Cara untuk ke Bagan dari Yangon

How to Travel From Yangon to Bagan

Walaupun Yangon sudah tidak menjadi ibu kota Myanmar, ia masih merupakan bandar terbesar di negara tersebut dan tempat permulaan yang terkenal bagi ramai pengunjung. Ia juga dikenali sebagai Rangoon. Ramai pengunjung yang pergi ke sana untuk melihat senibina kolonialnya yang berada di antara kuil-kuil Buddha kuno dan pagoda yang dipercayai berumur melebihi 2,000 tahun.

Banyak yang boleh diterokai di Myanmar dan salah satu pilihan orang ramai ialah bandar Bagan yang pasti memukaukan anda. Dikelilingi Sungai Ayeyarwady yang berliku-liku, bandar itu terkenal dengan kuil-kuil kuno dan pagoda, makanan asli Burmese dan pemandangan yang menawan. Ia merupakan tempat terbaik untuk menikmati budaya tempatan di sana dan meninggalkan kawasan tarikan pengunjung.

Yangon dan Bagan berjarak sekitar 625km di antara kedua-duanya. Terdapat tempat-tempat yang setaraf dengan Machu Picchu dan Angkor Wat menunggu anda, jadi perjalanan anda pasti tidak merugikan. Perjalanan atas darat akan melalui kampung-kampung, kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan bersejarah manakala penerbangan dapat mengurangkan masa perjalanan dengan banyak. Kesemua ini merupakan perkara-perkara yang anda perlu tahu.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Yangon ke Bagan menaiki bas9 jamRM50Tempah Online
Yangon ke Bagan menaiki kapal terbang1.5 jamRM460Tempah Online
Yangon ke Bagan menaiki keretapi18 jamRM17Tempah Online

Yangon ke Bagan menaiki bas

Yangon ke Bagan menaiki bas
Bas JJ Express bersedia untuk ke Bagan dari Yangon © Munzir Rosdi / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 9 hingga 10 jam
Harga – tiket bermula dari RM50 tetapi boleh meningkat hingga RM95 bergantung kepada syarikat bas
Keselesaan – 4/5

Terdapat empat syarikat bas yang boleh membawa anda dari Yangon ke Bagan termasuk JJ Express dan Bagan Min Tha. Kesemua bas mempunyai kemudahan-kemudahan seperti penghawa dingin. Bas VIP pula mempunyai kemudahan tambahan seperti snek, filem dan pelayan. JJ Express melakukan servis VIP setiap hari dan bertolak pada 8:00 malam. Ia mengambil sekitar 10 jam untuk sampai ke Terminal Bas Lebuhraya Bagan Shwe Pyi dan berharga sekitar RM95, menjadikannya pilihan yang premium.

Jika anda inginkan jadual yang lebih fleksibel, Bagan Min Tha merupakan pilihan yang baik kerana terdapat empat bas setiap hari yang bertolak pada jam 8:00 pagi, 7:00 malam, 8:00 malam dan 9:00 malam. Bas yang terakhir mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Bagan Shwe Pyi. Bagan Min Tha juga merupakan pilihan yang lebih murah iaitu dengan harga RM50 jika anda membelinya lebih awal. E-tiket bagi syarikat-syarikat ini dan yang lain boleh ditempah secara atas talian di 12Go.asia. Syarikat-syarikat lain menawarkan lebih banyak servis di mana kebanyakannya berlepas pada waktu petang dan bergerak semalaman. Namun, terdapat dua bas yang berlepas pada waktu pagi jam 7:30 pagi dan 8:00 pagi.

Bas malam mungkin merupakan pilihan terbaik bagi anda kerana perjalanan itu agak lama tetapi anda akan terlepas melihat pemandangan yang cantik.

Bas bertolak setiap hari dari Stesen Bas Lebuhraya di Jalan Aung Mingalar yang berdekatan dengan Jalan Sa Gaing. Stesen bas itu terletak sejauh 4 km dari Stesen Keretapi Wai Bar Gi dan 20 km dari Stesen Keretapi Yangon Central dan paling mudah dicapai dengan menaiki teksi. Disebabkan stesen bas itu agak jauh dari tengah bandar, jadi lebih mudah jika anda bergerak ke Bagan dengan menaiki bas malam untuk mengelakkan trafik di bandar pada waktu pagi.

Perjalanan dari Yangon ke Bagan agak tenang dan tidak terlalu berbonggol. Bas tidak mempunyai tandas di dalamnya tetapi terdapat dua atau tiga persinggahan semasa dalam perjalanan. Bas siang juga mempunyai waktu makan tengahari selama setengah jam. Kami perlu ingatkan anda bahawa penghawa dingin sentiasa dipasang dan ini mungkin bagus untuk waktu pagi tetapi anda boleh rasa agak sejuk pada waktu malam. Selimut disediakan tetapi lebih baik jika anda bawa pakaian hangat juga.

Yangon ke Bagan menaiki kapal terbang

Yangon ke Bagan menaiki kapal terbang
Air KBZ menggunakan kapal terbang ‘propeller’ untuk ke Bagan © Robert Wei / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM460-540
Keselesaan – 4/5

Disebabkan terdapat 625 km di antara kedua-dua bandar tersebut, cara terpantas untuk ke Bagan dari Yangon adalah dengan penerbangan. Penerbangan itu mengambil sekitar 1 jam 20 minit dan terdapat beberapa syarikat penerbangan yang boleh dipilih seperti Air KBZ dan Air Thanlwin. Namun, ia boleh menjadi agak mahal dengan harga yang bermula dari RM460. Anda boleh cuba menempahnya lebih awal atau mencari tawaran menarik pada musim yang tidak sibuk. Harga dan tiket bagi pelbagai syarikat penerbangan tersebut boleh dibeli melalui 12Go.

Lapangan Terbang Yangon terletak sejauh 17 km dari utara stesen keretapi dan cara terbaik untuk ke sana adalah dengan menaiki teksi kerana tiada pengangkutan awam yang membawa anda ke sana. Jika anda ingin gunakan pengangkutan awam, anda boleh cari bas yang menuju ke Sel Maing Kone atau Maha Si dan dari sana, anda boleh berjalan sejauh 2.5 km untuk ke terminal atau dapatkan teksi yang berharga sekitar RM4.

Yangon to Bagan Yangon Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon © Tooykrub / Shutterstock.com

Penerbangan yang cepat, selesa dan tidak tertunda boleh menjimatkan masa anda yang boleh digunakan bagi meneroka tempat-tempat menarik di bandar bersejarah itu.

Lebih baik anda keluarkan sedikit wang dari ATM atau gunakan tempat tukar matawang di Lapangan Terbang Yangon kerana Lapangan Terbang Bagan di Nyaung U tidak mempunyai servis ini. Jika anda sudah menempah dengan hotel di Bagan, anda boleh bertanya jika mereka melakukan pengambilan dari lapangan terbang. Kebanyakannya menawarkan servis ini dengan percuma.

Yangon ke Bagan menaiki keretapi

Yangon ke Bagan menaiki keretapi

Tempoh Masa – 17.5 jam
Harga – RM17-RM75
Keselesaan – 2/5 to 4/5 (bergantung kepada jenis tiket)

Walaupun terdapat landasan yang menyambung Yangon dan Bagan terus, perjalanan ke sana dengan menaiki keretapi merupakan pilihan yang paling lama dengan tempoh masa sehingga 17 jam. Pada waktu ini hanya terdapat satu perjalanan keretapi sahaja iaitu keretapi harian #61 yang berlepas dari Yangon pada 4 petang dan tiba di stesen Nyaung U pada 10 pagi keesokannya. Ia mempunyai beberapa gerabak dengan kelas yang berlainan, daripada kerusi kayu di kelas biasa hingga gerabak malam yang luas.

Harga tiket keretapi juga berbeza di sekitar RM17-RM75 bergantung kepada tempat duduk dan tempat di mana anda membeli tiket tersebut. Kebiasaannya tiket lebih murah jika dibeli di stesen keretapi namun lebih baik jika anda tempat gerabak malam lebih awal di laman-laman seperti 12Go.asia kerana ia cepat ditempah habis. Anda juga perlu ingat bahawa tiada gerabak malam yang beroperasi pada musim yang tidak sibuk.

Menaiki keretapi merupakan cara yang baik untuk anda nikmati budaya Burma sama ada bergaul dengan penumpang tempatan atau menikmati pemandangan.

Disebabkan perjalanan keretapi yang lama itu, mungkin lebih baik jika anda dapatkan keselesaan yang juga terdapat dari tempat duduk kelas kedua jika anda tidak mahu mendapatkan gerabak malam. Anda tidak akan sakit belakang dan anda akan bersedia untuk mulakan perjalanan anda pada pagi itu. Anda boleh membeli snek di atas keretapi. Tidak seperti bas VIP, selimut tidak disediakan melainkan anda berada dalam gerabak malam. Ini sesuatu yang anda perlu ingat kerana waktu malam boleh menjadi agak sejuk. Tiada penghawa dingin disediakan dalam keretapi dan walaupun gerabak kelas atasan mungkin mempunyai kipas, anda masih perlu berpakaian sesuai untuk kedua-dua keadaan panas dan sejuk.

Stesen keretapi Yangon Central
Stesen keretapi Yangon Central

Stesen keretapi Yangon Central terletak di tengah-tengah bandar dan mudah dicapai. Di Bagan, anda akan turun di Stesen Keretapi Bagan yang terletak sejauh 3.2 km dari lapangan terbang dan sekitar 0.8 km dari Stesen Bas Lebuhraya. Terdapat teksi di sana tetapi kebiasaannya lebih baik jika anda berjalan sedikit di lebuhraya tersebut dan dapatkan teksi yang lebih murah di sana.

Sama ada anda menaiki kapal terbang, keretapi atau bas kami harap anda akan menikmati perjalanan tersebut dan kami doakan keselematan anda!


FAQ Yangon ke Bagan

Apalah cara termurah untuk ke Bagan dari Yangon?

Cara termurah untuk ke Bagan dari Yangon adalah dengan menaiki keretapi. Walaupun perjalanan itu mengambil 17.5 jam tetapi ia merupakan cara yang baik untuk merasai budaya tempatan di sana. Anda boleh lihat dan tempah tiket secara atas talian di 12Go.asia dengan harga yang bermula dari RM17 bagi tempat duduk biasa dan boleh meningkat hingga RM75 untuk tempat tidur dalam gerabak malam.

Apakah cara terpantas untuk ke Bagan dari Yangon?

Setakat ini cara terpantas untuk ke Bagan dari Yangon adalah dengan penerbangan. Ia mengambil hanya sejam iaitu sebahagian sahaja dari tempoh perjalanan bas dan keretapi termasuk perjalanan anda menuju ke dan dari lapangan terbang. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang lakukan penerbangan ini setiap hari namun lebih baik jika anda tempat lebih awal di 12Go untuk menjamin tempat anda. Penerbangan juga lebih dipercayai berbanding pilihan-pilihan yang lain kerana ia jarang ditunda atau dibatalkan.

Apakah cara untuk ke Bagan dari Yangon?

Terdapat beberapa cara untuk pergi ke Bagan dari Yangon jika anda tidak mempunyai kenderaan tersendiri. Di atas darat anda boleh menaiki bas atau keretapi. Akan tetapi, disebabkan jarak perjalanan 625 km itu anda mungkin ingin dapatkan penerbangan sahaja. Tidak kira apa-apa pun pilihan anda bagi perjalanan tersebut, lebih baik anda bandingkan harga lebih awal melalui platform atas talian seperti 12Go.asia. Setiap cara mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing tetapi kesemua itu terpulang kepada pilihan dan jadual anda.

Berapa lamakah perjalanan bas dari Bagan ke Yangon?

Secara purata, perjalanan bas dari Yangon ke Bagan mengambil sekitar 10 jam. Anda boleh jangkakan sedikit kelewatan terutamanya pada musim sibuk. Terdapat beberapa syarikat yang melakukan perjalanan di antara Yangon dan Bagan dengan servis dan harga yang berbeza-beza. Jadi, lebih baik jika anda bandingkan pilihan anda di 12Go bagi mencari pilihan terbaik untuk anda. Beberapa syarikat yang menawarkan bas malam dikatakan boleh melakukan perjalanan tersebut dalam masa 9 jam sahaja disebabkan kekosongan di atas jalan raya.

Berapakah harga penerbangan ke Bagan dari Yangon?

Tiket penerbangan bermula dari RM460 apabila ditempah lebih awal di 12Go.asia. Terdapat penerbangan yang lebih mahal, bergantung kepada syarikat dan waktu penerbangan tetapi kebiasaannya anda tidak akan membayar lebih dari RM540 apabila tempah lebih awal. Anda boleh jangka harga untuk meningkat jika anda beli tiket pada hari penerbangan terus di lapangan terbang.

Berapa hari yang diperlukan di Bagan?

Dengan kuil-kuil kuno dan pagoda, Bagan menjadi salah satu tempat pelancongan utama di Myanmar. Selain melawat tempat-tempat bersejarah, para pengunjung boleh merasai budaya tempatan, makanan asli Burma, lihat artisan tempatan dan terokai pasar-pasar yang menarik. Kami syorkan anda mengambil sekurang-kurangnya 3 hari hingga seminggu di sana.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: