan yang ada.

Berapakah harga keretapi dari Lisbon ke Porto?

Kos keretapi dari Lisbon ke Porto adalah lebih murah jika ditempah sebelum hari perjalanan anda. Tempahan tiket keretapi seawal 60-95 hari sebelum berlepas menggunakan laman sesawang 12Go.co membolehkan anda untuk mendapat tiket keretapi kelas kedua dengan harga sekitar RM55 sahaja. Sekiranya tempahan tiket dibiarkan sehingga saat akhir, anda mungkin perlu membayar sebanyak RM150 untuk tiket keretapi kelas kedua yang sama.

Berapakah harga tiket bas dari Lisbon ke Porto?

Harga tiket bas tidaklah mahal di mana harga tiket bas yang dibeli lebih awal menggunakan laman sesawang 12Go.co sebelum anda tiba di Lisbon berharga sekitar RM45. Sekiranya anda membeli tiket bas di stesen Sete Rios pada hari perjalanan, anda mungkin akan membayar sekitar RM90 bagi tiket bas yang sama.

Bolehkah anda melancong sehari sahaja dari Lisbon ke Porto?

Ya, boleh. Pelancongan secara sehari sahaja merupakan cara yang terbaik untuk memahami intipati dari bandar tengah-utara Portugal sebelum tiba di bandar kedua terbesar di negara ini. Jadual perjalanan dan kos untuk lawatan dan pelancongan adalah berbeza, tetapi pilihan yang paling popular biasanya merangkumi lawatan ke bukit zamrud di Lembah Douro atau pantai di Silver Coast.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: