Cara untuk ke Lucerne dari Zurich

Cara untuk ke Lucerne dari Zurich

Bank dan ahli perniagaan telah menjadikan Zurich salah satu bandar terkaya di dunia. Hari ini, ramai yang akan datang untuk bermesyuarat tetapi juga untuk melihat Bandar Lama dan gereja Grossmunster atau tasik berkilauan dan gunung ais di Alps.

Untuk meneruskan pengembaraan tersebut, persinggahan yang seterusnya sudah tentu ialah Lucerne. Ia terletak di bawah puncak gunung-ganang Pilatus dan Rigi sejauh 38 km di barat daya. Sudah tentu, perjalanan itu mungkin menjadi lebih lama jika dikira sekali jalan-jalan gunung yang berbelok-belok dan lembah-lembah curam semasa dalam perjalanan. Namun, ia masih berbaloi kerana terdapat gabungan chalet Swiss dan rumah-rumah tertutup, jambatan-jambatan romantis dan taman-taman bunga yang mekar. Tertarik? Jom kita bawa anda ke sana…

PengangkutanTempoh MasaHargaTiket
Zurich ke Lucerne menaiki keretapi1 jamRM110Tempah Online
Zurich ke Lucerne menaiki kereta40 minitRM420Tempah Online
Zurich ke Lucerne dengan mengikuti lawatan10 jamRM420Tempah Online
Zurich ke Lucerne menaiki teksi40 minitRM1200Tempah Online

Zurich ke Lucerne menaiki keretapi

Zurich ke Lucerne menaiki keretapi
Keretapi Swiss Federal Railway selesa dan moden dengan gerabak dua tingkat yang mempunyai pemandangan yang hebat di tingkat atas © EQRoy / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 45-60 minit
Harga – Dari RM110
Keselesaan – 5/5

Swiss Federal Railways menggunakan keretapi yang amat kerap dari pusat bank yang besar di ZUrich ke bandar coklat Lucerne. Malah, ia berlepas dari Stesen Utama Zurich HB yang besar di mana anda akan menjumpai Bahnhofplatz di tengah-tengah bandar sekitar tiga kali setiap jam. Perjalanan bermula awal pagi (boleh sahaja untuk bergerak dari bandar ke bandar di atas keretapi 8 minit selepas tengah malam jika perlu!) dan sehingga amat lewat (pelepasan terakhir dijadualkan pada 11:35 malam).

Tempoh perjalanan berbeza-beza tetapi tidak melebihi sejam. Perjalanan terpantas akan membawa anda ke pintu gerbang abad ke-19 di luar stesen keretapi Lucerne dalam masa 45 minit sahaja. Ini merupakan perjalanan terus menaiki keretapi IC yang tidak mempunyai sebarang pertukaran semasa dalam perjalanan. Pilihan yang lebih perjalanan akan mempunyai pertukaran di bandar Zug yang menawan di separuh perjalanan di antara dua destinasi itu. (Kami syorkan anda dapatkannya jika anda ingin singgah untuk merasai kek ceri tempatan yang terkenal atau kopi di pusat bandar yang cantik.)

Seating intercity train Switzerland
Tempat duduk Kelas Pertama di atas keretapi InterCity © Phuong D. Nguyen / Shutterstock.com

Keretapi dari Zurich ke Lucerne tidak akan menghampakan anda dengan pemandangan dan tahap keselesaannya tetapi kami syorkan anda tempah awal untuk dapatkan harga murah.

Seperti yang anda mungkin jangkakan, perjalanan keretapi ini cantik. Ia mungkin tidaklah terkenal seperti Glacier Express tetapi masih banyak untuk dinikmati. Perjalanan pertama ialah pemandangan tepi tasik di tepi Zurichsee. Lihat bukit-bukau Albis muncul dari satu sisi sewaktu itu kerana ia merupakan jelmaan Alps bertukar dari tanah rata di utara. Semasa anda memasuki Canton of Zug, suasana bertukar menjadi lebih “Swiss” dengan padang-padang dan ladang-ladang termasuklah puncak gunung bersalji membentuk ufuk.

Harga termurah bagi kesemua keretapi Swiss Federal Railways adalah harga Supersaver. Ia kebiasaannya ada jauh lebih awal daripada waktu perjalanan, jadi anda perlu mula mencari di 12Go.co sebelum anda tiba di Zurich. Untuk memberi sedikit gambaran harga yang anda akan bayar, harga termurah bagi tempat dalam perjalanan terus ke Lucerne adalah RM110 seorang. Berita baiknya ialah keretapi Swiss ini moden dan selesa dengan gerabak bertingkat dua dan mempunyai pemandangan yang hebat dari tingkat atas.

Zurich ke Lucerne menaiki kereta

Zurich ke Lucerne menaiki kereta

Tempoh Masa – Sekitar 40 minit
Harga – Sekitar RM420
Keselesaan – 4/5

Anda boleh dapatkan sewaan kereta dari RentalCars.com yang hanya berharga sekitar RM415 bagi pemanduan sehari. Anda juga akan dapat mengambil kereta di mana-mana sahaja di Zurich walaupun yang paling terkenal dan mudah kebiasaannya ialah di balai ketibaan lapangan terbang. Dari sana, anda hanya perlu pandu ke selatan di atas jalan raya A1, tukar mengikuti A3 dan seterusnya mengikuti A4 ke selatan sebelum bertukar mengikuti A14 yang akan membawa anda terus ke Lucerne. Secara keseluruhan, perjalanan itu boleh dilakukan dalam masa 40-50 minit.

Jika anda mempunyai masa tambahan dan sedikit ruangan dalam bajet anda, anda mungkin ingin panjangkan perjalanan anda dan lakukan beberapa persinggahan semasa dalam perjalanan ke Lucerne. Kedai-kedai makan kayu dan pemandangan tepi tasik di Zug sudah tentu berbaloi untuk anda nikmati semalaman. Selain itu, terdapat pendakian merentasi tanah-tanah paya dan di bawah puncak-puncak berais untuk dinikmati di UNESCO Biosphäre Entlebuch yang terletak sedikit di sebelah barat Lucerne.

Zurich ke Lucerne dengan mengikuti lawatan

Zurich ke Lucerne dengan mengikuti lawatan
Lawatan Kapal Lucerne dan perjalanan kereta kabel terdapat di sekitar Tasik Lucerne © Thanakorn.P / Shutterstock.com

Tempoh Masa – Kebiasaannya seharian
Harga – Dari sekitar RM415 seorang
Keselesaan – 4/5

Jadi anda inginkan pengembaraan melalui kaki-kai bukit dan lembah-lembah Schwyz yang indah dan Uri Alps, iaitu pergunungan yang mengelilingi Lucerne di selatan dan timur, dan merasai budaya Swiss? Kesemua itu dan lebih lagi boleh ditawarkan oleh lawatan sehari atau beberapa hari yang boleh digabungkan menjadi suatu pengembaraan di Lucerne dengan sejarah dan pendakian di bahagian Eropah yang cantik ini. Hanya pastikan anda mencari jadual lawatan yang paling sesuai dengan anda. Terdapat beberapa yang hanya melihat bandar alpine di Zug dan Lucerne. Terdapat lawatan lain yang hanya tentang menaiki kereta kabel menuju ke puncak-puncak bersalji.

Harga lawatan tersebut berbeza dari musim ke musim tetapi anda hampir sentiasa boleh mendapatkan pakej penuh dengan harga sekitar RM415 seorang. Ia kebiasaannya akan termasuk pengangkutan ke Lucerne dalam bas atau van mini berkongsi atau persendirian termasuk pengambilan di hotel anda atau lapangan terbang. Ingat bahawa lawatan hampir sentiasa merupakan perjalanan pergi balik, jadi ia bagus jika anda ingin pergi ke Lucerne, lihat beberapa tempat dan kembali ke Zurich untuk menikmati fondue semasa makan malam.

Zurich ke Lucerne menaiki teksi

Zurich ke Lucerne menaiki teksi
Teksi dari Zurich ke Lucerne tidaklah murah tetapi amat selesa © chopjai photo / Shutterstock.com

Tempoh Masa – 40 minit
Harga – RM1200+
Keselesaan – 5/5

Teksi dari Zurich ke Lucerne tidak murah. Ingat bahawa ini ialah Switzerland. Harga perjalanan dari bandar ke bandar itu kebiasaannya mencecah sehingga RM1250 dan sudah tentu boleh menjadi lebih mahal jika anda bergerak semasa musim mendaki sewaktu musim panas, bersama peluncur atau lewat malam. Namun, kelebihannya yang jelas ialah anda boleh diambil di mana-mana sahaja yang anda ingin dan diturunkan di mana-mana sahaja juga. Ia bagus bagi mereka yang mendarat di Lapangan Terbang Zurich atau mereka yang ingin ke rumah-rumah tumpangan alone yang menghiasi lembah di sekitar Lucerne.

Perjalanan teksi ini mengikut jalan yang sama dengan jika anda memandu sendiri (lihat di atas). Ini bermakna perjalanan di atas jalan A4 menerusi Mettemenstetten memasuki Canton of Zug dan seterusnya ke barat daya menuju ke Lucerne. Pada hari yang cerah, pemandangan yang anda dapat termasuklah bayangan Rooterberg yang seakan-akan sirip ikan yu dan Alps yang meninggi di sebelah selatan.


Meninggalkan Zurich dalam pandangan cermin belakang menuju ke barat daya untuk ke Lucerne ialah langkah pertama untuk memasuki Swiss Alps yang indah itu. Ia tentang menukarkan kedai makan cantik dan bank-bank besar dengan bayangan gunung-ganang berpuncak salji dan ladang-ladang kehijauan yang dijaga oleh menara gereja yang tinggi.


FAQ Zurich ke Lucerne

Apakah cara termurah untuk ke Lucerne dari Zurich?

Keretapi menawarkan harga yang baik apabila anda ingin memasuki gunung-ganang itu dan jauh dari bandar Zurich yang sibuk. Selagi mana anda menempah tiket jauh lebih awal dengan penyedia yang dipercayai seperti 12Go.co, anda mungkin hanya membayar sebanyak RM110.

Apakah cara terpantas untuk ke Lucerne dari Zurich?

Memandu mungkin merupakan cara yang terpantas. Sudah tentu ia tidak berbeza pun jika anda sewa bersama RentalCars.com atau tempah teksi persendirian melalui 12Go.co kerana anda masih berada selama 40-50 minit di atas jalan sebelum atap-atap ternganga dan jambatan-jambatan tertutup di Lucerne yang cantik dalam poskad menjelma.

Apakah cara terbaik untuk ke Lucerne dari Zurich?

Kebanyakan orang memilih keretapi. Ia dilakukan setiap malam dan berlepas sebanyak tiga kali setiap jam, jadi anda tidak perlu tunggu lama sebelum menuju ke Lucerne. Tambahan pula, ia merupakan tawaran yang baik dengan tiket yang dijual awal berharga sekitar RM110.

Berapakah harga keretapi ke Lucerne dari Zurich?

Harga murah yang dibeli sekurang-kurangnya 60 hari lebih awal (iaitu harga Supersavers) adalah sekitar RM110 seorang bagi perjalanan dari Zurich ke Lucerne. Ia boleh menawarkan sebanyak 70% potongan daripada harga penuh tiket, jadi kami sentiasa syorkan anda tempah awal jika anda sudah mengetahui tarikh perjalanan anda.

Berapa lamakah perjalanan keretapi ke Lucerne dari Zurich?

Perjalanan dari Zurich ke Lucerne sekejap sahaja melepasi Tasik Zurich dan merentasi tepi Schwyz Alps. Secara keseluruhannya, ia mengambil masa di antara 45 minit dan sejam dengan perjalanan yang lebih perlahan jika menaiki keretapi yang mempunyai persinggahan di bandar Zug.

Adakah perjalanan keretapi dari Zurich ke Lucerne cantik?

Sudah tentu, Pertamanya, anda akan mendapat pemandangan air biru Tasik Zurich kerana keretapi bergerak di tepinya dalam perjalanan menuju ke Horgen. Seterusnya, gerabak anda ke timur dan memasuki bukit Albis melalui Zugersee di mana gunung Wildspitz meninggi. Setelah itu, anda akan bergerak terus melalui ladang-ladang ternakan menuju ke Lucerne yang menjelma dengan Gunung Pilatus tinggi di atasnya.

Adakah terdapat keretapi ke Lucerne dari Zurich?

Ya. Terdapat beberapa keretapi terus dari Zurich ke Lucerne setiap jam. Ia sebenarnya di antara pengangkutan yang paling selesa dan murah bagi perjalanan ini, jadi pastikan anda menyemak jadual dan harganya jauh lebih awal menggunakan 12Go.co jika anda rancang untuk memasuki Swiss Alps tahun ini.

Adakah penulisan ini dapat membantu anda?

Tekan pada bintang untuk menilai!

Nilai purata: / 5. Jumlah undian: