Ibu negara Norway dan Sweden terletak berhampiran antara satu sama lain di seberang Semenanjung Skandinavia. Salah satunya, Oslo, yang terletak di dasar fjord, ia menampilkan seni bina moden yang berkilauan dan muzium-muzium yang memikat seawal zaman Viking. Lokasi lain yang boleh membangkitkan keghairahan anda ke sini adalah seperti keindahan Stockholm, salain anda boleh berlabuh di kawasan Gamla Stan, di mana lorong-lorong berbatu turun melewati kedai kopi, menuju ke pulau-pulau yang dipenuhi dengan restoran bebola daging dan istana kerajaan.
Sekiranya anda tidak dapat memutuskan untuk melancong dimana, mengapa tidak anda melawat kedua-dua lokasi ini sahaja? Artikel ini memberikan anda panduan perjalanan merangkumi segala informasi berkenaan mod pengangkutan paling murah terpantas, dan paling selesa.
Pengangkutan | Masa | Harga | Tiket |
---|---|---|---|
Dari Oslo ke Stockholm dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi | 5 jam | RM160 | Tempah Online |
Dari Oslo ke Stockholm dengan menaiki kapal terbang | 1 jam | RM210 | Tempah Online |
Dari Oslo ke Stockholm dengan menaiki bas | 7 jam | RM110 | Tempah Online |
Dari Oslo ke Stockholm dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi
Masa – Sekitar 5 jam
Harga – Dari RM160
Tahap keselesaan – 5/5
SJ (kereta api Sweden) beroperasi sebanyak lima perkhidmatan sehari dari Oslo ke Stockholm. Mereka menggunakan kereta api X2 yang sangat cepat dan bergaya (juga dikenali sebagai model X2000). Ini bermakna anda akan mencapai kecepatan hingga 200 kpj dalam perjalanan, memungkinkan anda untuk melengkapkan seluruh lintasan di tengah-tengah Scandinavia hanya dalam masa 4 jam 50 minit. Kononnya, kebanyakan jaringan laluan ini mengambil masa kurang dari lima jam. Apa yang harus anda lakukan adalah memberikan tumpuan kepada laluan yang tidak melibatkan perubahan semasa anda membuat tempahan awal di 12Go.co.
Kereta api X2 adalah crème de la crème dari rangkaian kereta api Sweden. Di bahagian luar, kereta api ini mempunyai kemasan krom dan perak yang elegan dan atas faktor elegan ini juga yang menjadikan mereka kelihatan seakan-akan kenderaan dari filem James Bond. Di dalamnya, terdapat tempat duduk yang selesa antara kelas pertama dan kelas kedua. Malah kedua-duanya juga dilengkapi dengan kemudahan tempat suis pengecasan, WiFi, dan servis katering yang terbaik. Dengan adanya bahagian tingkap yang besar dan luas, anda boleh mendapatkan pemandangan yang sangat indah dari luar…
Banyak sekali pemandangan yang cantik lagi menakjubkan boleh menghiasi pancaindera anda dari luar tingkap kereta api semasa perjalanan dari Oslo ke Stockholm.
Betul, pemandangannya sungguh indah sekali. Langkah pertama yang membawa anda melintasi perbatasan Norway-Sweden sebelum melintasi tasik bucolic di Arvika (lihatlah mata rusa liar di kawasan hutan di sana!). Kemudian, ada juga pemandangan dari tasik Vänern yang luas dan bersih. Bagi para pelancong yang dahagakan pengembaraan, mereka mungkin akan memutuskan untuk menjelajahi Kota Karlstad yang menakjubkan, istana sekitarnya, dan semua pulau terpencil di perairan. Di akhir nanti, anda akan melalui Örebro yang mempesonakan dan Tasik Mälaren yang berhutan sebelum tiba di Stockholm.
Dengan tahap keselesaan yang cukup selesa dan pemandangan yang menakjubkan, anda pasti menyangka bahawa kos kereta api yang anda naiki antara Oslo dan Stockholm akan membebankan poket anda. Sebenarnya, anda boleh sahaja mendapatkan tawaran yang hebat untuk X2 SJ, selagi mana anda membuat tempahan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum melakukan perjalanan (ketika itu tambang boleh mencecah RM140 seorang). Walau bagimana pun, anda perlu tahu bahawa sejak tahun 2016, kereta api telah membuat penambahbaikkan yang sangat pesat, jadi wajar jika perkhidmatan berkelajuan tinggi digantikan oleh kereta api IC yang lebih perlahan.
Dari Oslo ke Stockholm dengan menaiki kapal terbang
Masa – 55 minit (kapal terbang sahaja)
Harga – RM210+
Tahap keselesaan – 4/5
Syarikat penerbangan adalah pesaing utama kereta api SJ X2000 di laluan dari Oslo ke Stockholm. Terdapat dua syarikat penerbangan utama yang menawarkan perkhidmatan terus dari bandar ke bandar: SAS dan Norway. Yang pertama adalah kapal induk yang menyatukan semua negara Skandinavia, sementara yang terakhir adalah kapal terbang yang lebih berorientasikan penjimatan. Kapal terbang ini menjalankan perkhidmatan 22 kali setiap hari dari Oslo, masing-masing mengambil masa antara 55 minit dan satu jam untuk menyelesaikan keseluruhan perjalanan di udara.
Penerbangan adalah pengangkutan yang sangat pantas untuk membawa anda dari Oslo ke Stockholm, dengan hanya memakan masa 60 minit di udara.
Sudah tentu, jumlah masa perjalanan akan jauh lebih lama daripada itu jika anda bercadang untuk pergi dari pusat bandar ke pusat bandar yang lain. Masa yang diperlukan untuk sampai ke Lapangan Terbang Oslo (OSL) perlu ditambah dengan masa pemeriksaan beg dan keselamatan. Dengan perkhidmatan kereta api bandar yang mudah dan hanya berharga sekitar 80 NOK (RM38), anda boleh sampai ke terminal di Norway dalam masa sekitar 25 minit. Kereta api berkelajuan tinggi juga menunggu untuk membawa penumpang ke Stockholm setelah mendarat di Lapangan Terbang besar Arlanda – yang memakan masa sekitar 20 minit. Hasilnya? Perjalanan ini jarang-jarang sekali mengambil masa keseluruhannya lebih dari empat jam.
Harga untuk penerbangan ini adalah sama dengan kereta api kerana kadarnya akan meningkat apabila sampai pada tarikh untuk anda bertolak. Harga yang selalunya ditawarkan bernilai sekitar RM210. Untuk lebih penjimatan, kami mengesyorkan anda pergi ke 12Go.co dan membeli tiket sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal. Peringatan, anda juga mungkin perlu membayar caj tambahan untuk menambah servis pemeriksaan bagasi di sini.
Dari Oslo ke Stockholm dengan menaiki bas
Masa – 7 jam+
Harga – Dari RM110
Tahap keselesaan – 3/5
Tidaklah menjadi satu rahsia lagi bahawa negara Skandinavia bukan negara yang termurah di muka bumi Oleh itu, untuk merealisasikan impian anda dapat berehat di Stockholm sambil menikmati kopi fika, ada baiknya kurangkan kos perjalanan ke bandar. Pilihan yang anda ada adalah dengan menaiki bas. Dengan harga berpatutan bermula dari RM110 anda boleh membuat tempahan lebih awal menggunakan 12Go.co. Sebetulnya, tidak ada cara yang lebih berpatutan untuk melakukan perjalanan antara ibu kota daripada cara ini. Untungnya, syarikat bas Eropah Flixbus kini mempunyai hingga empat laluan perjalanan secara langsung setiap hari, dengan hanya memerlukan 7-7.5 jam untuk membawa anda dari destinasi A ke destinasi B.
Jadi, apa tunggu lagi? Barangkali … bas mungkin tidak begitu selesa seperti kereta api, dan ia tidak akan pernah berjaya untuk memintas rekod kereta api jika dibandingkan dari segi kepantasan. Namun, anda juga boleh mendapatkan tempat duduk yang selesa dengan kemudahan tempat suis pengecasan, dan sambungan WiFi. Malah jika anda mahukan lebih penjimatan lagi, anda boleh melakukan perjalanan di sepanjang malam. Dengan cara itu, anda berupaya membuat penjimatan dari segi kos penginapan. Bas akan mengambil penumpang dari persimpangan di Schweigaards Gate di Oslo dan turun di Stockholm Cityterminalen yang sibuk di tengah-tengah Stockholm moden.
Pengembaraan dari Oslo ke Stockholm adalah perjalanan yang akan membawa anda tepat ke bahagian seberang tengah Scandinavia. Anda boleh memilih untuk mendapatkan pengangkutan di darat, jadi anda berpeluang melihat hutan bergulir dan tasik liar yang memisahkan dua ibu kota yang hebat. Atau, anda juga boleh menerokai langit dan terjebak dalam perjalanan memukau di bandar lama Gamla Stan yang sungguh menakjubkan bagi sesiapa yang melihat dengan memili pengangkutan udara. Pilihan ada ditangan anda sendiri.
FAQ Dari Oslo ke Stockholm
Naik bas untuk menjimatkan wang perjalanan anda dari Oslo ke Stockholm. Dengan harga serendah RM110 seorang, sudah tentu ini adalah pilihan pengangkutan yang akan menjimatkan wang anda untuk mengunjungi muzium ABBA dan yang lainnya nanti. Peringatan: Tawaran terbaik selalu ditawarkan terlebih dahulu, jadi cari tiket secepat mungkin menggunakan 12Go.co untuk mendapatkan harga yang rendah.
Tidak ada cara yang lebih cepat untuk menandingi keterujaan anda melihat seni bina canggih Oslo dan bar bohemia di Stockholm daripada dengan menaiki pengangkutan udara. Dari roda hingga mendarat, anda hanya berada kurang dari satu jam di udara, ini juga bermaksud perjalanan mengambil masa sekitar empat jam secara keseluruhan. Tawaran terbaik dengan penerbangan biasanya ditawarkan di 12Go.co, tempah tiket anda sekitar 60-90 hari sebelum berlepas.
Pendapat kami, sudah tentunya dengan menaiki kereta api. Ia mungkin mengambil masa sekitar lima jam, tetapi ini adalah pengembaraan yang luar biasa melalui bahagian tengah Semenanjung Skandinavia. Pengalaman melintasi tasik besar dan hutan adalah salah satu tarikan yang ditawarkan, malah anda juga boleh pergi melihat Tasik Vänern dan istana-istana berusia berabad-abad lamanya.
Ya. SJ (syarikat kereta api nasional Sweden) menawarkan jaringan laluan secara langsung dengan X2000 mewah mereka. Ia sungguh selesa dan sangat cepat, dengan kecepatan mencapai sehingga 200 kph. Tambahan pula, pemandangan yang ada dari luar tingkap tidak kurang hebatnya, merangkumi padang rumput, kawasan tasik dan hutan-hutan kuno.
Kos kereta api dari Oslo ke Stockholm berbeza-beza. Bermula dari yang paling murah sehinggalah yang paling mahal terutamanya apabila ia menghampiri tarikh dan masa perjalanan anda. Harga awal biasanya berada pada harga murah sekitar RM160, yang mana anda boleh mendapatkan harga ini dengan menempah 60 hari awal di 12Go.co.
Memang sangat menakjubkan! Ini adalah perjalanan yang menakjubkan melalui lanskap memukau yang terletak di tengah-tengah Eropah utara. Pemandangan tasik dari tepi tingkap, termasuk Tasik Vänern (salah satu yang terbesar di benua). Bukan itu sahaja, malah anda juga berpeluang melihat hutan pinus dan cemara, kawanan-kawanan rusa, serta kampung dan bandar Sweden yang cantik. Sudah tentu ini adalah pergembaraan yang tidak boleh dilupakan.
Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri dari pelbagai sudut. Malah, kedua-duanya juga mempunyai kelemahan yang perlu dilalui oleh setiap penumpang. Contohnya, menaiki kapal terbang lebih pantas untuk sampai ke destinasi. Ia dapat membawa anda menyentuh tanah Sweden sepantas 55 minit setelah meninggalkan Lapangan Terbang Oslo. Di sisi lain, kereta api lebih selesa dan menarik, kerana ia menawarkan pemandangan di kawasan desa yang memisahkan Laut Utara dari Laut Baltik.
Adakah penulisan ini dapat membantu anda?
Tekan pada bintang untuk menilai!
Nilai purata: / 5. Jumlah undian: