Cara untuk ke Madrid dari Barcelona

Cara untuk ke Madrid dari Barcelona

Setiap pengembaraan di Sepanyol perlu melibatkan Barcelona dan Madrid. Barcelona merupakan tempat di mana terletaknya Sagrada Familia hasil rekaan Gaudi, pantai-pantai musim panas dan teater Las Ramblas yang bersenibina Art Deco. Madrid pula merupakan ibu kota hedonistik di mana jalan-jalannya hidup pada waktu malam dan roh-roh raja, permaisuri dan penulis-penulis Sepanyol berkeliaran dalam istana.

Syukurlah, perjalanan di antara kedua-duanya tidak sukar. Dari keretapi hingga penerbangan mampu membantu ribuan pengunjung lakukan perjalanan tersebut setiap tahun merentasi 500 km Semenanjung Iberia dari tepi pantai hingga ke tanah tinggi.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Barcelona ke Madrid menaiki keretapi2.5 jamRM140Tempah Online
Barcelona ke Madrid menaiki kapal terbang1.5 jamRM120Tempah Online
Barcelona ke Madrid menaiki bas6 jamRM83Tempah Online
Barcelona ke Madrid menaiki kereta6 jamRM210–

Barcelona ke Madrid menaiki keretapi

Barcelona ke Madrid menaiki keretapi
Perjalanan keretapi di antara Barcelona dan Madrid mempunyai pemandangan yang cantik © V_E / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 2.5 jam+
Harga – RM140+
Keselesaan – 5/5

Kemungkinan cara yang paling terkenal untuk menukarkan bandar tepi pantai Catalonia dengan ibu kota Sepanyol adalah dengan menaiki keretapi. Hari ini, keretapi Renfe AVE yang laju dan bagus melakukan perjalanan ini sekurang-kurangnya dua kali setiap jam pada kebanyakan hari dalam setahun. Ia bermula dari Barcelona Sants di utara Placa d’Espanya dan bergerak menuju ke Madrid Atocha dalam masa 2.5 jam sahaja. Pastikan anda mengambil sedikit masa untuk meneroka stesen ketibaan tersebut kerana ia mempunyai tumbuhan-tumbuhan dalaman dan penyu!

Keretapi AVE ialah keretapi yang bertaraf sangat tinggi. Para penumpang boleh memilih di antara tiga kelas. Kelas Biasa mempunyai kombinasi meja dan tempat duduk berkerusi dua. Kemudian, terdapat Kelas Turista Plus yang mempunyai ruangan kaki yang luas. Ahir sekali, terdapat kelas Preferente yang premium. Dapatkan kelas itu dan anda akan menikmati hidangan di atas keretapi dan akses ke ruang rehat di stesen. Setiap kelas mempunyai penghawa dingin dan troli makanan. Mungkin anda boleh dapatkan segelas Rioja?

Renfe AVE high speed train
Tempat duduk di dalam keretapi laju Renfe AVE adalah amat selesa © Kapustin Igor, Freelanceservice / Shutterstock.com

Keretapi merupakan cara yang laju dan dipercayai untuk ke Madrid dari Barcelona, jadi pastikan anda tempah lebih awal untuk dapatkan tiket murah.

Ia mungkin menjadi agak sukar untuk dapatkan harga murah bagi keretapi di Sepanyol. Ini disebabkan tempahan memang diwajibkan. Kami syorkan anda cuba membeli tiket seawal yang mungkin. Kebiasaannya harga menjadi sedikit murah sektiar dua bulan sebelum tarikh perjalanan tetapi itu boleh berubah. Mana-mana pun, anda melihat perbezaan harga di antara RM140 dan RM1000 jika dibeli pada hari kejadian!

Satu lagi kelebihan menaiki keretapi ialah ia merupakan cara terbaik untuk melihat negara tersebut. Anda akan merentasi daerah Catalonia, Aragon dan La Macha (cuba cari kincir angin Don Quixote di atas bukit!). Anda akan melihat gunung-ganang dan kampung-kampung dari dalam keretapi yang mempunyai tingkat yang luas untuk melihat kesemuanya.

Barcelona ke Madrid menaiki kapal terbang

Barcelona ke Madrid menaiki kapal terbang
Pesawat Iberia kebiasaannya mempunyai akses ke gerbang-gerbang terbaik di Lapangan Terbang Barajas © NYC Russ / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM120+
Keselesaan – 4/5

Penerbangan domestik boleh membawa anda keluar dari Barca dan masuk ke Madrid dalam masa kurang dari 90 tahun. Kebiasaannya terdapat dua penerbangan setiap hari bersama Iberia (pada 7:20 pagi dan 8:05 malam) dan satu penerbangan bersama Air Europa (sekitar 11 pagi). Kedua-dua syarikat penerbangan ini terbang keluar dari Barcelona-El Prat yang merupakan lapangan terbang terbesar di bandar itu di mana anda boleh tiba dengan menaiki keretapi Renfe dari Stesen Barcelona Sants dalam mas 25 minit sahaja.

Penerbangan dari Barcelona ke Madrid ialah pilihan yang mudah dan pantas tetapi ingat bahawa anda perlu bergerak ke dan dari lapangan terbang di kedua-dua belah.

Anda akan menjejakkan kaki ke dalam Lapangan Terbang Madrid-Barajas Adolfo Suárez apabila anda tiba di ibu kota tersebut. Ia merupakan lapangan terbang terbesar di Sepanyol dan salah satu yang terbesar di benua tersebut. Anda boleh bertukar dari terminal ke bar tapas di pusat bandar Madrid dengan menaiki bas ekspress lapangan terbang 24 jam yang akan membawa anda ke Atocha dalam masa 40 minit (harga: RM25) atau dapatkan teksi persendirian (jangka untuk membayar sekitar RM140 bagi keseluruhan teksi).

Harga penerbangan ini boleh menjadi amat mahal apabila ditempah lewat sama seperti kebanyakan penerbangan di seluruh Eropah. Oleh itu, penting untuk anda cari dan dapatkan tiket lebih awal jika anda tidak sabar untuk ke Madrid dari Barcelona melalui penerbangan. 12Go.co boleh bantu anda banding dan beli tempat duduk lebih awal dari tarikh perjalanan bersama kedua-dua Iberia dan Air Europa. Selamat terbang!

Barcelona ke Madrid menaiki bas

Barcelona ke Madrid menaiki bas
BlaBlaBus dan Flixbus adalah dua syarikat bas terkenal yang melakukan perjalanan di antara Barcelona dan Madrid

Tempoh Masa – 6-8 jam
Harga – RM83+
Keselesaan – 3/5

Bas masih merupakan pengangkutan termurah di atas jalan dari Barcelona ke Madrid. Ya, ia mengambil satu pagi atau petang bagi menamatkan perjalanan itu (tempoh perjalanan secara purata adalah di sekitar enam atau lapan jam dari awal hingga akhir) tetapi tiket bermula serendah RM83. Ia dapat menjimatkan anda demi sangria dan patatas bravas apabila anda tiba di ibu kota tersebut.

Jimat sedikit wang demi pertunjukkan flamenco di Madrid dengan menaiki bas yang boleh berharga semurah RM83.

Pergi ke 12Go.co dan anda boleh membanding dan membezakan kesemua syarikat yang menawarkan bas bagi perjalanan ini. Nama-nama yang dipercayai seperti Flixbus dan BlaBlasBus. Namun, anda boleh juga mencari syarikat tempatan Sepanyol seperti ALSA. Anda perlu pastikan bahawa perjalanan anda tiada pertukaran kerana anda akan menjimatkan wang jika bergerak terus tanpa pertukaran. Dengan itu, persinggahan sebentar di bandar-bandar seperti Zaragova dan Lleida biasa dilakukan bagi kebanyakan bas.

Seats in a BlaBlaBus bus
Tempat duduk dalam bas milik BlaBlaBus amat selesa bagi harganya

Kebiasaannya bas adalah bersih dan selesa. Ia dilengkapi dengan penghawa dingin dan mempunyai tempat duduk berbaring dengan meja dan kadangkala soket elektrik. Dari segi pemanduan, anda akan mengikut AP-2 dan E-09 ke arah kebaratan menerusi negara tersebut. Pastikan anda mencari pemandangan yang memukaukan di bawah gunung-ganang di utara La Mancha dan puncak Montserrat semasa anda meninggalkan Barcelona.

Barcelona ke Madrid menaiki kereta

Barcelona ke Madrid menaiki kereta
Perjalanan menaiki kereta memberi anda lebih banyak peluang untuk melakukan persinggahan di sepanjang perjalanan © Alberto Zamorano / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 6 jam
Harga – RM210+
Keselesaan – 5/5

Memandu di atas lebuhraya dan merentasi negara tersebut untuk bergerak di antara Barcelona dan Madrid sudah tentu bukanlah cara yang terpantas dan termurah. Namun, ia boleh menjadi yang paling mencabar. Dengan itu, anda perlu mempunyai masa yang cukup untuk membuat beberapa persinggahan semasa dalam perjalanan untuk jadikannya berbaloi. Ini bermakna anda akan meningkat kos harian sewaan kereta dengan dua atau tiga kali ganda yang kebiasaannya murah sahaja di bahagian Eropah ini sekitar RM210 sehari apabila mengembara dalam satu hala.

Jika anda mempunyai masa dan hasrat untuk menerokai landskap cantik di Pyrenees dan dataran tinggi di sekitar Madrid, bersedia untuk mendapat pemandangan cantik yang tidak boleh dibandingkan. Anda boleh pergi ke Zaragoza di mana menara katedral berwarna kuning madu berada di tepi Sungai Ebro dan satu bandar lama yang mengagumkan. Anda boleh singgah di Serrania de Cuenca yang terpencil untuk melihat hutan pain dan gaung dalam di mana hampir tiada seorang pengunjung pun. Anda boleh juga kekal berada di tepi pantai. Terdapat pantai-pantai cantik di Costa Brava yang panjang hingga ke kebun jingga Valencia. Terpulang kepada pilihan anda!


Terdapat menu tapas yang berbaloi dengan pelbagai cara untuk ke Madrid dari Barcelona. Anda boleh menaiki keretapi laju Sepanyol atau menaiki penerbangan laju di antara kedua-dua bandar tersebut. Selain itu, terdapat bas murah dan jalan yang dijaga rapi dengan pelbagai tempat menarik menunggu sang pengembara.


FAQ Barcelona ke Madrid

Apakah cara termurah untuk ke Madrid dari Barcelona?

Perkhidmatan bas kebiasaannya mempunyai tawaran terbaik untuk pelancong yang berminat untuk bertukar dari ibu kota Catalonia ke metropolis terbesar Sepanyol. Tempah tempat duduk anda lebih awal menggunakan 12Go.co dan anda mungkin akan membayar sekitar RM83 sahaja untuk perjalanan tujuh jam tersebut!

Apakah cara terpantas untuk ke Madrid dari Barcelona?

Tiada banyak perbezaan sama ada menggunakan keretapi ataupun kapal terbang. Dengan menggunakan keretapi, anda dapat memanfaatkan perkhidmatan Renfe yang berkelajuan tinggi. Renfe bergerak dari bandar ke bandar dalam tempoh masa yang sama anda menghabiskan Spaghetti Western (sekitar 2-2.5 jam). Menaiki kapal terbang adalah lebih pantas daripada itu – dalam lingkungan 1.5 jam di udara – tetapi anda perlu pergi ke El Prat di Barcelona dan bergerak keluar dari terminal sebelum dapat melihat pemandangan pusat bandar Madrid.

Adakah terdapat keretapi laju untuk ke Madrid dari Barcelona?

Ya ada, terdapat keretapi laju untuk ke Madrid dari Barcelona yang mampu mencecah sehingga 300 km/j. Ini dapat meliputi jarak 500 km yang memisahkan bandar-bandar itu dalam masa kurang dari 2.5 jam. Berminat? Pastikan anda menempah lebih awal menggunakan 12Go.co, kerana harga tiket akan meningkat tinggi apabila anda membeli tiket dekat dengan tarikh pelepasan.

Berapakah harga tiket keretapi untuk ke Madrid dari Barcelona?

Terdapat banyak kelebihan kepada sesiapa yang merancang awal perjalanan keretapi untuk ke Madrid dari Barcelona. Malah, tiket diskaun yang dibeli awal boleh didapati dengan harga bawah RM140. Menarik, bukan? Tetapi, berhati-hatilah kerana itu adalah sebahagian kecil dari apa yang anda harus bayar jika menempah tiket pada hari perjalanan (kebiasaannya RM1000), jadi bersiap sedia dan dapatkan tempat duduk melalui 12Go.co.

Berapa lamakah perjalanan keretapi untuk ke Madrid dari Barcelona?

Kebanyakan keretapi bergerak merentas negara ke Madrid dari The Med dalam masa 2.5 jam. Itu kelajuan yang luar biasa jika anda mengambil kira keretapi tersebut harus bergerak melebihi 500 kilometer. Ini semua disebabkan lokomotif AVE yang dikendalikan oleh Renfe, yang mampu memecut sehingga 300 km/j.

Adakah lebih baik jika menaiki kapal terbang atau menaiki keretapi untuk ke Madrid dari Barcelona?

Menaiki keretapi adalah lebih selesa dan lebih seronok, terutamanya sebab anda akan menaiki keretapi di pusat bandar Barcelona. Ia juga lebih pantas daripada menaiki kapal terbang kerana anda akan menambah masa perjalanan semasa berada di lapangan terbang dan tempoh mendaftar masuk bagasi dan sebagainya. Selain itu, anda akan mengurangkan jejak karbon apabila anda bergerak menggunakan keretapi, dan tempahan tiket awal seawal 60 hari sebelum tarikh bergerak adalah setanding dengan harga tiket kapal terbang. Sememangnya, ia tidak dapat disangkal lagi!

Berapa lamakah tempoh perjalanan menaiki bas untuk ke Madrid dari Barcelona?

Anda perlu berikan tujuh jam untuk menghabiskan perjalanan menaiki bas. Namun begitu, kebiasaannya anda boleh mencari harga yang berpatutan menggunakan alat carian di 12Go.co, ini bermakna keseluruhan perjalanan tersebut boleh berharga lebih rendah daripada RM83 satu hala. Selain itu, terdapat pemandangan yang luar biasa apabila melalui kawasan La Mancha (kawasan Don Quixote) dan melalui banjaran ke utara Barcelona (kediaman Montserrat Abbey yang ditanda UNESCO).

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: