Cara untuk ke St. Petersburg dari Moscow

Cara untuk ke St. Petersburg dari Moscow

Jika anda tidak boleh memilih di antara ruang pameran Hermitage dan kubah berputar Katedral Saint Basil atau pemandangan Red Square yg memukaukan dan Winter Palace milik seorang tsar yang indah, anda patut lihat kesemuanya sekali. Anda perlu rancang percutian yang melawat kedua-dua Moscow dan St. Petersburg.

Syukurlah terdapat sambungan pengangkutan yang bagus di antara mereka. Disebabkan mereka ialah bandar-bandar terbesar di Rusia, mereka terpisah sejauh 635 km tetapi masih bersambung melalui kapal terbang dan keretapi. Untuk melihat pengangkutan apa yang paling sesuai bagi anda, pastikan anda terus membaca…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Moscow ke St. Peterburgs menaiki penerbangan1.5 jamRM190Tempah Online
Moscow ke St. Petersburg menaiki keretapi laju3.5 jamRM230Tempah Online
Moscow ke St. Petersburg menaiki keretapi malam8 jamRM190Tempah Online

Moscow ke St. Peterburgs menaiki penerbangan

Moscow ke St. Peterburgs menaiki penerbangan
Pesawat Aeroflot berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo A.S. Pushkin (SVO) © fifg / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1.5 jam (penerbangan sahaja)
Harga – RM190-RM420
Keselesaan – 4/5

Penerbangan merupakan cara yang cepat dan dipercayai untuk bergerak di antara Moscow dan Petersburg. Ya, perjalanan di udara Rusia ke arah barat laut bermakna anda akan tinggalkan kubah-kubah besar di Red Square dan ucapkan hello kepada Laut Baltic dalam masa sekitar 1.5 jam secara keseluruhan. Sudah tentu, itulah tempoh yang diambil oleh penerbangan bermakna keseluruhan perjalanan dari satu lobi hotel ke lobi hotel yang lain akan mengambil sekitar empat atau lima jam. Namun, ia masih pantas.

Terdapat pelbagai penerbangan yang boleh dipilih. Pada suatu hari biasa di penghujung musim panas, anda akan lihat ada sekitar sekurang-kurangnya 25 penerbangan. Ini bermakna anda sepatutnya boleh dapatkan penerbangan yang sesuai dengan jadual perjalanan anda tidak kiar jika anda berlepas pada jam 6 pagi, tengahari atau selepas tengah malam. Terdapat juga pelbagai syarikat penerbangan untuk dipilih. Pilihan yang paling menonjol ialah syarikat berlambangkan bendera negara tersebut iaitu Aeroflot. Namun, tawaran-tawaran terbaik kebiasaannya datang daripada syarikat penerbangan tambang murah Rusia iaitu Nordwind, syarikat penerbangan tempatan Ural Airlines atau S7.

Penerbangan ialah cara pantas untuk ke St. Petersburg dari Moscow dan terdapat banyak pelepasan sepanjang hari.

Beberapa penerabngan dari Moscow ke St. Petersburg bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo A.S. Pushkin (SVO). Ia terletak di bahagian utara ibu kota tersebut dan kini bersambung dengan pusat bandar melalui keretapi ekspres yang bergerak terus selama 35 minit dan berharga 620 RUB (RM35) satu hala. Penerbangan yang lain berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow (DME) yang terletak sejauh 42 km dari tengah bandar tetapi disambung melalui keretapi Aeroexpress dengan harga 500 RUB (RM30). Anda akan mendarat di Lapangan Terbang Pulkovo (LED). Dari sana, anda boleh menaiki Bas 39 dan mengikut jaringan metro untuk ke Mayakovskaya di bahagian tengah dalam masa 1.2 jam secara keseluruhan (harga: RM7).

Moscow ke St. Peterburgs menaiki penerbangan
S7 mempunyai banyak penerbangan setiap hari dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow (DME) menuju ke Lapangan Terbang Pulkovo (LED) © dentorson / Shutterstock.com

Apa-apa harga di bawah RM210 merupakan tawaran yang bagus bagi penerbangan ke Petersburg dari Moscow. Untuk berpeluang mendapatkannya, anda boleh tempah awal (harga turun dan naik tetapi kebiasaannya adalah lebih murah jika lebih awal) dan cari penerbangan bersama syarikat penerbangan tambang murah seperti Nordwind. Kebiasaannya anda perlu membayar sekitar RM63 tambahan untuk simpanan bagasi.

Moscow ke St. Petersburg menaiki keretapi laju

Moscow ke St. Petersburg menaiki keretapi laju
Keretapi laju Sapsan di St. Petersburg © posztos / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3.5 jam+
Harga – Sekitar RM230
Keselesaan – 5/5

Kebanyakan pengembara lama akan berkata bahawa tiada cara yang lebih baik untuk bergerak di sekitar Rusia selain daripada keretapi kerana ini adalah tanah Trans-Siberia. Jangan risau, perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg dengan menaiki keretapi tidak akan mengambil dua minggu. Malah, ia hanya mengambil beberapa jam (3 jam 30 minit – 3 jam 50 minit sebenarnya). Ia bergantung kepada keretapi laju Sapsan Siemens Velaros (dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Sapsan sahaja) yang kini bergerak di antara dua bandar besar tersebut dengan kelajuan maksimum sekitar 250 kph.

Terdapat sebanyak sembilan perjalanan keretapi yang menyambungkan ibu kota Rusia itu dengan bandar kedua Petersburg setiap hari. Ia kebiasaannya bermula seawal 5:45 pagi dengan perjalanan terakhir pada jam 9 malam apabila keretapi semalaman mengambil alih pula (lebih terperinci tentangnya selepas ini). Kesemuanya menggunakan keretapi moden yang direka seperti keretapi ICE Jerman iaitu tempat duduk 2-2 yang luas, tingkap yang lebar, berpelan terbuka dan berhawa dingin. Secara ringkasnya: ia merupakan perjalanan yang selesa.

Dapatkan sedikit suasana romantis Rusia dengan memilih untuk ke Petersburg dari Moscow dengan menaiki keretapi.

Anda akan berlepas dari Stesen Moscow Leningradsky yang besar dan gah. Ia terletak di bahagian tepi timur laut bandar tetapi boleh dicapai dengan mudah melalui jaringan metro. Dari sana, anda bergerak ke arah barat laut merentasi kawasan luar bandar Rusia. Tiada yang begitu menakjubkan daripada pemandangannya tetapi ia mempunyai ladang-ladang yang tenang, tanah-tanah rata dan hutan-hutan di sepanjang jalan. Destinasi anda ialah Stesen Moscow di Nevsky Prospect yang sibuk di tengah-tengah Petersburg.

Dalaman ruang tempat duduk biasa dalam keretapi Sapsan
Dalaman ruang tempat duduk biasa dalam keretapi Sapsan © olegpodi / Shutterstock.com

Berita baiknya ialah keretapi di Rusia jarang sekali berharga amat mahal. Anda hanya membayar sekitar RM225 seorang satu hala walaupun ia adalah untuk keretapi laju Sapsan yang premium. Anda boleh pastikan harga rendah dengan menempah di 12Go.co seawal mungkin. Kebiasaannya tiket keretapi Rusia akan mula dijual sekitar 120 hari sebelum tarikh perjalanan.

Moscow ke St. Petersburg menaiki keretapi malam

Moscow ke St. Petersburg menaiki keretapi malam
Keretapi Red Arrow di sebelah kiri dan Grand Express di sebelah kanan © Picturesque Japan & Uskarp / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 8 – 9 jam
Harga – RM190+
Keselesaan – 4/5

Keretapi malam dari Moscow ke Petersburg merupakan perjalanan yang dilakukan sejak era Soviet lagi. Malah, beberapa keretapi bagi perjalanan ini telah beroperasi berdekad lamanya. Contohnya seperti Red Arrow yang terkenal (mungkin pilihan terbaik dari segi gaya) yang mempunyai katil-katil mewah dan gerabak-gerabak tidur dengan langsir-langsir dan potret gambar. Namun, ia bukanlah tentang suasananya sahaja. Anda mungkin juga ingin mempertimbangkan keretapi malam menuju ke Petersburg kerana ia mudah, selesa dan murah…

Keretapi malam merupakan cara klasik untuk bergerak dari Moscow ke St. Petersburg.

Servis malam ini berlepas dari Stesen Leningradskiy selepas jam 10 malam. Kebiasaannya terdapat tiga pilihan dan kesemuanya mengambil di antara tujuh hingga sembilan jam untuk menamatkan keseluruhan perjalanan dari A ke B. Perbezaan utama di antara mereka ialah dalaman mereka. (Kami sukakan suasana Red Arrow yang vintej tetapi terdapat juga keretapi Grand Express yang moden dilengkapi dengan bilik mandi en suite dalam kompartmen peribadi.

Moscow to St. Petersburg by night train

Anda kebiasaannya boleh berjimat dengan menempah awal. Tiket bagi keretapi ini kebiasaannya mula dijual di 12Go.co sekitar 90 hari sebelum hari perjalanan. Anda boleh jangkakan untuk membayar RM190 bagi yang paling murah. Itu adalah dengan menaiki keretapi malam yang lama dengan kompartmen berkongsi. Bagi katil yang lebih mewah dan mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan kerana anda menjimatkan kos satu malam di hotel, harga boleh menjadi sekitar RM1100.


Menara Art Deco Moscow yang meninggi dan mercu-mercu tanda Red Square boleh digabungkan dengan istana-istana Neoklasik di St. Petersburg dalam satu percutian. Anda hanya perlu ke 12Go.co dan tempah salah satu keretapi atau kapal terbang yang menghubungkan kedua-dua bandar yang wajib dilawat ini.


FAQ Moscow ke St. Petersburg

Apakah cara termurah untuk ke St. Petersburg dari Moscow?

Ia mungkin merupakan jawapan yang sedikit menjengkelkan tetapi ia bergantung! Mungkin penerbangan akan berharga kurang daripada RM205 menjadikannya cara yang termurah. Namun, kebiasaannya anda perlu tempah awal melalui 12Go.co untuk dapatkan tawaran menarik seperti itu. Selain itu, keretapi malam kadangkala boleh menjadi semurah RM190 manakala keretapi laju yang dibeli awal berharga sekitar RM220 seorang. Ia hampir sama untuk memberikan satu jawapan sahaja.

Apakah cara terpantas untuk ke St. Petersburg dari Moscow?

Dengan adanya keretapi laju Sapsan, anda kini boleh bergerak dari Moscow ke tengah Petersburg di atas landasan sepantas 3.5 jam sahaja. Ia cepat sedikit berbanding dengan penerbangan jika anda kira sekali tempoh perjalanan ke lapangan terbang dan tengah bandar di kedua-dua tempat.

Apakah cara terbaik untuk ke St. Petersburg dari Moscow?

Keretapi ialah pilihan sejak sekian lamanya. Bukan sahaja ia mempunyai sejarah dan warisan di Rusia tetapi ia juga cepat dan mudah. Bagi perjalanan keretapi terpantas, kami syorkan anda pergi ke 12Go.co dan cari keretapi laju Sapsan sebaik sahaja anda mengetahui tarikh perjalanan.

Berapakah harga keretapi laju dari Moscow ke St. Petersburg?

Ia bermula dari RM230. Itu adalah untuk perjalanan keretapi laju menggunakan Sapsan (yang mengambil kurang daripada empat jam). Jika anda bertanya tentang keretapi malam, anda boleh tempah seawal 90 hari sebelum perjalanan melalui 12Go.co untuk berpeluang mendapatkan tiket berharga RM190 seorang.

Berapa lamakah perjalanan keretapi dari Moscow ke St. Petersburg?

Keretapi siang dari Moscow ke St. Petersburg mengambil sekitar empat jam walaupun perjalanan terpantas mengambil hanya 3.5 jam. Keretapi malam pula mengambil sehingga tujuh jam setelah meninggalkan ibu kota itu selepas jam 10 malam untuk tiba pada awal pagi.

Adakah lebih baik untuk terbang atau menaiki keretapi dari Moscow ke St. Petersburg?

Kami lebih cenderung kepada keretapi. Keretapi baharu Sapsan yang boleh berkelajuan sehingga 250 kph akan bergerak laju dari Moscow ke St. Petersburg. Tambahan pula, anda tidak perlu menambahkan kos perjalanan ke lapangan terbang atau tempat lain. Selain itu, keretapi juga selesa dan anda dapat melihat banyak daripada pemandangan luar bandar Rusia semasa dalam perjalanan.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: