Cara untuk ke Venice dari Rom

Cara untuk ke Venice dari Rom

Tiada pengembaraan di Itali yang lengkap tanpa melawati Rom dan Venice. Di ibu kota yang terkenal ini, anda boleh berjalan di bawah lengkungan-lengkungan Colosseum dan lihat Air Pancut Trevi. Lebih jauh di utara terdapat Grand Canal yang melalui kubah Basilika Saint Mark dengan gondola dan palazzo berwarna pastel.

Sudah bersedia untuk menikmatinya? Bagus. Panduan ini memberitahu kesemua cara bagi anda merentasi 400 km yang memisahkan kedua-dua bandar tersebut dari keretapi Itali yang amat laju hingga ke perjalanan bas lama.

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Rom ke Venice menaiki keretapi laju4 jamRM130Tempah Online
Rom ke Venice menaiki kapal terbang1 jamRM270Tempah Online
Rom ke Venice menaiki bas8 jamRM66Tempah Online
Rom ke Venice menaiki kereta5.5 jamRM500

Rom ke Venice menaiki keretapi laju

Rom ke Venice menaiki keretapi laju
Frecciarossa oleh Trenitalia adalah salah satu pilihan keretapi laju © Matee Nuserm / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 3 jam 45 minit
Harga – RM130
Keselesaan – 5/5

Tiada keraguan lagi tentang Frecciarossa dan keretapi Italo yang laju adalah di antara cara yang paling menarik untuk bergerak menerusi Itali. Ia bergerak meninggalkan Stesen Termini di Rom banyak kali sehari dengan pelbagai jalan menuju ke bandar-bandar utara tersebut. Ada yang menuju ke Milan, ada yang ke Turin tetapi banyak juga yang menuju ke Venice yang dipenuhi dengan gondola dan palazzo. Ia mengambil 3 jam 45 mini secara purata dari awal hingga akhir perjalanan ini.

Dua syarikat yang bersaing melakukan perjalanan ini dengan tawaran yang hampir serupa iaitu Trenitalia milik negara tersebut dan Italo yang merupakan syarikat persendirian. Trenitalia menggunakan keretapi bergaya yang mempunyai empat kelas perjalanan daripada Standard (yang paling murah) hingga Eksekutif (sesuai bagi ahli perniagaan). Italo juga mempunyai keretapi moden dengan lantai berkarpet dan ruang kaki yang luas. Perbezaan utama mereka adalah makanan yang disediakan di mana Trenitalia menawarkan makanan panas dan Italo menawarkan wain.

High-speed train by Italo
Italo merupakan pengendali keretapi laju dari Rom ke Venice © Dmytro Stoliarenko / Shutterstock.com

Keretapi laju itu boleh bergerak selaju 300 km/jam melalui tengah Itali menuju ke Venice.

Keretapi akan membawa anda ke arah utara menuju ke Florence terlebih dahulu dan kemudian menuju ke Bologna sebelum merentasi tepi Sungai Po menuju ke hujung Laut Adriatic. Ini bermakna bahagian yang penuh dengan pemandangan ialah bahagian pertama melalui Lazio & Tuscany yang menunjukkan Gunung Apennine dan ladang-ladang anggur Arezzo. Anda juga perlu cari keretapi yang masuk ke stesen Santa Lucia di Venice kerana ia lebih dekat dengan tempat-tempat pelancongan.

Pencarian tiket murah bagi perjalanan ini bergantung kepada seawal mana anda mencarinya. Terdapat model harga seperti penerbangan bagi keretapi ini, jadi pembelian pada hari kejadian akan melambung tinggi jika dibandingkan dengan yang ditempah berbulan lebih awal. Tawaran terbaik adalah di sekitar RM150 bagi keseluruhan perjalanan dan boleh ditempah melalui 12Go.co.

Rom ke Venice menaiki kapal terbang

Rom ke Venice menaiki kapal terbang
Alitalia terbang secara terus di antara Rom dan Venice menggunakan Airbus A320 mereka © GB-Photographie / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 1 jam 5 minit
Harga – RM270+
Keselesaan – 4/5

Jika anda bukanlah seorang yang gemarkan perjalanan keretapi, jadi penerbangan boleh menjadi pilihan yang baik untuk ke Grand Canal. Sudah tentu, ini sedikit rumit kerana ditambah dengan keperluan untuk ke Lapangan Antarabangsa Leonardo da Vinci (FCO) yang besar di Rom dan kemudian bertukar ke mana-mana sahaja yang anda menuju dari balai ketibaan Lapangan Terbang Marco Polo di Venice. Hasilnya? Anda melihat kepada tempoh perjalanan di sekitar empat atau lima jam secara keseluruhan (ya, ia lebih cepat jika dari bandar ke bandar!).

Penerbangan ke Venice sekejap sahaja tetapi masih tidak mampu mengalahkan keretapi bagi tempoh perjalanan dan harga, jadi pastikan anda menyemak pilihan anda jauh lebih awal.

Dari segi syarikat penerbangan, anda terhad kepada pemegang bendera Itali iaitu Alitalia. Mereka merupakan syarikat penerbangan 3-bintang bersama Skytrax, jadi terdapat beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan penerbangan tambang murah yang lain di Eropah. Namun, ia masih merupakan perjalanan yang laju dengan tempoh selama sejam sahaja di udara selepas berlepas dari Rom. Bagi tiket, anda perlu tempah menggunakan 12Go.co secepat yang mungkin kerana harga akan berubah-ubah dan melonjak pada saat-saat akhir. Tawaran terbaik kemungkinan juga mungkin mempunyai caj tambahan sebanyak RM125 atau lebih bagi simpanan bagasi.

Alilaguna Water Bus
Anda boleh pergi ke tengah Venice dengan mudah bersama bas air Alilaguna © Roman Sigaev / Shutterstock.com

Senang sahaja untuk sampai ke lapangan terbang di Rom. Terdapat keretapi terus dari stesen Termini yang besar setiap 15 minit pada waktu pagi yang mengambil 32 minit dan berharga RM66 satu hala. Di bahagian Venice pula, anda mempunyai banyak pilihan. Perjalanan yang paling mencabar untuk ke bandar lama itu sudah tentu dengan menaiki bas air Alilaguna. Ia menuju terus dari pintu keluar lapangan terbang ke lagun, jadi anda akan lihat kubah gereja dan istana-istana Renaissance mendekati. Harga adalah di sekitar RM66 seorang. Terdapat juga bas terus menuju ke Piazzele Roma yang hanya berharga RM40.

Rom ke Venice menaiki bas

Rom ke Venice menaiki bas
MarinoBus menawarkan perjalanan bas yang murah dan selesa menuju ke Venice © WikiMarcoR

Tempoh Masa – 8 ke 12 jam
Harga – RM66+
Keselesaan – 3/5

Jika bajet lebih penting berbanding dengan tempoh perjalanan Itali anda, bas merupakan pilihan yang patut dipertimbangkan. Jika anda tempah perjalanan bas jarak jauh ini lebih awal, ia boleh berharga serendah RM66 bagi keseluruhan A ke B. Anda akan menjimatkan lebih banyak wang bagi mendapatkan Prosecco di piazza jika dibandingkan dengan kereta laju dan kapal terbang yang bermula dengan harga dua kali ganda.

Bas merupakan pilihan yang murah bagi perjalanan ini serendah RM66 sahaja apabila ditempah lebih awal dari tarikh percutian anda di Venice.

Sudah tentu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu korbankan. Pertama, tempoh perjalanan menaiki bas adalah di sekitar 8 hingga 12 jam. Ia bukanlah yang terbaik kerana keretapi boleh melakukannya dalam empat jam sahaja. Tambahan pula, walaupun dengan menaiki bas yang baharu seperti yang ditawarkan oleh Flixbus, ia tidaklah seselesa pengangkutan yang lain (sebagai contoh tiada jualan makanan di atas bas!).

Stesen bas di Stesen Roma Tiburtina
Stesen bas di Stesen Roma Tiburtina © Gennaro Leonardi / Shutterstock.com

Antara perkara baik ialah bas bergerak terus di antara Rom dan Venice (ada persinggahan tetapi tiada pertukaran). Kebiasaannya ia bermula di Stesen Roma Tiburtina di sebelah timur ibu kota. Ia akan tiba sama ada di Tronchetto (tempat terbaik untuk sampai ke bandar lama Venice) atau bandar baru Mestre di tanah besar Itali.

Rom ke Venice menaiki kereta

Rom ke Venice menaiki kereta
Jika anda menaiki kereta anda boleh melawat pelbagai tempat semasa dalam perjalanan © Roman Babakin / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 5.5 jam
Harga – RM500
Keselesaan – 4/5

Inginkan pengembaraan? Anda boleh tinggalkan Rom dan pandu ke tempat tarikan Itali sendiri. Anda hanya perlu mengatur sewaan kereta daripada RentalCars.com jika anda tidak memiliki kenderaan sendiri. Kemudian, ikut sahaja autostrade (jalan raya) menuju ke utara. Jalan-jalan di sana kebiasaannya dijaga rapi membolehkan anda bergerak sepantas 130 kph. Ini bermakna anda boleh menamatkan perjalanan lebuhraya sejauh 530 kilometer di antara kedua-dua bandar tersebut dalam masa 5.5 jam sahaja jika anda mahu.

Tetapi itu bukanlah cara yang kami akan lakukan. Kami akan ambil beberapa hari untuk melihat pemandangan dan tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan. Ia termasuk bandar bukit Umbrian di Orvieto, tasik Trasimeno yang berkilauan, karya-karya seni Florence dan Gunung Apennine yang lasak. Harga sewaan kereta adalah di sekitar RM550 walaupun anda mungkin perlu membayar lebih sedikit untuk tinggalkan kereta di lokasi selain dari tempat yang anda ambilnya.


Terusan Venice, piazza, gondola yang romantik dan bengkel kaca menunggu anda di akhir perjalanan menuju ke hujung Itali ini. Ini sudah cukup untuk membuatkan anda bersemangat semasa dalam perjalanan!


FAQ Rome ke Venice

Apakah cara termurah untuk ke Venice dari Rom?

Tinggalkan keretapi dan kapal terbang kerana bas merupakan cara terbaik untuk jimatkan sedikit wang demi wain Veneto anda. Ia berharga serendah RM66 tetapi itu hanya jika tempah awal. Oleh itu, pastikan anda ke 12Go.co dan cari tarikh perjalanan anda sekarang!

Apakah cara terpantas untuk ke Venice dari Rom?

Jangan tertipu dengan tempoh penerbangan 1 jam 15 minit itu kerana keretapi sebenarnya merupakan cara terpantas untuk bergerak dari bandar ke bandar. Sudah tentu itu adalah dengan pertimbangan tempoh perjalanan menuju ke dan dari terminal dan waktu mendaftar masuk bagasi sekali, jadi ia mungkin bukan begitu jika anda menuju ke Dolomites atau ladang-ladang anggur di utara Venice dan bukannya tengah bandar.

Apakah cara terbaik untuk ke Venice dari Rome?

Seperti kebanyakan penduduk tempatan Itali, kami akan katakan keretapi. Bukan sahaja ia merupakan cara yang laju untuk ke Grand Canal dari Colosseum tetapi ia juga tidaklah begitu mahal jika dtempah awal melalui 12Go.co (sekitar RM150 adalah biasa). Tambahan pula, keretapi luas dan berhawa dingin dilengkapi dengan jualan makanan dan wain merah. Cheers!

Berapakah harga tiket dari Rom ke Venice?

Tiket keretapi yang bergerak selaju 300 kph di antara Rom dan Venice bermula dari RM150. Itu ialah tiket tempahan awal yang hanya ada pada tempoh masa yang pendek sahaja iaitu di antara 60 dan 90 hari sebelum tarikh perjalanan. Selepas itu, anda boleh membayar dua atau tiga kali ganda bagi tempat duduk yang sama! (Nampak tak mengapa kami syorkan anda lihat 12Go.co seawal mungkin?).

Adakah terdapat keretapi laju dari Rom ke Venice?

Ya dan ia merupakan cara yang bagus untuk bergerak di antara kedua-dua bandar tersebut. Ia bermula dengan pemandangan ke arah Apennine dan bukit Tuscan, diikuti dengan persinggahan di Florence dan Bologna sebelum merentasi Sungai Po menuju ke Venice. Secara keseluruhan, anda melihat kepada perjalanan 3.5 dan 4.5 jam di atas keretapi yang boleh mencecah kelajuan 300 kph.

Bolehkah anda lakukan perjalanan pergi balik dari Rom ke Venice?

Boleh, tetapi kebanyakan syarikat pelancongan akan menggunakan keretapi laju untuk membawa anda ke terusan itu. Ini bermakna harga bagi pakej-pakej berbeza-beza sepertimana bagi keretapi itu sendiri. Tambahan pula, anda akan mengikuti jadual perjalanan yang padat dengan tempoh perjalanan menuju ke Venice sahaja sudah mengambil empat jam. Ingat bahawa terdapat pelbagai istana, gereja-gereja yang dipenuhi dengan karya-karya seni oleh artis seperti Tintoretto, bengkel gelas di Murano dan banyak lagi untuk dilawat pada hari tersebut!

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: