Amsterdam ke Paris ialah perjalanan yang dilakukan oleh ribuan pengunjung setiap tahun. Para pengembara, ahli perniagaan dan pencinta bandar adalah di antara mereka yang ingin tinggalkan terusan abad ke-16 yang penuh dengan bunga-bunga di Holland demi karya seni dan bar wain yang romantis di ibu kota Perancis itu. Jika anda adalah di antara orang-orang tersebut, teruskan membaca.
Panduan ini melihat kepada kesemua cara bagi anda tukarkan lempeng Belanda dengan baguette Perancis. Ia mempunyai maklumat tentang keretapi laju yang memasuki Gare du Nord dan pemanduan melalui kawasan belakang Belgium yang indah termasuk harga, jadual dan banyak lagi. Bon voyage!
Pengangkutan | Tempoh Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Amsterdam ke Paris menaiki keretapi | 3.5 jam | RM160 | Tempah Online |
Amsterdam ke Paris menaiki kapal terbang | 1 jam | RM140 | Tempah Online |
Amsterdam ke Paris menaiki bas | 6 jam | RM62 | Tempah Online |
Amsterdam ke Paris menaiki kereta | 6 jam | RM270 | β |
Amsterdam ke Paris menaiki keretapi
Tempoh Masa β 3 jam 20 minit
Harga β RM160+
Keselesaan β 5/5
Tiada cara yang lebih romantis dan klasik untuk merentasi Kerajaan Tanah-Tanah Rendah dari Amsterdam ke Paris selain menaiki keretapi. Ini merupakan cara yang selalu digunakan bagi perjalanan ini setelah berdekad lamanya dan masih terdapat atmofera pengembaraan dalam perjalanan ini. Tambahan pula, perjalanan ini sekejap sahaja yang dilakukan oleh Thalys yang boleh mencapai kelajuan 300 kph.
Disebabkan anda akan menaiki keretapi laju di antara tempat asal stroopwafel dan Paris, perjalanan tersebut boleh menjadi secepat 3 jam 20 minit sahaja. Jadual itu termasuk perhentian di tempat-tempat seperti Rotterdam, Antwerp dan Brussels di sepanjang perjalanan sebelum tiba di Gare du Nord. Ia merupakan tempat yang bagus untuk tiba di Paris dengan landasan-landasan metro yang menghubungkan 7th Arrondissement dengan Montmartre yang indah.
Terdapat sesuatu yang menakjubkan apabila melihat kawasan luar bandar Belanda dan Belgium berlalu pergi di luar tingkap semasa menaiki keretapi ke Paris dari Amsterdam.
Keretapi Thalys merupakan cara yang laju dan tenang. Ia mempunyai ruang dalaman yang bersih dengan tiga kelas. Kebanyakan penumpang memilih tempat duduk dalam Kelas Biasa, tetapi terdapat ruang kaki yang lebih luas dan perkhidmatan di meja dalam Kelas Premium. Pilihan tengah-tengah ialah Kelas Selesa yang mempunyai aturan tempat duduk dua-satu dan kerusi yang empuk. Anda akan rasa seperti berada dalam pawagam!
Satu perkara yang anda perlu ingat adalah untuk menempah tiket keretapi Thalys seawal yang mungkin. Malah, ia lebih penting bagi keretapi-keretapi yang terkenal seperti Amsterdam-Paris yang laju ditempah semasa musim sibuk. Bukan sahaja tempahan pra-bayar diwajibkan bagi perjalanan ini tetapi anda akan lihat harga melambung tinggi jika akan belinya lewat. Ia boleh meningkat dari RM170 hingga RM830!
Amsterdam ke Paris menaiki kapal terbang
Tempoh Masa β 1 jam 15 minit
Harga β RM140+
Keselesaan β 4/5
Tiada sebab untuk mengabaikan penerbangan dari Amsterdam ke Paris. Terdapat sekurang-kurangnya tiga syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan ini secara kerap. Ia termasuk nama-nama besar seperti KLM, Air France dan syarikat tambang murah Transavia. Dua syarikat pertama itu mempunyai penerbangan dari Isnin ke Ahad seawal sebelum 7 pagi (bagi mereka yang berulang-alik) dan yang lain menuju ke Perancis selewat 6:40 petang. Manakala, Transavia terbang sekali sahaja setiap minggu pada hari Khamis dan terbang keluar dari Dam pada waktu petang.
Terdapat sekurang-kurangnya tiga syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan dari Amsterdam Schiphol ke Paris dengan waktu penerbangan di sebelah pagi dan petang.
Kesemua penerbangan bermula dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam. Ia merupakan lapangan terbang yang terbesar di Belanda dengan terminal-terminal besar yang penuh dengan cafe dan restoran termasuk sambungan keretapi menuju ke Stesen Central (ia mengambil sekitar 20 minit). Bagi titik ketibaan pula, anda boleh memilih di antara Paris-Charles De Gaulle atau Lapangan Terbang Orly yang lebih kecil. Paris-Charles De Gaulle adalah pilihan yang baik untuk ke daerah Montmartre di utara dan Terusan Saint-Martin. Yang kedua itu pula lebih dekat dengan Latin Quarter dan Menara Eiffel.
Harga penerbangan boleh berubah dari sehari ke sehari. Lebih tinggi permintaan, lebih mahal harganya. Disebabkan itulah tempahan awal melalui 12Go.co merupakan kunci kepada harga-harga murah yang boleh menjadi serendah RM140 sahaja. Sudah tentu, anda perlu membayar lebih sedikit jika anda inginkan perkhidmatan tambahan seperti makanan dalam penerbangan, penaikan ke dalam kapal terbang yang laju atau elaun bagasi.
Amsterdam ke Paris menaiki bas
Tempoh Masa β 6 ke 7 jam
Harga β RM62+
Keselesaan β 3/5
Perjalanan Amsterdam ke Paris menaiki bas yang melalui lebuhraya Belanda, Belgium dan Perancis merupakan cara yang murah. Tiket boleh bermula serendah RM62 bagi keseluruhan perjalanan dan itu adalah lebih daripada harga keretapi termurah dan sudah tentu jauh lebih murah berbanding penerbangan.
Menaiki bas ke Paris dari Amsterdam boleh menjimatkan sedikit wang demi segelas wain merah di hadapan Menara Eiffel.
Sudah tentu terdapat beberapa kelemahan. Pertamanya, perjalanan ini jauh lebih lama di sekitar 6.25 jam pemanduan. Anda akan berada di atas bas bermakna anda akan mendapat ruangan kaki yang lebih kecil dan tidak semewah keretapi. Berita baiknya ialah syarikat-syarikat terkenal yang melakukan perjalanan ini seperti Flixbus dan BlaBlaBus mempunyai kenderaan yang bersih. Kemudahan asas seperti penghawa dingin dan tandas terdapat di dalamnya. Tambahan pula, bas akan melakukan beberapa persinggahan dalam ibu kota Perancis itu. Terdapat banyak destinasi dalam menu dari Place de Clichy hingga ke Disneyland Paris dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle.
Disebabkan bas di antara Amsterdam dan Paris merupakan pilihan murah bagi para pengembara, ia lebih baik bagi anda untuk menempah lebih awal pada musim sibuk dan musim panas. Anda boleh lakukannya melalui 12Go.co di mana anda boleh membandingkan harga dari syarikat bas yang berbeza.
Amsterdam ke Paris menaiki kereta
Tempoh Masa β 6 jam
Harga β RM300-Rm450 bagi minyak dan tol
Keselesaan β 4/5
Ia mengambil sekitar 6 jam untuk menaiki kereta dari Amsterdam ke Paris. Ia merupakan pilihan yang lebih laju berbanding dengan bas tetapi lebih perlahan dari penerbangan dan keretapi. Namun, ia bukanlah semata-mata tentang perjalanan dari A ke B jika menaiki kereta kerana terdapat banyak tempat menarik untuk disinggah di antara kedua-dua ibu kota iniβ¦
Memiliki kereta sendiri untuk membawa anda ke Paris boleh memberi kebebasan untuk mengunjungi bandar-bandar terbaik Eropah dan tempat tarikan semasa dalam perjalanan.
Di antara tempat paling menarik termasuk bandar The Hague dengan pantai North Sea dan bangunan parlimen Belanda. Dari sana, anda boleh pergi ke Rotterdam dan menikmati malamnya dalam kelab elektro. Anda boleh juga pergi ke Bruges untuk meneroka salah satu bandar era pertengahan Belgium yang menakjubkan dan dipenuhi dengan gereja dan frites yang paling sedap anda pernah rasa. Kesemua ini sudah tentu akan menambah masa perjalanan tetapi ia juga boleh menjadi pengalaman yang anda tidak boleh lupakan.
Malangnya, sewaan kereta di Belanda untuk satu hala merentasi sempadan boleh menjadi agak sukar atau mahal. Oleh itu, lebih baik anda bawa kenderaan sendiri. Hanya ingat anda akan memandu di sebelah kanan jalan dan anda boleh jangka untuk membayar tol setelah memasuki Perancis.
Paris dan Amsterdam merupakan di antara tempat yang perlu dikunjungi di Eropah. Anda boleh mencuba pelbagai kopi dan melihat karya Van Gogh di Eropah dan anda boleh menikmati pemandangan Menara Eiffel dan minum wain di Loire Valley sebanyak yang anda inginkan. Selamat bercuti!
FAQ Amsterdam ke Paris
Bas tak boleh dikalahkan dari segi harga jika anda ingin ke Paris dari Amsterdam. Tiket termurah adalah sekitar RM62 sahaja dan hampir selalu ditempah habis melalui laman sesawang seperti 12Go.co. Murah, bukan?
Anda boleh jimatkan masa sedikit dengan penerbangan tetapi bukanlah begitu banyak. Penerbangan mengambil 1 jam 15 minit sahaja tetapi itu tidak termasuk perjalanan ke Schiphol atau tengah bandar Paris. Oleh itu, keretapi merupakan pesaingnya dengan perjalanan sekitar tiga jam terus ke tengah Gare du Nord.
Tempah awal dan anda boleh dapat serendah RM175. Tempah lewat dan harga akan menjadi setinggi RM1000. Itulah hakikat perbezaan harga bagi perjalanan ini dan kami syorkan anda dapatkan tempat melalui 12Go.co jauh lebih awal dari percutian anda di Paris.
Di beberapa tempat semasa perjalanan keretapi Thalys di antara Amsterdam dan Paris, anda akan mendapat pemandangan yang cantik ke arah landskap Belanda. Kawasan-kawasan di barat ibu kota Belanda itu adalah cantik dengan taman-taman tulip dan kincir angin yang tradisional. Di Perancis, anda akan lihat Flanders Field dan Somme sebelum memasuki stesen di Gare du Nord.
Keretapi sukar untuk dikalahkan bagi perjalanan dari tengah bandar ke tengah bandar. Thalys bukan sahaja berharga sama dengan penerbangan apabila ditempah awal tetapi ia juga mengambil tempoh masa yang sama dan akan membawa anda terus ke platform Gare du Nord di pusat bandar Paris. Anda juga boleh dipuji kerana memilih pengangkutan yang mesra alam dan kesemua tiket ini boleh diatur lebih awal melalui 12Go.co.
Penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam ke salah satu lapangan terbang utama di Paris boleh berharga di sekitar RM150-RM710. Ia bergantung kepada waktu penerbangan (kebiasaannya ia lebih mahal ketika musim panas) dan syarikat penerbangan yang anda pilih (dengan KLM dan Air France di antara pilihan yang premium). Anda juga perlu ingat terdapat caj tambahan bagi bagasi yang disimpan.
Kebanyakan syarikat bas boleh membawa anda dari stesen wafel di Holland ke bistro wain di Paris dalam masa kurang dari tujuh jam. Hanya bersedia untuk pertambahan masa perjalanan jika anda merancang untuk bergerak pada waktu puncak iaitu pada awal pagi dan petang semasa trafik keluar masuk di kedua-dua ibu kota itu adalah teruk. Sebagai bantuan, lihat sahaja jadual bagi kesemua syarikat bas secara atas talian di 12Go.co.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: